Perjalanan hidup Kami ~~~

Daisypath Friendship tickers

One Step Closer

Daisypath Anniversary tickers

Ikatan Cinta Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, 28 June 2012

~ BuRger BaKar BaNjir ~ (3B)

Hari Isnin yang lepas, aku berpuase.... Bile time nk berbuke tu, tk tau nk makan ape... Pikir punye pikir terus dapat idea... terus aku usulkan kt En. MZ... Sebab dia je tau tempat tu kt mane....

Me : Jom makan burger bakar petang ni....
MZ : Jom... Kt mane??
Me : Kate dh ade dekat UPM....
MZ : Aha.... Ade2, Jom ~~~

Selepas En. MZ setuju je... aku terus balik rumah dan bersiap-siap menuju tempat yang diberitahu..... Tempat tu terletak di belakang UPM betul2 bersebelahan Restoran Bismillah (restoran mamak) berdekatan taman............. Taman ape ek??? Tnyer En. MZ pun die tk tahu... orang kt situ tahu kot taman ape.....
Nama kedai dia Lava Grill Burger.....

Keadaan kedai Burger Bakar Banjir
Kiteorang menunggu dlm 20 minit la lebih kurang, br la burger bakar kiteorang sampai.... Dengan keadaan yang lapar berbekalkan dengan
Bismillahirrahmanirrahim ~~~ Kiteorang pun 'ngap' sampai licin (betul2 lapar tuh....) hihihihihhihi ~~~

Sedap rupenyer burger bakar ni, sebab daging dia tebal giler dan dibakar bukan digoreng.... Baru hari Isnin hari tu aku dapat makan, ketinggalan betul aku ni... huhuhuhuhuhu~~~ Kiteorang order Burger Bakar Single Store daging plus Cheese harge dia RM8.00 satu.... Agak berbaloi, sebab licin aku & En. MZ kerjakan.... huhuhuhuhu ~~~

Sebelum 'ngap' amik dulu beberapa keping gambar....
Untuk tatapan..... huhuhuhuhu ~~~
Ok, Selamat Menjamu Selera~~~~

Maaf la, sebab bile aku letak pic ni kt FB semua terliur....huhuhuhu~~~
Ni pic burger bakar yang telah selamat di 'ngap' oleh insan2 kelaparan.....

Wednesday, 27 June 2012

~ Bowling Ooohhh Bowling ~

Nak diikutkan dan lama aku tk main bowling ni.... Last aku main,
mase bercuti dengan family, 2 bulan yang lepas... Lama tu dah 2 bulan habis hilang skill2 aku.... cewahhh.... hahahahahaha ~~~

Ahad yang lepas, tetibe lak En. MZ ajak main bowling kt Sunway Piramid... Katenyer belum pernah try main kt situ... Aku pun ikutkan la jugak, sebab aku pun br sekali je main bowling kt situ....

En. MZ, saye letak pic awak...Jgn marah ha~~~

Sesampai je sunway, penuh giler tempat parking biase la kan hari Ahad kluar time petang2 lak tu.... Memang penuh r... Selesai je dapat parking, kiteorang terus menuju ke tempat bowling...
Nama tempat bowling kt situ Sunway Mega Lanes.




Ramai jugak la orang, kiteorang dapat lanes paling hujung dan paling privasi tk de orang tengok.... Lau baling terabur pun orang tk tahu....huhuhuhuhuhu ~~~ Tapi aku nk cakap sikit la kan, akak2 kt kaunter duit & kaunter kasut... tolong la senyum sikit kan... Mintak sebelah kasut pun macam nk gaduh je... Baling kasut ni kang br tauu.... Aku tau la korang penat sebab ramai orang, tapi aku pun penat gak tengok korang masam2 je... Aku bukan main senyum lagi kt korang, senyum tu kan sedekah.... Jadi senyum la sikit, kan manis.... huhuhuhuhu ~~~

Ok tutup cite pasal tu, aku sebenarnyer nk cite pasal main bowling kt sunway ni... Aku rase mcm ada masalah dengan lanes dia, licin semacam je... 2, 3 kali gak la aku rase mcm nk tersungkur... Baru rase, lum tersungkur lagi... Lau betul2 tersungkur mau terhempap bola bowling... Dah la berat, mau penyek aku dibuatnyer.... hahahahahaha ~~~

Ingatkan aku sorang je rase, En. MZ pun rase bende yang sama... Lagi satu, lanes dia mcam panjang skit... Bila baling bola tu mcm lame br smpai kt pin.... Agak musykil kt situ.... Memang r susah giler nk skor, tambahan dengan aku yang dh lama tk training nih....

Ni aku pamer la resultnyer, result paling teruk aku dan En. MZ pernah dapat.... Tau, nk ckap teruk kan?? Tk pe la teruk, sebab lanes tu yang salah.....huhuhu~~~


Monday, 25 June 2012

Puasa ~~~~

Bila cakap je pasal puasa, orang mesti teringatkan bulan Ramadhan kan, pastu Syawal... Raye!!! Tapi ada lagi bulan yang famous bile sebut psl puase.... iaitu bulan ni, bulan Syaaban...

Time tu la rmai yang berpuase sunat dan ramai jugak yang tk ketinggalan untuk berpuase ganti.... Cakap pasal puase ganti ni, korang dah selesai bayar 'hutang' yang tertunggak bulan lepas (puase ganti)???
Kalau dah Alhamdulillah.... kalau belum cepat2 la buat yer.... tinggal 2 minggu jer lagi nih... bkn pe tkt tk sempat.... hihihihi.....

Sedap jer ingatkan orang kn.... Bkn ape, mengingatkan org ln same la mcm mengingatkan dr sendiri.....kn??? Nasib baik aku dh wat awal2 tahun lepas tk de la aku terkial2 nk wat last2 minit... bukan ape wat awal2 takut luper... Aku kn pelupe tahap maxima.... huhuhuhu ~~~~

So, bulan ni aku fokus utk puase sunat je... hihihihihihi ~~~ Cakap pasal puase sunat ni, mcam2 soalan yang kiter dgr.... Boleh wat mcm ni ke?? Boleh ke wat mcm tu??
Kt sini aku ade beberape fakta mengenai puase sunat yang pernah aku baca..... Jom baca ~~~

FADHILAT PUASA-PUASA SUNNAT SEPANJANG TAHUN

1.    Puasa enam hari dalam bulan Syawal
Fadhilat atau keutamaannya sangat besar sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa Ramadhan, kemudian diiringi dengan puasa (sunnat) enam hari dalam bulan Syawal adalah seperti puasa selama setahun." (Riwayat Muslim)

Cara melakukannya yang terbaik (afdal) secara berturut-turut dan dimulakan pada hari kedua bulan Syawal, tetapi boleh dan sah dengan tidak berturut-turut, misalnya sehari puasa dua hari tidak, kemudian puasa lagi, asalkan genap enam hari didalam bulan Syawal. Malah sesetengah ulama mengharuskan puasa enam hari dalam bulan Syawal diniatkan berserta puasa qadha Ramadhan.

2.    Puasa hari 'Arafah (9 Zulhijjah)
Disunatkan kepada orang yang tidak melakukan ibadah haji. Fadhilatnya sangat besar sebagaimana dijelaskan menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. ujurnya, Rasullullah s.a.w. telah ditanya oleh sahabat mengenai puasa hari 'Arafah, sabdanya bermaksud: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu dan tahun-tahun kemudiannya." (Riwayatkan oleh Muslim dan al-Turmuzi)

Menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. juga bahawa Rasullullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Puasa pada hari 'Arafah itu menghapuskan dosa dua tahun yang lalu dan tahun yang akan datang." (Diriwayat oleh Muslim)

3.    Puasa pada bulan Muharram
Daripada Abi Hurairah r.a. katanya, telah bersabda Rasullullah s.a.w. yang maksudnya: "Seafdal-afdal puasa selepas Ramadhan ialah puasa pada bulan Allah iaitu bulan Muharram dan seafdal-afdal solat selepas solat fardhu ialah solat malam." (Riwayat Muslim)

Daripada Ibu 'Abbas r.a. katanya, telah bersabda Rasullullah s.a.w. maksudnya: "Sesiapa berpuasa pada hari 'Arafah nescaya terhapus dosanya dua tahun dan sesiapa berpuasa satu hari daripada bulan Muharram maka untuknya setiap sehari (mendapat pahala) 30 hari." (Dikeluarkan oleh al-Tabrani)
 
4.    Puasa pada hari 'Asyura (10 Muharram)
Daripada Abi Qatadah r.a. bahawasanya Rasullullah s.a.w. telah ditanya mengenai puasa hari 'Asyura (yakni hari ke-10 bulan Muharram) maka sabda Baginda s.a.w. yang bermaksud: "Ia akan menghapuskan dosa setahun yang lalu." (Riwayat Muslim)
 
5.    Puasa hari Tasu'a (Tanggal 9 Muharram)
Ia disunatkan, namun Rasullullah s.a.w. belum sempat mengerjakannya, bagaimanapun Baginda s.a.w. bersabda maksudnya: "Sesungguhnya jika aku hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa pada 9 Muharra,." (Riwayat Ahmad dan Muslim)
PERINGATAN
Puasa sunnat pada hari ke-10 Muharram hendaklah digabungkan dengan hari sebelumnya iaitu pada hari ke-9 atau dengan hari selepasnya (yakni hari ke-11) dan lebih baik lagi dikerjakan tiga hari berturut-turut iaitu ke-9,ke-10 dan ke-11. Jika ditunggalkan 10 Muharram sahaja maka hukumnya makruh kerana menyerupai amalan orang Yahudi.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud: "Berpuasalah pada hari 'Asyura (10 Muharram) dan jangalah menyamai perbuatan orang Yahudi; oleh itu berpuasalah sehari sebelum dan sehari sesudahnya." (Riwayat Imam Ahmad)

6.    Puasa bulan Sya'aban
Daripada Usamah bin Zaid r.a. katanya, aku berkata: "Wahai Rasullullah, tidak saya lihat tuan hamba berpuasa satu bulan daripada bulan-bulan (dalam setahun selain Ramadhan) seperti tuan berpuasa pada bulan Sya'aban." Sabda Rasullullah s.a.w.: "Bulan ini (yakni bulan Sya'aban) ialah bulan yang manusia lalai padanya antara Rajab dan Ramadhan, pada hal ia (yakni bulan Sya'aban) adalah bulan diangkat amalan kepada Tuhan seru sekelian alam, maka aku suka amalanku diangkat dan aku berpuasa." (Riwayat al-Nasai)
Ummu Salamah r.a. pula berkata: "Tidak pernah aku lihat Rasullullah s.a.w. berpuasa dua bulan berturut-turut melainkan pada bulan Sya'aban dan Ramadhan." (Riwayat al-Turmuzi)

7.    Puasa pada hari Isnin dan Khamis
Daripada Abi Hurairah r.a. daripada Rasullullah s.a.w. sabdanya: "Diperlihatkan (kehadrat Allah s.w.t.) segala amalan itu pada hari Isnin dan Khamis, justeru saya suka ketika diperlihatkan amalan-amalanku itu sedang aku berpuasa." (Riwayat al-Turmuzi)
Menurut riwayat Muslim diterima daripada Abu Qatadah, pernah ditanyakan kepada Rasullullah sa.w. tentang puasa pada hari Isnin, maka Baginda s.a.w. menjawab dengan sabdanya yang bermaksud: Itulah hari yang padanya aku dilahirkan, padanya aku dibangkitkan menajdi Rasul dan padanya Al-Quran diturunkan kepadaku." (Subul al-Salam)

8.    Puasa hari Rabu, Khamis dan Jumaat
Daripada 'Ubaid bin Muslim al-Qurasyi daripada bapanya r.a. ujurnya, aku bertanya atau ditanya oleh Baginda Rasullullah s.a.w. mengenai puasa dahar (sepanjang tahun), maka Baginda Rasullullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Tidak (maksudnya tidak dibenarkan puasa tersebut), kerana sesungguhnya untuk keluargamu atas dirimu ada hak. Oleh itu berpuasalah pada bulan Ramadhan dan yang mengikutinya (enam hari dalam bulan Syawal), dan pada setiap hari Rabu dan Khamis, maka anda sungguh telah (mendapat pahala) puasa sepanjang tahun dan anda juga telah berbuka." (Riwayat Abu Dawud, al-Nasai dan al-Turmuzi)
Daripada Anas bin Malik r.a. bahawa beliau telah mendengar Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud: Sesiapa berpuasa pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat, nescaya Allah s.w.t. membina untuknya sebuah istana disyurga daripada permata, yaqut dan zabarzad dan dicatat baginya bebas dari api neraka>" (Riwayat al-Tabrani)
Menerusi riwayat daripada Ibnu Umar r.a., Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat, kemudian bersedekah pada hari Jumaat sedikit atau banyak, nescaya diampunkan semua dosanya hingga menjadi seperti bayi yang baru dilahirkan oleh ibunya, bersih daripada segala dosa." (Dikeluarkan oleh al-Tabrani)

9.    Puasa pada hari Putih (13,14 dan 15 bulan Islam)
 Diriwayatkan daripada Jarir r.a. daripada Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Berpuasa tiga hari pada setiap bulan adalah puasa sepanjang tahun iaitu puasa pada hari-hari putih - pada hari 13,14 dan 15 (bulan Qamariyah)." (Riwayat al-Nasai dengan sanad yang sohih)

10.   Puasa tiga hari pada setiap bulan
Diriwayatkan oleh Muslim daripada Abi Qatadah, bahawasanya Baginda Rasullullah s.a.w. bersabda maksudnya: "Puasa tiga hari pada setiap bulan, Ramadhan ke Ramadhan itulah puasa sepanjang masa."
Mengenai berpuasa tiga hari pada setiap bulan, ada beberapa pendapat Ulama. Antaranya dikatakan puasa tiga hari itu ialah puasa pada 13,14 dan 15. Inilah pendapat kebanyakkan Ulama, antara lain Umar, Ibnu Mas'ud, Abu Zar, al-Syafi'i, Abu Hanifah, Ahmad dan Ishaq.
Sementara al-Nakha'i berpendapat ialah puasa tiga hari pada akhir bulan.

11.    Puasa selang-seli (sehari puasa sehari tidak)
Hadith daripada Abdullah bin 'Amru ibnu al-'As r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Telah sampai berita kepadaku bahawa anda berpuasa pada waktu siang dan berjaga (kerana beribadah) waktu malam. Jangan buat demikian kerana untuk jasadmu atas dirimu ada habuan, untuk matamu atas dirimu ada habuan dan untuk isterimu ada habuan. Puasalah dan berbukalah. Puasa tiga hari pada setiap bulan, maka dengan demikian anda mendapat pahala sepanjang tahun." Aku berkata: " Wahai Rasullullah, aku mempunyai kekuatan (keupayaan untuk berpuasa). Sabda Baginda Rasullullah s.a.w. "Maka berpuasalah puasa NabiDaud a.s. iaitu berpuasalah sehari dan berbuka sehari." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Daripada Abdullah bin 'Amru ibnu al'As katanya, telah bersabda Rasullullah sa.w. bermaksud: "Puasa yang paling disukai oleh Allah s.w.t. ialah puasa Nabi Daud dan solat yang paling disukai Allah s.w.t. ialah solat Nabi Daud, baginda tidur separuh malam dan bangun beribadah sepertiga malam dan tidur seperempat malam dan baginda berpuasa sehari dan berbuka sehari." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

PERINGATAN
1.    Dalam mencari pahala puasa sunnat, jangan tersalah hari-hari yang diharamkan berpuasa iaitu:
-  Tanggal 1 syawal (hari raya aidil fitri)
-  10 zulhijjah (hari raya aidil adha)hari-hari tasyriq: 11, 12 dan 13 zulhijjah
-  Hari syak mungkin hari mula berpuasa (30 sya'aban)
-  Selepas 15 sya'aban jika bukan puasa qadha atau nazar atau tiada hubungan dengan puasa pada hari sebelumnya, atau bukan hari yang biasa berpuasa
-  Puasa sunnat bagi wanita tanpa izin suami (jika suami bermukim yakni tak musafir) - 'Isteri yang nak puasa sunat kena mintak izin suami tau.....'

2.    Jangan pula berpuasa pada hari-hari yang dimakruhkan:
-  Puasa orang yang sakit bersangatan
-  Puasa orang yang sangat tua
-  Puasa wanita yang hamil
-  Puasa orang yang musafir
-  Puasa pada hari 'arafah bagi orang yang mengerjakan haji
-  Puasa pada hari Sabtu sahaja (ditunggalkan)
-  Puasa pada hari Jumaat sahaja (ditunggalkan) - 'yang ni la aku cube terangkn kt kwan2 dulu, tp dieorang tk fhm2..Puase sunat Jumaat kena dikembarkan dengan hari Khamis atau Sabtu....'
-  Puasa asalnya sunnat dikerjakan oleh orang yang menanggung puasa qadha - 'yang ni pun same, aku pernah ckp tk digalakkan puase sunat selagi puase ganti lum habis ganti....Nk wat dua2 dalam 1 hari pun tk digalakkan,same la mcm pkai bj dgn makan nasi sekaligus, tntu tk boleh kn.....'
-  Puasa sepanjang tahun (sepanjang masa)

Oleh itu, same2 la kite tingkatkan ibadat kurangkan mengumpat....
hahahahaha.... tk de kne mengene.... Ok la daaaa ~~~~






Psst : Rindu lak kt kawan2 time belajar dulu..... Bile bulan dekat2 puase ni masing2 berebut- rebut ganti puase, yang tk ganti pun join puase.... Pastu time berbuke, berbuke same2... Ahhhh... rindunyer kt korang, disebabkan terlalu rindu aku ltk pic kite time berbuke same2 dulu.... 
Mood : Sedey :'(

Friday, 22 June 2012

~ Madagascar ~


Isnin yang lepas, setelah puas dipujuk rayu, En. MZ berjaya jugak tengok cita ni yang telah ditemani oleh aku.... Aku??? Kenapa aku tengok movie kartun ni??? Ni semua sebab En. MZ la... Jangan tnye aku kenapa, tnye la die.... huhuhuhuhu~~~

Beria-ia dia ajak aku tengok cita tu.... Ape hebat sangat penangan cita tu pun aku tk tahu.... Aku pernah gak la cakap dengan En. MZ.....

Me : Isyk.... awak ajak saya tengok Madagascar???
MZ : Yela, kawan saya cakap best cite tu... Rating tinggi kot...
Me : Masalahnyer cite tu cite kartun, lau orang tengok tak ke orang akan ckp " tu makwe dia la nk tengok sgt cite kartun tu"..... Orang ngate saye bukan awak.....
MZ : Ok r tu.... (dengan nada tk bersalah )
Me : HuH!!!!



 Setelah perdebatan tercetus antara aku dengan EN. MZ... Akhirnye, dia menang dlm perdebatan tersebut... Kiteorang pun berjaya jugak masuk ke dalam panggung wayang dengan menonton Madagascar 3: Europe's Most Wanted... (nasib baik awak yang beli tiket tu )

Starting cite ni ,aku dh tk faham dh.... Yela mana tk nye, aku tk tengok Madagascar 1 & 2 ... tup tup terus tengok yang no.3 mane nk faham.... huhuhuhuhuhuhu ~~~~


Dalam panggung wayang aku duk tnye2 orang sebelah....

Me : Penguin tu jahat ke??
MZ : Tk la... Dia baik....
Me : Kenapa dieorang nk cr sgt penguin tu??? Penguin tu jahat la kn,
         nmpak mcm jahat je.....
MZ : Tk..... Dia baik, Penguin2 tu bijak... Awak tgk tk yang no 1 & 2??
Me : Tak.... (sambil nguyah popcorn)
MZ : Errrrrr ~~~

Oleh sebab aku tk fokus sgt pada cite tu, sebab sibuk fokus pada popcorn.... So, aku tk leh la nak cita pasal Madagascar 3.... Yang boleh aku katakan, aku tengok cite tu tapi jiwa aku meronta-ronta untuk habiskan popcorn.... hahahahahaha ~~~ Jadi, korang kena la gi tengok cite tu, baru tau rasa ape aku rase.... huhuhuhuhuhu ~~~~

Thursday, 21 June 2012

- BERKAT SALAM -

Hari Sabtu yang lepas, aku dan mak tinggal berdua je kt rumah (berdua lebih baik).... Tibe2 mak yang dh lama kebosanan bersuara.....

Mak : Jom....kite kluar gi makan.....
Me : Makan kt mana mak?? Kedai br ke??
Mak : Kite mkn lempeng....Lempeng kt situ sedap....
Me : Ala, lempeng je ke?? tk kn gi jauh2 mkn lempeng je....lain2 tk de ke??
Mak : Ade....semua ade... Chicken chop pun ade....
Me : Chicken chop??? ( mate dah bling2, bersinar2 ) Jom mak......

Dah alang2 tinggal berdua je dengan mak.... Ni la masanya nk menge 'pau' mak cukup2..... hahahahahaha ~~~ (gelak dengan nada yang jahat)
 Lepas bersiap ala kadar, aku & mak pun keluar menuju ke kedai makan yang mak cakapkan tuh....


Ni la nama kedai tu.... Berkat Salam, nma kedai mcm kedai mamak kn sebab mule2 pun aku ingatkn kedai mamak... Tapi tk rupenye 100% melayu yang berniaga kt situ.... Berkat Salam ni terletak di Bukit Katil, Melaka.. Tk de la jauh sgt dengan rumah aku... Dalam restoran ni ada macam2 jenis kedai dan macam2 menu yang ada.... Kiranye, minta menu apa saje, InsyaAllah ade.... hihihihihihi~~~

Lempeng kelapa dan lempeng pisang

Macam yang dicakapkan oleh mak, dia nk makan lempeng..... 2 lempeng die order, 1 lempeng kelapa yang lagi satu lempeng pisang.... Sementara tunggu menu aku order sampai, aku curi sikit lempeng mak.... Peeehhh!!! memang sedap la, lembut je lempeng dia... panas2 lak tu....

Chicken chop mushroom sauce




Aku lak makan chicken chop.... Menu aku pilih Chicken Chop sizzling plus mushroom sauce.... Memang sedap chicken chop dia, tk muak pun sampai licin aku kerjakan..... huhuhuhuhuhu ~~~




Lau datang Melaka, singgah2 la kedai Berkat Salam... Memang tk mengecewakan, servis die pun cepat... Walaupun orang ramai.... Promate ni... hihihihihihi ~~~

Keadaan di luar restoran Berkat Salam

Wednesday, 20 June 2012

Pemeriksaan Kesihatan

Baru-baru ni aku gi wat pemeriksaan kesihatan secara percuma kt klinik tempat kawan aku bekerja... Aku gi dgn En. MZ dan MF MIL (My future mother in law).... Masa mula2 kawan aku offer tu, aku ingatkan tk de la ramai sgt orang yang datang.... Tapi bila tibe hari kejadian... Pehhh, rmai giler kot orang, sampai terkluar orang beratur..... Hurrrmmm, rmai gak orang tk sht kt Malaysia ni.... huhuhuhuhuhu ~~~

Aku mulakan dgn wat pemeriksaan berat, tinggi dan BMI ... Ada ke patut dieorang ckp aku ni level orang yang berumur 30 tahun.... Isyk2, tk patut tk patut.... Agak2 la kak oi nk jual product pun....

Check level bone....Nervous2....


Dengan rase sebal hati aku wat pemeriksaan tulang.... Nervous giler wat pemeriksaan tulang ni.... Al-maklum la, dh lame tk minum susu tiap2 pagi... Last masa umur 19 tahun, time blajar rajin gak minum susu..... huhuhuhuhu ~~~ Resultnya, tk yah cakap la memang mengecewakan.... Kurang kalsium katanyer atau lebih spesifik 'osteoporosis'.... Isyk2 teruk aku nih....
Tengah mendengar Dr. Mariam bg penerangan tentang HPV
Dengan membawa hati yang tk percaya, aku masuk ke dalam klinik untuk dengar penerangan Dr. Mariam tentang HPV atau dengan kata yang senang faham 'Kanser Pangkal Rahim'

Byk input2 yang berguna tentang HPV yang perlu kita tahu.... Nak2 orang mcm aku ni, yang belum berkahwin dan bakal mendirikan rumah tangga... Memang wajib perlu tahu la.... hihihihihi~~~

Fakta mengenai HPV a.k.a Kanser Pangkal Rahim.....

Kanser pangkal rahim merupakan kanser yang kedua paling biasa menyerang wanita di dunia selepas  kanser payudar. punca terjadinya kanser pangkal rahim adalah jangkitan virus HPV dan jangkitan virus ini diperolehi melalui hubungan kelamin. Di samping jangkitan virus HPV, faktor-faktor lain turut mempengaruhi terjadinya kanser pangkal rahim yakni sistem imunisasi (pertahanan badan) yang rendah dan juga faktor genetik.

Apakah faktor-faktor risiko terjadinya kanser pangkal rahim? Di antara faktor-faktor yang menjadikan seseorang wanita itu boleh menghidap kanser pangkal rahim adalah: 
  1. Hubungan sek pada usia muda
  2. Jangkitan virus HPV berisiko tinggi
  3. Merokok
  4. Wanita dari golongan susah ataupun miskin.
  5. Keadaan yang menyebabkan sistem pertahanan badan menjadi rendah seperti penyakit AIDs, pesakit yang menjalanipemindahan buah pinggang dan lain-lain.
  6. Wanita yang mempunyai pasangan sek yang ramai.
  7. Wanita-wanita yang tidak menjalani ujian pap smear bolehdikategorikan  sebagai golongan yang berisiko mengidapkanser pangkal rahim sebab kajian telah menunjukkan bahawaujian pap smear boleh mencegah kanser pangkal rahim. 

    TANDA-TANDA KANSER PANGKAL RAHIM
     
    Kebanyakan wanita yang menghidap kanser pangkal rahim mengalami salah satu ataupun kombinasi gejala-gejala berikut:

  1. Perdarahan selepas hubungan seks (“postcoital bleeding“)
  2. Keluar lendir berdarah dari kemaluan.
  3. Perdarahan di pertengahan kitaran haid.
  4. Perdarahan dari kemaluan setelah disahkan putus haid.
  5. Hilang selera makan
  6. Turun berat badan yang mendadak
     
    Tapi ada berita baik, menurut Dr. Mariam kanser ni boleh dicegah... Ni la satu2 nya kanser yang boleh dicegah dengan mengambil suntikan vaksin.... Vaksin adalah salah satu langkah awal pencegahan.... 

    Vaksin ini diberi secara suntikan di lengan sebanyak 3 kali dalam tempoh 6 bulan mengikut jadual berikut :
                Suntikan pertama - bila2 ada masa tuk suntikan
                Suntikan kedua    - 2 bulan selepas suntikan pertama.
                Suntikan ketiga    - 6 bulan dari suntikan pertama.

    Vaksin HPV diberi nama Gadarsil,1 suntikan yang berharga RM250.... Mahal kn?? Tuk
    tubuh badan sendiri ape nk berkire sgt kn... Untung budak2 sekarang dapat free je kt sekolah, sebab kerajaan dh sediakan.... huhuhuhuhu ~~~

    Untuk permulaan aku minum yang dlm kotak dl.... hihihihi~~~

    Ok, tutup pasal HPV kita bukak cita pasal 'osteoporosis '... Disebabkan aku suspect mengidap 'osteoporosis '.... Mula hari dan tika masa ini aku nk minum susu tiap2 pagi... Aku mulakan dengan susu Anlene baik tuk tulang.... Agak2 tk sesuai aku tukar la dengan susu lain nanti.... huhuhuhuhuhu ~~~

Friday, 15 June 2012

AJK Jemputan @ Jamuan @ kedua-duanya sekali???

Antara Ahli2 jawatankuasa yang terlibat
Wah tamak giler aku ni nk amik kedua-dua jawatankuasa, Giler kuasa namanya...... (Ala, mcm tk biasa tahun lepas pun aku pegang 2 jawatankuasa.... hihihihihihi~~~~)


Rabu yang lepas, tempat kerja ada anjurkan 1 program Syarahan Perdana Prof merangkap dekan tempat kerja aku.... Sebab dia akan dinaikan menjadi Prof. Emeritus.... Giler power kan.....
Untuk program tu aku sebenarnya dilantik sebagai AJK Jemputan, wat kerja2 menjemput orang2 VIP,VVIP dan tetamu2 Prof..... Tapi bila aku dapat surat lantikan nama aku kt dalam AJK Jamuan.... (aik....mcm mana ni??? tk kn nk belah badan aku jd 2 lak)




Masa program tu berlangsung, aku ditugaskan duduk kt kaunter pendaftaran..... Untuk daftarkan VIP2 dan setkan tempat duduk dieorang.... Itu ok la lagi, tapi bila program tu dah berlangsung aku kt kaunter ni tk dapat masuk ke dlm dewan disebabkan ikut protokol.... Selepas program berjalan je pintu masuk akan ditutup.... Jadi aku pun tk dapat la nk masuk dengar Prof sampaikan syarahan.....huuuurrrmmmm.... Sedey ;-(

Prof menerima pemberian dr Timbalan Naib Canselor


Ni la suasana kt dalam dewan.... Oleh disebabkan aku tk dapat masuk, aku serahkan camera aku kt orang yang boleh masuk untuk amik gambar kt dalam dewan, tanda kenang-kenangan......





Dalam masa Prof bagi talk, semua orang dah masuk ke dalam dewan... Tinggal aku dan beberapa orang staf jemputan.... Dalam masa makanan sampai AJK Jamuan jd tk cukup orang.... So, secara tk langsung aku terbabit sama dalam AJK Jamuan.... aku tolong wat kerja2 potong kek, susun kek dan makan kek..... hahahahahahahaha ~~~~

Sebenarnya aku ni dah serasi dengan AJK Jamuan sebab mula-mula kerja lagi aku dah ditarik masuk dalam AJK Jamuan dlm apa2 program pun... So, bila jd AJK lain aku rasa macam janggal la pulak.... hihihihihihihi~~
Tahun ni ada 1 lagi program besar..... Dalam program tu aku jd AJK Kesetiausahaan..... Hai, tk tau la mcm mana keadaannya nanti... Jangan terbawa-bawa duduk kt meja makan sudah la... hihihihihihihihi~~~

Bergambar bersama Prof. & AJK-AJK yang lain.... Tanda kenang-kenangan.... Tahniah Prof.

Thursday, 14 June 2012

~Snow White & The Huntsman~

Hahahahaha~~ Dapat jgk tgk cite ni.... Balik je dr berkursus hari tu terus aku wat cadangan & ajak En. MZ gi tgk cite ni..... Dh lama cite ni kluar, 31 Mei  ari tu..... cume aku je tk de kesempatan masa tuk tgk....(bukan apa nk tgk sgt.... Dua pelakon favorite aku ada berlakon.... Thor & Bella....Suke2....hihihihihi)

Balik je dr berkursus aku trus siap2 tuk kluar, kiteorang tgk kt Alamanda je, dekat sikit..... Tk de la kena drive jauh2, dh la penat br blk berkursus.....
Sampai je kt Alamanda aku & En. MZ terus menuju  kedai favorite kiteorang..... Setiap kali gi Alamanda, lau tk singgah kedai ni memang tk sah... Kadang2 gi Alamanda pun semata2 nk makan kt situ.... huhuhuhuhu.....

~Hahahahahahaha ~~~ Ni la kedainya, Rotiboy..... Best dapat mkn roti ni, syok giler.... Disebabkan En. MZ ni pengemar roti, aku pun dh terikut sama.... Tapi menurut Dr. MZ, roti ni tk elok dimakan selalu sebab die ada kopi... Kopi tu ada byk kafein, kafein yang berlebihan tk elok tuk buah pinggang... So, mengikut nasihat Dr. MZ roti ni blh mkn sekali sekala je, bila perlu.... ataupun dh ngidam sgt nk mkn......

Ok, tutup cita pasal Rotiboy kite berbalik dgn cita Snow White td.... Cerita dia mengisahkan sorang permaisuri melahirkan sorang puteri yang cantik & putih seputih salji...(maybe dia lahir puteri tu time musim salji kot.... huhuhuhuhu~~~ ) Time tu dieorang bahagia lagi, time tk bahagia bermula selepas kematian permaisuri.... Mase perang berlaku, ayah puteri menang dan wat balik sorang perempuan tahanan ke istana... Disebabkan ayah puteri tu gatal sgt,die pun kahwin dengan perempuan tahanan tu.... Perempuan tu nampak mcm scary gile, mcm mane la raja tu blh terpikat bkn cantik pun.... (hahahahaha~~ emosi lak tetibe.... )
Selepas kahwin, malam pertama jugak raja tu kena bunuh....(padan muka, dh gatal berbeno) Secara tk langsung perempuan dapat menakluki negara tu.... Dia wat msuk semua askar2 jahat dia ke istana.... Puteri yang tenampak ayah dia kena bunuh cube melarikan diri, tp sempat kena tangkap dan kena kurung bertahun2 lamanya.....

Selepas kena kurung bertahun2, dr dia kecik sampai ke besar.... br dia ada idea tuk kluar dr situ..... Dia lari2 sampai ke Rimba gelap, askar perempuan sihir tu tk dapat nk cr puteri... dan permaisuri upah sorang pemburu tuk cari puteri... Mase jumpa puteri kt Rimba gelap, pemburu tu simpati kt puteri dan tk jd bg puteri kt askar jahat tu.... Last2, dia sukarela lak jd penjaga kpd puteri.... Dlm hutan tu jgk puteri jumpa 7 orang kerdil (Aik, 7 orang ke?? aku kire ada 8 orang... tk tau la slh kire kot....huhuhuhuhu~~~)

Dipendekkan cerita, puteri berjaya menakluki negara dia balik..... dengan bantuan askar2 ayah dia dulu disamping Pemburu, 7 orang kerdil dan William.... (Ups, lupe cita pasal William....William ni kawan puteri masa kecik...teman sepermainan)

Habis je cita dia, mcm biasa En. MZ akan tanya komen aku pasal movie.....

En. MZ : Awk, mcm mana dgn cita tu?? Ok???
Me : Errmmm..... Boleh la, tapi ending dia tk best la... tk de penghujung... Nape dia tk kahwin dgn Huntsman??? Tk happy ending langsung....
En. MZ : Ala, last sekali kn dia duk pandang si Huntsman tu, dia suka la tu....
Me : Maybe ada part 2 kot....
En. MZ : Errrrrrr (wat muke pelik)

Wednesday, 13 June 2012

~ Kursus 3 hari 2 malam ~

Balik je dr bercuti rehat hari tu tibe-tibe aku dapat surat kena pergi berkursus kt Morib utk 3 hari 2 malam.... (Ala......ni yang tk best ni kena gi berkursus dan bermalam kt sana... dah tentu2 aktivitinya sampai malam.... Arrrrrgggghhhh.... tk sukanyer~~~~

Tapi orang yg mcm aku ni suke ke tk suke ke, aku kena pergi jugak, dah tugas kan tk boleh la nk merungut...... Dengan rasa tk ikhlasnya aku pun bersetuju utk pegi kursus tu.... Kursus tu wat kt Impian Morib Hotel.... Mcm mana rupe bentuk hotel pun aku tk tahu....

Sampai je kt tempat kursus aku terus gi dewan utk dengar taklimat..... masuk je perkarangan hotel tu dlm hati pun berkate.....
('alamak seramnya tempat ni, sunyi je.... macam tk de orang je kt sini..... Takut.......)
Selesai je dgr taklimat, aku terus menuju kt bilik nk letak barang cepat2 nanti dapat makan awal2... Perut dh lapar giler dah...


Untuk hari pertama aku terpaksa tidur dalam bilik sorang2.... Sebabnya roomate aku belum sampai lagi time tu..... Dah la bilik aku besar giler.....Takut sgt, aku dh mula bayangkan macam2 dah.... huhuhuhuhuhu ~~~
Disebabkan aku terlalu takut, aku tumpang bilik akak opismate aku... Utk satu malam je... huhuhuhuhu~~~~ Nasib baik dia bagi tumpang bilik dia kalau tk aku dh pkir nk tidur kt lobi je.... hihihihihhihihihi ~~~~

Katil yang tersedia kt hotel ni..... Aku  pilih katil yang besar tuh.....haha~~

Ruang dalam bilik..... Luas giler.....

Bilik aku ni besar antara yang lain2 sebabnya bila aku masuk bilik akak opismate aku tu tkde la besar macam bilik aku.... Bilik aku siap boleh main bola tuh, umpamanya la...hihihihihihi ~~ Maybe bilik aku paling hujung kot, conner lot tu yang besar tu.....


Suasana bilik aku ni mengadap padang golf.... Cantik padang golf ni sebab dia mengadap pantai Morib, rase lapang je.... Padang golf dia tk de la besar mana, tapi boleh la untuk orang2 yang baru nk berjinak-jinak dalam dunia sukan golf.... hihihihiihhihi~~~~


Bile time sarapan pagi & minum petang la paling aku suka.... Sebab juadah yang disediakan menepati citarasa aku..... Tengah hari tu boleh la~~~~ hihihihihi..... Aku paling suka kopi kt hotel ni, hampir setiap kali makan aku mesti amik kopi sebab teh tu aku tk boleh minum sangat.... Sedap kopi dia sebab campur dengan susu cair bukan dgn creamer.... Lain kali lau nk wat kopi, aku nk campur dgn susu cair la.....sedap rupanya.... Baru la lemak berkrim disukai ramai..... hahahahahahaha~~~~


Petang sabtu ada masa senggang sikit, aku dan kawan2 gi jalan-jalan kt Pantai Morib... Terasa nk mkn sotong bakar, orang kata sotong bakar kt situ sedap.... terasa nk mencube kn, dh alang2 sampai sini.... Kebetulan kt situ ada buat jualan... Meriah sangat, ramai giler orang sampai penuh parking.....

Dah puas jejalan tepi pantai Morib, kiteorang pun singgah la kedai sotong bakar Morib... Dh tujuan pun nk mkn sotong bakar kan... Sebenarnya, rupa sotong bakar tu aku tak tau mcm mana... Tu teringin nk try rase.... Nk tau mcm mana rupa bentuk sotong bakar tu???

Sotong bakar Morib
~Hahahahahaha~~~ Ni la dia rupa bentuk sotong bakar tu.....  Bile sampai tu dlm ati aku terus berkata (Errrr... Mcm ni ke rupa sotong bakar, aku bayangkn ln.... sekali dapat ln daaaa~~~ hihihihihi.....)  Sebenarnya aku bayangkan, die bakar sotong tu basah2.... mcm kt kedai ikan bakar tu, sekali dapat sotong yang dh dilenyekkan la.... kuikuikuikui~~~~ Harga sepinggan RM20, untuk 4 atau 5 orang mkn.... nk kate cukup tu mmg la cukup, tp nk kate berbaloi tu tk tau la.... sebab aku bayangkan lain, sekali dapat lain..... Nasib baik ade member yang baik hati belanje kiteorang, tp rase bersalah lak... sebab aku yang beria-ia nk mkn.... Dalam-dalam rase bersalah tu habis jgk la sotong tu aku kerjakan..... huhuhuhuhuhu~~~

Hari terakhir berkursus aku dan peserta2 lain kena wat persembahan dalam group.... Dlm byk2 aktiviti, aktiviti ni la yang paling aku tk suke sekali, nk kena cakap2 kt depan semua orang....  aku ni dh la pemalu..... hikhikhikhikhik~~~


Ni pic group orang lain.... Saje je letak gambar present dieorang, sebab group lain aku amik pic cume group aku je tk de orang sudi nk amik... Yela kan sape la group aku ni.... hukhukhukhuk.... Sedey ;(

Friday, 8 June 2012

New 'BOYFRIEND'

Hahahahaha....Hati tengah gembira giler ni sebab  dapat boyfriend baru.... Mau tk gembira dapat yang fresh from the oven kan... huhuhuhuhu ~~~ Dah lama & penat aku duk usha dari jauh... Akhirnya aku dapat memiliki 'dia' jugak.... Yes...Yes....Yes!!!!!!!

Dari statement yang tk menahan tu, nampak sangat aku ni macam playgirl kan... hahahahaha.... Kesian MZ, kena tinggal macam tu je.... Bye....Bye awak, saya dah dapat boyfriend baru.... hahahaahaha ~~~

Hari ni aktiviti aku with my New 'Boyfriend'  adalah berkursus di Morib... hahahahaha..... Awal2 lagi aku dh bawak 'dia' gi merata-rata.... Ni first time aku bawak 'dia' gi berkursus bukan gi bercuti tau kena bekerja.... Kesian dia ke hulur ke hilir aku bawak 'dia'.... Mesti 'dia' penat... hahahahahaha ~~~ Tk pe la awak, nanti selesai semua kerja ni, awak rehat la puas-puas kt bilik yer... huhuhuhuhu ~~~

Nak tau macam mana rupa bentuk Boyfriend baru aku???
Ni la dia...... Jeng~~Jeng~~Jeng~~~

Ni dia my New boyfriend...aku beri nama dia En. GT...hihihi~~
 
hahahahahaha..... Ni la dia aku nya 'New BOYFRIEND' ......
Hot tk??? huhuhuhuhuhu ~~~~
Sorry la En. MZ..... Awak dah sedia maklum yang awak bakal ditinggalkan selalu.... hahahahahahaha~~~
Psst : Walau macam mana pun En. MZ, awak sentiasa di hati saya......
Cewahhhhh ~~~

Friday, 1 June 2012

~ Sukan Staf ~

Sukan staf kembali lagi , aku ingatkan tahun ni aku malas nk masuk apa-apa game memandangkan aku dh guna badan ni pada tahap yang maximum.... Kesian kt badan aku.... hihihhihiihi ~~~

Dalam pada tk nk tu, aku ditarik jugak masuk dalam team Bola Jaring sebab tahun lepas aku main bola jaring.... Tk de orang nk main dlm game tu katenya... Ala, baru nk rehat tahun ni, dh kena panggil....
Dah la pengurus tu bukan calang-calang orang.... Timbalan Dekan lak tu, tk berani nk murka.... hahahahahaha ~~~~

Nak tk nak aku datang la jugak training, saja datang tunjukkan muka kalau boleh nak mintak jadi simpanan je.... (Agak2 boleh tk... huhuhuhuhuhu ~~~ )

Masa Majlis Perasmian sukan staf, kebetulan kena pada hari yang sama dengan program Berjalan Menuju Kualiti (WALQ).... So, kiteorang pun pilih tema warna yang sama la, merah + hitam....(tak yah tukar2 baju, pagi & petang pakai baju yang sama je)... Tu yang dlm gambar pun baju yang sama sebab hari yang sama....
hahahahahaha ~~~

Di antara player2 Gugusan C
Gugusan C in the House
Jadual perlawanan yang ditunggu-tunggu telah tiba kiteorang start lawan pada 29 Mei hingga 31 Mei, tiga hari berturut-turut tanpa henti.....Giler r, aku dah dapat bayangkan dah bertapa penatnya aku nanti....hihihihihihihi ~~~~

Hari first lawan kiteorang menentang kumpulan B, giler laju dieorang ni main (minum isotonik ke ape??? Tk terkejar aku....) Awal2 lagi centre dah buang bola, Adoiyai~~~~ (Centre tu aku la...hahahahaha........) Maaf yar kengkawan disebabkan aku, kite dapat seri 7~7 (aaaaaa...... rasa bersalahnya aku.....Jd pom pom girl je la lepas ni.....huhuhuhuhuhu ~~~~)

Hari kedua lawan dengan kumpulan A..... Peeeeehhhh.~~~ Tk yah cakap la kumpulan ni, setengah dr player team A adalah 'star player'.... Jd 'ayam' la kiteorang...... huhuhuhuhuhu ~~~ Masa time lawan tu memang suspen giler tapi half time team kiteorang 'lead' dengan mata 6~1....Power gak kiteorang ni kn....huhuhuhuhu ~~~ Masuk masa yang kedua lagi suspen, dieorang boleh kejar lak tu......
Tapi kiteorang menang jugak dgn mata 9~6....Fuuuhhhh, tk sia-sia jerit kuat2 suara aku je yg dgr.....hahahahaha ~~~ )

Hari ketiga lak lawan dengan team D.... Team ni pernah kalah dgn team kiteorang tahun lepas... Tapi tk boleh pandang sebelah mata team ni, semangat dieorang lain macam sikit... huhuhuhuhu ~~~~ Half time kiteorang dah 'lead' 4~3 tapi bila dan second half dieorang blh kejar kiteorang dgn mata 7~8..... Hurrrmmmm tu bermakna kiteorang kalah dgn dieorang.....Waaaaa......Sedeynye kurang 1 mata je nk EMAS.... Time game tu aku tercedera, lutut koyak tu main pun tk jaga org....ke hulu ke hilir tk tntu arah sebab tahan sakit....sorry kengkawan.....



Apa2 pun team kiteorang dapat jugak Naib Johan (Perak) mcm tahun2 yang lepas.... Kiteorang kekal menjadi Naib Johan 3 tahun berturut-turut.... Tk pe la, tahun depan cube lagi k....Tu pastikan dapat EMAS.....
Ni pic team Bola Jaring Gugusan C tahun lepas, tahun 2011.... Saje letak pic ni tanda kenang-kenangan... huhuhuhuhu ~~~

 Ni pic team Bola Jaring Gugusan C tahun ni, tahun 2012.... Nmpak aku je paling kecik kt situ kn....hahahahahaha ~~ (saje  aku senget kn badan sebab nk tutup lutut yang terkoyak tu.... Aduh pedihhhhh ~~~~)



Ni jersi bola jaring aku untuk tahun ni, tapi jersi ni hanya dipakai untuk hari kedua perlawanan..... Diatas permintaan pengurus pasukan~~~

Iklan Untuk di'Klik'

Copyright© All Rights Reserved zuhafizz-cintahatiku.blogspot.com