Perjalanan hidup Kami ~~~

Daisypath Friendship tickers

One Step Closer

Daisypath Anniversary tickers

Ikatan Cinta Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, 26 November 2012

Undangan Perkahwinan

Apa lagi acara atau majlis yang paling famous apabila bermulanya cuti sekolah... Tak lain tak bukan adalah Undangan Perkahwinan... Rasenyer dah jadi satu trend lak, bile nak cuti sekolah je banyak la dapat kad2 kahwin, bile nak kahwin je mesti nak tunggu cuti sekolah... kan??

Dan bagi aku, aktiviti memenuhi undangan perkahwinan bile tibenyer cuti sekolah dah jadi satu kemestian... Yela, bak kate mak aku 'kalau kite tak pergi kenduri orang sok-sok orang tak datang kenduri kite...' Hurrmmmm ~~~ Gitu lah.... Tahun ni dari awal tahun setiap cuti sekolah ade je kad kahwin kawan-kawan sampai kat tangan aku.... Banyak betul undangan perkahwinan sehinggakan ade kengkawan yang kahwin bertembung majlis, wat majlis pada hari dan tarikh yang sama... Kalau yang dekat tu, boleh la nak pergi kedua-duanyer.... Tapi kalau jauh?? Sorang kat Perak sorang lagi kat Melaka?? Tak kan nak belah badan jadi dua lak kan... Aku pergi yang mana termampu je la.... Itu yang terbaikkk bagi aku.... hihihihihi ~~~

Sabtu minggu lepas, kakak bekas opismate aku kahwin... Sebenarnyer majlis kahwin rumah die kat Kedah... Jauhhhh cek no.... Tak larat la nak drive sampai ke Kedah tapi nasib baik sebelah lelaki dia kat KL, boleh la pergi.... Mulanyer malu gak nak pegi sebelah lelaki sebab tak kenal langsung yang sebelah lelaki ni tapi pergi jugak la memandangkan sebelah perempuan dah tak dapat pergi sebab jauh... Dapat tunjuk muka pun jadi la kan..... (Ikut pesan mak......) hihihihihihihi ~~~

Sampai je rumah pengantin betul-betul tepat dieorang tengah bersanding, so ape lagi duk lambai-lambai pengantin tunjuk muke... Pastu pergi me'ngap' la... lapo kotttt sampai pun dah pukul 2 petang.... huhuhuhuhuhu ~~~ Lepas makan baru la kiteorang datang balik kat pengantin, salam-salam dan bergambar.... Dah kenyang kan baru nampak muke pengantin yang berseri-seri tu.....(mate terang selepas kenyang.... hihihihihihi ~~)
Kak Sue dan suami.... pengapit dan kengkawan office
Selesai bergambar sakan kiteorang pun mintak diri untuk balik.... Pergi dan balik aku gunekan khidmat GPS... Yela kan, kat KL ni jalan dia belit-belit datang jalan lain balik jalan lain, salah simpang ke lain.... Kalau takde GPS entah kemana hala aku pergi...
So, berterima kasih la kat EN. GPS... hihihihihihi ~~~

En. GT dan GPS yang berguna.... Cayang die ~~~
Balik dari kenduri kiteorang ikut terowong SMART....eeee serammm~~~
Fuhhh.....Lega dah keluar dari terowong..... panjang kot kire-kire 31km....
Kek pengantin di meja makan beradab....
Psst : Rasenya tak terlambat nak mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat Kak Sue dan suami.... Semoga berkekalan ke akhir hayat... Doakan saya cepat-cepat kahwin macam akak... huhuhuhu ~~~

No comments:

Post a Comment

Iklan Untuk di'Klik'

Copyright© All Rights Reserved zuhafizz-cintahatiku.blogspot.com