Perjalanan hidup Kami ~~~

Daisypath Friendship tickers

One Step Closer

Daisypath Anniversary tickers

Ikatan Cinta Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, 28 September 2012

DREDD ~~ Judgment is coming

Wah, bulan ni bulan paling banyak pergi ke panggung, Marathon Movie of Month (MMoM)... Macam-macam cerita aku duk tengok... Kalau aku tak ajak, En. MZ ajak....En. MZ diam, aku lak yang ajak.... Tak leh la tengok trailler cerita yang best sikit, mule la nak tengok.... huhuhuhuhu ~~~

Kali ni cerita Dredd pulak jadi sasaran....Cerita ape pun aku tak tahu la, En. MZ yang beria-ia sangat nak tengok... Dia dengar kawan dia cakap 'best giler', terus giler-giler dia ajak aku tengok... Siap suruh aku tengok trailler dulu.... Isyk3.... Baru je 2 hari lepas tengok Untuk 3 hari, kali ni ajak tengok lagi.... Nasib baik pergi wayang yang berlainan, kalau wayang yang sama sure orang yang kat kaunter tiket tu kenal kiteorang... huhuhuhuhuhu ~~~

Starting cerita ~~~
Me : Alamak, macam takut je....
En. MZ : Ala,takde ape la...cite ni biase2 je....
Me : Ok....**lau mengerikan....siap awak.....

Pertengahan cerita ~~~
En. MZ : Wow, sakitnyer....campak dari tingkat 200 kot...
Me : ........
En. MZ : Eh, diam...Nape??
Me : ........
En. MZ : La,tido???

Hahahahaha ~~~ Aku bukan tido sebenarnyer, aku just pejamkan mate je.... Adoi, nak cakap macam mane ek dengan cerite ni... Tahap ganas giler kot, macam tak sanggup nak tengok.... Sentiasa bermain dengan darah dan mati!!!! Asyik-asyik ade orang kena tembak, terpercik darah sana sini, kena sembelih, kena tersiat kulit, tercampak dari tingkat 200, terhempap pintu besi....Aaaaaa ~~ Ngerinyer....Dalam banyak-banyak cerita yang aku tengok, cerita ni je aku tak leh nak bukak mate sangat.... Boleh dikatekan 10% je aku tengok, yang selebihnyer aku tutup mate.... Baik tak yah tengok lau macam tu...huhuhuhuhu ~~~

Nak story mory pasal cerita ni pun aku tak reti macam mane.... Yang aku faham la kan, cerita ini mengisahkan zaman yang akan datang.... Di mana,pada zaman akan datang takde mahkamah yang jatuhkan hukum kepada penjenayah, tetapi ada hakim yang akan cari penjenayah terus jatuh hukum... Lau die dapat penjenayah kat jalan, kat jalan la jatuh hukum...Lau kat rumah, kat rumah la....

Pada satu hari, ada hakim baru perlu menjalani ujian penilaian... Watak hero dalam cerita ni iaitu Dredd yang akan nilai hakim baru ni... Dredd bawa hakim baru ke satu tempat di mana geng Ma-Ma menguasai tempat tu... tempat tu dalam satu bangunan je.... Bile geng Ma-Ma dapat tahu ade hakim sampai tempat die, die kurung bangunan tu sehinggakan tertutup semua pintu menyebabkan kedua-dua hakim tu tak boleh keluar.... Bermula la pertempuran antara geng Ma-Ma dengan dua orang hakim....

Ending cerita ni..... dah sure la hero dan heroin menang,walaupun hero hampir-hampir nak mati... Tapi cerita omputih kan, mane boleh hero mati nanti takde pulak kesinambungan cerita... Eh, macam ada part 2 je...huhuhuhuhu ~~~ Keseluruhan aku nak bagi berapa bintang ek untuk cerita ni?? Isyk, kalau untuk keganasan cerita aku boleh bagi 10/10 kot... Seganas-ganas Resident evil dan Expendables aku boleh lagi bukak mata dan tengok cerita sampai habis.... huhuhuhuhu ~~~

Psst : Lepas habis je cerita ni En. MZ terus tnyer aku ok tak dengan cerita tu... Aku jawab 'Ok apenyer...tengok pun tak...' huhuhuhuhu ~~~ En. MZ cakap dia rase bersalah lak ajak aku tengok cerita ni,salah orang katenyer... Nanti dia tak nak bawak aku tengok cerita ganas2 macam ni lagi... Ok, aku nak tengok sampai bile... huhuhuhuhu ~~

Pertemuan & Perpisahan

Pertemuan Kita Di Suatu Hari
Menitiskan Ukhwah Yang Sejati
Bersyukurku Ke Hadrat Ilahi Di Atas Jalinan Yang Suci
Namun Kini Perpisahan Yang Terjadi
Dugaan Yang Menimpa Diri
Bersabarlah Di Atas Suratan
Ku Tetap Pergi Jua
 
Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah Hamba Mu
Mencari Hidayah Daripada Mu
Dalam Mendidikkan Kesabaranku
Ya Allah Tabahkan Hati Hamba Mu
Di Atas Perpisahan Ini
 
"Teman Betapa Pilunya Hati Menghadapi Perpisahan Ini.
Pahit Manis Perjuangan Telah Kita Rasa Bersama. Semoga
Allah Meredhai Persahabatan Dan Perpisahan Ini. Teruskan
Perjuangan"
 
Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah HambaMu
Senyuman Yang Tersirat Di Bibirmu
Menjadi Ingatan Setiap Waktu
Tanda Kemesraan Bersimpul Padu
Kenangku Di Dalam Doamu
Semoga Tuhan Berkatimu

Pertemuan dan perpisahan adalah lumrah dunia, bile ada terjadinye pertemuan akan terjadila perpisahan.... Kite sebagai hamba-Nya hendaklah sentiasa bersedia dan tabah menghadapinye.... Halamak....sedih la pulak..... 

Perkara macam ni sering berlaku kat tempat kerja aku, setiap setahun sekali ada je yang akan ditukarkan ke department yang lain... Baru nak beramah mesra dah kena tukar, kena beramah mesra dengan orang baru.... Dah la sesi suai kenal tu agak makan masa.... Bile dah mesra sikit, kena tukar lagi.... Kadang-kadang aku dah jadi cukup kebal untuk menghadapi semua ini....

Entri kali ni rase sedih dan sayu pulak nak tulis, sebabnyer baru-baru ni ada dua orang officemate aku kena ditukarkan ke department lain... Dah la salah seorang tu orang paling rapat dengan aku,segala masalah aku share dengan die, mase first aku masuk kerja pun die la orang pertama yang tegur aku, orang pertama yang ajar aku semua benda, segala benda aku rujuk kat die dulu... Sekarang dia dah ditukarkan, dah takde tunjuk ajar dari dia, dah takde bersenda gurau dengan dia.... Waaaaa....Sedeynyer *~*

Semase majlis perpisahan dieorang aku tak datang pun...Memang sengaja amik cuti...Sebab tak nak tengok dieorang nangis, nanti aku pun nangis... Lau menangis tu comel tak per.... hukhukhuk ~~~ Tapi aku sempat la berjumpe dengan dieorang sebelum kiteorang berpisah, sempat la bersalam berpeluk cium, mendengar pesan pesanan dan nangis... Tertumpah jugak airmate mahal aku akhirnyer.... hukhukhuk ~~~

Oleh disebabkan majlis perpisahan dieorang aku tak pergi, hadiah perpisahan yang aku nak bagi pun tak dapat sampaikan kat dieorang.... Sebenarnyer baru siap bende alah ni, makan masa jugak nak buat... Busy la katekan... hihihihihi ~~~ Hari ni baru nak pos, dah sebulan dieorang pindah... huhuhuhuhu ~~~
Get ready to post.... Go!!!
Hadiah buat dieorang.... Ade sape2 lagi nak kena tukar??? Leh aku wat dari sekarang...huhuhuhu~~
Taraa ~~~ Ni la hadiahnyer.... Santik tak?? Buat sendiri tau,handmate... Harap-harap dieorang suke la... Ini je yang mampu aku sediakan, harap-harap bile dieorang tengok je bende alah ni tergantung kat kereta atau mane-mane je...teringat kat aku...Cewah, emo lak~~~

Psst : Aku dengar aura2 aku bakal ditukarkan jugak... Baru je kena tukar tahun lepas, tahun ni nak kena tukar lagi.... Bersedia je la wahai hati, tabahlah menghadapi segala cubaan dan dugaan hidup....

Thursday, 27 September 2012

Perkahwinan....... Untuk Tiga Hari ~~~

Pelamin.....Untuk Tiga Hari~~~
Bile orang sedang sibuk memperkatakan tentang isu Kerana Dialog Dalam Filem Untuk 3 Hari, Mufti Saran Vanidah & Rashidi Segera Rujuk, aku rase terpanggil untuk pergi tengok cerita ni... Bile aku baca isu tu pagi, petang lepas kerja tu jugak aku ajak En. MZ teman aku gi tengok cerita ni....

Kalau diikutkan bukankan la aku nak tahu sangat pasal isu tu... Bukan nak jadi penyiasat untuk tahu betul atau tak isu yang hangat diperkatakan.... Sememangnya aku memang nak tengok cerita ni, dah lame sangat tak tengok wayang cerita melayu... Kali ni ada cerita melayu yang boleh aku tengok kat wayang, kalau tak banyak cerita pasal hantu je.... Bosan kot ~~~

Cerita ni asalnya daripada novel Ahadiat Akashah yang mengisahkan sepasang kekasih Ujie dan Affin yang bercinta sejak di Universiti terpaksa mengikut kehendak keluarga berkahwin dengan pilihan keluarga masing-masing.... Masing-masing telah berjanji mengikut kehendak keluarga untuk berkahwin dan bercerai selepas 3 hari... Dalam masa 3 hari tu, macam-macam perkara yang jadi....Ujie telah memungkiri janji dan mula mencintai suaminya dalam masa yang sama Affin telah menceraikan isterinye dengan talak 3!!! Akhirnye Affin bersendiri.... Isyk3 kesian... 
Ending cerita ni, Ujie bahagia dengan suami dia,siap gi honeymoon kat Jepun lagi tau... Affin lak??? Ermmm, entah la....Tinggal sorang2 kot, habis dah cerai isteri dengan talak 3....mane leh berbaik balik, giler talak kot lepas ni..... Keseluruhan aku bagi cerita ni 9.8/10, cerita melayu paling best dalam tahun ni...berbaloi bayar tiket mahal-mahal pun,puas hati....

Bagi aku la kan, cinta macam mana pun seseorang perempuan tu.... Cinta sejatinye hanyalah untuk suaminya... Untuk kekasih, say hai bye bye la..... Nak-nak bile dapat suami yang lebih baik dari kekasih, yang lebih menenangkan hati, romantik!!! Pehhh, cair........... 
huhuhuhuhuhu ~~~ Macam tu la situasi Ujie dalam cerita ni, suami dia baik sangat, cool, romantik dan kaye.... hihihihi ~~~

Berbalik kepada isu Kerana Dialog Dalam Filem Untuk 3 Hari, Mufti Saran Vanidah & Rashidi Segera Rujuk, Aku teliti jugak dailog dalam cerita ni, sambil menyelam minum air la kan...Dialog cerai Rashidi adalah dengan Ayu Raudhah, itu pun belakang ayat cerai tu ada disertakan dengan nama dan memang ada dialog yang diungkapkan oleh Rashidi Ishak kepada Vanidah Imran... "Kita kahwin untuk tiga hari, Affin akan pegang pada janji Affin, hari kedua mesti kena bersanding, lepas itu selepas selesai majlis perkahwinan, hari ketiga, kita minta cerai"....

Babak antara Affin dan Ujie....
Dialog tu merujuk kepada Ujie dan Affin, sebab dalam cerita ni mereka menggunakan panggilan nama... Tak tahu la pulak itu pun menjadi hal yang serius....Pada pendapat aku la kan, ni tak kan jadi hal kalau watak yang dilakonkan tu bukan suami isteri yang sebenar...**so,lebih senang elakkan berlakon dengan suami atau isteri sebenar....Isu nikah kahwin,cerai berai ni bukan boleh buat main-main...kan??

Affin dan Juwita dalam Untuk Tiga Hari...
Ayu Raudhah yang cumil....hikhikhik ~~
 Psst : Suke giler tengok Ayu Raudhah dalam cerita ni... Ayu Raudhah ni bile pakai mekap tebal-tebal 10 inci, gincu merah menyala, bulu mate panjang terus jadi tak cantik.... Tapi dalam cerita ni die mekap biase2 je, gincu pun pink je... Sangat comel ok, terus jatuh cinta kat Ayu Raudhah... hahahahaha ~~ >_<

Wednesday, 26 September 2012

Resident Evil: Retribution

Semasa promo cerite ni En. MZ dah jeling-jeling aku dah, dalam hari dah terdetik 'ni duk pandang-pandang ni mesti nak ajak aku tengok cite ni nanti'... Belum sempat dia bukak mulut, aku awal2 lagi tembak die dulu....

Me : Tu takde lain la tu, nak ajak saya tengok cite yang saye tak faham....
En. MZ : Ala,sape lagi yang nak teman saye...awak la....
Me : **Dah agak... Nanti lau saya tak faham, saya duk tanye2...Awak marah...
En. MZ : Eh, mane ade???
Me : Erkkk....(Aku tengok trailer die macam menyeramkan je....Aku bukan buleh seram2 ni...**mati)

Tibe mase aku teman la jugak dia tengok cerita ni, aku ni bukan buleh cepat nau rase kesian dan bersalah bile dia cakap nak gi tengok sengsorang... Hurrrmmmm.... Takper la tak faham ke takut ke, janji aku duk sebelah dia teman dia tengok movie tu.... Agak-agak seram sangat, aku buat-buat la tidur... huhuhuhuhu ~~~

Macam biase la bile aku tak faham satu2 cite tu sure la aku duk tanye2 orang sebelah, kali ni soalan aku tanpe henti.... Dan aku rase orang sebelah pun tak dapat fokus dengan cite tu sebab duk layan pertanyaan aku.... huhuhuhuhu ~~~ **tu la sape suruh ajak saye tengok cite yang saye tak faham**

Selepas satu jam lebih aku baru boleh follow cerita ni... Yang aku faham berlaku 1 accident di makmal dimana bekas yang mengandungi virus telah pecah dan merebak ke seluruh dunia dengan cepat menyebabkan manusia berubah menjadi zombi...Watak hero dalam cerita ni adalah Alice yang ingin membongkar rahsia Syarikat Umbrella Corporation... Pada masa yang sama, menyelamatkan manusia yang tidak terkena Virus-T.. Alice telah diburu oleh Syarikat Umbrella kerana Alice dianggap sebagai pengkhianat...

Operasi memburu Alice telah membawa dirinya menejelajah ke seluruh dunia yang bermula dari Tokyo ke New York, Washington, D.C dan Moscow. Alice tidak memburu secara berseorangan, misinya telah dibantu oleh seorang kawan yang baru ditemuinya.

Cite ni banyak part terperanjat2... Kejap-kejap zombi yang muke buruk tu muncul tibe2... Aku ni dah la jenis lemah semangat sikit, time aku tengah makan popcorn time tu la zombi muncul... Nasib baik tak berterabur popcorn tu... Kalau tak, sure la balik...baju,tudung dan muke penuh dengan popcorn... Ha,tu baru betul zombi...hihihihihihihi~~~

Habis je cerita ni aku boleh katekan cerita dia tak sehebat trailler die... Yela bile dalam trailler kite pikirkan betul-betul la dia diburu dari Tokyo ke New York, Washington, D.C dan Moscow... Rupa-rupanye, itu semua dalam satu tempat, dan bermain dengan komputer semata-mata... Misi dia adalah untuk mengeluarkan diri dari tempat tu je, tempat tu pulak nampak macam gah giler sekali kena bom habis berkecai semua....

Lagi satu, aku ingatkan episod ni la penamat resident evil sekali ade sambungan lagi daa~~ Tunggu je la tahun depan mesti 'orang tu' ajak tengok lagi, Resident Evil : 6 pulak.... sebab ape tau, keluar je wayang hari tu aku nampak die tak brape puas hati dengan episod kali ni... hihhihihihi ~~~
Aku mampu senyum je..... >_<
The Ultimate Battle Begins~~~~

Tuesday, 25 September 2012

BerPicnic di Stadium ~~

Korang pernah tak berpicnic di stadium?? Maksud aku takde la berpicnic kt tengah2 padang stadium tu.... Kat depan Stadium kan ade kawasan lapang, kat situ la.... Hari Ahad yang lepas aku dan En. MZ pergi Shah Alam semata-mata nak bersarapan kat situ... Setiap hari Ahad, kat Seksyen 13 Shah Alam ada pasar pagi.. Pagi-pagi aku dah bangun kalau lambat makanan cepat habis... So,kena la pergi pagi-pagi... huhuhu ~~~

Aku gerak dalam kul 8pagi, sampai kire-kire dalam kul 9pagi.... Bawak slow dan stedy je, bukan ape area highway Shah Alam ni banyak jerangkap samar.... Kang tak pasal-pasal kena lagi... Adoiyai serik.... Bile sampai je parking dah penuh giler (**adoiyai awalnyer dieorang ni sampai kul bape agaknyer2 dorang ni bangun ek??) tapi aku bernasib baik port biase ade parking.... Takpe la jauh skit janji leh lepak kat situ jap lagi.....

Selesai je membeli-belah barang yang nak dimakan, kiteorang pun berpicnic la kat situ.... Siap bawak tikar dan sudu garpu lagi tau.... Pinggan mamgkuk je lupe nak bawak, terpakse la wat tebal muke mintak mangkuk kat kedai, nasib baik die bagi..... hihihihihi ~~~
First step, kena la bentangkan tikar dulu.... baru leh bersantai-santaian... hihihihihi ~~
Ha, tu dia makanan untuk dingap.... Ups yang sebelah kiri tu bukan makanan eh... Macam mane leh termasuk lak... hihihihihi~~~
Kentang berinti daging cheese....
Time belajar dulu kalau pergi pasar je makanan wajib kena beli adalah makanan diatas.... Potato bakar..... Sedap.... So, sampai la ke hari ni.... Gi pasar situ je mesti beli.... Ada cerita disebalik potato bakar ahad lepas... Tengah syok2 aku duk ngap potato tu....Aku selak sikit belah aluminium foil tu, tibe-tibe....... Jeng Jeng Jeng ~~~~
Nampak tak yang berwarna putih di celahan aluminium foil tu... Aku suspek tu fungus a.k.a kulat, sebabnyer bile aku selidik, die duduk berkelompok dan bile dipegang agak melekit.... Bile tunjuk kt En. MZ pun die kate tu fungus... Errrkkk.... Dalam hati terdetik**dah hampir separuh masuk perut, ape la jadi dengan aku jap lagi ni....Keluar masuk toilet la jawabnyer.....Waaaaaaa *-*
Walaupun masih dalam keadaan yang tak pasti, kentang yang tinggal tu aku throw away je....Yela, bile dah dalam keadaan was-was ni, makanan tu dah jadi tak baik untuk dimakan.... **isyk,beratnyer rase hati ni**

Tapi.....Alhamdulillah setakat ni aku tak rase sakit perut pun, kemungkinan aku baru tertelan fungus tu dalam kuantiti yang sikit... So, antibodi aku still boleh lawan.... Fuh,nasib baik.... Agak2 korang bile dah kena macam tu....aku serik tak, nak beli potato tu lain kali...Sebab aku pun tak tahu yang aku ni akan serik ke tak...huhuhuhuhu ~~~

'Bercanda di tepian stadium' Wah, nyanyi2 lak...
Sekali sekala bile buat macam ni rase seronok la pulak, makan tak nak pulak banyak macam makan untuk seminggu... berselera sungguh yer... hihihihi ~~~ Bile dah makan terlalu melebihi had ni mule la susah nak bangun, ditambah pulak angin sepoi-sepoi bahasa macam duduk tepi pantai rasenyer..... huhuhuhuhu ~~~

Aku terkena lagi!!!!

Apa perasaan korang bile dapat SMS yang berbunyi macam ni..... 'U have PDRM summon lebuhraya dengkil, speed trap kelajuan 95 had laju 80'.... Apa korang rase ek?? Kalau aku, aku rase sakit hati, sakit jiwa, sakit otak dan macam-macam lagi jenis sakit yang ada..... Dan rase tu aku tengah rase sekarang ni!!!!

Arrrrggggghhhh....rase tension yang terlampau bile dapat tau yang aku terkena saman speed trap lagi..... Bukan masalah tak serik-serik, masalah sekarang kat highway had laju 80 km/j?? Habis agak2 nak bawak berapa km/j??? 40?? 60?? Atau pun tak payah tekan minyak langsung, ikut angin tolak ke mane die bawak.....

Sorry la, rase terlebih emo lak bile tulis entri ni.... Yela tengah berserabut pkir macam-macam, mane keadaan sekarang baru lepas raye, gaji pun lagi 1bulan 3 minggu.... Nak kena bayar saman sebelum 15hari dari tarikh surat saman dikeluarkan... Lau bayar lambat kena lagi banyak... Kalau nak tunggu diskaun lak tak tahu bile.... Nanti nak amik roadtax sangkut.... Isyk3...

Nak tak nak kena jugak la cari duitnyer, mane tahu celah-celah batu ke, atas-atas pokok ke.... Mana la tahu kan ade rezeki, rezeki ni lau ALLAH nak bagi ada merate-rate.... Kadang-kadang aku terpikir kalau orang Malaysia kena saman speed trap tak bayar tak boleh amik roadtax... Kalau no plat bukan Malaysia yang kena, macam mane lak caranyer....Errmmmm ~~~

Psst : Aku nasihatkan korang hati2 la di jalan raye jangan laju-laju sangat, aku yang bawak 95km/j pun boleh kena apetah lagi, lagi laju.... jerangkap samar sekarang dah tak kire tempat tanpa kite sedar... tempat 80km/j pun ade.... Mood down *~*

Superhero pun kena saman jugak ka??

Friday, 21 September 2012

Premium Rush *-*

Cerita ni dah lama sebenarnyer kat pawagam, biase la aku ni... Dah lame tengok, baru nak post pasal cerita...Dah basi dah pun.... Kalau blogger lain sedang takde idea nak post entri, aku lak bukan takde idea tapi takde mase nak ngadap menulis entri, kat draf dah bersusun nak tunggu masa yang sesuai untuk dipost... hihihihihi ~~~  
** berlagak bunyinyer.....

Ok berbalik pada cerita Premium Rush, iaitu sebuah filem arahan David Koepp. Cerita ini mengisahkan tentang seorang pemuda yang bernama Wilee, lakonan Joseph Gordon-Levitt yang bekerja sebagai penghantar surat menggunakan basikal fixie sebagai medium pengangkutan untuk dia menjalankan kerja penghantaran surat setiap hari. Pada suatu hari bermula la misi sebenar cerita ni, seorang wanita dari sebuah kolej di kota Manhattan telah memberikan Wilee satu sampul surat untuk menghantar surat tersebut kepada alamat yang terletak di Chinatown. 
Akan tetapi, telah berlaku satu konflik antara Wilee dan seorang pegawai polis. Di mana pegawai polis tersebut meminta Wilee untuk menyerahkan sampul surat kepadanya atas alasan urusan peribadi.Penipuan polis tersebut akhirnya terbongkar melalui satu siri imbasan anggota polis, dan berlakunya insiden kejar mengejar antara mereka disepanjang jalan Manhattan. Dalam masa yang sama, Wilee turut mengejar masa untuk menyampaikan surat yang diamanahkan olehnya kepada si penerima dengan selamat.

Pada permulaan cerita ni, aku agak pening nak faham jalan ceritanyer.... Kalau tanyer orang sebelah kang confrim die jawab macam ni "Tengok la, saya pun tak faham ni" kan???.... tak pernah-pernah dalam wayang aku senyap dan fokus giler-giler.... Jeling orang sebelah pun tak, tu maknenyer cerita ni complex, tak boleh tertinggal satu patah perkataan pun... Lau tertinggal confrim tak faham.....

Walaupun cerita ni complex tapi still boleh follow jalan cerite die dan flashback die menggunakan time... Beberapa jam sebelum dengan waktu sekarang..... Setiap waktu flashback tu ada kaitannyer, so bolehla follow ceritenyer.... Overall, aku leh bagi 9/10 bintang untuk cerita ni.... Kenapa 9?? Sebab cerita ni wat aku penat, mase dia duk kayuh basikal macam aku lak dalam cerita tu duk kayuh basikal jugak... Duk kayuh basikal je tanpa henti....Penat oooo....

Thursday, 20 September 2012

Bile Mood berPicniC kembali ~~

Bile tak balik kampung je, dalam kepala ni mula la create macam-macam rencana... Kali ni tetibe terpikir lak, dah lame tak berpicnic bersama-sama.... Terasa nak duduk tepi pantai tengok ombak... Syokkk uuuoooo....huhuhuhuhu ~~~

Bile otak dah terpikir, bawak lak ke hati yang terdetik dan terus project ke mulut untuk suarakan kepada kengkawan.... Alhamdulillah, diorang memberikan kata-kata yang positif.... Walaupun tak ramai yang nak ikut sebabkan ada hal-hal tertentu.... Yang mane ade ni pun dah kire ok....

Bermule la misi ke pantai, main ombak....hihihihihi~~~ Pantai yang menjadi pilihan adalah pantai Port Dickson, bukan ape dekat sikit dengan rumah... Senang untuk pergi senang untuk balik.... Bile dah tetapkan tempat, kiteorang pun berkumpul around 8 pagi dan sampai dalam kul 9pagi.... Kiteorang biase ke Tanjung Biru atau nama omputih die Blue Lagoon, kt situ tak ramai sangat orang mandi...Selese sikit.....

Bile sampai je kiteorang kat Tanjung Biru tu, rase excited giler nak tengok laut, rase nak berlari dan terus terjun buat macam tak pernah jumpa air laut....hihihihihihi...... Tibe-tibe ~~~~

Tibe-tibe teringat pada iklan raye Petronas tu..... "Ombak Jahat......"
Wrong time la, time air tengah pasang tambah dengan ombak yang tinggi.... Hatiku hancur luluh bile tengok je ombak.... Giler tinggi, terbatal terus hasrat aku nak berlari dan terjun.... Buatnyer aku terjun terus hanyut dibawa ombak...
Ape pun tak boleh ~~ *-*
Dah tak boleh mandi, kiteorang pun duduk la ditepi-tepi pantai wat istana pasir... Tak pe la tak dapat mandi pun janji hasrat dihati untuk tengok ombak tercapai.. 
*lain kali lau nak gi kaji dulu pasang surut laut yer**

Balik dari berpicnic, kiteorang singgah makan kat MaMa Chop PaPa Grill dekat pantai Port Dickson jugak....Bile dah masuk tengahari perut mesti la lapar mintak diisi... Time tu ingatkan nak isi dengan nasi, tapi kat situ mane ade makanan melayu, semuanya western.... Nak wat macam mane, makan je la... Janji kenyang ~~~ 
Aku order Mama & Papa Combo, aku pun tak pernah makan set tu... Main order je, nampak image macam sedap....try je la..... hikhikhikhik ~~~

Tarra ~~~~ Ni la kedai MaMa Chop PaPa Grill dan menu yang aku order.... Sedap memang sedap, tapi servis die kureng la...lambat, hurrrmmmm ~~~

Wednesday, 19 September 2012

~ Sambutan Hari Raye Lagiiii ~

Walaupun dah habis pun bulan Syawal, tapi aku still mood beraye... Maknenyer aku still mood bersuka ria, buktinyer sampai ke hari ni aku still pakai baju raye tau... hihihihihi ~~~ Ada satu lagi sambutan hari raye yang aku nanti-nantikan.... Sambutan Hari Raya universiti, kire ni paling besar antara yang lain-lain la... Bile dah cakap paling besar tu maknenye paling banyak dan bermacam-macam la jenis makanan yang dihidangkan....Nyum Nyum Nyum.....

Tahun ni macam jugak tahun-tahun lepas tetibe je dilantik sebagai AJK hias menghias atau lebih sedap didengar AJK Hiasan....Ha, tak terkejut pun.... sebab memang dah agak dan memang dah bersedia dari segi mental, fizikal dan rohani....Cewah... hihihihihihihihi ~~~  Tahun ni tema Merdeka Raya Islamic, al maklum la sambut dengan Hari Merdeka sekali... Bile diberitahu je tema tu, aku terus terpikirkan bendera dan ketupat... Tak tahu kenape tetibe terpikir mcm tu, secara automatik jugak teringatkan colour merah,putih,biru dan kuning... Warne bendera la, merdeka la katekan..... huhuhuhuhuhu ~~~

Geng-geng persiapan booth, kena la ade geng yang tolong buat... Nak harapkan aku sorang, mane larat deh....
Persiapan dibuat secara ala kadar je la, janji ade.... Dah nama pun bagitau last2 minit kan.... Lau ditanyer kenapa simple sangat ni, nak je aku jawab "Dah ade ni pun dah cukup baik, daripada aku susun dan bentang alas meja je semate-mate... baru ade akal"

Keadaan booth sebelum dan selepas dihias... Santik tak??? hihihihi ~~
Sambutan raye kali ni kiteorang berpakat nak pakai baju warna sama.... Warna yang boleh dipakai adalah warna merah, putih, biru ataupun kuning... Selepas perbincangan, kiteorang memutuskan memakai warna merah beramai-ramai.... *pewiittt merahnyer mak ngah....kuikuikui*** Kebetulan ramai yang ade baju warna merah raye tahun ni... Aku yang tak pernah ade warna merah, terpaksa la mencari tudung berwarna merah...Janji ade warna tu kan..... huhuhuhu~~~

Bermacam-macam booth makanan ade... cakap je ape je, semua ade....sediakan perut je la...kuikuikui ~~
Bile booth dah bermacam-macam... makanan pun bermacam-macam jenis jugak la... Dari Malaysia hingga la ke Arab...
Yang ni la menu aku... Ups pembetulan bukan aku sorang yang makan tau... Ok, menu favorite Laksa Johor tak ketinggalan... hihihihi ~~~
Selesai makan tetibe dipanggil untuk sertai persembahan lak, mule-mule tak nak naik pentas...**maluuuu, hihihihihi ~~ Tapi bile tengok ramai gile yang nak naik tetibe jadi semangat lak, hilang semua perasan malu-malu kucing aku tu.... Ala, nyanyi lagu raye je.... Macam tak biase kan.....

Nyanyi beramai-ramai tengok lirik... semua orang bulih kan??? hihihihihi ~~~
Last session... Mesti la sesi bergambar.... Bergambar bersama Dekan dan kengkawan kerja ~~ Giler camera gitu.... hikhikhik ~~~

Thursday, 13 September 2012

~ The Expendables 2 ~

Dah lame cite ni duk tayang sekarang pun masih ade lagi.... Mantap betul cite ni, cite omputih kan ape yang tak mantap gune hero-hero veteran pun masih lagi mantap.... Pehhh!! Cayalah.....

Aku tidak melepaskan peluang untuk gi tengok cite ni, nak tahu jugak ape yang hebat sangat orang duk bercakap pasal cite ni... Padahal cite The Expendables yang mula-mula dulu aku tak tengok pun, tak tahu menahu pun ada tup tup keluar nombor 2... hihihihihi ~~ ketinggalan betul aku nih....

Cuti merdeka ari tu aku ajak la En. MZ teman aku tengok cite ni... Aku yang beria-ia sangat nak tengok sebenarnye padahal time tu aku mengalami demam yang agak teruk sampai suare pun berubah ala-ala Ella gitu... Cewah... Oleh disebabkan aku yang beria-ia sangat, kena la tanggung risiko samaada best atau tak best cite ni tak leh la nak complain2.... telan je la... huhuhuhu~~

Mula-mula cite ni aku cube la memahami jalan cite dia, maklum la aku mane tengok yang part 1... Bile jeling orang sebelah nampak macam kusyuk sangat je... Dia faham la kot, aku yang tengah blur2 ni malu gak nak tnye2... Dah la kite yang beria-ia tapi tak faham jalan cite... malu.... huhuhuhuhu *-*

Bile dah masuk ketengah jalan cite, aku still lagi blur... Tak bole blah ni, kena tanye gak tak kan sampai kesudahan cite ni aku tak faham-faham.... Jeling-jeling dulu orang sebelah, agak-agak die bagi respon baru la mulekan mukadimah pertanyaan... hikhikhik ~~~

Me : Awkkk.... Die tu sape?
En. MZ : Die orang jahat.....
Me : Err (**aku tau la orang jahat, dah terang2 nampak muke die jahat)....
        Tak maksud saye, die tu sape? kenapa die datang nak amik bende tu? lanun ke?
En. MZ : Dalam misi ni dieorang berebut bende yg same tapi orang jahat tu takde kepakaran nak buka peti tu...Bile ade orang bukakan, die rampas la..Keje senang....
Me : OoooOO ...Ok...Tak faham.....(**sambil ngunyah popcorn....lalalalala)
En. MZ : **siap pandang aku dengan pandangan pelik**

Ok la, overall aku leh bagi cite ni 7/10 bintang.... Cite die boleh tahan dan sangat kejam ok... Tembak orang pakai senapang kot... Berkecai habis semua... Then, bile saat2 genting je ade je yang datang menolong... Entah dari mane orang tu dapat info, tup tup muncul.... Paling tak best, hero yang paling hensem dan muda mati dulu... Ceh, spoil mood..... Nasib baik ade watak Lee Christmas lakonan Jason Statham , watak dia paling menonjol antara yang lain-lain... penyelamat keadaan.... Bab die lawan gune pisau tu paling menusuk ke jantung..... hikhikhik..... Jalan cite out la, setakat bergantung pada aksi yang ditonjolkan..... So, jangan la nak pening-pening macam aku duk fahamkan jalan citenyer... huhuhuhu ^-^


Wednesday, 12 September 2012

~ Sambutan Hari Raye ~

Wah masih dalam mood beraye aku ni... Yela hari ni dah genap 25 Syawal dan lagi 4 hari dah habis Syawal.... So, tak salah la kan lau aku masih dalam mood beraye... Macam biase, bile dah nak habis raye ni masing-masing duk pulun wat open house, ade yang dapat aku gi kadang-kadang tak dapat.... Yang mane mampu la, lau nak hadiri semua open house, bawak perut lak nanti... hikhikhik ~~~

Open house yang paling aku tunggu-tunggu adalah open house dari tempat kerja aku.... Tempat kerja aku tiap-tiap tahun akan ada 2 kali sambutan hari raye... Post kali ni nak cite pasal sambutan raye kat fakulti aku, kali ni sambutan raye lebih awal dari tahun-tahun sudah... Mungkin pihak pengurusan tak nak bertembung tarikh dengan fakulti-fakulti lain kot, ok jugak tak de la kelam kabut... mood raye pun masih ade,
ye dak.... huhuhuhuhu ~~

Makanan yang dihidangkan tak yah cakap la memang bermacam-macam tinggal larat atau tak je nak ngap... Bak kate orang sedia perut dan mulut je la... hihihihihi ~~~ Antara menu favorite aku yang terhidang adalah laksa johor... Nak kate sedap tu boleh-boleh je la, tapi dah kate pun menu favorite tu yang aku ngap dulu....
Member-member cakap yang aku wat lagi sedap... Yeke??
hikhikhik ~~ (malu saye....... blushing~~~)

Menu yang tersedia... ni di antaranyer la, tak leh la semua... Tk muat gambar.... hihihihihi~~~
Menu pilihan aku.... Nampak sikit je kan, padahal ni yang dah larat nak ngap... huhuhuhu~~
Geng makan-makan ~~~

Tuesday, 11 September 2012

- Kek Oreo Cheese -

Wah datang sudah mood rajin aku nak wat kek.. hihihihihi ~~~ Kali terase nak makan Kek Oreo Cheese, dah alang-alang buat tu boleh nganto sekali kat my future mother in law.... Die dah lame nak suruh aku buat, tapi asyik bagi alasan takde mase je... (Sebeno nyer malas... huhuhuhuhu ~~~)

Senang je nak wat kek ni, bahan-bahan die pun tak banyak.... Tapi kita kena berlawan dengan perasan malas dan rajin.... Yela, mane nak tahan wat base die, mane nak kena tunggu yang atas die keras... So, kesabaran yang tinggi perlu dalam membuat kek ni... Cewah....

Ok, cakap banyak pun tak guna nanti satu apa pun tak jadi....  Tanpa berlengah-lengah lagi... Jom jenguk ke dapur untuk membuat Kek Oreo Cheese ~~

First sekali, kita kena la tengok bahan2 nyer dahulu... Baru la jadi kek kite, lau takde bahan-bahan macam mane nak buat kan?? hihihihi ~~ Ok, bahan-bahan nyer adalah :

Base
1. 200 g Biskut Oreo
2. 70 g Butter.... (aku gune buttercup)
Atas
1. 10 keping Biskut Oreo - dipatahkan separuh
2. 250 g Cream cheese......(aku gune jenama Philadelphia)
3. 250 g Whipping cream... (aku gune yang dah siap spray, senang tak yah susah payah pukul sampai kembang)
4. Gula caster
5. Gelatin
6. Lemon
7. Air
Cara-cara membuatnyer ~~~

1. Untuk bahagian base, asingkan biskut oreo dengan cream, cream tu leh dimasukkan dalam kek bahagian atas... Pastu, hancurkan biskut oreo... Ke tepikan... Dalam masa yang sama, cairkan kire-kire 70g butter kemudian masukkan ke dalam biskut oreo yang telah dihancurkan tadi... Kacau sehingga sebati, kemudian tekan dalam loyang, pastu ke tepikan... dah siap base.... (mudah kan??)


2. Untuk bahagian atas lak, pukul cream cheese dan gula sehingga kembang... Letak gula tu sikit je takut terlebih manis lak nanti, lebih kurang suku cawan.... Pastu masukkan whipping cream dan pukul lagi.... Masuk la pulak lebihan cream oreo tadi dan pukul lagi, lagi dan lagi....


3. Untuk larutkan gelatin, campurkan 1 1/2 sudu gelatin dengan 4 sudu air dan sedikit perahan lemon.... larutkan menggunakan teknik double-boil sampai la gelatin tu larut.... Bile gelatin dah larut masukkan ke dalam campuran cheese tadi.... dan gaul...


4. Masukkan oreo yang telah dipatahkan separuh ke dalam campuran dan gaul lagi....


5. Tuang ke dalam loyang tadi, hiaskan dengan oreo dan whipped cream dan sejukkan semalaman... Minimum 5 jam dalam peti sejuk....

Dah siap..... dah siap sedia untuk di 'ngap'.... Selamat mencube dan menjamu selera... huhuhuhuhu ~~~~

Psst : Kek oreo yang siap ni, nak dihantar ke rumah my future mother in law....Amik hati, nanti leh jadi menantu kesayangan... huhuhuhuhu ~~~ 
(confirm ade orang makan hati dengan statement diatas....lalalalala ^-^)

Iklan Untuk di'Klik'

Copyright© All Rights Reserved zuhafizz-cintahatiku.blogspot.com