Perjalanan hidup Kami ~~~

Daisypath Friendship tickers

One Step Closer

Daisypath Anniversary tickers

Ikatan Cinta Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, 27 September 2012

Perkahwinan....... Untuk Tiga Hari ~~~

Pelamin.....Untuk Tiga Hari~~~
Bile orang sedang sibuk memperkatakan tentang isu Kerana Dialog Dalam Filem Untuk 3 Hari, Mufti Saran Vanidah & Rashidi Segera Rujuk, aku rase terpanggil untuk pergi tengok cerita ni... Bile aku baca isu tu pagi, petang lepas kerja tu jugak aku ajak En. MZ teman aku gi tengok cerita ni....

Kalau diikutkan bukankan la aku nak tahu sangat pasal isu tu... Bukan nak jadi penyiasat untuk tahu betul atau tak isu yang hangat diperkatakan.... Sememangnya aku memang nak tengok cerita ni, dah lame sangat tak tengok wayang cerita melayu... Kali ni ada cerita melayu yang boleh aku tengok kat wayang, kalau tak banyak cerita pasal hantu je.... Bosan kot ~~~

Cerita ni asalnya daripada novel Ahadiat Akashah yang mengisahkan sepasang kekasih Ujie dan Affin yang bercinta sejak di Universiti terpaksa mengikut kehendak keluarga berkahwin dengan pilihan keluarga masing-masing.... Masing-masing telah berjanji mengikut kehendak keluarga untuk berkahwin dan bercerai selepas 3 hari... Dalam masa 3 hari tu, macam-macam perkara yang jadi....Ujie telah memungkiri janji dan mula mencintai suaminya dalam masa yang sama Affin telah menceraikan isterinye dengan talak 3!!! Akhirnye Affin bersendiri.... Isyk3 kesian... 
Ending cerita ni, Ujie bahagia dengan suami dia,siap gi honeymoon kat Jepun lagi tau... Affin lak??? Ermmm, entah la....Tinggal sorang2 kot, habis dah cerai isteri dengan talak 3....mane leh berbaik balik, giler talak kot lepas ni..... Keseluruhan aku bagi cerita ni 9.8/10, cerita melayu paling best dalam tahun ni...berbaloi bayar tiket mahal-mahal pun,puas hati....

Bagi aku la kan, cinta macam mana pun seseorang perempuan tu.... Cinta sejatinye hanyalah untuk suaminya... Untuk kekasih, say hai bye bye la..... Nak-nak bile dapat suami yang lebih baik dari kekasih, yang lebih menenangkan hati, romantik!!! Pehhh, cair........... 
huhuhuhuhuhu ~~~ Macam tu la situasi Ujie dalam cerita ni, suami dia baik sangat, cool, romantik dan kaye.... hihihihi ~~~

Berbalik kepada isu Kerana Dialog Dalam Filem Untuk 3 Hari, Mufti Saran Vanidah & Rashidi Segera Rujuk, Aku teliti jugak dailog dalam cerita ni, sambil menyelam minum air la kan...Dialog cerai Rashidi adalah dengan Ayu Raudhah, itu pun belakang ayat cerai tu ada disertakan dengan nama dan memang ada dialog yang diungkapkan oleh Rashidi Ishak kepada Vanidah Imran... "Kita kahwin untuk tiga hari, Affin akan pegang pada janji Affin, hari kedua mesti kena bersanding, lepas itu selepas selesai majlis perkahwinan, hari ketiga, kita minta cerai"....

Babak antara Affin dan Ujie....
Dialog tu merujuk kepada Ujie dan Affin, sebab dalam cerita ni mereka menggunakan panggilan nama... Tak tahu la pulak itu pun menjadi hal yang serius....Pada pendapat aku la kan, ni tak kan jadi hal kalau watak yang dilakonkan tu bukan suami isteri yang sebenar...**so,lebih senang elakkan berlakon dengan suami atau isteri sebenar....Isu nikah kahwin,cerai berai ni bukan boleh buat main-main...kan??

Affin dan Juwita dalam Untuk Tiga Hari...
Ayu Raudhah yang cumil....hikhikhik ~~
 Psst : Suke giler tengok Ayu Raudhah dalam cerita ni... Ayu Raudhah ni bile pakai mekap tebal-tebal 10 inci, gincu merah menyala, bulu mate panjang terus jadi tak cantik.... Tapi dalam cerita ni die mekap biase2 je, gincu pun pink je... Sangat comel ok, terus jatuh cinta kat Ayu Raudhah... hahahahaha ~~ >_<

No comments:

Post a Comment

Iklan Untuk di'Klik'

Copyright© All Rights Reserved zuhafizz-cintahatiku.blogspot.com