Perjalanan hidup Kami ~~~

Daisypath Friendship tickers

One Step Closer

Daisypath Anniversary tickers

Ikatan Cinta Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, 24 June 2013

Malam Nisfu Sya'aban

Salam Nisfu Syaaban semua :)

Sedar tak sedar semalam (23 Jun 2013, hari Ahad malam Isnin) adalah Malam Nisfu Syaaban..... Pejam celik pejam celik jugak Ramadhan makin menghampiri kita.... InsyaAllah kita semua akan mula berpuasa tidak kurang 14 hari je lagi.... Begitu pantas masa berlaku kan.....

Sebelum Ramadhan menjelma, jom kita kongsi ilmu tentang kelebihan bulan Syaaban yang indah ini..... Semoga ilmu yang tak seberapa ini dapat memberi manfaat kepada semua... InsyaAllah....

KELEBIHAN BULAN SYAABAN

1. Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah dengan 700 kali ganda

2. Allah akan menurunkan rahmatNya serta memberikan pengampunan umum kepada hambanya

3. Sesiapa yang berpuasa 3 hari di awal, pertengahan dan akhirnya maka Allah akan menuliskan baginya pahala 70 orang nabi-nabi, pahala beribadat selama 70 tahun dan jika ia meninggal pada tahun itu maka ia akan mendapat pahala mati syahid

4. Kelebihan malam nifsu Syaaban pula ialah sesiapa yang bangun mendirikan solat sunat dan menghidupkan malam itu dengan banyak berdoa, berzikir, berselawat, bertasbih, membaca Al Quran dan sebagainya maka Allah akan membukakan untuknya 300 pintu rahmat disamping doanya tidak akan ditolak 

5. Orang-orang yang tidak diampunkan oleh Allah pada malam nifsu Syaaban ialah mereka yang menyekutukan Allah dengan sesuatu, tukang sihir, tukang nujum, mereka yang suka bermusuhan, peminum arak, penzina, pemakan riba, derhaka terhadap ibu bapa, pembuat fitnah dan mereka yang memutuskan tali silaturrahim

Sabda Rasulullah S.A.W: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin) 

Psst : Dengan itu, marilah kita bersama-sama mencari keredhaan Allah S.W.T. selagi kita masih bernafas ni bumiNya yang dipinjam kepada kita ni... InsyaAllah (^^,)

Di kesempatan ini jugak, aku ingin memohon beribu kemaafan kepada sesiapa yang mengenali diri ini, rakan-rakan blogger, stalker-stalker... Seandainya diri ni ada salah dan silap samaada sedar atau tidak sedar, sengaja atau tidak sengaja... Harap dimaafkan~~~ (T_T)

Notacutemiut : Rasulullah S.A.W pernah bersabda "Barang siapa yang mengingati kedatangan bulan Syaaban, HARAM API NERAKA baginya....." Allahualam~~~~

No comments:

Post a Comment

Iklan Untuk di'Klik'

Copyright© All Rights Reserved zuhafizz-cintahatiku.blogspot.com