Perjalanan hidup Kami ~~~

Daisypath Friendship tickers

One Step Closer

Daisypath Anniversary tickers

Ikatan Cinta Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, 28 June 2013

Makan-makan : Hotel Equatorial Bangi

Makan Preeeee... Yahoooo Prewiitttt!!!!
Kalau dengar je makan free terus suka mummuah muuummah, sapa yang tak suka ulloss... Nak-nak orang yang baik hati nak belanja tu belanja makan kat Hotel... Haruslah suka... huhuhuhu~~

Ok meh meh aku bagitahu kat mana orang tu belanja kiteorang... Belanja makan tengahari kat Hotel Equatorial Bang... Eh,kejap aku dah bagitahu la kat tajuk tu tak perasan lak...takde orang bagitahu pun....isyk~~ Baik kan hati orang yang belanja kiteorang tu.... Semoga murah rezeki dan dipermudahkan segala urusan la bagi orang yang belanja tuh... Aamiinn~~~

Jom jom tengok kiteorang makan....hahahahahaha~~~~~ Macam bese la tengok pic kat bawah ni je la aku dah malas nak tulis banyak-banyak sekarang ni... hihihihihi (^^,)

Kami sudah sampai... Get ready la yer....hihihihi~~~
Ups...dah tahu menu aku kan?? Untuk first round....sikit jer nih (^_^)V)
Kami......Geng makan....hihihihi~~~~

Bersama penaja makan tengahari di Hotel Equatorial Bangi... Mintak2 ada yang kali yang kedua.....kikikiki~~~

Ok, Next.....Sapa lagi yang nak belanja makan??? Cop cop kena bagitahu awal2 tau sebab banyak event minggu ni, maklumla minggu sebelum pose ni minggu busy dengan makan-makan... hihihihihi~~~

Thursday, 27 June 2013

Lawatan Makmal : @HALAL UPM

Salam uolls~~~
Mood happy ni (^^,)
Dapat kuar berjalan-jalan....hahahahaha~~~
Sebab sekarang ni tibe la masa keluar dari kepompong makmal yang membosankan...(budak dah mula cuti semester) Ahhhhhhhh booo booo booo booo boooosannn~~~ Kali buat lawatan ke UPM...Ekleheh UPM jer pun~~~ *~* (macam tak pernah pegi kennn)

Biar la dekat or jauh yang penting dapat cuci mata daripada 8 jam duduk dalam Lab tak bergerak ke mana.....huh~~~ Sekali lagi aku cakap sangat la membosankan.... Setelah dipersetujui oleh tuan rumah kami pun dibenarkan untuk melawat 'rumah' mereka kat Institut Penyelidikan Produk Halal UPM Serdang......

@HALAL ni terletak jauh diluar pagar UPM, walaupun diluar pagar tapi masih berada di dalam tanah UPM so, secara otomatiknyer menjadi hak UPM.... Beso UPM ni tak yah cakap la, aku masuk hari2 pun boleh sesat lagi....huhuhuhuhu~~~ Kalau nak gi tak leh masuk melalui UPM sebab takde jalan tembus pun kena melalui highway then akan nampak @HALAL ni di tepi jalan Highway tu....

Kami semua sampai kire2 kul 11 pagi, gerak dari Nilai lambat sangat.... Ramai nau nak ditunggunyer.... *~* Sampai je kiteorang dah bikin malu satu organisasi dengan salah masuk makmal orang.... hahahahaha nasib baik tak wat2 kenal orang tuh..... Dengan muka tak bersalah dengan erti kata lain MALU kiteorang pun berlalu pergi ke makmal sebelah... Fuh,kali ni betul.... Kalau tak "double" malu....

Setelah diberi penerangan serbe sedikit pasal tempat @HALAL ni kiteorang dibawa melawat Lab dieorang (Kejap lab kejap makmal aku nih * ~*) Apa yang aku tengok ikut pendapat aku, lab dieorang ni mampat,kecik dan padat tapi bersistem..... Gas bersistem, storage bersistem, bertagging, bernama dan boleh dikatakan OK la senang nak manage... Mungkin satu hari nanti boleh apply kat lab aku lak... InsyaAllah... (YA Allah berikan lah hambaMU ini kerajinan)

Sudeh sampe......@HALAL UPM
Kali ni betul... Fuh~~~
Kami bersama Pegawai Sains dieorang.....

Sekitar @HALAL UPM
Sekitar kami (^_^)V)
Dah takde apa dah nak cite kot...... Nak kemas lab nih, jealous lak tengok lab orang bersih, bersistem tapi lab aku....Erkkkk~~~~ Ha,yer?? Saya ke?? Yer2 saya datang ni..... Ok, ada orang panggil tuh.... Bye!!!

Wednesday, 26 June 2013

Jerebu....ooohh...Jerebu

Jerebu ooohhhh Jerebu......
Jerebu dah makin merebak sekarang, bermula dari Selatan pergi ke pantai barat dan timur seterusnya terbang ke Utara.....Semakin lama dah semakin berleluasa sekarang..... Tahap kesihatan manusia pula berada dalam keadaan tidak stabil.....

Tapi sekarang bukan masanya untuk salahkan sesiapa bila berlakunya seesuatu bencana..... Kerana ia berlaku disebabkan kita jugak, manusia.... Tidak la jerebu tu sesaja ada kalau takde pembakaran hutan, takde la jerebu sesaja hadir kalau takde pembakaran sawah padi, buat pembakaran sana pembakaran sini.... Semuanya disebabkan kita.......

Oleh itu, stop la cerita-cerita pasal keburukan orang tu, orang ni.... hentikanla salahkan orang tu, salahkan orang ni..... Kerana semua ni Allah turunkan kepada kita sebab kita sendiri yang melakukannya... So terima~~~

Gambar sekitar keadaan di tempat kerja aku.......



Kelabu asap~~~ Jangan salah faham lak, tu kelabu sebab jerebu bukan kabus... Kalau kabus udara segar, ni udara dah tercemar... Hope ni semua sementara saja~~


Alhamdulillah hujan dah turun~~~(^^,)
Psst : Alhamdulillah semalam hujan turun dengan lebatnyer..... Walaupun sekejap tapi hujan tetap turun, aku dah bersyukur sangat2... Sekurang-kurangnya aku dapat tengok awan sedikit biru hari ni.... Kalau tak tengok awan kelabu asap jek.... Syukur kepadaMU YA ALLAH kerana KAU masih mengurniakan kami hujan setelah apa yang kami telah lakukan.... Kau yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.....

Notakiutmiut: Masih berharap hujan yang semalam turun akan berterusan sehingga la jerebu ni hilang dengan sepenuhnya.... InsyaAllah ~~~ *Masih belum berhenti berharap*

Monday, 24 June 2013

Malam Nisfu Sya'aban

Salam Nisfu Syaaban semua :)

Sedar tak sedar semalam (23 Jun 2013, hari Ahad malam Isnin) adalah Malam Nisfu Syaaban..... Pejam celik pejam celik jugak Ramadhan makin menghampiri kita.... InsyaAllah kita semua akan mula berpuasa tidak kurang 14 hari je lagi.... Begitu pantas masa berlaku kan.....

Sebelum Ramadhan menjelma, jom kita kongsi ilmu tentang kelebihan bulan Syaaban yang indah ini..... Semoga ilmu yang tak seberapa ini dapat memberi manfaat kepada semua... InsyaAllah....

KELEBIHAN BULAN SYAABAN

1. Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah dengan 700 kali ganda

2. Allah akan menurunkan rahmatNya serta memberikan pengampunan umum kepada hambanya

3. Sesiapa yang berpuasa 3 hari di awal, pertengahan dan akhirnya maka Allah akan menuliskan baginya pahala 70 orang nabi-nabi, pahala beribadat selama 70 tahun dan jika ia meninggal pada tahun itu maka ia akan mendapat pahala mati syahid

4. Kelebihan malam nifsu Syaaban pula ialah sesiapa yang bangun mendirikan solat sunat dan menghidupkan malam itu dengan banyak berdoa, berzikir, berselawat, bertasbih, membaca Al Quran dan sebagainya maka Allah akan membukakan untuknya 300 pintu rahmat disamping doanya tidak akan ditolak 

5. Orang-orang yang tidak diampunkan oleh Allah pada malam nifsu Syaaban ialah mereka yang menyekutukan Allah dengan sesuatu, tukang sihir, tukang nujum, mereka yang suka bermusuhan, peminum arak, penzina, pemakan riba, derhaka terhadap ibu bapa, pembuat fitnah dan mereka yang memutuskan tali silaturrahim

Sabda Rasulullah S.A.W: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin) 

Psst : Dengan itu, marilah kita bersama-sama mencari keredhaan Allah S.W.T. selagi kita masih bernafas ni bumiNya yang dipinjam kepada kita ni... InsyaAllah (^^,)

Di kesempatan ini jugak, aku ingin memohon beribu kemaafan kepada sesiapa yang mengenali diri ini, rakan-rakan blogger, stalker-stalker... Seandainya diri ni ada salah dan silap samaada sedar atau tidak sedar, sengaja atau tidak sengaja... Harap dimaafkan~~~ (T_T)

Notacutemiut : Rasulullah S.A.W pernah bersabda "Barang siapa yang mengingati kedatangan bulan Syaaban, HARAM API NERAKA baginya....." Allahualam~~~~

Sunday, 23 June 2013

~ Mood ber"BBQ" ~

Makan, makan dan makan....
Itu je la dalam kepala hotak aku sekarang ni, lau gemuk nanti jangan nak salahkan orang lak yer... Sebab diri sendiri yang tak berhenti-henti nak makan.... Nyum...Nyum...Nyum~~~ hihihihihi~~~

Tapi sape yang tak suke makan, nak2 bile dapat makanan yang sedap-sedap.... Sapa2?? Awak ke??? Ke awak yang kat tepi tu??? kat belakang pun sama?? Oh, awak jugak....oh, oh yer yer ok stop-stop jangan gaduh-gaduh.... Jom kite cerita pasal cerita aku k... hihihihihihi~~~

Begini ceritanyer~~~~ (^^,)
Sabtu yang lepas eh semalam la..... Aku dan team kerja wat satu majlis BBQ di rumah salah sorang rakan sekerja aku... Rumah die besooo, corner lot....boleh la buat kat laman die, lau wat kat umah bujang aku.... Alamatnyer belum sempat masak daging BBQ tu rumah aku dah terBBQ dulu... hahahahaha~~~ Lagisatu, dah nama pun rumah bujang tadi kan maknanyer belum berumahtangga secara otomatiknyer serba serbi tak lengkap periuk ade tapi kecik, sudu ada pasangannya garfu takde.... Maklumla bujang semuanyer single je la.... Ada yang datang kena bawak periuk belangga masing-masing kikikiki (^_^)v)

Bincang punyer bincang setelah ditolak ditambah ditukar tarikh dikumpulkan masa dan waktu jadi la wat majlis tu semalam... Fuh, letih jadi organizer ni.... Yang Ado?? hahahaha~~~ Rugi la sesapa yang tak datang tu, meriah kotttt ingat senang je nak kumpulkan masa dieorang2 ni mengalahkan wakil rakyat dieorang ni, busy yang amat la...... Lagipun ada insan yang baik hati sponsor macam2 lagi la meriahnyorrr~~~

Nak tengok menu kiteorang???
Tengok la kat bawah ni.... Malas la cakap banyak (malas nak menaip, penyakit malas aku ni makin menjadi-jadi sekarang ni....hahahahaha~~~)

Kukus~Grill~Panggang~
Ready to Nyum~~~
Nyum~Nyum~Nyum
Lamb chop yang telah selesai di Kukus~Grill~Panggang
Coleslow....Yummy (^^,)
Mushroom sup yang sodapppp......Dah mintak resepi dari orang yg bt ni, tapi katenyer secret recipe... *yawn*
Nampak2, dari penulisan tu dah tahu dari sapa kek ni...hahahahaha~~~
Saje je nak bagitahu....Yang buah melaka tu aku bt sendiri dengan Cik Wanie... Home made tau....huhuhu~~
Geng makan-makan....Muka ni je pun yang ade time makan-makan free ni... tak berubah, huhuhuhu~~~
Geng makan-makan lagi.... (^_^)v)
Menu pilihan aku... Ha,nampak macam sikit kan??? Jangan pelik sebab ni baru round yang pertama...huhuhuhu~~~

Saturday, 22 June 2013

~Untungnyer Wanita~


Tertibe terasa diri ni sangat beruntung menjadi seorang wanita.......
#Kenapa dengan hati aku ni???
kengkadang manja terlebey sangat,
kengkadang sentap terlebey sangat,
kengkadang brutal tak hengat,
kengkadang angin tak tentu pasal,
kengkadang ayu sopan tertibe......(perasan.....lalalalalala)

Sebagai wanita pun aku tak faham dengan hati seorang wanita tu sendiri, aku pun tak faham dengan diri aku ni..... Macam mana aku nak faham orang lain?? (T_T) Tapi aku yakin dengan satu ni "Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya" maknanya Allah tahu kenapa dia jadikan aku seorang wanita.... Alluahalam~~~

Psst : Ups, kenapa dengan entri aku pepagi Sabtu ni??? Ini mesti tersentap dengan someone kan?? hihihihihi~~~ Rilek rilek la hatiku (kata nak jadi seperti di atas tuh).....
Take it easy, jangan nangis2 tak mo tak mo...(T_T)

Friday, 21 June 2013

Geng wayang BERCUTIIIII!!!!!

Ok, tajuk dah menjelaskan segala-galanya..... Hurmmm~~~ Mungkin korang tertanya-tanya , kenapa takde review film kat blog aku sejak dua menjak ni.... Dah takde geng wayang ke??? Geng wayang berpecah ker??? salah sorang Geng wayang dah berkahwin??? Dah berpindah?? Ups~~~ Or takde orang pun tnyer aku jer yang perasan..... hahahahahaha~~~

Takde la sampai berpecah tu, bohong nau~~~ Cume masing-masing ada kerja, susah nak berkumpul so, terpaksa la bercuti buat masa sekarang ni.... sebab masa makin mencemburui kita... hahahahaha ayatttttt~~~ Semakin lama semakin busy sekarang ni sampai takde masa untuk ke panggung.... So, terpaksa la lupakan Now You See Me, After Earth, Man Of Steel, World War Z, White House Down, Pacific Rim and and and..................The Lone Ranger....... Uuuwaaaaaa~~~~~ Johnny Depp~~~ Ups, terlebey sudah... Tu bukan lama lagi tayangannyer?? Buleh tengok ni, buleh buleh~~~~ Kesat kesat airmata tu..... Over sangat~~~~~

Ok, kawan-kawan jangan tanyer k review movie dari aku.... Sebab geng wayang aku sedang bercuti sekarang ni..... Nanti dah abis cuti panjang, aku bukak balik entri review movie aku k.... hehehehe~~~

Movie yang dah terlepas disebabkan cuti panjang..............................
Ermmmm~~~~ Tak tahu cite pe, sebab tak tengok....

Same jugak tak tengok~~ Tapi member aku kate boleh tahan besttt  (T_T)

Yang ni frust tak dapat tengok... Mule2 'orang tu' cakap tak mo tengok sebab trailer tak best, eh tetibe cakap nak tengok sebab kawan ckp bestt... Pulak~~ Sory masa cakap besttt tu dah takde masa nak tengok...lalalalala~~~

Yang ni baru je tayang semalam.... Nak tengok, Brad Pitt kotttt~~~ Cite ni dah lama aku tunggu2, siap tanda dalam kelendar.... Tak kire aku nak pujuk 'orang tu' gi tengok cite ni esok.... tak kire!!!

Psst : Eh, tetibe perasan lak.... Kesemua senarai movie di atas adalah movie omputih... mana cite Melayu aku ni?? Eh, biar betul aku ni??? Ni mesti pengaruh 'orang tu' la ni.... tengok tengok.... apa awak dah buat??? Hurmmmm~~~ (T_T)

Morning JUMAAT!!!!

Salam Jumaat.....
Pagi Jumaat.....
Senyum Jumaat....
Sayang Jumaat.....
Semangat Jumaat.....

Hahahahaha, rase tersemangat lebey lak pepagi hari Jumaat ni... Tak tahu la kenapa..... Dah kenapa aku ni??? Mungkin sebab hari ni hari Jumaat dan esok lusa Cooootiiiiii....... Yahoooo!!! Eh, macam la tak pernah cuti Sabtu Ahad aku ni... Tiap-tiap minggu cuti kan?? Isyk3.....

Ke sebab hari ni aku telah menjalankan tugas-tugas sebagai Pengosok baju dan pembasuh baju yang setia....a.k.a DOBI girl..... hahahahahaha~~~~ Semangat sangat la hari ni, siap set alarm kul 6 pagi gosok baju "orang tu".... Gosok baju pun senyum-senyum jer....hihihihihi~~~ (^^,) Hope, "orang tu" pun bersemangat jugak hari ni...... lalalalalalalala~~~~

Aku ke tuh??? lalalalala (^^,)

Tuesday, 11 June 2013

Sya'ban telah tiba..... Ramadhan hampir menjelma....


Alhamdulillah~~~
Itu je ungkapan yang mampu aku ucapkan sekarang ni.....

Pejam celik pejam celik Syaaban telah menemui kita......
Rejab dah melabuhkan tirainya.....
Ramadhan kian hampir menjelma.....terlalu hampir~~~~

Terlalu pantas rasanyer masa berlalu.....
Harap, tahun ni aku telah menyempurnakan tanggungjawab aku sebagai hambaNya dengan sebaik-baiknya.... Aamiin~~~

Tak sabar rasanya nak menemui Ramadhan, bulan paling berkat di antara bulan-bulan yang lain.... Ya Allah, panjangkan lah umur ku dan sampaikan aku ke RamadhanMu.... Aamiin~~~

Psst : Ramadhan, ramadhan la jugak.....Pose Ramadhan tahun lepas, lepas, lepas dah abis ganti lom??? Dah Syaaban ni.....hihihihhihi~~~ ^_^

Renungan kita bersama~~~

Sunday, 9 June 2013

~Ubat oHh Ubat~ MAIXARA

Hai obat hai obat
Mari beli obat
Kalaulah terlambat tak dapat

Hai obat hai obat
Mari beli obat
Kalau salah obat melompat

Sekarang ni dah bermacam-macam 'ubat' kat pasaran, seperti cendawan tumbuh selepas hujan membiak-baik.... Macam2 ada, nak bagi kulit licin la, kulit gebus mulus la, hilangkan jerawat, hilangkan jeragat, kurangkan alahan, rawat resdung, yang paling tak leh blah untuk putihkan kulit... (semuanyer nak putih....abis la,takde orang gelap hitam manis dah kat dunia ni......)

Istilah ubat bagi aku adalah sesuatu yang berbentuk pil or kapsul or cecair yang memainkan peranan untuk  merawat dan memulihkan keadaan.... So, tak kesah la apa saja bentuk pemakanan yang ada membawa maksud di atas bagi aku adalah OBAT.... sekian ^_^

Dalam arus era semasa sekarang ni... Cewah ayat....... ^_^  aku rase terpengaruh sikit dengan penjualan dan perniagaan online yang mana sekarang ni makin giat dijalankan... Mau tak terpengaruh, ada member duta produk kotttt... hahahahaha jangan marah yer Cik Wanie.... Cik Wanie kite ni jual macam2 jenis produk kat blog die, tapi yang paling aku terpengaruh sehinggakan aku ter'beli' dan ter'makan' adalah produk di bawah ni....


Maixara.....Korang pernah dengar Maixara?? Maixara ni sejenis Obat, yang mengandungi Vitamin C... Ha,ni lagi satu produk paling banyak sekarang ni... Vitamin C..... Semua pompan mesti tahu la kebaikan vitamin C ni... Untuk kecantikan kulit.... Perempuan mana taknak cantik, taknak putih gebus....Semua perempuan nak, ada ke perempuan yang taknak??? Perempuan yang taknak cantik tu Ups, baik gi check doktor... huhuhuhu~~~~

Ok dah dah...Jom cite pasal Maixara ni~~
Kebaikan Maixara (amik dari blog Cik Wanie hahahaha peace!!!)

- Berkesan mencerahkan kulit wajah dan badan secara sekata, licin, gebu dan berseri.
- Mengekalkan kelembapan kulit, menghilangkan bintik2 hitam, memudarkan jeragat dan lingkaran gelap di bawah mata.

- Merawat penyakit kulit seperti bisul, ekzema, dermatitis, juga batuk serta demam selesema.

- Membasmi bakteria jerawat dan merawat parut.

- Anti penuaan dan antioksidan yang tinggi.

- Membantu mengurangkan masalah sinus/resdung dan alahan.

- Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar adrenal, dan juga mengekalkan kesihatan gusi & gigi.

- Diperlukan untuk metabolisme asid folik dan vitamin lain.


Itu la kebaikannyer yang telah diceritakan kepada aku.... Tapi bagi aku yang dah pun makan Maixara ni selama seminggu, ups tak ada banyak perubahan lagi setakat ni... Belum ada perubahan yang drastik maksud aku..... Tunggu la dah dua bulan makan nanti...gebus mulus la aku....kikikikiki~~~ (sebab apa 2 bulan?? Sebab aku makan 1 biji sehari je...dalam 1 botol ada 60 biji...ada orang makan 2 biji sehari, aku tak mo aku ni dah la penakut ubat-ubatan....huhuhuhu~~~ tapi makan Vitamin C kena banyak, banyak, banyak, banyak minum air tau....takut keracunan Vitamin C lak nanti)

Tapi bagi aku setelah makan Maixara ni selama seminggu, aku rase~~~
1. Kurang dah selsema pagi
2. Bintik-bintik hitam si tompok manis makin pudar (tak yah mekap tepung gomak lagi lepas ni...hihihihi)
3.  Kulit rase lembut jer...tapi yang tu tak tahu effect Mary kay or Maixara ni.... (^_^)v)
4. Jerawat besar-besar akibat hormon tak stabil dah kurang tumbuh... (segan la tu nak tumbuh)
5. Jerawat lama kian mengecut, tangan jari jemari dah tak gatal picit2.....

Hahahaha, itu la yang aku rase kesan makan 'obat' tu.... Sebab masalah aku adalah masalah kulit berjerawat sebab tu yang tang jerawat je aku nampak kesannye yang lain takde pulak..... Belum lagi kottt~~~ Tapi buat masa sekarang ni aku stop dulu sebab sedang makan ubat doktor.... Kalau boleh jangan campurkan pil yang mengandungi vitamin C dengan pil2 klinik or hospital... Sebab dadah dalam pil boleh hapuskan semua vitamin C... So, sia-sia je makan Maixara C-Sential.....Tak dapat khasiat pape pun.... Doktor yang cakap~~~

Psst : Kalau korang nak ketahui lagi lanjut pasal produk kecantikan ni jom jengah-jengah blog kawan aku ni..... Macam-macam produk kecantikan dan kesihatan diri yang dia jual, murah-murah lak tu... Promosi memanjang...huhuhuhuhu~~~ Ni blognyer klik di sini....

To Cik Wanie : I dah tolong promosi blog U ni...takkan takde pape kot..... Maixara pree ker... hahahaha (^^,)

Thursday, 6 June 2013

Salam Israk & Mikraj 1434H


Salam Israk & Mikraj......
Buat kaum muslimin dan muslimat....

Hari ni Khamis, 6 Jun 2013 bersamaan 27 Rejab 1434H seluruh umat Islam serata dunia sedang menyambut peristiwa penting yang berlaku dalam bulan ni iaitu peristiwa paling agung dalam sejarah Islam Peristiwa Israk Mikraj Rasulullah Nabi Muhammad S.A.W. Untuk ketahui lanjut dengan lebih jelas mengenai peristiwa Israk Mikraj teruskan membaca di sini.


Marilah kita bersama-sama memperingati dan menghayati sebaik-baiknya peristiwa penting ini.... Semoga peristiwa tersebut menjadi renungan dan pedoman kita bersama.... InsyaAllah~~~

Notacutemiut : Hari ni hari cuti am bagi Negeri Sembilan..... Tempat korang cuti tak??? (^^,) hihihihihi~~~ Ok, Selamat bercuti bagi yang sedang bercuti dan bagi yang tak dapat cuti tu Selamat bekerja aku ucapkan....

Tuesday, 4 June 2013

Paluan kompang Berbunyi~~~

Kelepak kelepak, kelepung kelepung....
Kelepak kelepak, kelepung kelepung....
Kelepak kelepak, kelepung kelepung....
kelepak kelepung, kelepak kelepung.....

Kompang dipalu pengantin baru
Duduk bersanding tersipu malu
Kompang dipalu pengantin malu
Moga bahagia ke anak cucu

Kami doakan moga bahagia
Selamat sejahtera hingga akhir zaman

Wah, bile kedengaran je paluan kompang berbunyi mula la aku ni bersemangat... Bersemangat apa?? Semangat nak makan nasi minyak orang kenduri kawen... Bukan semangat lain.... Semangat makan membuak-buak dalam diri ni, nak2 dah masuk cuti sekolah ni maka makin banyak la undangan perkahwinan nanti hihihihihi...... Dalam kepala : Nasi minyak, nasi beriani, ayam masak merah, gulai daging, arca buah, dan air sirap hahahahaha~~~

Kali ni kenduri kawan sekolah aku kawen dengan kawan sekolah aku yang mana mereka jugak satu sekolah dan satu kelas.... ermmm apa aku merepek ni, aku sendiri pun tak faham.. Yang penting pasangan pengantin tu adalah kawan sekolah aku...... Hurmm balik2 tang tu la jugak... Sampaikan ada orang kata tempat aku ni tak berkembang sebab rata2 kawan aku akan bertemu jodoh satu sekolah... Tak kawen satu kelas, kawen satu sekolah.... Hurmmm nak wat macam mana dah jodoh yang tertulis macam tu... Dah berkawan dengan orang lain, tak serasi putus, dah bertunang bile sampai masa putus... Kenal yang lain tup2 time nikah tahu rupanyer satu sekolah dulu.... Aku lak akan datang macam mana??? Kuang kuang kuang~~

Mereka selamat dinikahkan pada malam 31 Mei, yang mana aku tak sempat tibe pada masa pernikahan mereka yang disebabkan jem terlampau kat Seremban tuh, hangin betul lah aku.... Tiap kali balik kampung mesti nak jem kat Seremban tu, Kalau ade accident aku boleh terima lagi, tapi kengkadang takde punca pun jem tu... Eh, bukan kengkadang tapi selalu... Hope, Pihak plus wat la sesuatu kat jalan tu.... Aku sampai je telah selesai akad nikah, tengok dan amik pic dari kengkawan jela.... Pastu ade majlis malam berinai... (mungkin kat tempat lain takde adat malam berinai ni....tapi kat Melaka wajib ada dimana selepas nikah pasangan pengantin akan duduk bersanding)

Majlis pernikahan~~~ Cayalah Zul, 3 kali tuh...huhuhuhu~~~

Malam berinai~~~ Sangat cantik baju pengantin ni......Warna hijau, i love it!!!!

Lepas selesai akad nikah & malam berinai, Alhamdulillah~~~ Majlis diteruskan lagi dengan buat prank kat Pengantin lelaki.... Sedang pengantin lelaki makan, pengantin perempuan datang bawak kek dari dapur untuk sambut besday suaminya....Wah,so sweeettt~~ So, dapat makan kek je la kiteorang sebab makanan semua dah habis.... Dah la datang lambat nak komplain lebey2 lak hai....


Sambut besday pengantin lelaki.... Semua yang ada kat situ nyanyi ramai2, happening giler (^_^)v)

Keesokkan harinya 1 Jun, majlis walimatul urus pihak pengantin perempuan..... Dapat la jumpa ramai kengkawan sekolah terase macam majlis reunion lak hai.... Ada yang bawak suami, bawak anak,dan ada ramai jugak masih lagi datang solo macam aku..... hahahahaha solo sangat~~~ Majlis persandingan mula pada jam 2.30 petang selepas Zohor itu pun dah kire lewat setengah jam dari yang dijadualkan.... Geng kompang lambat sampai, pengantin dah berdiri 30 minit tengah panas terik tunggu kompang... Bukan orang kompang tunggu pengantin.... Tapi pengantin kena tunggu kompang, Tempat korang ado?? hahahahaha~~~

Majlis persandingan.....

Setelah tiba atas pelamin, pengantin lelaki tak dapat duduk lagi sebab kena bayar tol.... dah la jenuh berdiri tadi setengah jam tengah panas, dah sampai kat kerusi pun tak dapat duduk lagi hihihi) Ramai giler yang mintak tol tu... Nasib la kau pengantin lelaki nak amik anak dara bukannyer senang.... huhuhuhu~~~ Entah macam mana hasil perbincangannya, aku tak dengar... Akhirnyer pengantin lelaki dapat jugak duduk... Fuh, ciannyer~~~~

Kami!!!
Kami lagi.....bersama Geng merewang~~~ orang penting, huhuhuhu.....

Kami lagi dan lagi.....bersama pengantin pulok~~~

Kedebak kedebuk.... Selesai sudah hari bahagia kawanku.... Alhamdulillah~~ Kiteorang semua sangat Hepi tengok korang hepi... Rasenyer tak terlambat aku nak ucapkan Selamat pengantin baru buat korang Zul & Ratna... Selamat menjalani bahtera rumahtangga, dan bahagia, kekal sampai ke Jannah...
Aamiin ~~~ (^^,)

Adiah untuk pengantin baru.....dari aku & En.MZ.... (^^,)

Saturday, 1 June 2013

Alhamdulillah....rezeki (^^,)


Alhamdulillah, ini dinamakan rezeki terpijak.....
 

Pabila kengkawan lain dah dapat, tapi aku sorang je yang belum....
Dah pikir diri ni tak layak terima, redha..... 
Tibe2 dapat calling dari housemate bagitahu ada surat rasmi kat postbox atas nama aku....
Bile bukak, pemohonan anda diluluskan.... Yeppi~~~
 
Tapi aku takde la pijak baucer tu...hihihihi (^_^)v)

Iklan Untuk di'Klik'

Copyright© All Rights Reserved zuhafizz-cintahatiku.blogspot.com