Perjalanan hidup Kami ~~~

Daisypath Friendship tickers

One Step Closer

Daisypath Anniversary tickers

Ikatan Cinta Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, 31 March 2015

Pre-Wedding Kami (^_^)


Ha
Aku rasa aku terlepas nak hapdate pasal pre-wedding aku hari tu.... Sory
Maklum la busy teramat sekarang nih (~_~)

Jadi, aku cite la sikit pasal pre-wedding aku hari tu... Ntah la aku tak tahu nak kata menjadi tak pre-wedding aku ni sebab aku rasa kaku gile depan camera orang tapi Alhamdulillah tercapai jugak hajat aku nak pre-wedding tema back to school yang aku rancang ditambah lagi dapat buat kat sekolah lama kitaorang hohoho mengimbau kenangan sangat...... hashtag Disini bermula (^_^)

 
**mula pre-wedding #Disini bermula


Sekitar photoshoot Pre-wedd **tengok balik terasa diri poyo lak huhu  

Tengah poyo poyo


 
 **Eeeeee melting..... Gambar ni paling aku suka..... Siap dah buat Wallpaper tau huhuhu...Tertibe aku rasa En. Tunang aku ni Romantik sangat... Awakkkkkk, kalau awak buat macam ni masa kat sekolah dolu-dolu mau tinggal baju je saya masa tu **melting hahahahaha

 
**Ok, ni gambar time dah selesai pre-wedding..... Bila dah selesai je photoshoot reti pulak berposing sakan... Nak nak time ber'selfie' huhuhu memang WIN!

Selfie time!!! Yer, aku memang kaku depan camera orang lain tapi depan camera aku... Aku memang WIN hohohoho

Sekitar tempat Pre-wedd kitaorang
#tempat jatuh lagi dikenang ni kan pulak tempat bercinta eh!

**Gambar di atas ni dari camera aku, gambar dari photografer tak dapat lagi... Mungkin diorang nak edit2 dulu pic aku yang kaku tu huhuhu......

Monday, 30 March 2015

Gaya Hidup sihat (^_________^)


Jom amalkan Gaya Hidup sihat (^_________^)

Macam biasa la minggu lepas aku dan En. Tunang pegi jogging kat tempat bese kitaorang.... Kitaorang mulakan rutin seperti biasa start walk keliling stadium tu dalam beberapa minit bila nak buat pusingan ke2 kitaorang terpandang ada segerombolan kumpulan tengah buat aerobik.... Kitaorang jadi pelik la selalunya kalau kitaorang nak buat pusingan ke2 kumpulan aerobik tu mesti dah selesai..... Tapi kali ni tak bersurai lagi... tengok jam takut2 la kitaorang datang tu terlalu awal...tapi tak pulak time macam biase je (^_^)?? 
 

Tengok dorang macam lama lagi nak abis kitaorang pun join la sekali aerobik huhuhu... Kalau ikut aku, aku lagi suka aerobik dari marathon or walkaton sebab aerobik ni segala anggota bergerak dalam satu masa..... En.MZ lak lebih prefer jogging sebab lelaki kan keras sikit bab gerak2 anggota nih hahahahaha tak pun dia malu...... Tapi kali ni dia tak leh elak sebab aku dah melekat kat situ..... takkan dia nak tinggalkan Cik Tunang dia ni sorang sorang kat situ kan hukhukhuk.... Kali ni terpaksa la dia ikut aku huhuhu **jangan marah eh (^_^)v)

 

Selesai aerobik barulah aku tahu aerobik ni dianjur oleh satu badan NGO kerajaan.... Project NCD MySihat.... Patutlah ramai yang join time tu.... dengan aku & En.MZ tergebak huhu
 
Kenapa dengan orang sebelah tu??
Suka ke tak suka?? huhu

**maksud NCD tu  Non Communicable Disease, maknanya Penyakit tidak Berjangkit

Monday, 23 March 2015

Kasut Kahwin/Wedding shoe


Kasut kahwin / wedding shoe

Hari ni rase nak update blog pasal kasut kahwin sebab hari tu aku usha satu IG ni juai kasut2 gorgeous litlap litlap tapi nak buat kasut wedding pun boleh jugak itu rasa excited nak hapdate blog pasal kasut kawen ni...... Setelah puas dah bermacam macam kedai kasut yang aku gi cari sendiri dan try semua kasut pengantin sedia ada tapi semuanya tak sesuai.... Tak kena dengan kaki la, tak muat, terlalu besar, terlalu kembang, warna tak sesuai dengan dress, tinggi sangat, bila pakai rasa nak tumbang, sakit nak berjalan, macam2 lah tu hal.... Mak andam aku lak cuma sediakan kasut saiz tertentu je, itu pun terlalu tinggi dengan aku kalau berjalan tu confirm tumbang lah (~_~) hukhukhuk *alasan terbaik tuk beli kasut baru lalalala...

Aku dah rancang nak pakai kasut warna silver tak pun cream ataupun warna warna yang selamat kalau boleh nak pakai banyak kali... Boleh pakai time resepsi rumah aku dan rumah belah lelaki... Yelah kena beli sendiri kot, rugi la kalau pakai sekali jer (~_~)

Design kasut mestilah mahu yang gojes2 tapi murah. hahahahahaha. gila lah kedekut lah aku ni, nak yang murah je, tapi nak yang design meletop! macam mana tu huhu (^^,)

Aku banyak usha kat IG dan blog ,ramai yang custom made kasut pengantin..... Hantar kat designer kasut buat apa yang kita nak sesuai dengan kaki nanti pakai kasut takde la kaki melecet lecet nanti...... Sakit kottt...... Tapi tidak lah bagi aku, aku tak mampu kot, mahai kot benda alah tu......Sekali design je beratus, sepasang kasut dah beratus pakai sekali je (~_~) aku kan kedekut sikit huhuhu........

Ok, Jom tengok pilihan kasut yang ada dalam IG yang dah aku usha ni.....








Pakai pump??? Cantik. Memang cantik tapi kaki aku jenis tak sesuai.... Cepat sakit dan melecet.... Sebab tu aku tak pernah ada fullshoe atau pump macam ni.... Nanti beli mahal mahal, alih alih aku bagi orang atau letak je dalam kotak balik Peram. huhu



**Melting......
Aku paling suka jenis Flats. Kalau kasut berjalan aku pun aku akan pilih kasut jenis macam ni memang aku suka! Lebih selesa! Tapi bila aku cakap dengan mak aku nak beli kasut jenis ni mak aku cakap "Jangan nak perasan la kak, ko bukan tinggi nau" (T_T) So, terkubur la niat aku begitu saja.....


Wedges??? Cantik. tapi tak banyak pilihan.... Kalau takde yang lain memang aku rembat Wedges ni... Selesai pakai. Alah membeli menang memakai hehehe (^^,)


ini kalau pakai pastu duduk atas pelamin, memang cantik gila..... Sebab masa duduk tu kan, macam nampak kasut kan....wow!!!!!!Tapi aku tak suka lah sebab open sangat..... Ada tali kat depan tu je, takut aku tak selesa je (~_~)

Aduh, banyak pulak dah pilihan di hati ni... Pening nak pilih huhuhu

ni pun.....la hai.....


Eeeeee tak sabar nyer nak beli kasut kawen ni
Bukan pe aku tak sabar nak pangkah lagi dalam list aku tu...
tak sabar nak banyakkan resit dalam buku kahwin aku (^_^)v)



At last aku beli kasut kat shopping mall
Senang, dapat tengok dengan mata sendiri, dapat try, puas hati dan beli


Yeahhh kasut dah dapat

tak sabar nk kahwin. * eh tiba tiba....

Saturday, 21 March 2015

Besday En.Tunang #21Mac2015


21 Mac 2015
Besday En.MZ

Serius sejak dua menjak ni aku kekeringan idea tuk wat surprise tuk sapa-sapa nya besday..... Termasuk la tuk besday En.MZ kali ni... selalunya aku lah berada di barisan hadapan lau ada je nak wat kejutan kat sapa-sapa nya besday (~_~) tok dalang la kiranya... Kali ni tok dalang ketandusan idea huhuhu....

Tapi kalau tak sambut rasa macam tak best pulak, sebab tahun ni merupakan tahun pertama En.MZ sambut kelahiran dia sebagai En.Tunang aku huhuhu ***Fikir fikir fikir nak buat ape nih (~_~)

At last, aku dapat jugak idea nak kenakan besday boy huhuhu..... Time dia tengah leka dengan 'adiah besday' dia... Aku whatapps kengkawan En.MZ berpakat guna whatapps je... En.MZ tengah sibuk dengan adiah besday dia so dia tak tanya sangat aku tengah berchatting dengan sapa huhuhu.....

Wat muka slumber macam takde pape berlaku jap lagi huhu 

**masih buat muka slumber lalalalala

Selesai berpakat, aku ajak dia keluar tapi aku rasa dia dah dapat agak aku nak sambut besday dia tapi dengan cara macam mana dia tak tahu huhuhu..... Tengah duk kusyuk pilih 'baju' tuk adiah besday dia, aku dah suh kengkawan pakatan tadi tunggu kat KFC sebab aku akan ajak EN.MZ makan kat situ....

3 bersahabat

Dah selesai order makanan, sorang dari kawan pakatan bawak sekotak kek kat meja tanpa buka kek tu jadi En.MZ tak tahu isi kandungan tulisan kek tu..... So, En.MZ senyum dan letak kotak tu ke tepi sebab dia nak fokus pada ayam KFC dia dulu ** awak boleh letak tepi kek saya??? ok fine! ayam KFC tu lebih menggoda awak (~_~)
**tak kecik hati pun tunggu dan lihat je sapa yang kena nanti huh!


Ok, selesai makan... En.MZ amik kotak kek tu dan mula buka **oh,saya ingat awak takkan bukak sampai bila2 siap cakap dengan kawan2, awak dah tak larat nak makan dan suh bawak balik je kek tu dan makan dengan sesape **ok yang ni SENTAP!!! (T_______T)


Bila bukak je kotak kek tu, alangkah terkejut nya En.MZ bila tengok tulisan atas kek tu pastu pandang aku 2,3 kali **kenapa?? tak percaya ni semua idea dari tunang awak ni???


 

Muka excited nak tuip lilin... Uoopss takde lilin2 nanti terbakau KFC ni, kita tiup lighter jer eh huhuhu 

Sesi potong kek
**kali ni awak potong sorang2 dulu eh nanti kita potong kek sesama Eh

En.MZ tengok tulisan ni pun dia dah tahu sapa tok dalang nya huhuhu

Dalam pada memasing dah kenyang, separuh jugak la kek ni di bedalnya huhuhu 

 
 **Terima kasih korang kerana sudi menjayakan surprise dan meluangkan masa sambut besday Encik Tunang saya ni..... Happy sangat dapat kawan2 yang best macam korang...TQ
 En.MZ happy saya double happy hehe

**Uuuoopppsss lupa nak cita, aku dah bagi adiah besday EN.MZ bagi depan2 je, tak berbungkus tak hapa, takde kejutan tuk tahun ni sebab aku dah rancang kejutan lain hehehe (^_^)v) peace awak!
Happy la dapat i-pong huhu~

Iklan Untuk di'Klik'

Copyright© All Rights Reserved zuhafizz-cintahatiku.blogspot.com