Bakal imamku,
bakal memdampingi seorang puteri hatimu ini seorang yg degil, manja, mengada, tapi comey~...hehe
harap kamu wahai bakal imamku sentiasa bersabarlah, bertabahlah..
Jika sudah tertulis di luh mahfuz, aku adalah tulang rusukmu yg telah hilang,
Aku berharap...
Jika nanti Allah mempertemukan kita,
Kau akan selalu membimbingku,
Agar aku menjadi seorang wanita solehah...
Andai kau ditakdirkan untuk mnjadi ayah buat anak-anak ku,
Jadilah seorang ayah yang boleh mndidik anak kita..
Agar mereka nanti mnjadi anak kebanggaan buat kita
iaitu anak2 yg soleh dan solehah...
Bakal imamku,
Jika engkau ditakdirkan untukku,
Ku harap kau boleh menjadi imam buat aku dan anak-anakku,
Kau boleh mnjadi pemimpin yang baik buat rumah tangga kita,,
Kau boleh mnerima dan mencintai aku apa adanya..
Dan boleh menutup kekuranganku dengan penuh kebijaksanaan..
Dan Andai aku salah,
Tegurlah aku dengan kata-kata bijakmu,
Yang penuh dengan kelembutan dan keikhlasan..
Andai aku marah,
Redakanlah amarahku dengan penuh kasih sayangmu,,
Agar marahku boleh berubah menjadi kelembutan..
Andai aku lupa,,
Ingatkanlah aku dengan kebijaksanaanmu,
Agar nanti kau tetap menjadi mujahid tauladan bagi aku dan anak-anak kita
KERANA
Aku hanya mengharapkan imam yang baik dalam rumah tanggaku,
Yang selalu membawa aku ke jalan yang diRedhainya..
Jalan yang menuju Syurganya bersama dirimu..
InsyaALLAH.. Amin ya Rabb~
Hanya ini yang ku pinta...
Hanya ini yang ku pinta...
Bakal imamku,
Tahu lah akan dirimu tinggal beberapa jam lagi kita akan diijab kabulkan
tahu lah akan dirimu bahawa diriku sangat berdebar menanti mu
datang mengucup dahiku 




No comments:
Post a Comment