Perjalanan hidup Kami ~~~

Daisypath Friendship tickers

One Step Closer

Daisypath Anniversary tickers

Ikatan Cinta Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, 30 April 2014

The BIG BAD Wolf #BBW



Selamat datang ke MiTC Melaka (^_^)v)

The BIG BAD WOLF!!!

Hari tu wat kat The Mines tak sempat nak gi sebab kesuntukan masa, ni dah ade wat kat MiTC Melaka pulak..... Kali ni kena la pergi, rase teringin lak nak tengok buku-buku ape yang dieorang duk jual......Ini lah pesta buku yang aku duk cakap sebelum ni, puas duk mengayat mak dan kakak aku ajak teman sama..... huhu (^_^)v)

Aku ni kalau bab2 buku memang pantang sikit, pantang tengok.... Kalau dah ade rumah sendiri nanti macam nak wat library sendiri je... hahaha berangan berangan (^O^)

Selamat datang ke THE BIG BAD WOLF #BBW

Kalau sebelum ni The Big Bad Wolf kat Serdang bukak 24jam... Datang kul 3 pagi pun boleh, tapi kat Melaka bukak 12jam je dari kul 10pagi hingga 10malam.... Kat sini ada jual buku2 lama, buku2 terpakai, buku baru pun ade jugak tapi tak banyak dan ada juga jual barangan2 lama + antik....  Tapi kebanyakkan buku omputih la, ade 2,3 seksyen tuk buku2 melayu.... Aku ada misi dan visi tuk ke situ, ada benda nak di cari huhuhu~~~

Jom mulakan misi!!!

Aduh mak aku tengah kusyuk baca buku.....
(Kusyuk betol mak aku, sampai tak toleh dah kiri kanan)

Aku yang nak cari buku tak dapat2 nih, mak aku lak yang dapat buku die nak hukhukhuk (T_T)

Selepas sejam kat situ, aku pun dah penat mencari....... Misi dan Visi telah dijalankan aku pun bergerak balik, fuh penat jugak la merayau rayau dalam BBW tu..... Macam nak tercabut kepala lutut aku nih, aku rase nak tercabut mak dan kakak aku tak tahu la ape rupenyer, tak tanyer lak.... Kecian mereka duk layan kerenah aku nih hukhukhuk sorrryyyy (T_T)

Jom merayau sat dalam Pesta buku #BBW nih (^_^)V)

Sekitar dalam Pesta buku #BBW

Nak tahu apa aku beli kat BIG BAD WOLF tu???

Jeng
Jeng
Jeng

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

Tadddaarrraaaa~~~

Tak de ape pun beli hakhakhak (^^,)
Sebab benda yang nak dicari tu takde,so tak beli pape lah... Lagipun terlalu banyak buku yang ade kat situ rambang mata dibuatnyer hahaha (banyak buku salah, tak banyak pun salah huhu)

Kosong

Kosong

Kosong

HOME Decor fair


Home Decor fair~~~~

Tengah duk bersantai santaian di rumah tertibe rasa mengelitis kaki ni nak kuar... Terus bersuara kat kakak aku ajak gi MiTC teringat yang kat situ ade Pesta buku, memang pada mula mulanya nak gi Pesta buku..... Tapi bila sampai je kat situ, ade pulak banner Home Decor Fair.... Mak aku apa lagi, mata terus bersinar sinar macam ada cahaya kegembiraan di situ huhuhu~~~

Pada mula aku ajak mak dan akak kau ke Pesta buku mereka bukan suka sangat nak gi, tapi disebabkan pujukan aku yang berkesan maka mereka tergoda juge, melayan kerenah aku nih huhuhu~~~ Tibe sampai kat situ ade pesta lain pulak hukhukhuk silap lah (~_~) Home decor fair memang tumpuan kaum kaum ibu.... So terima je lah, lagipun sampai nak patah balik kang nampak sangat... Tadi bukan main beria ia mengajok, bile tengok banner lain terus tak jadi...... (~_~)

Jom masuk Home Decor Fair

Nak tak nak laayannnn la mak dan kakak aku jejalan dulu dalam Home Decor fair tu.... Memacam mak dan kakak aku tengok dan berangan macam2.... Aku tak bape feel sangat sebab belum ada rumah sendiri lagi, belum boleh bayangkan dan berangan mengatasi kotak pemikiran mereka..... Lagipun aku ni bukan jenis minat perabot2 nih, serabut dalam rumah kalau banyak perabot dah macam kedai perabot je nanti huhu (~_~) Biarkan je mak dan kakak aku yang memilih, aku ngikut je dieorang......

Ok, aku mula memasang angan2 nak pintu rumah macam nih design terkini katenyerrr (^^,)
Ok tak?? RM4899, murah je kan huhu~~~

Ok, mak aku dah mula pasangan angan2 nak TV beso tuh (~_~)
80inch kot biar betulll mak, bapak besonyer (^^,)
Jerawat Aaron Aziz pun boleh nampak =P
   
Tengok demo kuali tak lekat
Beria ia mak aku tengok,wat nasi pataya sng telor tak melekat katenyer
Balik2 mak aku wat nasi goreng pataya gune kuali RM10, tak melekat jugekkk =P Pokok pangkal kena pandai masak Yer Dak??
 
Berehat sebentar (~_~)
Biarkan mak dan kakak teruskan perjalanan aku dah tak larat nak nengok orang wat demo huhu~~

Sambung meng'usha' barang2 rumah
Lau tengok tanpa tengok regenyer memang boleh jadi giler =P
Tapi bile dipikirkan regenyer, lupekan je lah huhuhu (~_~)

Dalam banyak2 benda kat Home Decor fair tu, aku berkenan benda alah nih jer (^^,) Mula la berangan nak benda alah nih ada kat rumah boleh bersantai santaian kat atas tuh Lau merajuk rajuk pun boleh lari cari ketenangan kat atas tuh
Syooookkkk ooouuu~~~


Nasib baik la aku bukan jenis minat perabot2 nih
Lau tak makin nipis lah rambut 'orang tu' hahaha =P

Tuesday, 29 April 2014

J Card Day

 
Jeng jeng jeng~~~~
Dah lama tak shopping shopping kan kan kan huhuhu~~~

Balik dari kenduri kawan Rahim dan Nas terasa nak gi shopping lak ade hati lagi tu nak jejalan dikala kereta kepanasan takde aircond huhuhu~~~ Sebab kereta takde aircond lah aku ke shopping compleks amik angin aircond dalam JJ sebab dah tak tahan dalam perjalanan balik ke rumah dalam keadaan macam tuh (~_~) huhu~~~

Niat masuk dalam JJ eh Aeon (dah tukar nama pun masih lagi duk sebut JJ, lidah ni dah tebal nak tukar sebut Aeon huhu) sebenarnye nak window shopping je, jejalan amik2 angin aircond tapi kebetulan pulakkk time aku gi tu ada sale J Card, J Card Day hohohoho~~~

Mana2 diskaun semua tuk J card member's, rase tergugat jugak lah bile tengok diskaun giler giler (itu lah kaum perempuan pantang ade sale sikit, mulalah hati tergugat huhuhu) Niat pun ade swing lah huhuhu~~~ Tapi tu la, diskaun untuk J card member's only.... Nak bershopping pun ade stuck lah.....

Tertibe mak ditambah dengan suara belakang2 En.MZ (~_~)

Mak : Apa salahnyer buat J Card tu, bukan kena renew hari2 renew setahun sekali kan?
Me : Aha, tapi mahal lah mak.... Setahun RM12
Suara belakang En.MZ : Alah, setahun ade 12 bulan kan? Sebulan RM1, takkan tu pun mahal???
Me : Huurrmmmm (~_~)

Selepas ditegur, dinasihat, disogok, diasak dengan pelbagai kata-kata nasihat
Akhirnyer~~~~~

Gitulah gamoknyer (~_~)
Selepas di asak dengan pelbagai kata kata huhu

Akhirnyer
"Terbuat" juga lah J card atau ditukar nama kepada Aeon member (^_^)v)
Terbuat card member's, tershopping, terbeli, terbayar, terbawak balik, terpakai dan terguna Segala-galanya terrrr lah huhuhu (^^,)

Selamat Pengantin Baru Rahim & Nas

  
Selamat Pengantin baru~~~~

Selamat pengantin baru diucapkan kepada Rahim dan Nas,
Bertemu, berkawan, bercinta, bertunang dan terus ijab kabulkan,
Tahniah diucapkan!!!

Selamat datang ke majlis Walimatul Urus N & R (naseb baik tahu nama singkatan mereka lau tak salah majlis la kiteorang huhuhu)

26 April yang lepas, telah menyaksikan satu lagi pasangan bahagia diijabkabulkan..... Alhamdulillah, sorang lagi kawan kiteorang telah selamat menjadi pasangan suami isteri... Mereka ni merupakan pasangan dari satu universiti yang sama...... Berkenalan dan berkawan dari situ......

Pengantin lelaki
(segak bergaya mutu keunggulan dengan pakai baju pink uupppsss kikikiki )

Pengantin Perempuan
Sama cantik, sama comey sama padan (^_^)v)

Menuju kebahagiaan dunia & akhirat InsyaAllah (^^,)

Aku dan En.MZ tidak melepaskan peluang tuk datang memeriahkan majlis perkahwinan mereka pada 26 April yang lepas...... Majlis yang serba serbi simple but nice, bagi kiteorang cukup la sekadar Walimatul Urus tak perlu lah nak grand2 sangat.... membazir je semua tuh (~_~)

Meja makan beradap
Sempat amik meja perantin je, pelamin tak sempat amik sebab berada dalam rumah (segan nak masuk semata mata nak amik gambo pelamin huhu)

~Photo booth memories~
So sweet letak gambo lame2, idea idea idea

Write your wishes here!!!

Write something (^_^)v)
En.MZ UR Hot upppsssss kikiki (^^,)

Kek perantin

Perantin dah bersiap sedia untuk majlis makan beradap
Sempat gak amik gambo depa depan2, lau tak amik pic candid je manjang huhu
huhu
Bese la perantin kan msti berpusu pusu orang nak amik gambo depa, baru la 1 hari suntuk rase diri macam retis huhuhu~~~

Upsss (^^,) ada jugak pic candid ni
Rase sweet pulak pic nih sebab tu aku letak huhu~~~

Alhamdulillah~~~
Selamat sudah menghadiri majlis perkahwinan Rahim & Nas..... Agak berdugaan juga la kiteorang nak ke rumah mereka ni, kebetulan masa tu kiteorang memang ade di kampung, rumah dieorang dengan rumah kiteorang agak jauh, memang 1 negeri tapi kedudukannyer hujung ke hujung.... Jauh jugak la perjalanan kiteorang, dengan menempuhi jem ditambah lak kereta takde aircond (kete wat hal tiba2 macam tahu2 je tuan die tengah sesak nih T_T) dengan keadaan cuaca time tu panas terik fuh Subhan'Allah..... 

Kebetulan pulak time tu bawak mak aku sekali ikut hadiri majlis perkahwinan mereka, cian mak (T_T) berpeluh-peluh dalam kereta....... Balik dari majlis tu, terus decide lalu highway, fuh dah tak sanggup nak tempuh jem lagi (~_~)

Jom gi kenduri kawen
#Amik berkat huhuhu~~~


Selamat pengantin baru buat.................

Kawan En.MZ
Kawan seuniversiti En.MZ
Kawan secourse En. MZ
Kawan sekelas En.MZ
Kawan serumah sewa En.MZ
Kawan sekolej En.MZ
Kawan sebilik En.MZ

Dan sekarang dah jadi ex-roomate huhuhu (^_^)v)

Barakallah laka, wa barakallahu alaika wa jamaa bainakuma fi kulli khair. "Semoga Allah memberi barakah bagi kamu dan memberkati keluarga kamu, dan mengumpulkan kamu dalam kebaikan dan kepada kebaikan."

Monday, 28 April 2014

#JPO ~ Johor Premium Outlet

 
Halamak!!!
Macam mana leh terlepas pandang nak cite pasal JPO nih, tu pun teringat bila aku tengok balik gambo2 kat phone ni ha....huhuhu~~~

Sory2, terlupe nak cite...... Hari ni aku bukan entri pasal lawatan tak rasmi aku dan family ke JPO hari tu huhu.... Hari cuti sesaja yang aku wat hari tu kan sebelum ni aku ade bagitahu yang tertibe terbit idea kat kepala otak aku ngajok family aku gi JPO tertibe (~_~) tapi tak detail pasal JPO.... Hari ni aku detailkan lagi (^_^)v)

Nak baca, bacalah...Tak nak baca dooohhh gi main jauh2 huhuhu~~~

Dah nak sampai~~~~
Tapi uops uops bukan susur masuk ni, ade satu lagi susur masuk SENAI baru sampai JPO
Abang aku cakap kalau masuk KulaiJaya nanti pening nak ke JPO masuk Senai lagi senang kuar2 terus nampak JPO kat tepi highway

Mula2 rancang nak gi hari Selasa sebab hari Selasa tu kena pada cuti am Melaka Bandaraya Bersejarah, orang kerja kat Melaka je cuti orang negeri lain tak cuti... Oleh sebab abang2 dan kakak2 aku kerja kat Melaka so dieorang cuti la yang tak cuti aku huhu....Tapi aku bijak, awal2 lagi aku dah apply cuti panjang  kirenyer aku pun cuti jugak la time tuh, cume kes aku ni amik cuti sendiri hahahaha (^_^)v)

Bila bincang2 balik ada sorang kakak ipar aku tak leh cuti ari Selasa tu, hurrmmmm abis rusak lah progreeemmmmm~~~~ Tapi abang aku jadi penyelamat keadaan hero la konon bila dia setuju lau pergi JPO lau hari Ahad, sebab hari Ahad semua orang cuti...... Ok lah, bagi korang memang tak nampak masalah boleh lah pergi bila jadi masalahnyer bila hari perbincangan tuh hari Ahad kami diberi masa 10min jer nak bersiap... Lau lambat, tak yah pergi langsung.... Apa lagi kelam kabut bersiap, punyer lah nak pergi tu hahaha~~~~

Ha, kali ni betul2 dah sampai~~~
JPO here we come!!!!

Alhamdulillah~~~
Selamat juga sampai kat JPO, walaupun pelbagai cara yang berjaya ditempuhi huhuhu~~~ Selama 4 jam perjalanaan fuh (^^,) jauh juge....... Jom shopping!!!!

Shop
Shop
Shop
Shopping

Aduh, lambat betul abang aku cari parking nih....
Bukan parking takde tapi nak parking paling dekat (~_~)
Tak dapat la cek ooiiii, cepat lah bang dah tak sabar nak seebu nih hukhukhuk~~~

JPO diserbu oleh kami hakhakhak~~~

Gambo sekitar JPO~
JPO ni unik dari segi konsep dia, tu yang wat aku jatuh cinta tu.....
Berkonsepkan kedai dalam taman, kedai2 dalam ruang masing2 yang kuar semua taman open air..... Aircond hanya ada dalam kedai, nak aircond kena masuk dalam kedai... Sangat sesuai bagi kaum lelaki yang tak mo ikut kaum perempuan yang bershopping boleh duk diam kat taman2 tuh tak yah la duk dalam keta... Paneeehh (~_~)
 
~ COACH ~
Biar betul Coach kat JPO nih kena beratur tuk masuk....
Lau tak nak beli nak tengok jer macam mana??? Membazir je beratur panjang2 (~_~)

Mula2 serbu jer, terus masuk kedai coklat yang ada kat situ
Nampak sangat kelaparan mase tuh, pandang tengok kedai juai makanan terus masuk huhu

Pastu terus ikut orang yang nak bershopping
Serbu Carlo Rino lak huhu
Untung nasib badan masa tu, Carlo Rino tengah wat sale murah giler
Memang tak dapat harge tu kat Carlo Rino yang lain, memang berbaloi baloi lah huhuhu

Lepas serbu Carlo Rino masuk lak Vincci, ha yang ni aku lak naik magrain
Mau tak magrain, tengok je lah kasut tu berlambak lambak macam pasar borong.....
Aduh magrain magrain (~_~)

Ha, diam diam jatuh cinta (^^,)
Ini je aku dapat grab kat Vincci, tak banyak pun kan
Tak kan? Tak kan? huhu~~

Last sekali kiteorang masuk kedai coklat
Kedai coklat lagiiii huhuhu~~~

Kami di JPO
Eh, macam tak cukup korum jer.....
Ade yang tertinggal ke?? Sila angkat tangannnn~~~

Sekitar JPO~~~
Dalam perjalanan nak ke kereta nak balik tertibe ada sekumpulan badut wat persembahan lak tengah2 kedai dalam JPO tu.....
Rare sungguh huhuhu

Waktu operasi JPO~
Setiap hari dari jam 10pagi hingga 10malam
Masa mula2 nak ke JPO Abang aku cakap JPO tutup kul 7
Mati2 aku kena tipu dengan abang aku hukhukhuk (T_T)

Hari pun makin gelap, sedar tak sedar bershopping dah gelap dah kat luar tu..... Dari hujan berhenti hujan, hujan balik pastu berhenti kemudian gelap baru sudah kami semua bershopping...... Matahari dah sorokkan diri hari dah gelap jom lah kita balikkkk!!!!

Hari dah gelap
Petir berdentum dentang Jom lah balikkkk!!!!

Rombongan kami dari Melaka ke Johor
Dari Melake pergi ke Johor hohoho~~~

Sudah beli bila balik kita belah la pulak.....
Baru lah betul beli belah huhuhu~~
Yang ni lah hasilnya dari JPO, tapi macam tak puas je tak puas je huhu

Johor Premium Outlet nama diberi, JPO gelaran dipanggil
Nama pun dah Rare dah, tempatnyer haruslah Rare jugak

Memang tak puas gi JPO tu
Macam2 nak dibelinyer
First time pergi dah jatuh cinta
Second time tak tahu la jadi lagu mana huhuhu
Pak Incik saya, nanti kita gi eh nak pau awak lak huhu

Friday, 25 April 2014

Malam SukaRia #BBQ


Malam bersukaRia~~~
Hah, suka ria la sangat kan.... Mana ade orang tak suka makan?? Kalau bab makan ni semua orang suka tapi bila bab kena kate diri tu dah tembun tahu MARAH (Kutuk diri sendiri hukhukhuk)

Minggu lepas, tengah duk kusyuk menyiapkan keja-keja yang menimbun tetibe dapat mesej dari kawan Kg En.MZ ajak join majlis makan2 BBQ yang dieorang nak buat sempena apa pun aku tak pasti, yang pasti ade makan makan gitu la bunyinyer~~~~

Aku pun ade la bagitahu En.MZ tentang cadangan kawan dia tu, tak semena mena En.MZ terus setuju...... Hah?? Cepat je eh kalau bab makan2 nih (~_~)

Dipendekkan cerita aku pun join la Majlis makan2 tu, lau ikutkan first time ni join dieorang wat BBQ jangan pasti ni ada second time, third time sudah lah (~_~) Oh Tidak!!!!

Macam2 makan ada, ada nasi lemak, ikan bakar, siakap tiga rase nyummy, nugget, sosej goreng, kuih muih dan kek Indulgence Secret Recipe sponsor......
Untuk buat korang lebeh terliur aku post gambo makanan dulu jahat tak hahaha~~~

Antara makanan yang dihidang. bersiap sedia untuk di Ngap!!!!
Hampir kesemua ni kaum Adam yang sediakan, 

Hebat tak kaum2 Adam nih???
En.MZ pun tak terkecuali jugak la Hebat la awak Muaxxx 1 kali!!!

Acara mengambil makanan~~
Bila En.MZ cakap "Ok,sedia gambo ni akan dimasukkan ke blog"
Terus dieorang wat pose malu-malu kucing gitu (~_~)

Ok, lagi sekali
Dah takde pose malu-malu kucing, dah macam pose kucing tak sabo nak ngap makanan jer huhu~~~

Kami (^_^)v) Geng SukaRia BBQ
Ini je gambo ramai2 yang sempat di ambil, tak tahu kenapa dieorang kerja lapo nak makan jer =P

Gambo sekitar Malam SukaRia #BBQ
Nampaknyer, aku sorang jer excited amik gambo2 korang =P

Psst : Bila dah join geng makan2 korang, rase seronok lak sesekali berkumpul macam tu..... Yang dah kawen pun join sama happening.... Sapa kata dah kawen kena terperuk kat rumah jer?? Kadang2 perlu jugak bersosial dengan kengkawan, banyak caranyer.... Ye dak?? Next?? Bila nak wat makan2 lagi =P hahahaha~~~Excited!

Ada satu pic yg aku takut nak post kat sini
Takut kena saman (T_T)
Hahahaha~~~

Thursday, 24 April 2014

ABC Tanjung


Yeaahhhhh!!!!
Finally!!! Dapat jugak makan ABC Tanjung yang hari tu dapat makan (T_T)
Rase nak nangis terharu bila tengok kedai dia bukak hari tu hukhukhuk~~~

Kali ni pun pergi sebab ada orang nak belanja makan lagi hoho~~~
Untungnyer naseb badan~~~~

ABC Satu!!!
Siap!!!

ABC Tanjung biase not special
Takut order special, takut tak habes (~_~)
Tengok biase pun tinggi macam ni, lau special tinggi macam mana la gamoknyer??

Kat ABC Tanjung ni bukan ada ABC je, ada jugak makanan lain... Ada Nasi lemak pelbagai lauk, otak-otak, mee kari dan masakan panas...... Order jer, nanti sampai..... Lau tak sampai, nanti dieorang datang kat korang cakap dah abis order lain huhuhu~~~ (^_^)v)

Mee Curry~
Nyum Nyum Nyum~~~
Mana tak semakin tembun, orang ajak makan ABC je aku bantai order mee kari hahaha~~~~


Kami (^_^)v)
Di ABC Tanjung, ni je yang lain kena tinggal sebab keja hahaha~~~

Haiyaaa sangat susah mau amik ini budak punyer gamba
Ada je aksi tidak diingini dia akan buat kalau kite amik gamba dia
Kena amik gamba curi macam ni baru dapat maaa =P
Anip, satu hari nanti bile ko dah besau mesti ko menangis kan tengok gambo ko banyak dalam blog mak teh hahaha~~~ (^_^)v)

Minggu ni nak balik KG lagi
Ada sape2 nak belanja makan lagi??
hahahaha~~~~

Iklan Untuk di'Klik'

Copyright© All Rights Reserved zuhafizz-cintahatiku.blogspot.com