Perjalanan hidup Kami ~~~

Daisypath Friendship tickers

One Step Closer

Daisypath Anniversary tickers

Ikatan Cinta Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, 31 January 2013

Cuti Panjang ^_^

Cuti panjang sudah abes bro tiba la masa untuk bekerja lak... hukhukhukhuk ~~ Kejap je rasa 5 hari kan rasa tak puas lak... hihihihihihi ~~~ Cuti sambung-sambung dapat la sampai 5 hari, cuti Maulidur Rasul disambung dengan cuti Thaipusam...... Alaaaaa macam tak bese buat kan..... ^_^ ~~

Dah bercuti panjang baru la hari ni dapat menghapdate blog, nak cite sepanjang 5 hari aktiviti aku, dah macam diari lak blog aku nih... BlogKu DiariKu, DairiKu BlogKu, diari yang boleh dibaca oleh semua orang.... kikikikiki~~~ Ni nak cite ni, nak dengar tak... Taknak dengar takpe takde paksaan pun,tapi kena tutup mata dulu jangan baca pape....hihihihihi~~ Sebelum 5 hari cuti hari tu aku dah siap2 wat kertas kerja, planning percutian dan akitivti sepanjang 5 hari.... Canggih huhuhuhuhu~~~

Hari pertama
Duduk kat rumah je, rehatkan diri..... Disebabkan cuti public Maulidur Rasul so, adik beradik aku pun cuti dan akan datang la ke rumah untuk berkumpul beramai-ramai.... Macam bese mak akan masak secara besar-besaran untuk makan tengahari bersama-sama... Sedap~~~~ Mak yang masak, apa yang tak sedap.... hihihihhi~~~

Hari kedua
Tiba masa kereta untuk di'servis', erkkkkk aktiviti jugak ke tu??? Itu bagi aku dah kire 1 aktiviti sebabnyer 1 hari suntuk aku kat kedai kereta tu habis aktiviti aku... Macam-macam pomen tu duk mengodek kereta aku.... Kena tukar tu kena tukar ni.... Dari pagi sampai la ke petang~~~ Kalau kena tukar je takpe, ni lau banyak ditukar banyak jugak la RM yang kena dikeluarkan... hukhukhukhuk... Takpe kereta, aku dah lenjan kau tiap2 hari ke sana ke mari.... Berabis pun berbaloi... Kata-kata untuk sedapkan hati.... hihihihihi~~~

Dr. Kereta tengah check keretaku...
Me : 'Dr. pomen sakit apa kereta saya tu?? Teruk ke?? Perlukan pembedahan??
Dr. Pomen : Tak teruk sangat ni, ada wayar yang nak putus.... saya check dl k...
Me : Ok... Dr. buat la apa yg patut janji 'dia' sihat balik.... (mood : risauuuuu)

Hari ketiga
Mak teringin nak makan nasi penyet Shah Alam..... So, kite bergerak ke Shah Alam... Yahooo!!! Shah Alam, peace yoooo..... Jauh berjalan semata-mata untuk makan je.... huhuhuhuhu~~~  Tapi aku takde la order nasi penyet, aku makan Burger bakar.... Ha,baru perasan kat kedai ni ada burger bakar.... Sedapppppp~~~ murah lak tu, lau burger bakar kat tempat lain RM 8.00 sebijik.... Yang ni baru RM6.90.... Bagi aku rasenyer sama je.... *bagi aku la ^_^*.... Lau bagitahu En.MZ ni, sure dia ajak makan lagi.... hihihihihi~~~
Dah sampai tempat makan.....
Bagi yang ingat-ingat lupa kedai favorite mak aku... Aku ingatkan lagi sekali, Restoran Al-Shofwa~~
Burger daging bakar....... Jemput makan!!!!

Hari keempat
Picnic Time!!! Aku ajak family aku berpicnic kat PD.... Dah lama rasenyer tak berpicnic bersama-sama keluarga.... Seronok sangat lebih-lebih lagi bila mak masak macam-macam then bawak makan tepi pantai Teluk Kemang, Port Dickson... Mula-mula sampai takde la ramai sangat orang sebabnyer kul 7 pagi aku dah bertolak dari rumah... hihihihihi awal giler..... semangat~~~ Udara pantai yang nyaman ditambah dengan makan nasi panas-panas... Pehhhh tak terkata ~~~
Selamat datang ke Port Dickson~~~
My anak buah sedang memerhatikan air laut yang nyaman damai.... huhuhuhu~~~
My luvly family..... Muaaaaahhhh!!! ^_^

Hari kelima
Tiba masa untuk En.MZ, hihihihihi ~~~ Kena ajak jugak keluar nanti kata kita balik kampung terus lupakan dia... Kali ni keluar dengan kawan-kawan En.MZ... katanyer nak repeat game bowling.... Erkkkk~~~ Ha,ni yang tak best ni what u expect bile lawan game dengan lelaki??? memang kita tinggal jauh la... hukhukhukhukhuk ~~~
With kengkawan En.MZ, kengkawan aku jugak la..... ^_^
Orang 'power' sedang wat balingan.... gaya dah ade...tapi~~~ hihihihihi~
Ok, dah tahu keputusannyer kan... So, terima je la~~~

Tak boleh jadi ni.... Kite repeat ok!!!!

Sehangat Asmara ^_^

Lagi, lagi dan lagi drama adaptasi novel..... Makin banyak pulak sekarang ni, hanya kerana 1 drama novel meletop sekarang ni dah macam cendawan tumbuh selepas hujan... Drama adaptasi bukan saja menguntungkan pembikin drama malah penulis novel juga... Yela, bila tahu je drama bersiri akan datang ni daripada novel for sure ramai yang akan cari novel tersebut untuk baca dan tahu endingnyer terlebih dahulu... Dah tentu-tentu kedai-kedai buku akan menjual novel tersebut sebab permintaannyer yang tinggi... Tempat-tempat pencetakan pun akan mencetak novel tersebut dengan banyak sekali.... huhuhuhuhu~~ Kaya~~Kaya~~

Kali ni drama adaptasi novel Sehangat Asmara gandingan hebat Adi Putra dan Rita Rudaini... Drama ni ditayangkan di Mustika HD menggantikan drama adaptasi Adam&Hawa... Fenomena lagi akan berlaku hahahahaha...... Lakonan hebat Adi Putra tak dapat disangkal lagi... Watak baik, jahat, gangsters, romantik semuanya menjadi.... Hahahahaha, satu lagi Hero Novel bagi aku... Semua pelakon lelaki dah nak jadi hero novel... Bagi sape-sape yang dah baca novel Sehangat Asmara mesti setuju dengan pendapat aku ni.... Watak hero dalam novel tu memang sesuai untuk Adi Putra... Bentuk fizikal Zainal Arief memang merujuk kepada Adi Putra... Dikatakan Zainal Arief mempunyai rambut panjang beralun, lengan sasa, senyuman menawan, berlesung pipit....*erkkk Adi Putra ada lesung pipit ke?? Ada kot skit...hihihihihi~~~ Kan hampir sama dengan Adi Putra tu?? Yer tak?? Hebat betul cara pemilihan watak tu, memang sesuai sangat la..... Eh, mesti la dieorang ada wat research dulu sebelum wat pemilihan kan... Ape la aku ni..... huhuhuhuhuhuhu ~~~

Hero dan Heroin Sehangat Asmara....Sweet kan???
Jom baca sinopsis cerita ni......(yang ni versi Novel)

Mengisahkan Kamilia Najwa atau Kay yang melanjutkan pelajaran di luar negara, bertemu dengan Zainal Arief, satu pertemuan yang membuahkan “ Cinta pandang pertama".   Demi cinta mereka bersatu , namun perkahwinan mereka tak direstui oleh keluarga. kerana ibu dan ayah Kamilia tidak menyenangi Zainal Arief yang tidak sedarjat dengan mereka.
Detik-detik kebahagiaan mereka tiba-tiba terhenti. Zainal terpaksa pulang ke tanah air dengan janji bahawa dia akan kembali lagi.  Namun janji tinggal janji, Zainal menghilang tanpa khabar berita membuatkan hidup Kamilia terumbang-ambing di negara orang keseorangan. Di tambah dengan keadaannya yang hamil tanpa pengetahuan Zainal Arief, Kamilia terus menanti dengan air mata dan sengsara.  
Kay dibawa pulang ke Malaysia oleh keluarganya dan mereka memaksa Kay melupakan Zainal. Dalam keadaan fikiran yang tidak menentu, Kamilia melahirkan Misya. Mujur Azman setia di sampingnya. Azman banyak membantu memulihkan semangatnya yang hilang setelah ditinggal Zainal Arief.

Selama 9 tahun lamanya, tiada khabar berita dari Zainal. 
Tanpa diduga, Zainal muncul kembali setelah dia ternampak wajah Kay dan anak perempuan mereka dalam sebuah majalah . Kemunculan Zainal Arief meragut ketenangan hidupnya semula. Kamilia tahu Zainal Arief pasti mahukan kepastian tentang Misya yang disembunyikan selama ini 'disembunyikan' oleh Kamilia dari pengetahuan lelaki itu.

Dendam kesumat Kamilia terhadap Zainal tidak pernah padam. Kerana dendam Kay tidak membenarkan Zainal menghampiri Misya. Dalam rela dengan tidak, Kamilia menemukan juga Misya dengan ayahnya, Zainal Arief, setelah tahu hasrat Zainal yang ingin membawa kes tuntutan ke mahkamah .

Kerana dendam dan rasa tidak puas hati, Kamilia terus terusan bertanya sebab dan alasan Zainal Arief meninggalkannya dulu, namun tiada sebarang penjelasan yang diberikan Zainal Arief. Kemesraan yang ditunjukkan Misya dengan Zainal Arief sungguh meruntun hatinya. Anak kecil itu langsung tidak mendendami ayahnya yang meninggalkan sekian lama sedangkan Kamilia masih menyimpan rasa itu.

Anehnya, walaupun dia masih lagi berdendam dengan Zainal, namun 'dendam rindunya' terhadap lelaki itu lebih kuat dan mengusik perasaannya. Hubungan mereka kembali rapat dan Zainal masih menyimpan perasaan cinta terhadap Kay, sehinggakan Zainal Arief melamarnya buat kali kedua kerana mahukan keluarga yang bahagia , hidup bersama Kay dan anak mereka.. 

Buntu dan binggung fikirannya, lebih-lebih lagi  pada ketika itu keluarga Kay mahu Kay berkahwin dengan Azman.. Rasa kasihan pada Azman yang setia menunggu hatinya terbuka untuknya. Namun,Azman begitu memahami Kamilia. Dia sanggup berundur diri demi kebahagian Kamilia. Dia yakin cinta Kamilia hanya untuk Zainal Arief.

Demi anak mereka Kay sanggup hidup semula dengan Zainal walau masih ada syak wasangka terhadap Zainal Arief yang kini suaminya kembali.    

Kay masih tertanya-tanya mengapa lelaki itu meninggalkan dia selama 9 tahun tanpa khabar berita. Setiap kali pertanyaan tentang kisah silam diungkitkan, Zainal Arief hanya meminta kemaafan darinya dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya dulu. 

Rahsia terbongkar apabila Kay bergaduh dengan adik Zainal kerana Kay masih menuduh Zainal sebagai lelaki tak bertanggungjawab kerana meninggalkan dia selama ini.

Rupanya Zainal meninggalkan Kay dan pulang ke Malaysia kerana dia telah diugut oleh bapa Kay yang kaya dan berpengaruh. Sanggup ayahnya menggunakan kuasa yang dimilikinya untuk mengugut keluarga Zainal Arief. Zainal Arief terpaksa menurut segala kemahuan ayah Kamilia jika mahukan adik-adiknya meneruskan pelajaran mereka.


Akhirnya ayahnya mengaku yang dia menjadi punca Kay dan Zainal berpisah, dan dia jugalah yang merancang pendedahan tentang Misya di majalah dengan harapan Zainal Arief akan terbaca mengenainya dan mencari Misya. Kamilia begitu kecewa dengan perbuatan ayahnya. 

Zainal Arief begitu marahkan Kamilia kerana memarahi ayahnya. Pada Zainal Arief biarlah semua yang berlaku dulu sebagai pengajaran untuk mereka dalam menilai kehidupan. Walau macam mana buruk pun perbuatan ayah Kamilia itu sebagai anak Kamilia tidak berhak memarahi ayah kandungnya sendiri. Kamalia yang terasa hati dengan kata-kata Zainal Arief terus melarikan diri ke kampung mertuanya.

Tanpa disedarinya, dirinya hamil lagi. Perubahan itu disedari oleh ibu mertuanya. Di beritahu Zainal Arief akan perkembangan itu dan Zainal Arief muncul untuk memujuk Kamilia. Diterangkan dengan jelas kejadian 9 tahun lalu dengan harapan tiada lagi permasalahan yang timbul selepas ini. Kamilia yang terharu dengan pengorbanan suaminya itu, berasa sungguh bertuah dapat memiliki lelaki itu. Di buang segala keraguan dalam dirinya. Dia yakin cintanya masih utuh untuk lelaki yang bergelar suami ini. Dia berdoa semoga bahagia yang mulai bersinar ini akan terus bersinar menerangi kehidupan mereka. Tamat ...
Sumber : nurizspace.com & aznanie.blogspot.com

Dari sudut pembacaan aku, boleh dikatakan jalan cerita novel ni best tapi tak tahu la bile diolah dalam bentuk drama jadi best ke tak..... Aku takde kesempatan lagi nak tengok cerita ni, yela tibi kat rumah takde MustikaHD, tibi tak nipis la katakan.... hukhukhukhuk~~~Yang download lak dah ada tapi takde masa la nak menelaah... hihihihihi~~~

Drama ni dijangkakan berakhir pada episod ke-33, sekarang baru episod ke-5.... Fuh nasib baik ada 33 episod je ingatkan macam cerita sebelumnyer ada 80 episod... Takpe2 yang ni boleh follow, tak la banyak sangat episodnyer... Yang 80 episod boleh follow takkan 33 episod tak boleh... Yer tak?? Harap sangat ending cerita ni tidak menghampakan.... I hope I hope I hope ~~~

Friday, 25 January 2013

Salam Maulidur Rasul

Salam Maulidur Rasul dari Zuhafizz buat kaum muslimin dan muslimat.... Marilah kita bersama-sama berselawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W.

Psst : Tertibe terase rindu bile time sekolah dulu, sebab dulu bile tibe je Sambutan Maulidur Rasul mesti ada perarakan.... Berarak keliling kampung sambil berselawat dan Time tu la boleh pakai baju kurung cantik~cantik..... Ha, rindunyer~~~
Rasa terlalu cepat masa berlalu... Hurrrrmmmmm~~~~ Bagi yang dapat join perarakan Maulidur Rasul tu teruskan k, seronok tau..... Salam Maulidur dari saya, semoga berjumpa lagi.... See ya~~~

Thursday, 24 January 2013

Setia Hujung Nyawa

Satu lagi drama adaptasi novel yang hangat diperkatakan sekarang ni iaitu Setia Hujung Nyawa yang ditayangkan di tv 3 jam 7 malam setiap hari Isnin dan Khamis....Aku tak terlepas untuk merasa hangat bahang cerita ni selepas je Drama Adam & Hawa berakhir.... Pernah jugak aku ter'miss' tonton cerita ni disebabkan hal-hal yang tertentu samaada sengaja atau tak.... so, aku pun download je keesokkan paginyer.... Sekarang ni cerita tu baru episod 20 dan akan dijangkakan berakhir pada episod 28... Maknanya tak lama lagi je cerita ni nak habis, ade la nasib baik sikit je episod dia... Lau banyak bercinta jugak nak follow hari-hari....

Cerita ni punyer la dah jadi fenomena sekarang ni macam cerita-cerita adaptasi yang sebelum ni tu... Sampaikan makcik-makcik kat kampung aku pun asyik bercerita pasal drama ni bile tiap kali wat 'persidangan'... Dah tak de dah bukak cerita pasal anak dara orang tu macam tu, macam ni... Fuhh, ada bagusnyer jugak takde la panjang lebar duk anyam ketupat jer... huhuhuhuhu~~

Ada beberapa faktor yang menunjukkan korang dah KETAGIH dengan Drama Setia Hujung Nyawa... Antaranya~~

Pada setiap hari Isnin hingga Khamis korang cepat-cepat settlekan kerja di Office semata-mata nak balik tepat pukul 5... Sedangkan sebelum cerita ni wujud, pukul 10 pun korang masih di office stay back....Nak pastikan yang pukul 7 korang dah terpacak depan tv tunggu cerita ni ditayangkan....

Balik je kerja pukul 5, korang cepat2 siapkan diri.... Mandi, solat, masak, makan, kemas umah, bagi yang berumah tangga settlekan anak2 dan suami sepantas yang mungkin.... Sebabnya pukul 7 korang dah nak mengadap tv tanpa sebarang gangguan.....

Bile tengok preview episod akan datang perasaan tak sabar nak tengok tu membuak-buak.. Siap tengok promo kat You Tube berulang-ulang kali semata-mata nak faham jalan cerita episod tu....

Bile dapat tahu drama ni adapatasi novel terus pergi ke MPH @ Popular @ kedai2 buku berdekatan untuk cari novel tersebut.... Disebabkan korang tak sabar nak tunggu episod seterusnya dan perasaan membuak-buak nak tahu ending cerita tu... Samaada El baik balik dengan suami dia or tak... Sad ending or happy ending....

Bagi yang dah ada novel tu, dah baca mesti nak baca lagi sekali sebab mungkin dah lupa jalan cerita dia... Bile dah khatam novel tu, tetap tengok cerita dia kat TV sebab nak buat perbandingan jalan cerita kat TV dengan yang dalam novel... Nanti senang nak bagi komen, "Eh, dalam novel takde pun macam ni macam tu", "Dalam novel, Hady tu tak jahat pun dia baik je dalam cerita terlebey-lebey lak", "Napa boyafren El datang balik, dalam novel takde pun"

Walaupun dah tengok secara live kat TV tetap download full episod kat laman-laman download nak tengok episod yang sweet-sweet tu berulang-ulang kali... Selagi tak puas selagi tu la duk tengok je, agaknyer sampai keluar muntah hijau baru la berhenti kot...huhuhuhu~~ Sampaikan line internet pun dah slow sebab kerja duk mendownload je..... Tak cukup pakai line broadband pakai line kat office pun jadi.... hihihihihihi ~~~

Berlambak la status-status kat FB oleh pengulas2 drama.... Antaranya "EEE.....Cweetnyer Zain dan El ni", "Romantiknyer Zainnnnn.....", "Eeee, El kena lumur kek...kesiannya", "Egonyer, jahatnyer Zain ni" dan bermacam lagi....

Dah mula tukar ringtone phone kepada OST drama Setia Hujung Nyawa, siap download yang ringtone versionnyer... Tak lagu AdaMu, lagu Maafkan aku, ataupun Mata hati.... Setiap kali keluar lagu baru dalam drama tu setiap kali tu duk cari dan download....

Ibu-ibu dan Bapak-bapak mula memasang cita-cita pun menamakan bakal anak mereka dengan nama Ersalina Imani or Zain Hakimi..... ada jugak nama Erniza or Hady.... Nama watak novel kan banyak yang best-best.....

Mula beremosi bila dengar orang duk bercerita pasal watak yang korang minat dalam cerita tu.... Contohnyer la kengkawan cakap minat giler kat Amar Asyraf tu, korang bergaduh-gaduh cakap yang korang minat dulu sejak dari dulu lagi.... Peeehhhh, Eh common la setakat dengan watak tu korang nak bergaduh, APE HAL?? Eh, aku lak terlebey emosi....

Dalam fikiran mula membayangkan yang perkahwinan yang diaturkan oleh family lebih indah.... Lepas ni, konon-kononnyer nak mak bapak yang carikan calon suami/isteri....Mula memasang cita-cita mahu bercinta selepas kahwin.... Hurrrmmm no komen~~~ Lau mak bapak cari yang tak sedap mata memandang, nak ke korang terima ikhlas??? Itu jawapan ada pada korang je...hihihihihi ~~~

Ha, yang ni tahap paling kronik apabile korang tidur pun sampai termimpi-mimpi yang Zain Hakimi dah berbaik balik dengan Ersalina... Terlalu excited nak tunggu episod seterusnya sampai terbawak-bawak dalam mimpi.... Kronik dah tu, kena bawak pergi berubat.... hahahahahaha~~~

Dalam banyak2 faktor tu aku tak terkecuali mengalaminyer...Tapi ada 1, 2 je la contohnyer terlebey emosi semasa menonton cerita ni... Siap lepas je babak yang ditayangkan, bile tak puas hati je aku terus whatsapp kawan-kawan.... Ada tu siap gigit2 bantal sebab terlalu geram dengan perlakuan Zain terhadap El... Nasib baik boleh kawal emosi lau tak tv tu aku hempuk ke lantai... Siap mogok seminggu taknak tengok episod maki hamun Zain tu, tak sanggup nak tengok.... Tunggu dah baik balik baru sambung tengok balik.... *tapi mogok tak tengok yang livenyer je, downloadnyer aku tengok gak....huhuhuhuhu~~~** Penangan betul cerita ni.... Hope ending die best la macam dalam novel.... I hope I hope I hope ~~



Hero dan heroin drama Setia Hujung Nyawa.... Aaaaaaa, comelnyer..... cutenyer,sweetnyer,gilernyer......... wekkkkkk :P

Tuesday, 22 January 2013

Nama dah PUTIH

Putih putih MELATI ali baba.... ~~~hihihihi~~~
Nama dah jadi PUTIH bermakna nama aku dah tak termasuk dalam senarai hitam keluar negara akibat pemuitang tegar PTPTN, nak wat macam mana kan.... Dah nasib badan, dah pandai pinjam pandai-pandai la nak ganti balik..... Huh!!!

Baru-baru ni aku dapat whatsapp dari seorang kawan yang amat prihatin keadaan diriku ini... Siap tolong checkkan sekali.... Terima kasih kawan...

Dan baru hari ni aku tergerak hati nak check sendiri kat Anjung PTPTN...... Huh, walaupun dah tahu keputusannyer tapi tetap rase berdebar-debar.....

Bismillahirahmanirahim ~~~
Fuh kiri....Fuh kanan.... Agak lama loading..........................nyer..........
Line busy kotttt ~~~

Tadaaaaaa~~~ Alhamdulillah, namaku telah PUTIH, dah tiada halangan untuk ke luar negara.... Syukur~~~

Psst : Lepas ni boleh la saya ikut awak En.MZ ke Singapore.... Tak kisah nyer pun janji awak watkan passport saye, buleh??? kikikikikiki ^_^

Monday, 21 January 2013

Ikhlas rela @ terpaksa Ikhlas??


Tajuk hari ni agak islamik sikit, just nak kongsi apa yang aku dengar semasa mengikut kursus pra-perkahwinan tempoh hari.... Sebenarnya banyak lagi tajuk lain yang didengarkan kepada kami tapi topik ni diantara yang melekat dalam minda dan sanubari aku sehinnga ke hari ni... So, tak salah la kalau aku nak tulis tajuk ni sebagai tajuk utama secara tak langsung aku dapat berkongsi serba sedikit dengan korang.... Ikhlas rela ataupun terpaksa ikhlas?? Yang mana pada korang sebenar-benarnya bagus, baik dan betul dari segi rohaninyer??

Pada hari Ustaz tu berikan ceramah tentang perhubungan suami isteri Ustaz tu ada mengemukakan soalan itu pada kami semua... Masa tu, seluruh dewan tak tahu yang mana betul sebenarnya... Yang mana angkat tangan pun mungkin main hentam keromo je... Yang selebihnyer lebih selesa berdiam diri tanpa angkat tangan untuk mana2 pun... Dalam erti kata confius la tu... huhuhuhu~~~ Aku dalam kategori confius tu, tak tahu mane satu yang sebenar-benarnyer.... Dalam fikiran aku, ade ke ikhlas yang rela solid 100 percent tanpa berbelah bagi dan boleh ke hati kite ni kalau wat sesuatu bende tu tanpa harapkan balasan, ikhlas ke macam tu???

Bile Ustaz terangkan baru la aku faham... Katanya, manusia ni takde dalam hatinya solid 100 percent tanpa berbelah untuk wat/lakukan sesuatu perkara tu... Contohnya, menutup aurat... Kalau bukan disebabkan tuntuan agama dan takutkan dosa, nak ke hati kita 100% tanpa berbelah bagi untuk menutup aurat??? Disebabkan beberapa perkara tu la kita patuh dengan suruhanNya... Itu dikire ikhlas atau tak?? Dan kalau nak tunggu ikhlas dari hati kita 100% agak-agaknya bile tu?? Bile hati kita nak ikhlas 100% tanpa mengharapkan ganjaran atau takutkan balasan kelak..... Maka, Ustaz tu pun terangkan la satu persatu.... Dia bagitahu yang, 'Jika buat sesuatu disebabkan orang lain atau dipaksa oleh orang lain, dikatakan ia TIDAK IKHLAS' dan 'Apabila kita melakukan sesuatu perkara tanpa melibatkan orang lain, hanya bersangkut paut kerana Allah Taala takut kepada-NYA, itu baru lah dinamakan IKHLAS'....

Disini ia menekankan apabila kita membuat sesuatu perkerjaan janganlah dilibatkan/berhubung dengan manusia lain, kerana dikuatiri perlakukan yang kita lakukan adalah TIDAK IKHLAS disisi Allah S.W.T..
Allahualam ~~

Sekarang ni barula aku faham tentang pengertian Ikhlas dan tidak Ikhlas.... Ustaz ada berpesan lagi jika nak ubah perangai pasangan kita, masa tengah berkawan/bertunang la masa terbaik untuk ubahkan dia.... Jika terdapat apa yang tak kena terus cakap jangan biarkan/pejamkan mata tunggu bile dah kahwin baru nak cakap....Sekurang-kurangnye dia akan berubah sebab hatinye sendiri bukan disebabkan ikatan yang dah terikat.... Kalau nak tunggu dah kahwin takde maknenyer dia nak berubah... Sebab 'dia dah dapat kita, watpe dia nak berubah lagi' masa Ustaz cakap macam tu hampir seluruh dewan ketawa sakan... dan kebanyakkannya adalah lelaki... Maknenyer betul la kan??? Memang macam tu gayenyer.... Cis!!

Patut la sekarang ni banyak betul kes penceraian, bile ditanya 'Ingatkan lepas kahwin boleh berubah'....  Takde maknenyer!!!!!

Friday, 18 January 2013

Obses ~~~

Bila dah nama je perempuan ni, perkataan obses memang tak leh dipisahkan.... Yela perempuan ni ada 1 akal tapi ade 9 nafsu.... 1 akal nak kuasai 9 nafsu, rasenyer boleh ke?? Yang penting sekarang ni, kena kuatkan iman je la.... huhuhuhu~~ Iman saja yang boleh tundukkan nafsu kita..... Ada macam-macam jenis obses ni,
Ada yang ......
Obses pada kasut
Obses pada pakaian
Obses pada accessories

Obses pada kecantikan
           Dan
Obses pada Handbag.....

Ha, aku dalam kategori obses yang last sekali tu..... Obses pada Handbag, buktinyer.........

Tadaaaa~~~ Aku ada beli handbag lagi, orang lain yang nak beli tapi aku yang 'ter'beli dulu.... Mula-mula masuk kedai dengan berbekalkan niat 'Nak tengok-tengok je, tak nak beli pun'... Amik beg test depan cermin pastu letak balik, amik beg lain wat perkara yang sama.... Hingga la ke beg yang di atas, sampai kengkawan dah cakap 'Amik je la, nanti dah balik rumah teringat2 lak...' Akhirnye, di atas la hasilnye, aku tergoda jugak... Siap salahkan kawan, 'Akak la ni saya dah terbeli beg' "Eh, akak lak dia yang memang nak keluar duit..." hihihihihi~~ tak pasal2 salahkan orang, padahal diri sendiri yang tak tahan godaan... Ternyata iman aku belum cukup lagi bab-bab macam ni.... kuikuikui ^_^

Adam & Hawa

Tamat sudah drama bersiri Adam & Hawa yang ditayangkan di Astro Mustika HD sebanyak 80 episod.... Aku tak berkesempatan nak ikuti secara live di kaca tv tiap-tiap hari disebabkan hal-hal yang tertentu so, aku pun tunggu yang downloadnyer je la... Nasib baik ada tempat download, dapat la aku ikuti dari episod pertama hingga la ke episod yang ke 80....

Aku follow cite ni pun bukanlah disebabkan tergila-gila kan Aaron Aziz *macam kawan2 aku tuh....huh* yang dikatakan hero idaman malaya tu.... Or bagi aku la dia hero novel.... hihihihihi ~~ Aku follow cite ni pun disebabkan aku ni pembaca setia novel Adam & Hawa dan juga disebabkan watak Adam Mukhriz dalam novel tu.... Lep Lep~~ Bile dah tengok cite tu hari demi hari ternyata Aaron Aziz berjaya bawak watak Adam Mukhriz tu... Keep it up...Bravo Bravo~~

Mesti tertanyer-tanyer kan kenapa aku panggil dia hero novel?? Sebabnyer kebanyakkan drama/movie adaptasi novel heronyer adalah Aaron Aziz, aku tak cakap la semua tapi kebanyakkan.... Yela, bile ditengokkan balik watak hero dalam novel tu merujuk kepada rupa bentuk fizikal Aaron Aziz... Tinggi, putih, badan tegap, senyuman mains...dan semuanyer la.... Kan?? Sebab tu la aku gelar die Hero Novel... Lagipun bukan 1 ni je cerita adaptasi yang die jadi hero, ada banyak lagi antaranya Nora Elena, Stanza Cinta, Ombak Rindu... Aku pun tak pasti samaada penulis-penulis novel terbayangkan sapa semasa menggambarkan hero yang dieorang cipta, samaada masa dieorang menulis tu ada terbayangkan Aaron ke tak.... Hanya dieorang je la yang tahu..... Allahualam ~~

Terkejut macam mana boleh jadi 80 episod, macam cerita indon or mexico lak gayanya.... Mula bile duk dengar dieorang cakap-cakap yang drama ni ada 80 episod semuanya, aku ingatkan khabar angin je... Yela, mana pernah lagi cerita melayu sampai 80 episod... Giler??? Jenuh nak tunggu, follow.... Tapi bile aku start tengok je cite ni aku dah mula percaya yang memang betul akan sampai ke 80 episod...

Nak tahu kenapa aku yakin sangat??

Sebab cerita ni ditayangkan selama 30minit je... Dalam 30 minit tu berapa babak sangat yang boleh ditayangkan ditambah dengan iklan lagi, rasenye tak sampai separuh babak dalam novel....

Penambahan cerita daripada watak selain watak utama... Banyak sangat konflik yang berlaku selain konflik Adam & Hawa... Ada konflik mak Johan dan Ain, antara Johan dan Azie, antara Johan dan adik Ain, Dee dan Am, Dee dengan suami dia.... Banyak lagi la penambahan yang takde pun dalam novel...

Watak Dee menggoda Am terlalu dipanjangkan.... Eeee wekkk aku sebagai penonton pun rase nak muntah, macam takde lelaki lain.... Tahniah Anzalna, watak penggoda tu sangat menjadi....

Terlalu banyak flashback.... Bile sedih sikit flashback, nangis je flashback, sikit-sikit flashback, gembire pun nak flashback.... Flashback pun dah makan masa belas-belas minit.... Kengkadang flashback tu takde kena mengena dengan keadaan semasa.... Mana tak sampai 80 episod...

Itu je la yang dalam perhatian aku setakat ni... Tapi, cakap banyak pun dah tak guna cerita ni dah selesai pun 80 episod... Dan bile sampai ending cerita die, Errrkkkk ~~~ So to say la, macam tak tercapai dek fikiran aku.... Tak sangka ending die macam tu, memang la ending die dalam kategori happy ending tapi tak sangka la macam tu..... Aku ikuti dari episod 1 hingga la ke episod 80, tak pernah miss walaupun kengkadang tengok yang downloadnyer tapi aku tak pernah skip babak dalam cerita tu... Sebagai penonton aku leh katakan aku Kecewa dengan ending die... Sekian o_O ~~~~

Watching ending Adam & Hawa....

Thursday, 17 January 2013

Background Music ~~~ lalalala ^_^

Dah bertahun aku pakai lagu Cinta Bersatu tak pernah nak bertukar-tukar, hari ni aku tergerak hati nak tukar... Itu pun disebabkan baru hari ni aku ON kan PC tanpa mutekan dulu soundnyer... So,berkali-kali la aku mendengar lagu Cinta Bersatu duk ulang dan ulang... Peeehhhh, naik bosan lak... So, aku pun tukar la ari ni *dah tukar ni tak tahu la bila tahun pulak aku nak tukar balik....tunggu je la, kuikuikuikui~~*

Aku yang baru hari ni dengar sound PC tanpa dimutekan dah rase bosan yang amat, apatah lagi korang kan.... Isyk2, takpe2 aku faham.... Aku dah tukar dah pun, aku pilih lagu KU AKUI nyanyian Hafiz.... Lagu ni pun banyak memberikan maksud mendalam hidup aku... So korang, dengar la yer... Dah bosan nanti aku tukar lagu lain lak... hihihihihi ~~~ See ya....

Friday, 11 January 2013

~ Perpisahan sementara ~~ o_O

Di tika masa aku dan kengkawan sekerja sedang sibuk mengemas dan menguruskan perpindahan ke bangunan baru tetibe aku terbaca secebis coretan dan luahan rasa daripada wall FB rakan sekerja aku dan merupakan bekas pekerja department aku sebelum dia ditukarkan ke department yang lain....

Di dalam kesibukan mengemas barang-barang, aku belum lagi sempat merasakan apa-apa perasaan yang melibatkan feeling2 dalam hati ni...... Tapi selepas je aku membaca kisah yang dituliskan tu aku mula merasakan sesuatu yang tak best dalam hati kecikku ini... Aku mula terpikir akan perpisahan bersifat sementara ni, aku mula berasa sayu dan sedih.....

Permulaan aku bekerja adalah di bangunan ni di atas dasar menumpang bangunan 'orang'.... Bila semuanya telah disediakan, orang yang menumpang ni akan mula mengorak langkah berpindah ke 'rumah baru' dan mulakan hidup baru.... Maka tinggallah kenangan di bangunan lama.... Arrrgghhh terasa tersangatla sedih bile diungkit-ungkit balik... Walaupun aku baru je 3 tahun bekerja di sini, tapi bangunan lama ni banyak meninggalkan memori terindah dalam hidup aku... Kenangan yang pahit, kalau boleh aku tak nak ingat langsung pun.... Dah masuk dalam recycle bin otak aku dan tak lama lagi aku akan delete permanently... kikikiki ^_^....

Dibawah adalah coretan yang aku terbaca dari wall FB bekas rakan sekerja aku tu.... Aku singkatkan nama dia sebagai Incik AJ... Bacala~~ *kalau sudi...huhuhuhuhuhu ~~~*
Petikan daripada wall FB Incik AJ...huhuhuhuhu~~

Tempat kerja + lepak bangunan  lama.... I will miss u.!!!! Hukhukhukhuk~~

Wednesday, 9 January 2013

Carl's Jr. ~~~ again??

Hah, kali ni gi makan sebab ada 'orang tu' dah mengidam sangat nak makan... Kali ni bukan aku yang mengidam ok... Ada la sorang mamat ni berapa kali ingatkan aku yang die nak sangat makan burger kat Carl's Jr. tu....teringat katenyer~~~ huhuhuhuhu.... Oleh disebabkan yang nak makan tu lelaki so, dia tak jadi la istilah mengidam... dia jadi istilah 'Teringin'... Huuurmmm teringin dengan mengidam tu kan memberi maksud yang sama.. Mengidam tu teringin la, teringin tu mengidam... Apala ~~~

Di jadikan kisah, aku pun gi la makan kat Carl's Jr. tu semalam.... Tu pun dah tak sanggup nak dengar orang yang teringin sangat nak makan tu duk berpuluh-puluh kali ingatkan, "jangan luper yer,awak dah janji nak teman... Jangan luper..." "Yer2,saya tak lupe....'

Time aku gi makan semalam memang lenggang giler, takde orang yang makan kat situ.. Maklum la belum lagi gaji.... 'Orang tu' pulak teringin nak makan time tak gaji so, dia la yang kena belanja... Padan muka hahahahaha~~ Tapi ok la tak ramai orang takde la kena beratur panjang, tempat duduk pun banyak kosong pilih je nak duduk kat mana, ikut keselesaan.... huhuhuhuhu....

Semalam aku tak rase nak makan burger sangat tapi disebabkan meneman orang so, aku pilih burger biase je... Classic burger, sedap jugak ada 2 keping cheese atas dan bawah, sekeping daging burger bakar dan salad.... Aku amik set ada kentang dan air, kentang dia yang best tu besar2 kentang goreng dia.... Sedapppp ~~~
En. MZ lak amik Chiilli Cheese Burger, besar burger die pilih ada keping daging bakar dan dilimpahi dengan kuah daging cincang rasenyer Peehhhh.... Kenyanggg.... Orang yang teringin nak makan la katakan... Layan kan je la huhuhuhu ~~~~

Makanan dah sampai.... Nyum~~ Nyum~~ Nyum~~
Chilli Cheese Burger yang besar dan mengenyangkan....
Orang yang Teringin sangat nak makan tu..... Makan yer, hehehe~~

Tuesday, 8 January 2013

Review 2012

Dah berapa hari masuk tahun baru, baru ari ni nak review tahun 2012.... Apala~~~
Bile tengah-tengah bosan ni mula la datang mood membelek album lama-lama.... Saja je duk amik feel *semangat* nak mengemas barang.... layan sorang2.....lalalalala ^_^

Tahun 2012 banyak meninggalkan memori terindah bagi diriku, semoga tahun ini pun macam tu jugak.... *memori yang pahit baik takyah ingat, buat lubang timbus dengan tanah jangan duk korek2 balik....lupekan*_* ~~~

Semoga tahun 2013 ni aku menjadi insan yang lebih baik, lebih disayangi, lebih bermakna, lebih berguna dan segalanya lebih dari tahun-tahun sebelumnya... InsyaAllah ~~~

Ok la, nak sambung wat kerja balik..... Dah datang mood..... hihihihihi ~~~
See ya ^_^ .....daaaaa~~~
Seru semangat ~~ Datang la mood mengemas, datang la..... Hari-hari nak seru semangat... Jenuh ~~

Friday, 4 January 2013

Mana lagi PENAT?? Pindah rumah @ Pejabat??

Bila diberitahu je yang pada tahun 2013 department aku akan berpindah ke bangunan baru aku mula la memasang cita-cita indah mahu berkerja dengan lebih baik selepas ini tanpa mengira penat dan lelah...  Cewah....hehehehe~~
Tahun 2013 serba serbi nak baru, bangunan baru, office baru, makmal baru, meja baru, kerusi baru, pekerja.....ups pekerja still orang lama... kehkehkeh ~~

Bila dah dapat arahan berpindah bermula la operasi 'membungkus' barang-barang... hahahahaha~~~ Tak tahu la bile nak siap, buat masa sekarang ni tengah amik mood sebenarnya..... Tapi pada korang, Mana lagi penat?? Pindah rumah ke pindah pejabat?? Bagi aku kedua-duanya penat, sebabnya dua-dua kena guna tenaga... Lau guna air liur mana nak jalan semua tu..... huhuhuhu ~~~

Sebenarnya tajuk entri takde kena mengena dengan cerita pun.. Sebab sekarang ni aku tengah penat baru je siap buat 50 kotak tadi.... **kotak je la, isinye belum lagi.... huhuhuhu ~~

Marila kita mengemas... marila ~~ (seru semangat)
Datang la semangat mengemas...datang la.... Lepas tengok gambar ni agak2 makin rajin tak aku nak mengemas... huhuhuhu ~~~
Ok, baru sudah wat kotak.... Kotak je dulu, isi?? Nanti2 la... hihihihi~~~
Ok la, nak sambung buat kerja lagi, ade lagi 1000 kotak menanti... hahahahaha ~~~
Porpa je tu.... ^_^

Thursday, 3 January 2013

Sambut tahun Baru 2013

Setiap orang atas muka bumi ni ada bermacam-macam cara mereka sambut kehadiran tahun baru.... Dan aku dengan cara tersendiri... Di mulakan cerita, di pagi tahun baru 01/01/2013 yang indah lagi best untuk melabuhkan kelopak mata *sambung tidur la tu... huhuhuhu** tetibe handphone berbunyi dengan nyaringnyer sehingga membinggitkan telinga... Pada mulanye malas nak angkat, tapi hati ni terdetik risau panggilan itu panggilan kecemasan daripada keluarga.... Dengan rase malas aku pun bangun dari katil dan angkat panggilan tersebut.... Ternyata betul sangkaanku panggilan tersebut memang daripada ahli keluargaku...

Me : Assalamualaikum ~~
Abang : Waalaikumsalam... Kak, nak gi sungai congkak.. Jauh tak??
Me : Eh, napa tetibe nak gi sungai congkak lak?? Jauh la, mau 2,3 jam... Kenapa??
Abang : Saja je nak bawak mak berkelah....
Me : OoooOO.... Jauh la.... Pegi sungai Tekala je la, dekat sikit... Kat Semenyih...
Abang : Ok jugak tu... Lagi beberapa minit abg sampai tpt ko....
Me : Errrr ~~

What?? Biar betul abang aku ni... Aku tak siap pape lagi tetibe nak datang amik, ingatkan nak bawak mak je taknak bawak aku.... Arrrgggg ni la namanya beri cadangan tak pikir, nak taknak malas or tak kena la bangun bersiap sumbat je pape dalam beg baju, seluar, tudung, towel semua aku gulung-gulung sumbat.... Selepas beberapa minit memang betul abang aku sampai nasib baik sempat siap ala kadar lau tak tunggu la kat luar rumah aku berjam-jam... huhuhuhuhu ~~~ Bile aku tanya kenapa wat plan last minit/tibe-tibe...
Dengan selambe die jawab "Lau wat plan awal-awal nanti tak jadi, wat macam ni terus jadi... hehehe" Wekkkk :P

Kiteorang selamat tiba kat Hutan Rekeasi Sungai Tekala kul 12 tengahari... Amik ko, tengah matahari tegak sampai sungai... Nasib baik sungai lau kat laut mau sunburn terus satu badan, naik cuti orang terus tak kenal aku... hahahahaha ~~ Macam biasa la pegi berpicnic time cuti public, penuh giler manusia berpicnic kat situ.... Puas jugak la nak cari tempat untuk landing, nak pegi jauh-jauh kang takut mak aku tak larat jalan.... So,duduk kat kawasan landai je....

Keadaan Sungai Tekala yang meriah.....
meriah lagi........
lagi meriah.........
Mak sedang memerhatikan keadaan Sungai Telaka yang meriah....
Lagi...lagi....lagi.....meriah lagi.....
Selesai makan makanan yang mak aku bekalkan *tu la kehebatan dan kecekapan seorang ibu, wat la plan terkejut macam mana pun masih sempat wat makanan untuk anak-anaknya, terima kasih mak ^_^**  ,aku pun teruskan aktiviti bermandi-mandian... Puas berendam dalam sejam, habis kecut semua anggota badan baru la ingat nak naik... Pehhh sejuk kotttt ~~ Aku terus tukar baju, memandangkan ada aktiviti lain lagi selepas ni... hehehe ~~

Bekalan yang mak bawak ~~~ ^_^
Marila kita pulang ~~
Bye bye Sungai Tekala, nanti aku datang lagi yer... hehe ~~~
Marila pulang marila pulang bersama-sama....Lalaalalala ~~
Dalam perjalanan mak telah menyatakan hasratnya untuk makan nasi ayam penyet Al-Shofwa kat Shah Alam... Pehhh, jauh tu tapi bagi tak menghampakan keinginan ibuku kiteorang redah jugak.... Nasi ayam penyet kat Shah Alam tu betul-betul membuatkan mak aku tertarik, setiap kali datang ke Shah Alam mesti mak nak gi makan kat situ, walaupun pegi KL  mak tetap ajak makan kat situ....Selera mak la katakan.... huhuhuhuhu ~~~

Ahli keluargaku ~~
Ahli keluargaku yang sedang menunggu makanan tiba... Oleh kerana, kiteorang pergi time cuti umum so ramai giler orang yang makan kat situ lambat la sikit makanan siap.... Sabar yer, tau semua tengah lapar kan..... Sabar2....huhuhuhu ~~~

Nasi Udang Penyet....
Ok la,makanan aku pun dah tiba..... So, Selamat menjamu selera... huhuhuhu ~~
Psst : Walaubagaimanapun cara kita sambut kehadiran tahun baru yang penting kita sentiasa rase bahagia, dan tdak membahayakan/memudaratkan diri sendiri.... Wokey....See ya, daaaa~~~

Iklan Untuk di'Klik'

Copyright© All Rights Reserved zuhafizz-cintahatiku.blogspot.com