Perjalanan hidup Kami ~~~

Daisypath Friendship tickers

One Step Closer

Daisypath Anniversary tickers

Ikatan Cinta Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, 1 May 2015

Solemnization : 1/5/15 (^_^)v)


Alhamdulillah kepadaMu aku bersyukur

Alhamdulillah

Pada tarikh 1/5/15
Jam 4petang
Kini aku sah menjadi isteri En.MZ **tak leh melawan dah yer huhu

Selesai sudah majlis akad nikah ku dengan En.MZ, kini En.MZ sah menjadi suamiku, imamku **dah ada cop mohor kat belakang (DAH KAWEN!!!!) hehe

Alhamdulillah dipanjat seribu kesyukuran majlis kami berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan

Sekitar majlis akad nikah ku dan En.MZ **ehem2 awak tu dah hilang rasa 'jantung nak tercabot' lom hehehe

Bagi memenangkan jantong awak tu... Nah saya belanja sikit gambar sekitar majlis akad nikah kita..... Semoga kita sentiasa happy seperti dalam gambar2 ni sehingga ke Akhirnya...Aammmiinn~~

Baju nikahKu
Tersangar Indah bila dipakai, lagi indah ia adalah hasih tangan ibuku (^^______) TQ MAK !!!! SUKA SANGAT3 baju ni, nak pakai hari2 boleh tak huhuhu~~~


Tengah siap!!!
Pengantin lelaki dah sampai dah pengantin perempuan tengah siap lagi huhuhu **awal dia mai, excited ker huhuhu

Tu dia pengantin lelaki dah ada **dupdapdupdap
Gugup tak yah kire lah...... Pegang tangan mak kat sebelah pun dah tak terase hukhukhuk
Lafaz ijab (^_________^) **haih sore pun macam tak mo terkuar jer huhu

Sukenyer dia (^________^) **dalam hati hanya Allah yang tahu kan awak huhuhu

Akad nikah
Alhamdulillah dengan sekali lafaz En.MZ sah menjadi suamiku dan aku sah menjadi isteri En.MZ (^___________^)

Alhamdulillah kepadaMu aku bersyukur

Menunggu pengantin lelaki mai tuk upacara batal air sembahyang **ok apa aku nak buat sebenarnyer huhuhu

Penyerahan mahar 




Cincin untuk awak hehe (^_______________^)


Cium tangan suami tu.............Cium la *** banyak betol sore belakang (~_~) Ketahui lah bertapa segan nyer depan orang reramai gitu nak buat pelbagai aksi huhuhuhu


Hantaran untuk ku dari dirimu
Hantaran dariku untuk dirimu

Wang hantaran dari dirimu untuk diriku... Terima kasih sayang!!!!!!!!!!!

Bersama orang2 kuat ku 

Nice pic!!!!!!!

Waduh2 manis macam gula **dalam hati ni nak jerit TOLONGLAH jangan macam2 cameraman !!!! Segan tahu tak (~_~)


Thursday, 30 April 2015

Buat bakal Imamku (~_^)


Bakal imamku, 
bakal memdampingi seorang puteri hatimu ini seorang yg degil, manja, mengada, tapi comey~...hehe
harap kamu wahai bakal imamku sentiasa bersabarlah, bertabahlah..

 Jika sudah tertulis di luh mahfuz, aku adalah tulang rusukmu yg telah hilang,
Aku berharap...
Jika nanti Allah mempertemukan kita,
Kau akan selalu membimbingku,
Agar aku menjadi seorang wanita solehah...

Andai kau ditakdirkan untuk mnjadi ayah buat anak-anak ku,
Jadilah seorang ayah yang boleh mndidik anak kita..
Agar mereka nanti mnjadi anak kebanggaan buat kita
iaitu anak2 yg soleh dan solehah...

Bakal imamku,
Jika engkau ditakdirkan untukku,
Ku harap kau boleh menjadi imam buat aku dan anak-anakku,
Kau boleh mnjadi pemimpin yang baik buat rumah tangga kita,,
Kau boleh mnerima  dan mencintai aku apa adanya..
Dan boleh menutup kekuranganku dengan penuh kebijaksanaan..

Dan Andai aku salah,
Tegurlah aku dengan kata-kata bijakmu, 
Yang penuh dengan kelembutan dan keikhlasan..
Andai aku marah,
Redakanlah amarahku dengan penuh kasih sayangmu,,
Agar marahku boleh berubah menjadi kelembutan..

Andai aku lupa,,
Ingatkanlah aku dengan kebijaksanaanmu,
Agar nanti kau tetap menjadi mujahid tauladan bagi aku dan anak-anak kita

KERANA
Aku hanya mengharapkan imam yang baik dalam rumah tanggaku,
Yang selalu membawa aku ke jalan yang diRedhainya..
Jalan yang menuju Syurganya bersama dirimu..

InsyaALLAH.. Amin ya Rabb~ 
Hanya ini yang ku pinta...


Bakal imamku, 
Tahu lah akan dirimu tinggal beberapa jam lagi kita akan diijab kabulkan
tahu lah akan dirimu bahawa diriku sangat berdebar menanti mu 
datang mengucup dahiku 

Wednesday, 29 April 2015

Manjakan dirimu (^^___)


Manjakan dirimu (^^___)

Syoookkkkk mandi susu 

Bising dah akak2 kat opis nih
"Dah nak dekat tarikh kawin ni, dah gi spa??"
"dah gi facial muka??"
"dah nak kawen tak pi spa lagi???"
"Pegi la urut2 badan kasi segau sikit badan tu, ini akak tengok penat jer|"
"Gi mandi bunga kasi seri muka nanti nak bersanding"
"Gi mandi susu kat spa kasi halus sikit kulit tu"
**macam soalan dan cadangan aku dengar, naik letih telinga ni ha......... (~_~)

 
Persoalan aku pulak
"Penting ke semua tu???"
"Wajib ker??"
"Semua bakal raja sehari buat ker???"
"Kalau tak buat, apa kesan dia???"

Tapi persoalan tu akan terjawab lepas aku gi je Spa semalam **ikut jugak la cakap2 orang kan, risau jugak tak berseri muka nanti.... Raja sehari la katekan, kena berseri nanti lau orang tengok kusam je malu la pulak.... Dah la kawen seumur hidup je InsyaAllah~~~

 
Memang betul la, lepas je aku gi Spa semalam baru la aku tahu... Ada beze yang aku rasa sebelum aku gi Spa dan selepas kuar dari Spa tu.... Terasa segau lain macam, hilang stresss keja dan otak melayang nak cuti kawen je ni hikhikhik **gatalllll


Aku amik pakej bridal kat Nourish Artistry Spa kat Nilai
Amik pakej biasa2 je untuk bakal pengantin, maklum la bakal pengantin memang banyak nak pakai duit, tak leh nak membazir sangat..... Amik pakej biase pun dah kire ok sangat2 janji sebelum kawen dah gi Spa dulu **baru badan segau dan berseri seri huhuhu..... Aku amik Pakej biasa pun dekat 4 jam diaorang kerjakan badan aku ni memang syoookkkk giler lah.... 
Apa lagi yang ditunggu bakal2 pengantin, jom Manjakan dirimu!!!

Sunday, 26 April 2015

Ber 'Avengers' sebelum dikuarantin (^_^)v)

 
Ber 'Avengers' sebelum dikuarantin **woot woot

Tengok kt IOI City Mall Putrajaya, wayang baru 1st tengok wayang kat sini woot woot

Tinggal bape hari je lagi nak diijab kabul masih sempat kuar tengok wayang, lau mak aku tahu ni mau membebel sakan beliau huhuhu...... Sebenarnyer rancang nak tengok lepas kawen, tapi hati ni melonjak lonjak tuk tengok sekarang.... So, aku ajak En.MZ tengok sebelum balik ke kampung huhu..

Tiket dah dibeli, kita makan dulu!!!

Makan ayam penyettttttt

Bakal imam ku hikhikhikhik 
 
Akhirnyer dapat jugak benda alah ni punye la berkira-kira nak beli online hari tu ada juai asing rupa-rupanya... Tapi dapat 2 je, yang lagi 3 akan datang la jawabnyer

Ber 'Avengers' sebelum dikuarantin    
Review cite Avengers 2: Age of Ultron

Citanya menarik **tapi aku lagi suka yang no.1 la (~_~)

Ini sekuel daripada cite The Avengers yang no.1 dimana pasukan superhero menangani ancaman musuh mereka sendiri... Robot yang dipanggil Ultron, yang pada asalnya direka sebagai sebahagian daripada program pengaman. Sejak peristiwa filem terakhir, Kapten America, Iron Man, Hulk, Thor , Hawkeye, dan Black Widow  mempunyai pekerjaan untuk mengambil pelbagai maklumat masyarakat mengenai rahsia penjahat dikenali sebagai HYDRA. Semangat mereka untuk menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik yang lebih selamat inspirasi Tony Stark, jutawan genius dan mengubah ego Iron Man, untuk mewujudkan Ultron untuk bertindak balas kepada ancaman tambahan bahawa Avengers tidak dapat mengendalikan. Ultron, malangnya, cara ini arahan terlalu serius - dia percaya bahawa keamanan dunia hanya boleh dicapai dengan menghapuskan manusia, dan dia akan berhenti untuk mencapai matlamat ini. Pertempuran antara Avengers dan Ultron dibuat lebih rumit kemunculan adik-beradik superpowered Quicksilver dan Witch Scarlet, yang sekutu diri dengan pembunuhan kejam. Samuel L. Jackson dan Cobie Smulders.

Saturday, 25 April 2015

Seperti Biasa Menge "Checklist"


Hohohoho... Tinggal beberapa hari je lagi kan aku nak kawin... Tetibe rasa nebess lak. Tetiba lah sangat. Haha! Makin dekat majlis, makin blur aku dibuatnye. Haih apa la nak jadi dengan aku nih. 
Disebabkan aku adalah wedding planning aku sendiri **maklum la poket tak bape tebal tuk upah wedding planner jadi  semua kena buat sendiri.... Lagipun rasa seronok lain macam bila dapat buat sendiri semua..... So aku nak kongsi sikit apa yang sudah aku buat, belum buat dan tak sempat nak buat kat blog kesayanganzzz aku nih...... dan aku rasa bermurah hati nak kongsi dengan korang tentang check list apa yang perlu dibuat sebelum nikah, sebelum resepsi, sebelum perkahwinan sebenar kepak kepak keboomm kebommmm.... Cewwwaaahhh macam lah aku terer sangat. **poyo


Untuk Akad Nikah
1. Kursus Perkahwinan (Done) *mesti amik kursus perkahwinan ye, kalau tak takboleh kawen (~_^) yang hal ni aku dan En.MZ dah amik 2 tahun lepas... Mak ai nampak tak sabau nau nak kawen kan hehehe*
2. Ujian HIV (Done) *Sebelum permohonan nikah kat tok kadi, test ni memang penting ye*
3. Surat Kebenaran Nikah Lelaki & Perempuan (Done) *Kena hantar paling awal 3 bulan sebelum tarikh nikah... kena tempah awal2 nanti tok kadi tak free hehehe*


Kad kawen dah selamat diedar Yeahhhh

Untuk Majlis Resepsi (rumah perempuan)
1. Pelamin (Done) **pakej dengan baju pengantin L&P
2. Photographer  (Done)
3. Baju Nikah (Done) ** mak design dan jahit kan sweet kan mak aku huhu
4. Baju Sanding, Baju Malam Berinai, Baju Persalinan (Done). **in pakej jimat belanje huhu
5. Make Up Artis (Done) **in pakej
6. Kompang (Done)
7. DJ (Done) **sponsor dari abang ipau
8. Silat ??? *tak yah kot, ada kes prang silat naik minyak takut den (~_~)
9. Makanan majlis (Done) **masak sendiri hokey geng rewang akan turun padang huhu
10. Kek Kawin (Done) **sponsor
11. Door Gifts (Done) **sponsor
12. Kad Kawin (Done) **dah siap diedar
13. Inai (Belum siapp) Oh tak tau la kat mana nak cari orang yang pandai lukis2 kat tangan ni..
14. Langsir (Done) **mak jahit kan huhu Muah! Sayang mak!
15. Hiasan bilik (Done) **in paker dengan pelamin dan baju pengantin
16. Guest Book (Done) **pakej dengan kad kawen
17. Bunga Tangan (Done)
18. Bunga Pahar (Done)
19. Bunga Manggar (Done)

Fitting baju malam berinai

Fitting fitting fitting baju **abaikan orang yang tengah outer baju aku tuh huhuhu

Photographer  (Done)

Baju Nikah (Done) **tak sabar nak tengok awak pakai baju nikah nih huhuhu **wink

Bantai tuk photobooth dan bilik pengantin... DIY tau!!!semuanyer nak buat sendiri tu segala benda tak sempat (~_~)

Bunga teloq??? **no komen
Masih dalam pembikinan lalalalala

Rendam badan dalam susu dulu.... Syiiioookkk nyer, lau ada bathtab kat rumah ni leh buat sendiri hari hari aku mandi susu huhuhu~~

Bakal rumah kami, Bakal membina hidup disini InsyaAllah **wink

MAK AIHHHHhhhhhhhhhHH!!!!!!


bila tengok list rasa terus gelisah tak tentu hala... **rasenyer banyak benda dah settle tapi sebenarnya belum kan hukhukhuk

1. baju nikah
nasib baik dah beli siap2 masa bertunang hari tu dan mak aku dah jahit 5 bulan awal..... yang aku risau ni muat ke tak aku dengan baju tuh haaaaaaaa risau hati ni...........

3. bunga telur
kata nk DIY kan. kata nak buat sendiri serbe serbi. barang nak buat dah beli, tinggal nak mengadap buat je tapi mananya???? hampehhhhhh!!!! bila ntah aku nk start. lagi 5 hari tau!!!
hahaha. **ketawa dalam tangisan (T______T)
 

4. hantaran
rasanya banyak benda dah beli.... tapi tak duduk atas dulang lagi aiyoooohhhhhhhh....Apa patern nak buat aku blur nih.
 
5. baju sanding
Done fitting 2 minggu yang lepas, itu pun ada outer sikit sebab ketat...... Aiyooookkkk ketat pulak dah, orang lagi nak kenduri lagi susah hari ko ni makin senang hati yerrrr huhuhu

6. Spa
Done. itu pun aku gi sekali je seminggu yang lepas..... Itu pun selepas kena bebel dengan hakak2 opis dan kakak aku.... So, dalam pada tak sempat tu sempatkan la jugak rendam badan dalam air susu lalalalala syiooookkkk ooooiiii

 7. Rumah sewa
Rumah kami selepas kawen *wink
Alhamdulillah dapat dicari sebelum kami bercuti panjang nanti balik je dari honeymoon dah boleh masuk rumah tu hikhikhikhik

apa lagi ni??????????????????????????????????????????

OK TAKPE

chillexxxx......

 
Tenang

Tenang 

dan Tenang

oi lah sayang, tolonglah sedar lagi 5 hari je lagi ni...janganlah tenang tenang jeee...risau lak aku...  Bila nak start nih lau dari tadi asyik membebel jer ni???


**Sebenarnya list ni tuk aku, bukan tuk orang lain rasenyer hahahahaha

Sunday, 19 April 2015

Dinner **Sabok Awor

  
Selamat datang ke Sabak Awor
Bunyi tempat tu macam jauh sangat kan, macam dah nak dekat2 hulu Selangor gitu.... Sabak Awor ni dekat Muar je... Medan Ikan Bakar yang paling famous kat Muar ni......


Dinner time!!!!
Aktiviti ni lepas je meeting family Sabtu lepas **meeting kenduri tak abes abes selagi tak selesai majlis selag itu la meeting meeting hehe..... Lepas meeting je memasing menunjukkan muka lapar tu tanda nya perut perlu diisi tak kira la jam masa tu menunjukkan kul 10 malam lapar tetap lapar huhu

Lepas dah berbincang capai kata sepakat kitaorang bergerak makan kat Sabak Awor **mak aku nyer idea..... kalau nak tahu Sabak Awor dengan rumah aku cukup main jauh ada la dalam 45 minit ampang jauh mak aku nak gi makan...ikut kan je le huhuhu

Wajah2 sebelum makan, memasing tak bermaya je tu huhuhu

Sampai je kat Sabak Awor tu terus order makan, naseb baik tak ramai sangat orang dan makan cepat je sampai kat meja kitaorang... Naseb baik order yang simple simple je sebab perut memasing dah berkeroncong tuk anna dah huhu

Menu kiteorang order... Ala simple simple jer (^_^)v)

Udang sambal lada merah pedas

Sotong celup tepung crispy

Ketam goreng berlado pedas

Kupang bakar bersambal merah

** Ikan jenak asam pedas (tak de dalam gambar sebab tak sempat nak amik tengah2 aku syok amik gambar menu lain aku toleh je ikan jenak asam pedas tinggal asam pedas je ikan missing huhu)

**ok simple sangattttt kan..... itu semua mak aku nyer kerja, ikut selera dia la sebab dia yang ajak makan kan huhuhu.... Kat meja makan pun tak abis abis buat meeting family cuma beza nya tak bergaduh macam kat rumah lalalalalala

Bila selesai makan masing-masing baru tunjuk muka happy kalau tadiiiiiii pandang camera pun tak nak huhuhu
 
Selesai makan memasing balik ke rumah masing-masing 'bagai sireh pulang ke gagang' huhuhu **bawak perut (^_^)

Iklan Untuk di'Klik'

Copyright© All Rights Reserved zuhafizz-cintahatiku.blogspot.com