Perjalanan hidup Kami ~~~

Daisypath Friendship tickers

One Step Closer

Daisypath Anniversary tickers

Ikatan Cinta Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, 29 April 2013

#Iron Man 3#

Next movie.......
Masa yang ditunggu-tunggu telah tiba~~~ Hah, kali ni Iron Man 3 la pulok..... Again cite omputih in the blog hihihihi~~~ Jangan ade yang bosan dan jemu dengan entri aku sudah la... huhuhuhuhu~~~~ Filem Iron man 3 yang telah ditayangkan di pawagam2 pada 26 April Jumaat lepas dan kini sedang hangat diperkatakan... Yang tak boleh blah, bukak FB je bersepah status tentang Iron man 3... "Terbaekkk la Iron man", "Hari ni gi tengok Iron man with my iron man", "Dah kena booking tengok iron man esok"... Bla,bla,bla~~ Rase dengki dan jeles lak tertibe...huhuhuhu~~ Takpe korang, gi la tengok dulu aku tengok lambat sikit.... Yang dah tengok tu tak yah la post macam2..... Jelous tau!!! Sebab aku tak dapat tengok lagi hukhukhukhukhuk (T_T)......

Pada mulanya, En.MZ nak wat surprise..... katenyer~~~ Nak beli tiket awal untuk tengok hari Ahad, semalam.... Tapi surprise ala-ala tu tak menjadi oleh disebabkan orang terlalu penuh untuk tengok cerita ni sehinggakan takde ruang langsung untuk kiteorang mencelah..... No wonder la status Iron man berlambak-lambak kat FB~~~ Disebabkan perkara tu, aku tak nak pisang berbuah dua kali... Kiteorang beli jugak tiket hari Ahad tu untuk tengok hari ni Isnin, awal kan?? Memang kena awal pun, kalau korang ada pada situasi aku beratur tu pun korang akan buat hal yang sama... Takkan taknak beli pape dah beratur panjang kotttt~~~

Nak dijadikan cerita aku beli jugak la tiket Iron Man 3 walaupun sehari awal, kebetulan pulak hari ni 29/4 besday Geng Wayang's aku, so ajak la die gi tengok same... Maka dapat jugak aku tengok Iron man 3 hari ni selepas berhempas pulas ditengah-tengah lautan manusia untuk beli tiket.... Al kisahnya~~~

Psst : Ok la, nak masuk wayang tengok Iron man 3 dah ni.... Ala, tak dapat nak bagi review cerita ni sebab aku baru je nak tengok sat lagi.... Takpe, korang boleh baca sinopsisnya yang aku dah kopi dan pasta kat bawah k...huhuhuhu (^_^)v) Ups, dikesempatan ini, aku nak ucapkan 'Happy Birthday' kat salah seorang Geng Wayang's aku.... Semoga ceria-ceria dan baik-baik saja... huhuhuhu~~~

En. MZ & Besday boy.... Orang duk makan,dieorang sibukkk main game~~~




#Sinopsis Iron Man 3#

Kronologi filem ini bermula sekitar 13 tahun lalu dimana Tony Stark merupakan seorang yang sangat  sombong dan langsung tidak memikirkan tentang perasaan orang lain sehingga tanpa disedari, dia telah mencipta musuhnya sendiri.

Insiden tersebut bermula di mana pada ketika itu Tony berada disamping seorang wanita bernama Maya dan pada masa yang sama, datang seorang lelaki yang dikenali sebagai Aldrich. Aldrich telah menghampiri Tony Stark dan menyatakan hasratnya untuk bekerjasama dalam sebuah projek dibawah organisasi AIM (Advanced Idea Mechanics).

AIM merupakan sebuah organisasi jahat di bawah Marvel Universe, di mana ia lebih fokus kepada pembangunan teknologi. AIM turut dikenali sebagai sebuah organisasi yang melatih krew mereka dari segi mekanik dan sains serta menggunakan individu yang bijak untuk melaksanakan tujuan jahat mereka.

Konflik mula tercetus apabila Tony memungkiri janjinya dan enggan bekerjasama dengan Aldrich. Bermula daripada malam tersebut, Aldrich menyimpan dendam dan berhasrat untuk menentang Tony Stark suatu hari nanti. Perasaan yang sama turut hadir dalam diri Maya kerana Tony Stark telah meninggalkan dirinya begitu sahaja selepas mengadakan hubungan intim.

Bermula daripada insiden tersebut, kedua-dua mereka telah bekerjasama untuk menentang dan merosakkan kehidupan Tony Stark. Maya yang juga merupakan seorang saintis telah mencipta sejenis sel DNA yang berhubung dengan tubuh badan manusia dan sel tersebut difahamkan mampu menghasilkan haba yang sangat panas dan membaik pulih sel badan yang rosak.

Selepas hampir 13 tahun, Aldrich telah kembali. Namun, kali ini dia kembali dengan niat jahatnya untuk memusnahkan Tony Stark. Walaupun sikap Aldrich ini dilihat kebudak-budakkan, namun ia telah mendorong dirinya yang pada satu ketika dahulu hanyalah seorang lelaki biasa menjadi seorang yang lebih berkuasa.

Tony Stark telah mencipta sebuah sut baru yang dikenali sebagai Iron Patriot. Sut ini dikawal oleh rakan baiknya Colonel James Rhodes. Sut ini direka bagi mengawal keselamatan Presiden Amerika. Akan tetapi, ianya telah berjaya dirampas oleh musuh dan mereka menggunakan sut tersebut untuk menculik dan membunuh presiden.

Namun begitu, hasrat Aldrich tidak tercapai kerana misi tersebut telah dirosakkan oleh Tony Stark dan Colonel James. Kedua-dua hero ini telah datang menyerang markas pihak Aldrich dan menyelamatkan presiden yang di dalam bahaya. Pada masa yang sama, Tony Stark turut menyelamatkan kekasihnya, Pepper daripada menjadi mangsa dendam musuhnya itu.

Sewaktu pertempuran berlaku, Tony Stark telah meminta pertolongan daripada kesemua sut yang telah diciptanya. Dengan hanya satu arahan sahaja dan tanpa dikawal oleh sesiapa, kesemua sut tersebut mampu bergerak sendiri dan menewaskan pihak musuh dengan bergaya. Selain Aldrich, Tony Stark mempunyai seorang lagi musuh yang dikenali sebagai Mandarin. 

Pada awalnya, Mandarin dilihat sebagai seorang individu yang memiliki muka ganas dan penuh dengan sifat misteri. Namun, segalanya terbongkar apabila Colonel James dan Tony Stark berjaya menyeludup masuk kedalam kubu pengganas tersebut. Mereka berdua kemudian terkejut dengan pengakuan Mandarin yang memberitahu bahawa dia adalah salah satu muslihat Aldrich dalam mengelirukan kerajaan Amerika.
Kopi & Pasta (^_^)v)

Friday, 26 April 2013

~ Penutup Sukan STAF 2013 ~


Again,again & again cerita pasal sukan staf....... Ok, sesiapa yang nak muntah sila muntah sekarang...... hihihihihi~~~ Tiba la masa untuk penutupan sukan staf bagi tahun ni.... Dah buka kenala tutup, mana leh buka tak tutup2...... huhuhuhu~~~ Mulanya memang aku berkira-kira untuk datang majlis penutupan ni, sebab dah 2 minggu berturut2 terlibat la sukan, penattt kottt badan ni pun perlu rehat gak....... Tapi oleh disebabkan rakan atlet lain (atlet la sangatttt, tangan didada mata ke atas) terlalu tersemangat tuk pergi aku pun join la jugak... Lagipun, boleh tambah markah dalam aktiviti staf nanti, sambil menyelam minum air la...huhuhuhu~~~

Acara penutupan dimulakan dengan menonton final bola Jaring di antara Team A (Canselori) vs Team D (Pusat), Pehhh nasib baik tak dapat gi final lau tak macam mane nak main penontonnyer penuh satu stadium kottt.... Siap dengan ahli JKPU & NC tengok, Malu la *blushing*....hihihihihi~~~ Tapi yang tak best nyer, main atas trek larian.... Boleh macam tu?? Lebih baik main atas padang rumput, kalau tergolek takde la sakit sangat.... Kan...kan...an...an....

Selepas habis perlawanan, acara diteruskan lagi dengan ucapan kata-kata aluan dari Dato' NC dan seterusnya penyampaian medal kepada semua pemenang.... (Ha,part ni yang paling aku suka ni...hihihihi~~~) Tahun ni Juara keseluruhan jatuh kepada Team D iaitu team Pusat, kumpulan mata dieorang lebih tinggi dari yang lain-lain.. Team kami dapat nombor 4 untuk keseluruhan, point kami selisih 2 mata je dengan yang nombor 3.... (Hurmmmm, sikit je lagi....Takpela tahun ni takde rezeki, tahun depan cube pulun lagi....hihihihi~~~)

Psst : Walaupun kami semua bukan Juara keseluruhan tapi kami tetap Juara di hati team kami... Cewahhh, uuuu ayatttt~~~ Chaiyok chaiyok la korang, jumpa lagi pada tahun hadapan k... Luaskan kuasamu Team C!!!

Okey, Time to pose~~~~ (^_^)v)


Thursday, 25 April 2013

Sukan Staf 2013 ~Bola Jaring~

Lagi sekali cerita pasal sukan staf...... Selagi tak habis sukan staf ni selagi tu la aku akan bercerita... huhuhuhu~~~ Sapa yang nak jemu sila la jemu sekarang, kikikiki (^_^)v) Ok, selepas berjaya menggelapkan muka serta tangan pada Sabtu lepas kerana main boling padang, kali ni aku kembali kepada sukan asal aku iaitu Bola Jaring (Netball)..... Aku masih mengekalkan posisi aku sebagai center (C), kengkadang terasa nak tukar posisi sebagai wing attack ke, wing defend or  goal.........erkkkk goal tak buleh kerana faktor ketinggian tidak mencukupi... 
(sedo diri huhuhuhu~~~~)

First game lawan dengan team canselori (A), erkkkk tak buleh blah tenaga dieorang ni... Macam makan sekor kuda termengah-mengah kiteorang nak mengejar.... Dah la main dalam hujan, gelanggang licin bola pun licin nasib baik tak de yang tergolek jer.. Kiteorang main cukup berhati-hati tapi dieorang lak main laju.... Akhirnyer kami kecundang jua, takpe yang penting ada usaha di situ......

Gelanggang yang basah+licin = bahaya

Hari kedua kami lawan team Pusat (D), masih lagi main tengah2 hujan... Kali ni lagi lebat dari hari first.... Gelanggang masih lagi basah dan licin, bola pun licin... Kami main cukup berhati-hati sebab takut ade yang tergolek... (Hohohoho bahaya kot tergolek kat court ni, badan nak pakai lame ni...... Aku pernah rase.....Pedih kotttt T_T ) Bila kami bermain terlalu berhati-hati ini memudahkan pihak lawan amik kesempatan.... (dieorang ni tak takut tergolek ke??? Hiisssyyykkk) Keputusannya sama jugak kami kecundang....

Hari kedua perlawanan~~

Kali ketiga kami berserah je la, sebab dah 2 kali kalah kan.... Kalau ikut point pun kami tetap dapat nombor 4, tapi its ok takkan nak bagi dieorang menang tanpa berlawan..... Kite bagi fight la sikit lagipun last game untuk tahun ni..... Pastu dah takde lagi dah nak turun kat court ni sesaje tunggu tahun depan la pulak kalau takde halangan..... Setahun sekali jumper court huhuhuhuhu~~~ Same jugak seperti hari2 sebelumnya, still main dalam keadaan hujan lebat lagi lebat dari hari2 sebelumnyer sampaikan yang pakai cermin mata pun kena letak wiper..... Dan keadaan gelanggang still lagi basah dan licin..... Main je la dah kate pun main untuk suka2 tapi suka-suka pun perkara yang paling aku tak nak berlaku.... Berlaku jugak pada last game, iaitu tergolek atas court... (Pehhhh kate main suka2, ganas korang main... Pedihhh kotttt, cukup main seksa nak mandi ni tau.....Cissss)
Aaaaa....sakitttt~~ Habis sluar baru aku...hukhukhuk


Dan atas sedia maklum memang keputusannya team kiteorang tahun ni dapat nombor 4 keseluruhannya..... Nak wat macam mana tahun ni kiteorang takde rezeki nak pegang pingat, pinjam sikit kata-kata Cik Pengurus "Tahun ni tahun takde ONG maaa~~~~" Ok, pape pun nice team, nice game and nice posing.... Hahahahahaha~~ Abis je game kiteorang pulun bergambar sakan macam orang menang pingat Emas... Takpe la apa yang penting walaupun kalah kiteorang takde la marah2,masam2 muka..... Ok jer~~~

~~Kami team Bola Jaring pada tahun ini~~

'Uniform' untuk tahun ni~~~ (^_^)v)
Psst : Semoga berjumpa kembali pada tahun hadapan, InsyaAllah aku tak jadi bersara tahun depan..... (masih ada saki baki semangat kesukanan ni.....) kikikiki (^_^)v)

Saturday, 20 April 2013

Lawn Ball......a.k.a Boling padang~~

Korang kenal tak apa itu Lawn ball?? Boling padang?? Pernah dengar tak???
Bukan apa, saja2 je amik mood sebabnyer kejap je lagi aku ada perlawanan boling padang.... hihihihihi..... Tak jadi masalah sangat la kalau kenal apa itu boling padang... Yang jadi masalahnyer bila kita tak kenal langsung erti dan pengertian boling padang tu.....Orang tu tak lain tak bukan...Adalah AKU....Aku??? Teruknyer,semua bende tak tahu... Isyk3 hahahahaha~~ Bola dia macam mana pun aku tak pernah kenal apatah lagi nak tahu cara pemainannyer... Hahahaha~~ Tu la gatai sangat bagi nama gantikan orang kang tak pasal2 tempah masalah.... Takde masalah cari masalah aku ni, itu la kerjenyer~~~

Ok la, jom la kita berkenalan serbe sedikit tentang Lawn ball a.k.a Boling padang ni.... Takde la esok aku ternganga je kat tengah padang tu.....kikikikikiki.......


Ok, Sesi pengenalan bermula~~~


Lawn ball a.k.a Boling Padang ni game die boleh main secara single, couple (2 orang lawan 2 orang), bertiga (3 lawan 3) dan berempat (4 lawan 4)... Ada satu bola kecik yang dipanggil JACK(bola jack tu  kadang-kadang colour putih atau kuning). Cara kira mata dia, siapa baling bola yang dekat dengan JACK akan dapat mata.... Paling hampir paling banyak mata, mata terkumpul yang banyak, dialah pemenangnyer...


Yang paling penting main game ni kena ada strategi dan fokus. Tak leh la main baling je (bab fokus2 aku lemah sikit ni (T_T).......) Bola boling padang ni ada satu bahagian berat, kalau nak senget ke kanan, biar berat tu sebelah kanan dan kalau nak senget ke kiri bahagian berat tu sebelah kiri.... Bola yang dibaling akan bergerak senget ke arah yang lebih berat bergantung pada jenis bola yang digunakan.... Kalau  main single setiap pemain akan dapat baling 4 kali untuk satu ENDS. Satu Ends setiap player boleh dapat maksimum 4 mata dan minimum 1 mata saje...


Ok, cukup pengenalan tentang Boling padang sebab setakat ni je la aku faham... Itu pun hasil penceritaan kengkawan aku yang pernah main... hihihihihi~~~ (^_^)v) Ups, sebelum terlupa... Nak main boling padang ni kena prepare dari segi mental dan fizikal... Dimana korang akan GOLAP... Hitam daripada warna asal sekarang ni, mau tak nyer kena berdiri tengah2 padang dengan cuaca tak nak lak terik... So, kalau korang taknak tertibe terbakar kat tengah2 padang tu prepare la awal2... Bawak la payung ke, pakai cap ke, pakai topi pergi pantai ke, or sapu la sunblock yang SPF 80++... Tu pun kalau korang sayang kulit korang yang halus mulus putih gebus tu.... Aku jenis tak sayang kulit sebab aku takde la gebus sangat so tak jadi masalah bagi aku, aku pilih yang ni je.... hihihiihi~~~
Tadda~~ SPF 110++ tuh, kata tak sayang kulit...kikikiki (^_^)v)

Fuh, kejap lagi turn aku nak buat balingan....... Fuh, nerves nerves.... Doakan kami bawak balik pingat ok, kecian team kami tak terer.... Kepada pasukan lawan, jangan la terer2 sangat korang dah pernah menang kan bagi la kiteorang yang baru kenal boling padang ni.... Bagi je la kiteorang menang...huhuhuhuhu peace!!!

Amik gambar dulu ape2 hal pun, menang or tak janji posing...huhuhuhu~~~


Kami team Boling Padang untuk tahun ni~~ Peace (^_^)v)

Friday, 19 April 2013

~Pembukaan Sukan Staf 2013~

Sukan staf kini kembali..... bagi tahun 2013 ni aku dengan rela hati nyer menawarkan diri masuk dua acara sukan.... Amik kau, orang yang beria-ia mengwar-warkan diri untuk bersara tapi cakap tak serupa bikin masih mengekalkan posisi beliau dalam acara sukan Bola Jaring sebagai center (C).... Tapi kali ni bukan satu sukan je dia masuk tapi dua..... Dua??? Hahahahaha, tahun lepas cakap nak bersara tertibe jadi terlebih excited lak.... (apa pun tak boleh la)... Sukan kedua, sukan Boling padang (Lawn ball).....Hah macam mana rupa bola boling padang pun tak tahu ada hati nak masuk acara tu.... #hashtag:bermimpi di siang hari la....huhuhuhuhu#

Pembukaan sukan staf macam biase la mula dengan adakan perbarisan di antara atlet dulu (Atlet la sangattttt....tangan didada mata ke atas)... Perbarisan kali ni tak buleh blah, tengah2 panas terik kot... Naik kering badan aku kene sedut air dek Matahari.... Lepas selesai perbarisan, gimik perasmiaan disempurnakan oleh Dato' NC dengan acara memanah.... Pehhh, terer kottt dia memanah, takde yang tersasar....semua nyer kena kat papan dart tu..... (Yeke nama dia papan dart?? hentam je la) Walaupun dia memang terer tapi kiteorang diminta tidak terlalu dekat dengan beliau... Yela, itu baru first time die pegang pemanah tu... Kalau aku??? First time pegang mau semua orang kat situ kena panah tu.... huhuhuhuhu ~~~

Ni la barisan kita yang ikhlas berjuang~~~

Selepas selesai acara perasmian, sukan diteruskan lagi dengan acara olahraga dan balapan, tapi aku tak tunggu pun sebab masih ada tugas rasmi yang menanti....huhuhuhu~~~ Pada masa yang sama, sukan bola tampar pun berlangsung pada hari yang sama.... Aku duduk bangku Reserve bagi sokongan kat team aku iaitu team C.... Aku jadi simpanan je, tak pernah masuk court pun untuk bola tampar.... Agak2 dah ade yang tercedera, terparah, tergolek, patah riuk, berdarah barula aku masuk sebagai pak pacak.... Eh,mak pacak.... Tapi setakat ni semuanyer ok takde lagi kejadian diatas berlaku setakat terseliuh sikit-sikit tu apa ada hal.... So, aku duduk je la bagi sokongan.... (pom pom girl gitu hihihihi)



Psst : Ok, dah selesai perbarisan untuk pembukaan Sukan Staf 2013... Eh, pembukaan bukan penutup masih banyak lagi tugasan belum selesai... hihihihi~~ Banyak berangan la kau ni.... (^_^)v) Selamat datang dunia kesakitan dan kekejangan otot.... Kali ni taknak cedera please..... Carefull k....

Hari ni HARI JUMAAT.....Ingat??

Hihihihi~~~
Kaum Adam,
Jangan lupa yer, hari ni kena pergi solat Jumaat~~~

(^_^)v)

Thursday, 18 April 2013

~ NewBorn ~ ^_^

Hai ullos......
Ape hai2?? Tak reti bagi salam ke??? hihihihihi~~~

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Rasa teruja lak nak tulis entri ni (taip pun tengah senyum je, senyuman paling manis....huhuhuhu~~~) Sapa yang tak happy, teruja, gembira, excited... (walaupun sama je rase tu tapi aku nak tulis jugak... huhuhuhu) dapat anak buah baru...... Kali ni my kakak yang nombor 2 menambahkan zuriatnya yang ke empat pada 04 haribulan 04, hari tu..... Weeeeee~~~ Happy ^_^

Maka bertambahlah ahli keluargaku seorang lagi, happynyer tiap-tiap tahun bertambah ahli keluarga (bertambah ahli keluarga maka bertambah la duit rayenyer...kikikiki)

Ups, lupa nak bagitahu jantina baby baru (newborn)... Nampak tak terlalu excited sampai gender pun lupe nak bagitahu.....huhuhuhu..... Baby baru ni baby gugirl, yang diberi nama Nurul Raihana Yasmin...... So, anak buah lelaki aku masih mengekalkan kedudukannya sebagai cucu/anak buah lelaki tunggal dalam keluarga aku........ Cayalah Anip kecik huhuhuhu~~~

So,nak share sikit la picture newborn, baby gugirl selepas 2 minggu a.k.a 14 hari...

Hai, selamat berkenalan... Nama saya Nurul Raihana~~


Aktiviti saya sekarang adalah Tido~~Tido~~~dan tido......huhuhuhuhu~~

Psst: Diharap anak buahku yang baru ini sentiasa berada dibawah RahmatNya, menjadi anak yang solehah, menjadi kebanggaan Mama dan Papa dan sentiasa patuh pada perintahNya... Aamiin~~~ 

Wednesday, 17 April 2013

OBLIVION

Next movie........
Aku dah bagitahu awal2 dah, memang beberapa bulan ni entri aku akan penuh dengan cite omputih je...... (jangan harap ade review cite melayu la kalau dah cite omputih ada kat pawagam........ hukhukhukhuk) Kali ni aku dan Geng Wayang's gi tengok cerita Oblivion.... Ha yang ni, best ke tak best ke kalau takde yang ngajak aku sendiri yang akan ajak gi tengok.... sebab................................ ada Tom Cruise.... hihihihihi~~~

Bincang punyer bincang Geng Wayang's setuju pegi tengok hari Ahad, memandangkan hari Aad memang dieorang cuti....... Yang bestnyer kali ni ramai pulak yang nak ikut sama, maka bertambah la ahli dalam Geng Wayang's... huhuhuhuhu syok uuuooo~~~ Yahoooo!!! Jom ke Wayang!!!

Kiteorang sampai dalam kul 1 tapi book tiket kul 4.30petang, datang awal tapi beli tiket lewat......(dah biase buat macam tu) Itu pun ade jugak yang lambat sampai, nak tak nak kiteorang masuk dulu.... Yang datang lewat tu pandai2 la korang, nanti aku selit la tiket tu kat celah2 pokok ke pastu korang cari la.... treasure hunt la satu Aeon ni.....sape suruh datang lambat2??? huhuhuhuhu~~~~

Geng Wayang's dah bertambah.....hihihihi~~ Lepas ni nak wat borang pendaftaran la pulak ^_^

Serbe sedikit cerita Oblivion~~
Oblivion merupakan sebuah filem sains fiksyen yang mengisahkan tentang situasi yang bakal berlaku pada masa hadapan, di mana pada ketika itu planet Bumi telah musnah akibat bencana alam sehingga membuatkan manusia terpaksa berpindah dan mencari tempat tinggal lain.

Oblivion menceritakan tentang kehidupan Jack Harper lakonan Tom Cruise yang bekerja sebagai juruteknik, di mana setiap hari Jack ditugaskan untuk membetulkan mesin pemusnah yang di panggil sebagai Dron. Setiap hari Jack akan menjalankan tugasan yang sama dan dia sering dibantu oleh rakan sekerja wanita yang dikenali sebagai Victoria.Victoria ni kerjanya akan sentiasa memantau pergerakan Jack menerusi tempat tinggal mereka yang dipanggil sebagai Tet.

Pada suatu hari, sewaktu Jack sedang membuat rondaan dan menjalankan tugasannya seperti biasa, Jack telah menyelamatkan seorang mangsa yang terhempas jatuh ke Bumi iaitu Julia Rusakova. Bermula daripada insiden tersebut, Jack telah mula mengalami kecelaruan identiti dan hubungannya dengan Victoria juga menjadi semakin renggang.

Dalam pada itu, filem ini turut mewujudkan watak pemangsa yang macam Predator dan kumpulan ini hanya keluar mencari musuhnya pada waktu malam sahaja.  
Kat sini la,bermula segala konfliknyer tu....

Sewaktu berada di dalam tahanan pihak pemangsa, segala persoalan dan rahsia mengenai kecelaruan dalam diri Jack akhirnya terjawab. Bermula daripada insiden tersebut, Jack mula bersikap belot terhadap organisasinya dan cuba mencari kebenaran dalam setiap hal yang dilakukan olehnya.

Yang buleh aku katekan cerita ni perlukan penghayatan yang tinggi, pening sikit kot kalau tak fokus.... Berbelit-belit ceritanyer, pening aku duk memahamkan dan memikirkannya.... Mana nak pikir jalan cerita dia, mana nak pikir 'drama' kat luar cerita lagi...... (Hahahahahaha~~~~hanya orang yang faham je akan faham ape yang cube aku sampaikan ni.....Lalalalalala ^_^)

Psst : Aku tak mention pun nama dia (pelakon luar cerita) kat sini..... Tapi yang aku tahu dia akan baca dan akan faham.... huhuhuhu~~~ Kepada yang berkenaan: sudah2 la tu emo, dah buleh jadi bapak orang dah kottttt......kikikikikiki (^_^)V)

Wednesday, 10 April 2013

Gaya Tudung KAY (Sehangat Asmara)

Sehangat Asmara, cerita adaptasi novel yang tengah hot sekarang ni..... Semalam adalah episod terakhirnya, dimana ending dia Kay telah selamat melahirkan anak lelaki yang diberi nama Munir dan akhirnya mereka bahagia..... Happy ending ^_^

Tapi bukan ending dia yang aku nak cerita sekarang ni, tapi gaya tudung Rita Rudaini (Kay) dalam Sehangat Asmara, cantik sangat Rita bila pakai tudung... Rasa tak puas mata ni memandang, dengan gaya tudung yang simple dan kemas.... Puas dah duk cube cara Kay pakai tudung bawal nmpak sangat 'terletak' (kemas) tapi of cos la takkan jadi secantik Rita Rudaini (kita ni sapa....ok,sangat sedar diri) hukhukhuk~~


Kat sini aku nak share la sikit tutorial gaya shawl Kay (Sehangat Asmara) yang aku copy & paste....  Puas dah aku duk cari tutorial tudung bawal Kay pakai tapi tak jumpe rrr...... Yang ni je aku jumpe, huhuhuhu~~~ Boleh la tu~~


Psst : Sehangat Asmara dah habis (dah tak dapat tengok gaya tudung Kay lagi...hukhukhuk) dan akan digantikan dengan drama Dahlia, ups tak tahu lak cerita ni macam mana sebab belum lagi mentelaah lebih mendalam pasal cerita ni...... Rasanyer cerita Dahlia ni bukan daripada novel, wait & see ok~~~ See ya =_=

Monday, 8 April 2013

~ Kelam kabut ~

Korang pernah rasa kelam kabut???
Normal la kan, manusia mana yang tak pernah rasa kelam kabut....

Kelam kabut wat kerja, kerja tak siap boss dah mengamuk....
Kelam kabut masa bwk kereta, sebab dah lewat nak gi kerja....
Kelam kabut gosok baju, sebab esok dah hari Isnin....Kerja...kerja...kerja~~~
Kelam kabut tarik seat belt, sebab JPJ ada kat depan....wat roadblock~~~

Erkkk??? Ha, peristiwa yang keempat tu mesti rata2 diantara kita pernah alami kan..... Time traffic or JPJ wat roadblock la baru nak tarik...... Tapi korang pernah rasa tak bila nak tarik tetibe seat belt jem, tarik punyer tarik tibe-tibe stuck.... Dah tibe depan pak polisi, kuang.....kuang....kuang..... SAMAN~~~

Hahahahaha.....pengalaman tu kena pada diri sendiri.... Baru je jap tadi berlaku (taip sambil gelak sampai mengeluarkan airmata)..... Balik je dari klinik gigi (teman Cik Waniee), tetibe ternampak JPJ wat roadblock tengah-tengah jalan... Mulanya, aku wat muka selamba je sebab setiap kali masuk kereta perkara pertama aku akan buat adalah tarik seat belt (tu kalau aku jadi pemandu)... Tetibe aku terperasan yang Cik Waniee yang drive, tengok kat badan takde seat belt apalagi kelam kabut aku duk tarik-tarik seat belt... Oleh disebabkan kita ni kelam kabut, seat belt tu pun jadi kelam kabut jugak.... Tarik punye tarik dia tak mau jugak turun... Sampaikan Cik Wanie terpaksa slowkan kereta dia, baru la seat belt tu boleh ditarik... Fuh, selamat... Kalau takkkkk....... huhuhuhuhu~~~ (aduh penat gelak ^_^)

Pengalaman yang tak boleh dilupakan, sepanjang perjalanan balik tu duk gelak tak henti2 sekarang tengah menaip pun sisa gelak tak abis lagi..... Tu la pengajaran, dah depan Pak Encik baru la nak tarik.... Takut sangat kalau kena bayar saman tu, keselamatan tak mau jaga..... Beringat la lepas ni.... huhuhuhu~~~~ Kalaulah seat belt tu boleh bercakap, mesti dia cakap macam ni "Ha,baru kelam kabut nak pakai aku... Padan muka korang kelam kabut.... Korang kelam kabut, aku lagi buat kelam kabut..... hahahahaha~~~(gelak evil)"
Pakai tau jangan tak pakai..... Ingat!!!

Blue or bluessssss??

Oleh disebabkan Monday sebelum2 ni aku asyik dilanda bluessss.....
Blueeeeessss memanjang~~~~
Ha, hari ni aku pakai serba blue, untuk menunjukkan lagi bluesss aku....
Hihihihihi (^_^)v)

Good morning Monday yang bluessss~~~


Notacutemiut: Tengah teman Cik Waniee kat klinik gigi...Kecian dia sakit gigi ari ni.... Dia dah ada kat dalam tu sedang diperiksa oleh doktor... Lamenyer, hope die takde pape kat dalam tu....

Sunday, 7 April 2013

Oh.... My mornings~~~

Monday bluessss~~~

Oh,adakah begini keadaan aku pagi esok???
Oh, TIDAK!!!!!
Bantal, selimut dan katilku tolongla jangan wat comey2 macam tu....
Tak jadi gi kerja aku kang..... Pleaseeeee~~~
(^_^)v)

Friday, 5 April 2013

~Senyum Jumaat~




Jangan lupe hari ni hari Jumaat yer kaum Adam~~~
Kena pergi solat Jumaat, jangan malas2 yer~~~
(^_^)

Thursday, 4 April 2013

~Lawatan BIOTECH Melaka~

Yeahhhhhh pergi lawatan~~~~
Fuh, lame giler dah tak kuar jalan-jalan, kuar dari kepompong lab... Mane tak nyer asyik terperap je dalam lab a.k.a makmal (tompek keje)..... Orang lain dah pergi merata wat lawatan kiteorang je terpaksa memejam mata memendam rase melihat mereka pergi meninggalkan kami yang masih bertugas mendidik pelajar..... amboi ayat tak menahan macam drama melayu petang-petang jek....

Kali ni baru la dapat rilek2 kan mata berjalan, itu pun selepas dah tak cukup orang untuk pergi lawatan tu.... Ok la tu, daripada takde langsung kan... Yeahhhhh dapat berjalan-jalan walaupun pergi Melaka je, yer tiap2 minggu aku balik kampung.... Takkan tak puas-puas lagi?? Mana nak sama balik kampung drive sendiri dengan pergi lawatan bersama-sama kawan sekerja siap dengan ada driver yang bawak....
tak sama situasinyer~~~ huhuhhuuhu.......

Kiteorang bergerak kire2 kul 8 pagi, Peeehhh awal giler gerak kotttt tukang bukak pintu gate pun belum datang kerja lagi.... Oleh sebab kiteorang terperasan kiteorang gerak terlalu awal, kiteorang pun berhenti sarapan di R&R Ayer Keroh..... Ha, nampak dah ada bezanyer kat situ..... Kalau drive sendiri balik kampung takde maknenyer aku berhenti makan kat R&R tu, baik drive straight balik rumah, mak masak lagi pueh hati....huhuhuhuhu.....

Kiteorang sampai kire2 kul 11 pagi, ngam-ngam lawatan pameran baru bukak.... So, tak ramai sangat pengunjung..... Lepas je mendaftar, urusetia tu tetibe bersuara.... "Ok cik, sila jalan2 dulu goodies bag akan diberikan semasa perasmian pukul 1.... "

"Erkkkk, bijak2... nampak tak permainannyer kat situ.... Dia nak kiteorang tunggu sampai perasmian baru boleh balik.... Kalau bagi siap2 goodies bag, sure la takde yang tunggu...huhuhuhu~~~"

Antara booth pameran yang ada... Majoritinyer booth dari UPM (dah nama pun kerjasama dengan UPM kan, huhuhuhu)
Booth pameran lagi~~~~
Ha, kat sini ada pokok buah kegemaranku... Kalau aku tanam ni agak2 bile buleh kuar buahnyer?? Tapi,macam mana nak wat balik hukhukhuk~~~

Balik dari lawatan tu pulak, sebenarnyer tak sempat nak tunggu abis perasmian pun..... Bos yang dah kelaparan ajak kiteorang balik dan singgah makan asam pedas kat Bukit Katil (Asam pedas la apa lagi kalau dah datang Melaka, rugi la kalau tak merasa asam pedas kat Melaka....hihihihihi....) Tempat makan tu bos aku yang tunjuk, aku pun tak tahu ada wujudnya kedai makan yang sedap kat situ...... Tak abes jalan lagi agaknyer.... huhuhuhu~~~
Lepas je kuar dari Biotech tu, boss belanja kami ayam pedas Melaka... TQ boss~~~ ^_^
Goodies bag dari UPM, Peeehhh dapat 2 bag cendawan & anak benih kangkung... Macam mana nak tanam ek??
Ha,tu makan dia!! Tempat penanaman cendawan.... My opis dah jadi tempat penyemaian cendawan....huhuhuhu~~

Dah sampai opis, tengah duduk sesaja tak buat apa sambil tunggu time untuk pulang..... Tetibe tergerak hati nak tengok gambar2 yang pernah aku amik semasa buat lawatan kali pertama kat Bioteknologi Melaka dua tahun lepas (maknanya kali ni kali kedua la......Lalalalala ^_^).... Tiba-tiba, jeng.....jeng......jeng~~~ Ha tu dia...... sekali tengok baju, baju aku pakai hari ni sama dengan baju yang aku pakai 2 tahun lepas... Amik kaw, nasib baik takde orang Biotech or kawan2 yang perasan.... huhuhuhuhuhu~~~

Hahahahaha~~~~ Macam mana boleh tak perasan pakai baju sama gi lawatan tempat yang sama tp tahun lain..... Hentam saja lah labu~~~

Pujuk rayumu....

Hola....
Sukan staf semakin tiba, tapi ape kene mengena dengan tajuk di atas?? Hahahaha....... Ingat tak dulu sukan staf tahun lepas... Lepas je lutut koyak dek penangan bola jaring, time tu bukan main nekad aku nak bersara dari sukan2 extrem ni... Faktor usia, huhuhuhu....

Tapi ni lah dikatakan cakap tak serupa bikin.... Aku tertibe dipanggil oleh pengurus bola jaring tahun ni untuk sertai sukan staf kali ni... Erkkkk, bukan dah nekad ke??? Yer, pada asalnyer memang aku dah nekad, tapi agak2 buleh tahan ke dengan pujuk rayu pengurus kalau ni cara ajakan nyer??


Mane leh tahan yer dak?? Nak tak nak aku isi la jugak untuk penuhkan nama dan ruang... Tapi main or tak tahu, tak tahu lagi... Hihihihihi...... Tapi dalam hati ni still 50-50.... Harap2 ada la player yang sudi dan sukarela gantikan tempat aku.... Harapan demi harapan~~~

Monday, 1 April 2013

April FOOL......la sangatttttt!!!!!

Salam permulaan bulan April.....

Petikan dari status FB : Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman

 JANGAN ada sesiapa yang cuba membuat lawak APRILFOOL (1 April) kerana perbuatan itu diHARAMKAN untuk disambut dan dilakukan walau bertujuan gurau, senda dan menghilangkan tension.

Nabi bersabda :

ويل لمن يحدث فيكذب ليضحك به القوم ، ويل له
 
Ertinya: Celakalah sesiapa yang bercakap (atau berbuat) dan berbohong bagi tujuan orang bergelak ketawa, celakalah baginya (Riwayat Abu Daud). Dalam hadis yang lain Nabi juga menegaskan ertinya "TIDAK HALAL seorang Muslim menakutkan (dengan berita palsu atau lawak tertentu) yang lain walaupun bergurau" (Riwayat Abu Daud)

Psst : Tak salah nak sambut setiap awal bulan tu tapi tak yah la nak 'fool-fool' kan orang lain.....Ok..... Sekadar nak ingat-mengingati sesama manusia.... Buat apa la nak ikut adat dan budaya orang luar tu, sedangkan adat dan budaya kita yang ada pun tak terikut.... ^_^

Teruknyer hari ni ~~~~

Salam  ullos....
Tajuk entri pun dah menunjukkan yang aku tak bape ada mood ari ni... Tahap mengantuk yang tak hengat punyer..... Tapi jangan salah faham, bukan mood tak baik (yang baran2 dan akan marah2 orang tak tentu pasal tu)
Tapi just takde mood + sleepy.... Hilang tah kemana mood aku ari ni....

Nak gi kerja....malas~~~~ ngantuk!!!!
Nak drive keta....malas~~~ ngantuk jugak!!!!
Nak makan.....malas~~~ ngantuk lagi!!!!
Nak buat kerja....lagi la malas~~~~ Lagi la ngantuk!!!!

Eh, boleh kate hari ni memang teruk la.... Upssssss (tangan sambil tutup mulut.... gedik sangat), tapi bukan hari sebenarnyer yang teruk, aku ni yang teruk sebeno-benonyer.... Tapi manusia biase la kan, kita takkan letak kesalahan pada diri sendiri... Sebaliknyer akan point (tunding jari) kat bende,perkara, atau orang lain.... Nak lepaskan diri sendiri kan, jual ikan sangat (selfish) hihihihihi ~~~

Selamat pagi Isnin.....
Alangkah cumilnyer kalau macam ni gayanye bila aku mengantuk.... Tp sayangnyer tak ^_^~~~

Iklan Untuk di'Klik'

Copyright© All Rights Reserved zuhafizz-cintahatiku.blogspot.com