Perjalanan hidup Kami ~~~

Daisypath Friendship tickers

One Step Closer

Daisypath Anniversary tickers

Ikatan Cinta Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, 26 April 2012

- Uptown Shah Alam -

Semalam aku & kengkawan office gi jalan-jalan kt Shah Alam... Pada mulanya, tujuan nk pegi amik kain yang dh ditempah kt Nagoya, Plaza Alam Sentral je...Tapi, al-maklumla bile akaun hujung-hujung bulan ni...poket tgh tebal...huhuhuhuhu.....

Dh puas jejalan sekitar Plaza Alam Sentral (atau lebih dikenali sebagai P.A.S), rase mcm nk release tension lak...kerja berhari2 tk de mase dgn kengkawan, ni je la masanya...huhuhuhu.....Kiteorg terus jalan menuju pusat karaoke yang ade kt P.A.S tu....

Dh puas 'sumbang'kan lagu, tekak dh perit, hari pun dh malam...Nk balik rumah tapi macam awal lagi...huhuhuhuh....Aku pun wat cadangan tuk gi Uptown Shah Alam....Tergerak hati nk shopping jersi bola lak...hihiihihihi....

Pintu masuk Uptown Shah Alam
Dlm kul 10 malam br aku smpai kt Uptown, punya la ramai manusia kt sini..parking pun takde...Nk kata hujung minggu tk lagi...Dlm hati dh bersuara 'maybe uptown ni sentiasa penuh walaupun bukan weekend...Huuuurrrrrmmmm.....(ups, lupa aku gi time gaji la...patutla.....)
Niat aku nk beli jersi bola diteruskan jua walaupun berasak-asak dengan ramai orang....

Tempat yg perlu dituju setiap kali dtg uptown
Cari punya cari, Survey punya Survey, dh keseluruh uptown tu aku dh jelajah....Kaki pun dh nk cramp barang yg nk cr pun tk dapat lagi....Mula-mulanya aku dh putus asa nk beli jersi tu sebab harga dia mahal sgt, mentang-mentang la gaji baru masuk dieorang naik harga melampau-lampau sgt.....Tapi 1 je aku suka beli brg kt uptown ni...boleh tawar-menawar...dapat la murah sikit tapi kena pandai cr kedai la....hihihihihihi....

Pilihan terakhir aku gi kedai yg aku beli jersi abang-abang aku dl, kt situ blh tawar2 sng skit sbb juru jual dia perempuan..lau dgn lelaki aku segan nk tawar2 nih.... 

Ni dia kedai yg aku beli Jersi
Ni dia jersi bola team Selangor & Jersi Harimau Malaya, siap dgn nama & No lagi tau....Cantik sgt...huhuhuhu...Aku beli ni sempena Birthday aku yg akan datang... Asyik beli hadiah tuk orang je,apa salahnya beli tuk diri sendiri...Tu cara aku menghargai diri aku....hihihihihihihi....

Cantik sgt jersi br aku ni...Sukaaaaa sangatttt!!!

~ Novel....OOoooHHhhh.... Novel ~

Setiap bulan memang aku dh pasang niat nk beli 2 buah novel...(berlambak-lambak la novel kt rumah aku kalau mcm ni...mau kne sediakan bilik bacaan...huhuhuhuhuhu)...Setiap bulan memang aku dh sediakan peruntukan untuk itu...Dh minat kn, nk wat mcm mana....

Bulan ni aku dh beli 2 novel seperti yang telah dijanjikan...Aku beli novel Sebenarnya, Saya Isteri Dia! dr terbitan Karya Seni dan Bini Aku Tomboy ke? dr terbitan Kaki Novel...Tajuk nk ada kaitan hal-hal rumahtangga kan??hihihihihi....

Aku ni jarang beli novel dr dua2 terbitan di atas...Sebabnya aku ni peminat setia Alaf 21, kebanyakkan novel aku dr terbitan Alaf 21...Ni semua salah adik aku, mula2 dia syorkan novel Cinta Kontrak...penulis Nurul Ain Syuhada terbitan Karya Seni...Dia tk minat baca2 novel ni..tapi dia dapat tau dr kengkawan dia yang bc novel...

Aku pun beli la,bila dh start baca...dh tk boleh tinggal...Nk baca sampai habis,jalan cite best tk bosan pun ada unsur2 komedi...Asyik tergelak-gelak je...Novel mcm ni la aku nk,bile bc hilang tension,gaya bahasa senang fhm tk yah duk pening nk pkir maksud tersurat dan tersirat....Dr hari tu,aku cube berjnak2 dgn terbitan Karya Seni dan Kaki Novel,setakat ni belum pernah mengecewakan....

Berbalik dgn 2 novel yg br aku beli, sebenarnya aku belum baca sepenuhnya lagi, just bc sinopsis kt Penulisan 2U...Kt situ la tpt aku nk cr novel2 br....Overall, aku bc...memang best, so aku pun beli la novel ni semalam kt Popular...

Ni dia novel yang telah selamat aku beli....novel Sebenarnya, Saya Isteri Dia! siap ada diskaun lg...huhuhuhuhuhu.....

Jom layan Sinopsis Novel  Bini Aku Tomboy ke? & Sebenarnya, Saya Isteri Dia!...Sinopsis je la,lau nk bc lebih..kena la beli...huhuhuhuhuhu.....

Bini Aku Tomboy ke?

Seorang Hawa yang berperwatakan seperti Adam, mencari erti sebenar fitrah semula jadinya. Sofi Zarill Muhammad yang lebih selesa membahasakan dirinya sebagai Zack dan berpenampilan seperti lelaki: rambut pendek, cap, t-shirt dan seluar jean.
Perjalanan hidupnya bermula apabila dia ketandusan seorang diri di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur. Nasibnya baik apabila bertemu dengan Abang Din, pelayan di sebuah kedai makan yang sudi membantunya sementara mendapatkan bantuan. Menumpang sementara di rumah Abang Din di “Sting Garden” (setinggan) membuahkan suatu perasaan yang selama ini tidak pernah terdetik di hatinya tatkala dia bersama kaum Adam. Bagaikan ada arus eletrik yang menjalar di segenap urat sarafnya tatkala berdekatan dengan Abang Din. Malah, Abang Din turut sama merasainya, hingga menimbulkan kekeliruan di hati lelaki itu. “Ish, takkan aku ni gay kut?”
Pulang semula ke pangkuan keluarga dan menguruskan butik sendiri, membuahkan rindu dendam yang tidak tertanggung terhadap Abang Din, hinggakan Azim disangkakan Abang Din. Zack mula keliru dengan pendiriannya sebagai seorang yang macho. “Aku ni dah jatuh cinta ke?”
Bimbangkan perlakuannya yang agak kelelakian itu, membuatkan mama Zack (Datin Mas @ Datin Gold) ingin menjodohkan Zack dengan Azim, teman sepermainannya sedari kecil lagi. Namun Azim dipandang tak ubah seperti sahabat karibnya dan tiada langsung sebarang “feeling” terhadap Azim. Tambahan pula Azim adalah playboy tersohor dengan ayat-ayat jiwanya yang mampu mencairkan hati setiap wanita, kecuali Zack. “Aku dengan kau, Zack? No way, beb!”
Payah ni! Tomboy dan playboy…. Bagaimanakah kesudahan perjalanan hidup Zack? Dapatkah dia mencari fitrah semula jadinya? Dapatkah dia melepaskan rindu dendamnya pada Abang Din? Bagaimana pula dengan Abang Din? Sampai bila dia dikepung dengan kekeliruan? Azim pula? Sampai bila dia akan menjadi playboy tersohor?
Segala persoalan bisa terjawab di dalam… BINI AKU NI TOMBOY KE?  


Sebenarnya, Saya Isteri Dia!

Cinta pertama tidak semestinya akan bersatu walaupun masing-masing berjanji untuk hidup bersama. Itulah yang terjadi pada Syafa Aqira dengan Farish Adryan. Cinta yang pernah dipupuk sejak zaman universiti lagi akhirnya terputus di tengah jalan apabila Farish bertekad untuk memutuskan hubungan itu lantaran satu peristiwa hitam yang terjadi pada satu majlis yang dihadiri oleh mereka berdua.
Cadangan ibu kepada Farish iaitu Datin Farizah untuk berkahwin dengan adik lelaki itu terpaksa diterima dengan reda walaupun dia tahu yang mungkin perkahwinan itu tidak menjanjikan bahagia. Dia terpaksa dalam rela demi sebuah harga diri dan rasa kasih terhadap Datin Farizah.
"Aku buat semua ni kerana mama. Dan kau tu sepatutnya bersyukur sebab aku selamatkan maruah kau." – Firash Arshad.
"Ya, aku tahu Firash. Sepatutnya aku bersyukur sebab kau sudi kahwin dengan aku." – Syafa Aqira.
Laluan untuk mengharungi sebuah perkahwinan tanpa cinta bukanlah sesuatu yang mudah buat Syafa Aqira. Kehidupannya sebagai isteri langsung tidak dipedulikan apatah lagi perkahwinan mereka dirahsiakan atas permintaan Firash. Namun dia reda kerana kesibukan lelaki itu masih bergelar pelajar walaupun setiap kata-kata sinis yang terbit dari mulut Firash ditelan dengan rasa terbuku di dalam hati.
Semuanya mula sedikit demi sedikit berubah apabila kawan baik serta abang sepupu kepada Firash cuba untuk mendekati Syafa dan kala itulah Firash mula menyedari yang dia sudah mula menyayangi isterinya itu.
"Kenapa pulak tak nak ikut? Boring giler saya duk kat rumah tu. Ada baiknya ikut awak pergi tengok wayang. Lagipun bukan senang nak dapat tengok filem macam ni untuk hari pertama. Biasa kan full seat je. – Syafa Aqira.
"Ye ke? Atau awak risau takut saya pergi dating dengan orang lain?" – Firash Arshad
Dan kala rasa sayang dan cinta mula hadir, ada saja dugaan yang datang menimpa. Kehadiran abang tiri dan adik tirinya yang tidak disangka-sangka mengeruhkan rasa cinta yang mula terbina. Syafa akhirnya pergi membawa diri dengan hati yang terluka. Firash jadi nanar. Hidupnya serba-serbi tidak kena. Bagi Firash, Syaf adalah anugerah terindah di dalam hidupnya. Dia sanggup untuk berbuat apa saja demi mendapatkan kembali kepercayaan dari isterinya itu.
"Siapa nak tidur atas riba awak? Please lah! Tak ingin pun!" – Syafa Aqira.
"Betul ke tak ingin? Dulu okay aje sampai lenguh paha saya nak menanggung kepala awak. Takkan awak dah lupa kut?" – Firash Arshad.
Namun apakah cinta mereka akan kembali bersatu? Bagaimana pula dengan kisah adik beradik tiri Firash? Dan apakah bahagia akan terus menjadi milik mereka?

Monday, 23 April 2012

- PC FAIR Pikom - MiTC

Tempat & Banner Pc Fair MiTC
Semalam aku & family pegi ke PC Fair Pikom kt MELAKA INTERNATIONAL TRADE CENTRE (MITC)...PC Fair tu dh mula pd 20 hingga 22 April...Tapi biase la aku ni dh hari-hari last br nk gi.... Bukan ape aku suka pegi hari-hari last ni, mana la tahu blh dapat lagi murah...Harga lelong la katakan...huhuhuhuhu~~~~


Aku gi PC Fair ni bukannya aku yg nk cari barang sgt, saja je nk cuci-cuci mata....huhuhuhuhu....Lagipun  adik aku ni gi beli Hard disk...ade juga tujuan...tk de la blk dgn tgn kosong kn....Smbil menyelam minum air la.....hihihihihi....
Bila smpai je kt PC Fair ni, aku ingatkan tk de la ramai sgt org...maklum la tengah2 bulan mcm ni....Tapi tanggapan aku meleset sama sekali...Terlalu ramai manusia kt sini, sekali tgk dh mcm lautan manusia lak...huhuhuhuhu....Nasib baik ada parking dekat-dekat pintu masuk, tu la rezeki namanya...huhuhuhuhu~~

Kepadatan orang kt PC Fair
Kt PC Fair tu bukan jualan murah untuk barang-barang ICT je tapi macam-macam lagi ada, Baju, Seluar, Handbag pun ada...Naik sawan  jap aku dibuatnya...Giler murah...Ada diskaun 50%, 70 % pun ada....
Aduh kenapa la dia buat time-time kegawatan ekonomi aku mcm ni...Tahan je la....huwawawawa~~~ ;(

Tk dpt membeli belah...amik pic banner pun jd la~~

 Dh puas berjalan-jalan, barang yg dicari pun dh dpt...Tibe-tibe perut pun lapar...Baru rasa lapar tadi tk rasa pun...huhuhuhuhu.....On the way balik, tetibe lak ternampak McD...Teringin nk mkn Horlicks Crunch McFlurry lak....Sedapnya dapat makan ice cream...hihihihihihi~~~

Horlick Crunch McFlurry

Hard disk yg selamat di beli kt PC Fair

Thursday, 19 April 2012

- Tabiat, Perangai & Pemikiran -

' Kita boleh ubah tabiat seseorang '
' Kita boleh ubah perangai seseorang'
Tapi kita tk boleh ubah pemikiran seseorang.....

Peeehhhh...... Ayat tk boleh blah, power giler....Membuatkan aku teringat-ingat smpai sekarang....Actually, Ayat ni aku dapat dr cite hindustan, lakonan Shahrukh Khan..... dia ckp bahasa Hindi la, aku je translet jf bahasa Melayu....

Bile pikir-pikir balik betul juga apa yg dia kata...Kita ni boleh ubah perangai & tabiat seseorang... Tapi tk boleh nk ubah pemikiran... Mungkin boleh ubah, tapi memerlukan kesabaran dan ketekunan yang amat tinggi... 
Kalau jenis tk tahan sabar mmg susah r....Dh puas bertikam lidah br dia boleh terima pendapat kita, tu pun memerlukan hujah2 yang kukuh dan kuat....Tu yg boleh terima, bagaimana yang tk boleh terima langsung pendapat org?? Asyik pkir pendapat dia je yg betul...Smpai ke sudah la dia dgn pemikiran dia yg mcm bagus sgt tu....Masalah tuh....

Ni la cite yg aku ckp tu, Swades....Bagus cite ni, byk pengajaran yg kita dapat...

Swades


Dlm cita ni, Shahrukh Khan jadi ala-ala angkasawan dia bkerja dgn NASA....Mengisahkan pemuda yg blk ke Kg utk ambil makcik tinggal dgn dia kt Amerika....Last2 dia jatuh cinta utk duduk dgn makcik dia kt Kg tuh...Sanggup dia tinggal keja dia..Sebab nk menetap terus di Kg.... (lebih kurang mcm tu la citenya)
Tu la bak kata pepatah
Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri








Heroin dia aku tk bape kenal, Maybe pelakon baru kot...tk pun aku yg ketinggalan tk tgk lakonan dia sebelum ni...hikhikhikhik ...Nama dia Gayatri Joshi 

~ Hadiah Birthday ~


Pening kan nk pkir hadiah besday untuk lelaki ni...Kalau perempuan tu senang je....boleh beli mcm2, sebab citarase sama je...boleh beli handbag jenama baru, perfume, jam, barang emas, dan lain-lain barang yang cantik-cantik untuk perempuan....

Kalau utk lelaki lak...tk byk pilihan...balik-balik pilihan yang sama, tk pun paternnya sama je....hurrrrmmm.... Antara hadiah lelaki yang boleh dijadikan hadiah : 

- Jam tangan
- Bangle
- Cincin Perak
- Kasut sukan / bola / futsal / snickers
- Wallet / Bag
- Minyak Wangi
- Tali pinggang
- Pen
- Handphone / Smartphone
- Lighter (Pemetik Api)
- Baju

Aku sebenarnya nk cr hadiah besday utk kedua-dua abg kandung aku...(konon2 nk jd adk yg baik...kuikuikuikui....) Besday dieorg ni dh la bulan yg sama...Kopak aku...huhuhuhu....

Pikir punya pikir akhirnya aku capai satu keputusan..Aku nk beli Jersi bola sepak Malaysia utk dieorg...Siap nk tuliskan nme dieorg lagi...huhuhuhu..... Itu pun abg aku beria-ia sgt nk kn Jersi Harimau Malaya tu....

Puas aku cr sekitar uptown & downtown...tk de yg menarik minat aku, kualiti biasa je tp harga mcm Ori...HELLO, aku tau k...tu Jersi Ori ke tk...Jangan nk membongak....
Akhirnya, aku dpt idea nk cr kt uptown Shah Alam...Tempat lepak aku & kengkawan time study dl..hahahaahaha...Kalau tk de kt tpt tu.....tk tau la nk cr kt mne lg...Hurrrrmmmm....

Ha, Ni la dia...Jersi Harimau Malaya untuk abang-abangku.....
Siap ada nama dieorg & nombor lg tau....hikhikhikhik...

Jersi Harimau Malaya kekandaku.....
Nampak cantik lak Jersi ni dlm gambar....Nombor tu aku pilih sempena nombor Aidil & Zaquan...player favourite aku....hahahahahahaha........Dieorg kembar, abang-abang aku pun kembar jgk...Kembar bulan....hahahahahahahaha......



As-Sauda...Ubat..OooOOO...Ubat...

Ni first time aku dgr psl ubat ni...itu pun aku dapat tahu dr kakak2 di tempat keje aku....Ada akak tu dh mkn ubat ni selama setahun...Dia ckp Alhamdulillah resdung dia dh Ok..Feedback yang aku dapat pun ckp ubat ni Ok...

Kegunaan Pil As-Sauda:

1. Batuk yang kronik, batuk kokol, selsema yang berpanjangan
2. Resdung (sinusitis)
3. Lelah atau sesak nafas, akibat bronchial asthma dan cardiac asthma
4. Sakit jantung dan darah gemuruh
5. Darah tinggi (hypertension)
6. Luka-luka di hati (cirrhois of liver)
7. Batu hempedu, batu karang (gall bladder stone, culcus)
8. Sakit buah pinggang (renal problem)
9. Gout
10. Kencing manis (diabetes)
11. Luka-luka dalam mulut
12. Sakit tengkuk
13. Tonsilitis, gusi berdarah, mulut berbau
14. Gastrik, luka-luka dalam perut (ulcer)
15. Sakit gigi
16. Buasir (hemorrhoid), masalah penghadaman
17. Alahan gatal-gatal
18. Cacing, parasit
19. Migraine, masalah insomnia (tak boleh tidur)
20. Selepas bersalin (menambah susu ibu)
21. Awet muda dan menegangkan kulit
22. Mencantikkan kulit dan kuku
23. Masalah kesuburan perempuan
24. Senggugut
25. Masalah tenaga batin lelaki dan perempuan
26. Masalah kemandulan



Dah bc dia punya kegunaan & feedback yg aku dpt, aku pun try la beli sekotak..Lepas beberapa hari aku makan, aku tk bape rase perubahan..Maybe badan aku lambat sikit bertindak...Tapi kakak tpt keje aku ckp ada mcm2 perubahan pada dirinya...Antaranya :
- Badan lebih ringan
- Tidak lesu atau letih
- Muka berseri-seri
- Lepas makan, senang hadam
- Sentiasa rasa kenyang, walaupun tk mkn 1 hari...

Nape aku tk rase tu semua?? Maybe aku br mkn tk smpai sebulan kot (Sedapkan hati....huhuhuhuhuhu...)

Ayam Vs Gulai Ayam

KoookkkooOOkkk.......kkkOOokkkkOoooo.....
Ayam mne pulak berbunyi nih...Pepagi buta dh berkokok...
Setahu aku, aku tk de lak bela ayam...
Jiran aku punye ke?? Adoi br baru pukul 4 la...berkokok la kul 6 ke, kul 7 ke..
Aik, br aku perasan...Jiran aku yg mane bela ayam ni??
Tk pernah tahu & dgr pun sebelum ni...Ke ayam ni br akil baligh....
Sebab aku br dgr suara dia berkokok pagi nih....

Mungkin mcm ni rupa ayam Jiran aku tuh.....

So, mulai hari ni aku tk payah set alarm la...Sebab ayam ni dh ada...boleh la dia berkokok kt tingkap aku hari-hari, itu pun tuan dia boleh tahan dgr dia berkokok tiap-tiap hari tk kira pagi, tengah hari dan malam.
Kalau tuan dia dh tk tahan, mau dia jadikan ayam ni sbg Gulai...santapan makan malam...hahahahahaha....Jadila dia Gulai Ayam.....

Sedapnya, rasa lapar lak....huhuhuhu.....





- BATTLESHIP -

Tengok cover Movie mcm GEMPAK!
Tengok trailer ACTION abes!
Ni buat aku tk sabar-sabar nk tggu movie ni ditayangkan....
Hasil perbincangan bersama aku & MZ, nk g tgk Movie BATTLESHIP time cuti sempena Hari Pertabalan Yang Di Pertuan Agong...Yahooo!! BATTLESHIP, HERE WE COME!!

Wayang yg menjadi pilihan

Tiket yg telah dibeli oleh En. MZ
Hati ni dh rase gembire habis dh, dpt tgk movie ni....tp tetibe jd tk bape syok bile pertengahan cite ni tibe-tibe MZ bersuara.....
MZ :  Mcm bosan je jalan citenya.....hurrrrmmmm.......
Me : Eh...OK ape...tk rase bosan pun.....
MZ : Maybe br tgk pertengahan ....action dia tk kluar lagi....Dh akhir2 br best kot.....
Me : Hurrmmmmm.....(Saje nk sedapkan hati kite, aku tgh berkobar-kobar tgk ni wat spoil mood je)


Rihanna berlakon dlm cite ni...power r....
Overall, aku bagi Movie ni 8 bintang...Sebab ape aku bg 8 bintang??? Sebab jalan citenya sama je mcm cite Omputih lain cuma action dia yang gempak.....tu pendapat aku la....huhuhuhuhu....

Waiting for MARVEL'S THE AVENGERS...tk sabar nk tgk superhero-superhero bergabung.....Huhuhuhuhuhu~~~


Wednesday, 18 April 2012

KenDuri Kahwin Kima....Perak lagi~~~

Bile dapat jemputan kahwin ni terus dlm hati aku berkata "Perak lagi". Mula-mula pkir malas nk pegi dengan kegawatan ekonomi sedang melanda nih, tk best lau jalan jauh-jauh... Mne nk pkir minyak, tol, servis kete lagi...Tapi bila baca komen-komen kt FB, ramai lak kengkawan yang nk pegi dh lme tk jmpe dieorg...Ada gathering mcm ni br dapat berjumpe...Nk tk nk aku kne spent duit untuk ke Perak...

Dr hasil perbincangan rmai pihak, keputusannya aku kne pegi Perak jgk...Gerak dr sini dlm kul 8pagi. Hasil kekalutan yg berlaku aku tibe kt umh Kima dlm kul 2ptg, pengantin pun dh ready nk berarak....

Aku pkir aku yg dr jauh ni yang smpai lambat rupe-rupenya kengkawan dr Ipoh lagi lambat, terpaksa la tggu dieorg tibe... Mcm biase bile kite smpai je umh pengantin kite akn jd lapo yang amat...Tertengok lak lak pengantin tgn mkn beradab, so kiteorg terus menuju meja makan dl..pastu br jmpa dgn pengantin...
Dah kenyang br leh fokus bergambar dgn pengantin...hahahahah.....Di bawah pic yg sempat aku tangkap sebelum balik

 




Pic Kima & Husband sedang makan beradab



















































 Ni Pic kiteorg ex-Student DTMP tengah makan beradab....hahahahahaha.....



Pic bersama pengantin dan bakal-bakal pengantin...tak tau turn sape lak lepas nih....huhuhuhuhuhu....
 


Pic bersama pengantin perempuan (Kima) dan My BFF (Wahidah). Next year hari besar dia lak....hilang la lagi sorang MyBFF.... Huawaaaaawaaaa.........


Ni pic bersama pengantin lelaki dan pengantin perempuan...mcm tak adil lak asyik bergambar dgn pengantin perempuan je...bkn die kahwin sengsorg kn....huhuhuhuhu......
Mcm biase selesai je kenduri kahwin di Perak...Aku akan habiskan masa plus berehat-rehat di Teluk Batik dan Shopping kt Lumut...Lets go!!!
Dataran Teluk Batik
 































Pic pantai di Teluk Batik....mendamaikan~~~

Pintu gerbang Lumut Waterfront....Amik perkataan Lumut je...yg Waterfront tu tk leh amik...sebab lau nk amik penuh kne melintas jln...bahaye tuh....So, amik perkataan Lumut je...Ni pun dh cukup dijadikan bukti...hahahahahahaha~~~

Ni bukan BattleShip tau...ni Feri Duta Pangkor....feri untuk gi Pulau Pangkor kot...Nth aku pun tk bape pasti...huhuhuhuhuhu...
Bersama-sama MyBFF

~ Karnival KarangKraf ~

Mase tu aku tgh tgk Website Alaf 21, nk cr tajuk-tajuk novel yg terbaru....Tetibe aku terbaca Iklan ni....


Wah, seronok ni lau dapat pegi, dapat jumpa penulis-penulis kegemaran aku.. Al-maklumla aku ni pembaca novel yg tegar...hahahahahahaha.....
So, aku usulkan kepada MZ....nk g sesorg tkt, so kne bwk partner yg setia menemani aku ke mane jua...hahahaha....Bile MZ dh setuju...Aku set tarikh utk pegi....Aku gi hari akhir Karnival tuh....Dh smpai Shah Alam...tibe-tibe....

MZ : Aik, asl lenggang je jalan ni??? Mcm tkde Karnival je...Betol ke iklan ni??
Me : Btul la tk kan iklan ni tipu lak...Kt Website Alaf 21 sy amik ni...
MZ : Tapi kete tk nyk pun...mcm tk de karnival...
Me : Kite smpai awl sgt kot...tu kete tk byk lagi...tk pun Karnival kt dlm...Kete smua dh parking dlm....
MZ : Rasa-rasa mcm salah jln je...Kete byk sebelah sana...bkn kt sini...
Me : Errrrr....... (Dlm hati.....btul la slh jln..tu la confident sgt...huhuhuhuhu...Malu)

Bile smpai je aku jd excited semacam...Byk novel aku nk beli nih...Dh rambang mata lak....huhuhuhu....
Aku pun dh lupe matlamat sebenar aku dtg sini bkn nk beli novel tp nk jmpe penulis novel....huhuhuhuhu....

Pic ni diambil mse tengah hari, time lunch...So, penulis dia tk de kt booth masing-masing..Oleh sebab, aku ralat tk dapat jmpa dgn penulis novel, aku amik la gmbar ni tuk kenang-kenangan...Sedey...tk rezeki nk jmp...nk wat mcm mne kn.....Antara booth penulis novel kegemaran aku....


 Ni dia...Lambakan novel...macam2 novel yg ade kt karnival ni..tu aku jd rambang mata...pegi lak time kegawatan ekonomi....huhuhuuhuhuhu....Sebab utama bkn nk beli novel...tu tkde peruntukan untuk membeli belah...Ramai giler student beli novel kt sini,tk pe la...dieorg ade baucar buku...Sape la aku ni kan....hukhukhukhuk....
 


 Pic aku & penulis novel Sayang 2 dlm 1,dpt jgk aku bergmbar dgn penulis novel, Al-maklumla hari pun dh ptg semua penulis dh blk...huhuhuhu.... Nama dia Weeda Airiza, penulis baru. Novel ni sgt best...boleh dikatekan semua novel aku beli kt Karnival KarangKraf mmg terbaekkkk!!!
Ni pic novel yg selamat aku borang kt Karnival KarangKraf...semua dh abis baca...Terbaekkkk!!!!

Kak Iema Kahwin + Holiday kt Perak

First time aku & MZ jalan jauh2 dan aku yg kne drive.... Nape aku yg kne drive?? Sebab aku punye kete, so aku la yg kne drive... Nape MZ tk drive? Sebab MZ tk buat lesen lagi.. Nanti lau MZ dh ada lesen, br dia boleh drive aku jd MEM...hahahaahaha~~
Aku drive & MZ jd G.P.S aku, tu dh biase...Sumber cr jalan ke umah kak Iema adalah Google Map..Aku percaya giler kt google map walaupun sesat...hakhakhakhak....Cr jalan baru tk syok la lau tk sesat kn???
Dh sesat br jumpa jalan yg benar...smpai je umah kak Iema dh kul 1, perut pun dh berdondang sayang, lapo tk ingat. So, aku & MZ terkam kt meja makan dl br gi jumpa pengantin (eeee....tk senonoh betol...peduli apa aku dh lapo sgt dh ni...)
So, ni jela pic yang sempat aku amik sebelum balik...
Wedding Kak Iema & Husband
Gerak balik dr umah Kak Iema dlm kul 3. Awal lagi ni lau nk balik terus ke Negeri Sembilan. So, aku & MZ wat keputusan untuk ke Teluk Batik. Jalannya takde la susah sgt, cuma ikut je signboard.
Muzium kt Teluk Batik, tk masuk pun saje je amik gmbar sbg bukti...huhuhuhuhuhu~~~

Dh puas jejalan kt Teluk Balik tibe -tibe MZ berkata-kata.....

MZ : Awk....lagi 12km je nk smpai Lumut...apa kata kite............
Me : OK...Sy stuju....

So, dgn tk hiraukn penat yg ada..Aku terus drive ke Lumut. Al- Maklumla aku tk pernah jejalan kt Perak. Rase excited tu lain mcm...Seronok tk ingat....huhuhuhuhu...
Gerbang Lumut Waterfront

 
Tempat-tempat yang menarik yang terdapat di  Lumut...Lumut ni tempat org shopping barang-barang kering mcm sotong kering, ikan kering, ikan bilis dan mcm2 lagi...Murah lak tuh....hihihihihi....

~Cinta HatiKu~

First Entri aku, nk cite psl Cinta HatiKu dh nma pun blog Cinta Hatiku kn....huhuhuhuhuhu....
Aku & Si Dia dh berkenal-kenal sejak form 4 lagi. Masa form 4 tu, dia tk bpe nk kenal dgn aku coz aku ni budak comot kt kelas tu (comot ke??) hakhakhakhak~~
Gambar semasa Form 5 (budak comot yang paling hujung sebelah kanan...huhuhuhu....
Masa form 5, aku yg start SMS dia dl....(Miang btul aku time tuh...hakhakhak). SMS punya SMS, Aku & dia dh knal hampir 6 bulan..Lau nk cite time dia nk declare dgn aku mmg kelakar la. So, tak yah cite nanti aku gelak tanpa henti....

Lpas je declare masa tu kiteorang dh pkir jauh dh...Pkir kalau masing-masing dh abis study terus nk kahwin tapi sekarang aku je yg habis study dia masih lagi bergelar student...So,aku kne tggu dia habis study la...
Disebabkan aku & dia dh ikat janji ' Lepas belajar terus kahwin' so kne la tggu...hihihihihihi.....
Tu la serba sedikit cite Cinta Hatiku...Nk cite dr mula smpai akhir mau bengkak jari aku menaip...huahuahuahua....
Pic Cinta HatiKu...aku gelarkan dia sbg MZ...
*psst : Awk,sy post pic awk time muda2 dl....Jangan mara ha,kang kne jual....hikhikhikhik~~~

Iklan Untuk di'Klik'

Copyright© All Rights Reserved zuhafizz-cintahatiku.blogspot.com