Mulenyer aku tak pernah tahu pun cerita ni ada kat panggung, sebab aku tak pernah tengok iklan die.... Sehingga la ade member aku yang dah tengok cerita ni mintak aku downloadkan.... Aku cube cari kat download web, takde pun bile aku tengok masa yang ditayangkan patut la belum ade... Baru je seminggu ditayangkan mane nak ade downloadnyer...... Nanti bile dah ade saya downloadkan yer Cik Wida.... Sabo Sabo.... huhuhuhuhuhu ~~~ Bile dengar orang cakap yang cerita ni best, aku pun ajak family aku gi tengok cerita ni.... Mule-mule risau jugak mak aku tak nak, tapi mungkin mood mak aku ok time tu buatkan mak aku ikut je plan yang aku usulkan...
hihihihihi ~~~~ Yahooo!!!!
![]() |
| My Lovely Family ~~~ |
Namun, ia tidaklah semudah yang disangka.... Setelah Dian bayar sewa untuk 3 bulan dia mendapati yang dia telah ditipu.... Rumah itu sudah pun diduduki oleh seorang lelaki melayu iaitu Hariss lakonan Beto.... Oleh kerana tuan rumah yang sebenar telah pergi bercuti, terpaksalah mereka tinggal sebumbung buat sementara waktu kerana kedua-duanye berkeras bahawa meraka masing-masing berhak tinggal di situ... Perang dingin pun bermula antara mereka, kerana masing-masing merasakan yang teman serumahnya begitu menjengkelkan..... Pada masa yang sama, Dian terpaksa merahsiakan situasinya dari Azad... Ini kerana, Azad pasti akan mengamuk jika dia mendapat tahu yang Dian tinggal serumah dengan seorang lelaki.....
Akhirnyer, Dian tetap kantoi dengan Azad setelah Azad datang sendiri ke rumah Dian.... Tapi lain lak dengan cerita Azad, dia pun main kayu tiga belakang Dian, kerana Azad mempunyai kekasih Arab di Istanbul.... Dian sangat patah hati lalu diceriakan oleh Hariss.... Bermacam-macam cara Hariss buat tuk kembalikan semangat Dian.... Setelah Dian kembali normal, Azad datang kembali mencari dan memujuk Dian..... Seterusnyer bersetuju untuk balik ke Malaysia bersama-sama Dian....
Ending cerita, agak-agak sape yang dapat Dian?? Azad ke Hariss?? Kalau ikut logik kehidupan sekarang, Azad la dapat sebab dah bertahun-tahun bercinta kot, tak kan la senang sangat nak lupekan macam tu je kan... Nak-nak sanggup datang mintak maaf dan kembali kepada asal, takkan manusia tak pernah buat kesilapan... Lagipun Cinta pertama kottt ~~~ Tapi cerita ni Hariss yang dapat, walaupun baru kenal beberapa bulan, mungkin sikap Hariss tu yang sweet dan romantikkkk.... haaaaa, cairrrrrr ~~~
Happy Ending......
Psst : Aku sukeee gilerrr icon-icon yang digunekan dalam cerita ni..... Comelll dan sweet giler...... Pelakon-pelakon pun sweet jek..... Boleh dikatekan cerita ni memang sweet-sweet and cute la......





No comments:
Post a Comment