Perjalanan hidup Kami ~~~

Daisypath Friendship tickers

One Step Closer

Daisypath Anniversary tickers

Ikatan Cinta Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, 21 September 2012

Premium Rush *-*

Cerita ni dah lama sebenarnyer kat pawagam, biase la aku ni... Dah lame tengok, baru nak post pasal cerita...Dah basi dah pun.... Kalau blogger lain sedang takde idea nak post entri, aku lak bukan takde idea tapi takde mase nak ngadap menulis entri, kat draf dah bersusun nak tunggu masa yang sesuai untuk dipost... hihihihihi ~~~  
** berlagak bunyinyer.....

Ok berbalik pada cerita Premium Rush, iaitu sebuah filem arahan David Koepp. Cerita ini mengisahkan tentang seorang pemuda yang bernama Wilee, lakonan Joseph Gordon-Levitt yang bekerja sebagai penghantar surat menggunakan basikal fixie sebagai medium pengangkutan untuk dia menjalankan kerja penghantaran surat setiap hari. Pada suatu hari bermula la misi sebenar cerita ni, seorang wanita dari sebuah kolej di kota Manhattan telah memberikan Wilee satu sampul surat untuk menghantar surat tersebut kepada alamat yang terletak di Chinatown. 
Akan tetapi, telah berlaku satu konflik antara Wilee dan seorang pegawai polis. Di mana pegawai polis tersebut meminta Wilee untuk menyerahkan sampul surat kepadanya atas alasan urusan peribadi.Penipuan polis tersebut akhirnya terbongkar melalui satu siri imbasan anggota polis, dan berlakunya insiden kejar mengejar antara mereka disepanjang jalan Manhattan. Dalam masa yang sama, Wilee turut mengejar masa untuk menyampaikan surat yang diamanahkan olehnya kepada si penerima dengan selamat.

Pada permulaan cerita ni, aku agak pening nak faham jalan ceritanyer.... Kalau tanyer orang sebelah kang confrim die jawab macam ni "Tengok la, saya pun tak faham ni" kan???.... tak pernah-pernah dalam wayang aku senyap dan fokus giler-giler.... Jeling orang sebelah pun tak, tu maknenyer cerita ni complex, tak boleh tertinggal satu patah perkataan pun... Lau tertinggal confrim tak faham.....

Walaupun cerita ni complex tapi still boleh follow jalan cerite die dan flashback die menggunakan time... Beberapa jam sebelum dengan waktu sekarang..... Setiap waktu flashback tu ada kaitannyer, so bolehla follow ceritenyer.... Overall, aku leh bagi 9/10 bintang untuk cerita ni.... Kenapa 9?? Sebab cerita ni wat aku penat, mase dia duk kayuh basikal macam aku lak dalam cerita tu duk kayuh basikal jugak... Duk kayuh basikal je tanpa henti....Penat oooo....

No comments:

Post a Comment

Iklan Untuk di'Klik'

Copyright© All Rights Reserved zuhafizz-cintahatiku.blogspot.com