Perjalanan hidup Kami ~~~

Daisypath Friendship tickers

One Step Closer

Daisypath Anniversary tickers

Ikatan Cinta Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, 28 September 2014

Ngidam Char Kuey Tiaw ^^,


Hollllaaaa (^_^)v)

Minggu lepas kan aku dan family bersantai santaian kat pantai Klebang sebab ada budak tecik sorang tu lapar nak makan chicken chop..... Sambil nak ke arah kedai chicken chop tu kami lalu la depan gerai char kuey tiaw yang berasap asap bau yang sangat mengeliurkan buat aku terpandang 3/4 kali gerai tu..... Niat hati nak je ajak mak makan kat gerai char kuey tiaw tu, tapi memandangkan ada budak tecik tu nak makan chicken chop nau nau terpaksa korbankan niat aku tuh hukhukhuk (~_____~)

Pantai Klebang di petang hari (^_^)v)

Oleh sebabkan tu, aku ajak mak aku gi makan char kuey tiaw minggu ni.... Sejak minggu lepas memang duk mengidam je nak makan char kuey tiaw tu... Nak kate kena mandrem tapi lom makan lagi... Lau lom makan leh kena mandrem ker? tak tahu la aku hahahaha~~~

Ah, kena mandrem ke tak ke aku ajak jugak mak aku gi makan...... Tapi memandangkan aku gi time hujung minggu alamatnyer memang penuh la pantai Klebang tuh.... Kedai Char kuey tiaw yang aku nak makan tu takde meja kosong... Hurmmm hampa hati neh (~_~) Aku pun cuba la gi kedai lain.... Sebab kedai lain pun ade jual char kuey tiaw jugak.... Dah siap order char kuey tiaw kiteorang pun duduk la kat mana meja2 yang kosong sambil menunggu dengan penuh kesabaran.......

Jus oren dalam jar kecik
Comey (^_^)v)

Dekat dengan sejam yang sampai hanyalah jus oren, naik lenguh aku menunggu char kuey tiaw tak sampai2... Ai special sangat ke char kuey tiaw tu sampai sejam menunggu nih (~____~) Air pun dah nak abis dah makcik oiiii mana char kuey tiaw saya???!!!

Disebabkan terlalu lapar dan bengkak hati, mak aku pun bangun dan gi bertanya kat gerai char kuey tiaw tu..... "Mana char kuey tiaw yang saya order tadi, dah berjam dah tak sampai2 pun??" Tuan kedai tu boleh jawab macam nih " DUDUK MEJA MANA???, OH MEJA TU KAMI TAKKAN BUAT MENU" mak aku pun bengang terus sound kaw kaw tukang masak tu dan terus kiteorang blah dari situ dengan bengkak hati tahap lampau...... Tak perlulah bagitau or post gambar kedai mana, walaupun aku tahu no kedainya dan aku ada gambarnya..... Sebab mak aku dah sound kaw kaw makcik kedai tu, naseb tak bergaduh jer... Huh!! KALAU DAH TAHU TAKNAK BUAT,KENAPA AMIK ORDER KAMI TADI MAKCIK OIIIIII!!!!! 

Orang tengah lapar lagi buat hal kan, hari dah petang sangat aku pikir nak balik rumah je tak de mood dah nak makan tapi sebabkan kitaorang dah lapar mak ajak jugak gi makan kat kedai char kuey tiaw yang mula2 kitaorang nak makan tadi........ Time tu dah tak ramai orang dah so banyak la meja yang kosong......

Restoran dalam bas
Only in Melaka (^^,)

Tapi kitaorang tak pilih makan kat atas meja sebaliknya kitaorang makan kat dalam bas hohoho~~~ Korang mesti dah pernah tahu kan restoran dalam bas kat Pantai Klebang..... Best wooo dapat makan dalam bas, first time ni makan dalam bas.... Lagi syokkk bas tu adalah bas aku gi sekolah masa dulu..... Mengimbau kenangan la nampaknya (^_^)v)

Makan dalam bas hohoho Syooookkkk~~

Alhamdulillah dapat jugak makan makanan yang diidam idamkan..... Begitu cantik susunan yang Allah bagi, dah namanya rezeki nak makan kat situ macam mana jalan liku kot mana pun dapat jugak makan kat situ..... Mula2 sedih sebab bengang tak dapat makan tapi Allah bagi kegembiraan dapat makan dalam bas.... Memang Allah dah tentukan jadi sentiasa lah bersabar dengan segala ujiannya.... Pengajaran untuk hari itu, dan semoga menjadi ingatan tuk hari2 mendatang InsyaAllah~~~ (^^,)

Char Kuey Tiaw yang diidam idamkan
Nyum nyum nyum~~

Mengidam?? Perkara biasa bagi aku hahahaha.... Dalam satu2 masa mesti ada keinginan nau nau nak makan sesuatu... Bila cakap kat En.MZ "Awakkkkk, saya teringin nak makan char kuey tiaw la kat mana yang sedap??" Dia boleh cakap macam ni "Jom makan kat atas bukit jom" Jawapannya TAKNAK!!!!! Nanti kena mandrem hukhukhukhuk (T______T) macam la kita tak tahu maksud kedai atas bukit tuh Huh!

Friday, 26 September 2014

NO MORE CUTI!!! #Sept Lab bermula ~_~


NO MORE CUTI!!!!! (@_@)

Setelah 4 bulan ber'cuti' dari kelas Amali kini ia kembali meng'hantui' mimpi-mimpi indah ku siang hari..... hahahahaha (^_^)v)

Tak yah bermadah sangat lah kena back to work ni =P




 بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Start September hingga la ke penghujung November
Maka bermula lah hidup ku dengan penuh kacar kacir kepura puraan dan makan yang tidak stabil saban hari huh! (~_~)

September untill November please be nice to me (T______T)

Pesanan tuk diri sendiri (^___^)v)

Badan - Please jangan meragam, lau nak demam tunggu Disember baru demam K.... boleh gitu??

Perut - Lau lapar tunggu sampai habis lab baru makan k.... Jangan rembeskan jus banyak2 selagi tak makan.

Kaki dan tangan - Maintain kan kekuatan..... Jangan ada sikit pun lenguh2 sebab aku dah bagi rehat yang cukup tuk korang selama 4 bulan lebih

Kepala hotak - Jangan duk serabut sangat, sebab nanti lau ko serabut segala benda tak jadi (T____T)

Monday, 22 September 2014

SaNTai SaNTaian CuTi CuTian


Best betul la lau tiap2 hujung minggu boleh bersantai santaian cuti cutian huhuhu~~

Minggu lepas, aku dah family gi kenduri kawen rumah kawan mak aku..... Berboria pakai merah seragam, dah macam penanggah dah huhu~~~

Kami lah kumpulan The Merah (^_^)v)

Lepas je gi kenduri mak aku ngajak ronda-ronda kota Melaka, hilangkan tension katenyer.... Jadi, kiteorang pun bawak mak jejalan Dataran Pahlawan..... Walaupun tahu kat situ selalu jem nak nak hujung2 minggu ni... Tapi gi la jugak sebab ada janji dengan si cucu teruna sorang tu nak main kereta lumba..... Cucu lelaki sorang la katenyer, ikut kan je lah (~_~) jelezzzzzzz tau!!!!

Kereta lumba ni la aku cakap.... Aku tak tahu nak namakan permainan ape masa kecik aku takde benda2 alah ni semua congkak batu seremban aku tahu lah huhuhu~~~

Lepas dah tunaikan janji main keta lumba, nak main pelampung besar pulak.... Boleh pulak kat situ ade program kesihatan..... Ada la macam2 permainan kanak-kanak kat situ......

Layan~~~~ anak bapak =P

Karnival kesihatan
Dah nak abis pun aku gi pun dah lewat petang so tinggal serpihan serpihan je lah~~

Gelagat cucu teruna mak aku (~_~)

Lepas dia dah puas melompat sakan atas pelampung besar tu (walaupun sebenarnya dia tak puas langsung, macam nak tido kat situ gayanya) Dia boleh bersuara "Anip lapar lah" Mak aku pulak pantang dengar cucu teruna dia lapar.... Terus ajak cari kedai makan Hurmmmm (~_~)

Bersama si pesaing kasih sayang =P
 
Puas pusing2 sekitar bandar tapi takde kedai yang berkenan kat hati... Bukan takde kedai yang bukak tapi kedai yang berkenan kat hati.... Boleh mak aku ajak gi makan2 kat Klebang nun jauh di sana semata mata cucu teruna dia nak makan chicken chop....  Mak cakap 'Sambil makan chicken chop sambil hirup udara pantai'  Haih ko dah lebey ni Anip tok tek (~_~)

**Sebenarnya bukan lah nak cemburu sangat, tapi lau tiap2 hari kena macam ni sapa tahan?? Mau terbakar gak hati nih (~_~) huh! Ape2 pun syok cuti huhuhu~~~

Saturday, 20 September 2014

The Maze Runner

  
Misi yang ke3
Hampir complete dah misi kiteorang nih Yeah! (^_^)v)

Ni lah misi ketiga (~_~)
En.MZ dan kawannya tengok trailer cite nih masa nak beli tiket Kasyah.... Mula2 dia nak ubah nak tengok cita ni dan tak jadi tengok Kasyah.... Bila dapat jelingan maut dari aku terus tak jadi ubah... Ha,tahu takut (~_~) Dah janji nak tengok Kasyah jangan pepandai nak ubah eh......

Hasil tiket beli online
Tadi beli tuk 3 je ni beli tuk 5 bertambah keahlian
huhu~

Tapi dah nama pun En.MZ dia mana cepat puas hati... Lepas je keluar dari wayang Kasyah, terus dia buat online banking beli tiket wayang The Maze Runner tu..... Siap ajak geng2 wayang yang lain lak tu Haih (~_~) Dah tak leh nak buat pe, 4 lawan 1 kot..... Kalah ler.......

Ber3 sambil menunggu dengan setianya lagi 2 orang tu datang (~_~)

Sebenarnya aku dah tahu cite ni wujud, cume tak mo bagitahu En.MZ sebab aku tahu dia akan ajak..... Aku dah ajak dulu nak tengok Lagenda budak Setan kan... Lau dia tahucite omputih ada kat wayang, memang Kasyah ke mana Lagenda budak Setan ke mana.... Cite omputih yang akan dipilih dulu..... Tapi dah takdir, tak bagitahu pun dia tahu sendiri..... Hurmmm........ Boleh masuk dalam sejarah hidup ni dalam 1 hari tengok 2 cite kat wayang......  

Aku tak tahu cite ni mengisahkan apa, tak tengok sangat trailer dia maklumlah tak rancang nak tengok pun huhuhu.... Jom tengok sikit sinopsisnya~~~

Filem ini mengisahkan sekumpulan yang terperangkap dalam bulatan pagar (Maze) yang penuh perangkap. Muncul hero bernama Thomas yang telah dihantar oleh pihak yang tidak diketahui namun Thomas tidak ingat tentang perkara lepas begitu juga dengan sekumpulan yang lain apabila dihantar di dalam bulatan namun hanya mengingati namanya sahaja.

Thomas mempuyai perasaan curious dan keberanian yang kuat di mana cuba ingin mengetahui di sebalik apa yang berlaku di luar. Untuk itu Thomas harus dipilih menjadi pelari terpantas untuk memasuki perangkap bagi mengetahui jalan keluar  dengan persetujuan ketua kumpulan.

Pada waktu malam Thomas bersama rakan terperangkap dalam pagar dan tidak berjaya ke Glade. Bagi mereka yang tidak berjaya melepaskan diri sebelum pagar ditutup pada waktu malam pasti akan mati namun Thomas bersama rakan selamat dan bertahan sehingga pagi malah telah berjaya membunuh raksasa yang diberi nama Grieve serta mengambil alat dalam raksasa tersebut di mana dapat membantu mereka mencari jalan keluar. Setelah waktu pagi menjelang, pagar akan terbuka dan mereka berjaya keluar dengan selamat.

Review Movie The Maze Runner

Dalam masa 3 hari sahaja Thomas telah menemui jalan keluar berbanding yang lain yang terperangkap hampir 3 tahun namun tidak berjaya menemui jalan keluar. Setelah menemui jalan keluar dari perangkap ada sahaja halangan hasrat Thomas bersama rakan-rakan yang lain untuk keluar dari perangkap.

Ok tu je la aku faham...... Bagi aku tuk permulaan cite menarik sebab mampu menarik minat 'orang tu' tuk tengok lagi siri2 akan datang... Fokus betul 'orang tu' tengok cite ni....Yer, aku sangat yakin akan ada siri-siri akan datang.....

Ber5 (^_^)v)
Bertambah ahli, geng wayang kembali berkumpul

Nak tahu tak?
Bila aku tengok cite The Maze Runner tu aku terbayangkan lambang di atas nih.... Tahu tak lambang ape tu??
Peminat korea mesti tahu huhuhu~~~ (^^____)

**Aduh (~_~) ponatttt, tak pernah dibuat lagi dalam 1 hari tengok 2 cite sekaligus... Parah2 

Friday, 19 September 2014

Lagenda Budak Setan 3: Kasyah



Lepas je selesai kan 'misi' yang pertama, aku terus berkejar tuk misi seterusnya..... 

 

Ha, ni la misi seterusnya tu.... Memang ikut rancangan nak tengok Kasyah tapi terlencong ke tempat lain lak huhuhu~~~ Naseb baik dah beli tiket awal, lau tak mau dibatalkan tengok Kasyah memandangkan mereka tu tak puas duk dalam bilik break the code tu Hurmm (~_~)

Ape2 pun amik pic tiket dulu hahaha~~~

Dalam naseb baik tu berkejar kejaran jugak lak kiteorang nak ke wayang tu.... Terlewat masuk dalam 20minit, dah terlepas scene2 awal cerita tu..... Kata En.MZ tunggu Astro First je nanti Hurmmm~~~

Dalam pada lewat tu sempat lagi membeli kudap kudapan (~_~)

Sinopsis cerita~~~
Mengisahkan Kasyah yang ingin memulakan hidup baru di samping Katerina. Mereka telah mengambil anak saudaranya sebagai anak angkat dan hidup berumah tangga. Namun, segala impian untuk hidup bahagia mula diduga apabila bekas suami kepada Katerina dan bekas rakan sekerja Kasyah mempunyai niat jahat terhadap mereka sekaligus menyebabkan rumahtangga Kasyah dan Kate mula retak. Setelah menempuh pelbagai ujian dan dugaan.


Novel Lagenda Budak Setan saga 3 Kasyah
Katanyer ni saga terakhir, maknanya memang tak de kesinambungan lagi la?? Tapi cite macam tergantung jer Kena baca novel gamaknya Hurmmm~~

Lepas selesai dengan 'misi' ke2 kiteorang ada misi ke3 pulak....
Fuh kena berkejar kejaran lagi la nampak gayanyer..... hukhukhuk (T_T)

Break The Code #Siri ke2


Break the code siri ke2
Break the code dah masuk siri ke2, ingat tak dulu siri pertama kiteorang gi time malam raya pertama aku tak masuk sebab pakaian tak sesuai.... Tapi kali ni, kali ke2 kiteorang gi lagi dan aku 'dipakse' untuk join sama...... Aku dah tak boleh bagi alasan pakaian tak sesuai sebab hari tu aku pakai seluar.....Dan jugak tak boleh bagi alasan takde sen sebab kali ni ada orang belanja hohoho~~~ No more alasan lah, tak boleh elak dah kali ni huhu~~

Open!!
Bukak pulak benda alah nih, puas aku berdoa tutup huhuhu (^_^)v)

Nak tak nak aku 'terpaksa' jugak join sama main game tu walau aku tahu aku takkan membantu pape sat lagi jadi patung cendana baru korang tahu (T_T) hukhukhuk, lau aku tak membantu pape jangan salahkan aku k sebab korang yang 'memaksa' huhuhu~~~

Ok, dah selesai...... Memang takde gambar dalam bilik2 tuh eh sebab dorang simpan segala harta benda kiteorang huhu~~~

Bergambo selepas selesai menyudahkan misi2 dalam game Break The Code tu..... Ada satu bilik je kiteorang tak dapat selesaikan... Itu pun sebab kejar masa tuk 'Misi' kiteorang yang seterusnya....

Awok tu, Tengok ape tuh??? (^^,)

So, dah selesai satu misi ada misi lain yang menanti JOM!!!

Yang ni pulak pic dari mereka (team break the code) Dapat 1 keping je, datang la 10 orang pun, dapat 1 keping je.... So tindakan selamat amik gune phone masing2 yer (^_^)v)

**En.MZ kata 'orang' yang taknak masuk tadi dah over shadow dorang..... Agak2 lepas ni mereka ada ajak aku join lagi tak??? hahahahaha~~~ (^_^)v)

Thursday, 18 September 2014

Selamat Pengantin baru Zila ^^,



"Selamat pengantin baru.
Selamat berbahgia.
Selamat ke anak cucu.
Selamat sejahtera."

Kawen kawen kawen
Sorang lagi kawan sekolah, kawan sekelas dah kawen Yeppiiii!!


Bulan cuti sekolah ni kan, maka bertimbun la kad2 'saman' akan datang ke rumah aku..... Kali ni kawan sekelas pulak yang kawen..... Kawan depan meja aku kalau kat kelas dulu, kire memang rapat lah.... (^^,)

Masa dia bertunang dulu memang senyap2, tak bagitahu orang pun...... Tapi oleh disebabkan dia berkawan dengan orang2 yang macam aku ni 'the kecoh girl' so semua tu tak jadi rahsia lah... Ada kawan aku yang gi majlis tunang dia dah post pic dia bertunang kat FB... Walaupun gambar di blurkan tapi still aku boleh agak hahahaha~~~ cepat pickup aku nih (^_^)v)

Awal2 lagi aku dah tanya dia bila majlis kawen nyer... Niat aku bukan nak kecoh2 pun tapi sebab tak mo ada clash tarikh dengan member2 aku yang nak kawen jugak.... Kire nak tempah awal2 la, senang save the date huhu~~~ Bila di tanya memang betul pun tarikh dia clash dengan Majlis bertandang Cik Puan Linda so Linda aku mintak maaf banyak2 tak gi kenduri sebelah lelaki ko..... (T_T)

Pelamin nan Indah comey comey lote

Cebisan gambar berarak Zila

Bakal2 pengantin bergambo dengan pengantin baru
Nak curik cikit seri pengantin tu, boleh gitu? hehe (^^,)

Zila ni kat sekolah dulu dia pendiam yang amat tapi bila dia berkawan dengan 'the kecoh girl' ni memang jadi tak pendiam sangat lah hahahahaha~~~ Kecoh kecoh jugak tapi segan silu tu tetap ada ok...huhu~~

Sesi bergambo dengan pengantin baru
Harus lah ada bukti bergambar dengan pengantin lau tak cakap kitaorang tak mai pulak huhu~~

Sebelum balik tulis dulu kata ucapan buat pengantin baru
Terima je lah gambo kiteorang dengan seadanya yer huhu~~

Hasil Nukilan dari kiteorang Ex-Alfa (^_^)v)

Doorgift pemberian dari pengantin

اَلْحَمْدُلِلّهِ
Selamat sudah sorang lagi kawan sekelas aku nih.... Lepas ni ramai lagi yang bakal menyusul, dah ramai dah bagi tarikh tuk aku save the date... InsyaAllah lau tak de aral melintang sampai la aku ke kenduri korang yer, boleh kita buat reunion kecil kecilan huhuhu~~ (^^,)

Kepada Zila dan pasangan : Selamat pengantin baru dan semoga berbahagia till Jannah Aminnn~~

Wednesday, 17 September 2014

JPO kali ke2 (^_^)v)

 
Alkisahnya~~~
Memang niat hati lepas je kenduri Linda ingat nak ngajak si peneman gi JPO.... Bukan nak shopping sangat sebenarnya saja jejalan cuci mata dah alang kepalang ke sana kan..... Tapi bila tengok keadaan malas En. MZ tu malas la aku nak bukak mulut (~_~) hurm~~~

Tapi dalam perjalanan balik tu En.MZ pulak yang bukak mulut, aku pun apa lagi terus melencong masuk susur keluar Senai lah kuikuikuikui~~~

Melencong sekali sekala hahahaha~~

Kami dah sampai hohoho
Awak bersiap sedia lah hehe (^_^)v)


Masuk je JPO mata aku dah start bling bling, tapi sempat En.MZ bagi kata kata ingatan "INGAT! tujuan asal" Huh, baru nak start berangan angan (~_~) hilang gitu je awan angan-angan aku Hukhukhuk (T_T)

Jejalan kat JPO
Tujuan asal, tujuan asal matlamat tu penting yer (~_~)

Lepas je dapat kata ingat ingatan macam tu, aku pun terus gi ke tujuan asal takde dah rase nak melencong kat tempat lain... Lagipun hari dah petang takut lewat pulak sampai rumah......

Moh balik!!!

Lepas je dapat barang yang nak di beli, kiteorng pun terus balik... Walaupun tak dapat semua barang yang idam, tapi tetap happy sebab dapat jejalan cuci mata dengan En.Cinta hati huhuhu (^^,)

Barang2 yang dibeli kat JPO
Ada yang tak dapat dibeli sebab kehabisan stok hukhukhuk (TT_TT) Sedey betol,dah la datang dari jauh


Ehem ehem
Nanti gi JPO awak sedia duit banyak2 tau, 
saya nak start kumpul awan angan-angan nih huhuhu~~~

Cik Puan Linda dah Kawen (^^,)


#30Ogos2014
Sorang lagi kawan aku dari geng jelita's telah selamat melangsungkan perkahwinannya dengan jejaka pilihan hatinya.... Sorang lagi dah selamat menjadi isteri orang pada tahun ni, Cik Puan Linda adalah orang yang keempat selepas Cik Puan Normah, Cik Puan Wida dan Cik Puan Wanie.... Tahun ni tahun kawen2 geng jelita's huhuhuhu (^^,)

Kami ber6
Alhamdulillah 4 dah selamat tinggal lagi 2 yang masih menanti huhuhu~~~

Cik Puan Linda ni orang Johor, so dia buat majlis kawen nye kat Johor lah..... Sebelah lelaki tak salah aku buat kat Bangi tapi aku tak leh gi sebab bertembung dengan majlis kawen kawan sekolah aku..... Jadi aku decide tuk gi kenduri sebelah Linda.....

Kalau ikutkan En.MZ dia macam nak tak nak gi, sebab Johor tu jauh katenyer....... memang susah nak ajak dia jalan jauh2 sekarang nih, asyik tak mo jer (~_~) tapi seb baek lah aku pandai pujuk rayu hahahahaha.....

Jom gi Johor!!!
Alhamdulillah selamat sampai JOHOR!!!

Alhamdulillah tak sesat (^_^)v)
Naseb baik ada Pak Cik GPS nih TQ Muah!!!

Kami dah sampai LINDA!!!

Selamat pengantin baru Linda & Zuhud

Meja makan beradap Nyum Nyum Nyum~~

Pelamin nan indah (^^,)

Nasi minyak
Sedap sgt, nak tambah lagi malu la pulak huhuhu~~

Pengantin perempuan
Linda, ko nampak lain sangat hampir tak cam huhuhu =P

Ketibaan pengantin lelaki
Cian pengantin lelaki kena banyak tol, dah la nak datang Johor banyak tol hukhukhuk

Alhamdulillah dapat jugak pengantin lelaki duk kat pelamin
Naseb baik pengantin lelaki tak mogok tak mo bersanding sebab banyak sangat kena tol hahahaha~~
 
Cebisan gambar Linda & Zuhud

Kek pengantin
Fuh, nampak menyelerekan huhuhu

Potong kek
Nak sikit tau!!! dah lama terliur nih huhuhu~~

Antara tetamu yang hadir termasuk la diri sendiri di situ huhuhuhu~~

Yeah! dapat doorgift special
TQ

Cebisan pic aku dengan pengantin baru dan pengantin lama huhuhu (^_^)v)

Alhamdulillah selesai sudah gi kenduri kawen sebelah Linda.... Linda, ko dah tak yah claim pape k aku dah gi kenduri umah ko....Aku lak kena claim kat ko hahahahaha (^_^)v)

Masa gerak balik tiba2 En.MZ bersuara "Ai, tak kan gi Johor semata mata gi kenduri kawen jer? Tak mo singgah mana2??" (sambil wat muka innocent (~_~) Hai ini aku lemah wat muka macam tuh nih...... "Nak gi mana pulak???" JPO jom!!!!! Erkkkkk (~0~)

Alkisahnya, ke JPO lah kite huhuhu~~~


Yang ni gambar2 Majlis bertandang Cik Puan Linda, majlis sebelah lelaki... Aku tak dapat gi sebab bertembung kenduri dengan kawan sekolah kat kampung..... Ni pun gambar ehsan dari kengkawan opis yang pergi... Pape pun ko nampak santek Linda huhuhu~~


Alhamdulillah
Selamat sudah sorang lagi dari Geng Jelitaz aku..... Selamat pengantin baru Cik Puan Linda dan pasangan..... Bahagia till Jannah اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

“BARAKALLAHU LAKUM WA BARAKA ‘ALAIKUM (SEMOGA ALLAH MELIMPAHKAN KEBERKAHAN PADA KALIAN DAN SEMOGA ALLAH MELIMPAHKAN KEBERKAHAN ATAS KALIAN).”

Iklan Untuk di'Klik'

Copyright© All Rights Reserved zuhafizz-cintahatiku.blogspot.com