Tuan Rumah Pembantu Rumah
![]() |
| Drama petang Tv3 |
Sinopsis Drama
Drama Tuan Rumah Pembantu Rumah mengisahkan tentang Intan Asha Areen yang kecewa dengan tunangnya, Taufeeq kerana Taufeeq curang bersama wanita lain, Bellarina. Kemudian, Areen membuat keputusan untuk membawa diri bagi menenangkan hatinya.
Areen mahu melupakan kisah sedih hidupnya dan mulakan kehidupan yang baru. Lalu, Areen mencari pekerjaan di tempat yang tiada sesiapa mengenalinya. Dengan bantuan Sara, Areen berjaya mendapat pekerjaan sebagai pembantu rumah di rumah Puan Juria. Areen memperkenalkan dirinya sebagai Asha dan merahsiakan tentang latar belakang diri serta keluarganya.
Ketika Areen memulakan tugasnya sebagai pembantu rumah, kereta mewah milik anak tuan rumah iaitu Emir Jihan telah melanggar lopak dan menyebabkan Areen kebasahan. Insiden itu menyebabkan Areen tidak menyukai Emir. Tambahan pula, di rumah Emir suka mengarah Areen dengan bertutur dalam bahasa Inggeris. Areen pula sengaja berlakon seolah-olah dia tidak faham bahasa Inggeris. Areen turut menggelarkan Emir sebagai ZE:A celup kerana rupa Emir seperti artis K-pop kumpulan ZE:A.
Hari demi hari, Emir semakin ligat mengacau Areen kerana dia menyangka Areen seorang yang lurus bendul. Ada sahaja rancangan Emir untuk kenakan Areen. Emir tidak tahu bahawa Areen sebenarnya anak orang kaya dan sebelum ini bekerja sebagai ketua chef di hotel milik keluarga Areen.
Lut iaitu pemandu peribadi keluarga Emir telah jatuh hati pada Areen sejak kali pertama mereka bertentangan mata. Lut sentiasa mengambil peluang untuk mendekati Areen. Kehadiran Lut turut disenangi oleh Areen. Kemesraan yang terbit di antara mereka berdua membuatkan Emir cemburu. Kemudian, Emir membuat keputusan untuk mengikuti segala pergerakan Lut dan Areen bagi memastikan mereka berdua tidak mempunyai hubungan lebih dari seorang kawan. Pelbagai insiden lucu terjadi apabila Emir berusaha untuk menjarakkan Areen dari Lut.
Ketika Areen membersihkan kawasan stor rumah, dia terjumpa seekor tikus. Areen terus menjerit dan melompat di atas dukungan Emir sehingga mereka berdua bertentangan wajah. Perasaan malu menghimpit mereka berdua. Sejak itu, Areen merasakan ada satu perasaan berbeza timbul dalam dirinya terhadap Emir. Bagi menutup perasaannya, setiap kali bertembung dengan Emir pasti Areen sengaja memulakan pertengkaran.
Sementara itu, Emir hairan apabila mendengar Areen fasih bertutur dalam bahasa Inggeris dan Perancis. Emir mula tertanya siapakah Areen sebenarnya. Dia semakin curiga terhadap Areen apabila melihat Tuan Fadhiludin iaitu ayah Areen memujuk gadis itu agar pulang ke rumah. Lalu, Emir segera menyiasat latar belakang Areen dengan pergi ke hotel milik keluarga Areen. Selepas itu barulah Emir tahu bahawa pembantu rumahnya selama ini merupakan seorang chef dan anak orang berada.
Taufeeq pula kembali untuk mencari Areen selepas terdesak oleh kerana dia bakal kehilangan pekerjaan. Ketika Taufeeq bertemu Areen dia ingin menyentuh pipi Areen. Namun, Emir yang mengekori Areen dalam diam telah menyerang melulu dan menumbuk muka Taufeeq serta mengaku dia adalah kekasih Areen. Areen geram dengan tindakan Emir dan mereka berdua terus bertekak. Tanpa disedari, Emir terlepas cakap yang dia sukakan Areen. Emir turut menggunakan kuasa veto sebagai tuan rumah yang ada padanya untuk memaksa Areen menjadi teman wanitanya.
Sinopsis kulit belakang Novel
“Saya tak ada alasan. Saya tak boleh
nak elak. Dah saya rasa macam tu, nak buat macam mana. Awak ingat, hati
manusia ni boleh dikawal ke? Ada remote control untuk on, off... Hmm?”
Kata orang, jangan terlampau membenci, nanti akhirnya cinta yang akan diperolehi. Jangan terlampau percaya, nanti merana jiwa.
Sungguh Emir Jihan tidak mengerti, mengapa daripada usikan boleh
lahirnya satu rasa yang cukup pelik dalam hatinya. Kenapa sebelum itu,
dia tidak pernah rasakan perasaan yang sehebat itu menampar dadanya?
Dia jadi bertambah haru jika sehari tidak melihat wajah itu menjadi
merah menyala.
Intan Asha Areen, entah dari mana datangnya. Identiti gadis itu
langsung tidak diketahui. Hanya yang pasti, dia maid baru dalam vila
keluarga Emir Jihan. Dia membawa gayanya tersendiri, mampu menarik hati
semua penghuni vila.
Ada rasa yang berbeza timbul dalam diri Emir Jihan dan Intan Asha
Areen. Tapi, apa? Adakah rasa itu boleh dipanggil cinta? Kedua-duanya
bingung untuk merungkaikannya. Apa yang pasti, kedua-duanya dalam usaha
untuk mengerti. Namun, mampukan ia dimengertikan dengan munculnya
Taufeeq Badree dan Hanni? Juga krisis identiti Indrian Dani yang
mencurigakan.
Akan bersatukah rasa yang bermain di hati Emir Jihan dan Intan Asha
Areen? Akan mengertikah mereka berdua dengan perasaan masing-masing?
Siapa pula Taufeeq Badri dan Hanni? Krisis identiti Indrian Dani akan
dirungkaikah? Adakah tuan rumah dan pembantu rumah bisa mengangkat
bendera putih dan mengumumkan kedamaian serta menrungkai semua yang
terjadi? "
![]() |
| Semalam dah episod akhir dah, tak dapat tengok (T_T) Tengok online lah jawabnyer hukhukhuk~~ |
Semalam dah episod akhir dah pun, asyik miss je nak tengok episod2 cite ni...Yelah, mana tak nyer buat time cuti hujung minggu petang lak tuh, banyak la aktiviti aku masa tu..... Tu pasal asyik miss jer hahahaha~~~ Tengok online le jawabnyer......
![]() |
| Heroin Tuan Rumah Pembantu Rumah Nad Zainal |
![]() |
| Hero Tuan Rumah Pembantu Rumah Zoey Rahman |
![]() |
| Nak jugak!!! (^0^)//) **ok, abaikan (~_~) |
**Mula2 tengok cite ni rase annoying pulak si Areen tu asyik2 cakap korea je.... Dah la tiru ala2 korea tapi tak menjadi.....Tiba time Areen je aku skip =p bila baca novel takde la sangat cakap dialek korea tuh... Apa2 je lah (~_~) yang penting cite nih dah abes~~~~ #menunggu cite baru ganti cite ni~~~








No comments:
Post a Comment