Perjalanan hidup Kami ~~~

Daisypath Friendship tickers

One Step Closer

Daisypath Anniversary tickers

Ikatan Cinta Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, 30 October 2014

##Temujanji Manhattan Fish Market (^_^)v)

  
#Temujanji
Dah lama tak bertemujanji temujanji ni.......hehe (^^,)

Cuti public Deepavali hari tu dalam pada tengah buat rancangan tuk penuhi masa2 lapang tertiba En.MZ call ajak keluar..... Mulanya nak keluar jejalan, makan, tengok wayang dan cari something special tuk aku hikhikhik~~~ Tapi tiba-tiba berlaku satu perkara yang tidak boleh dielakkan jadi terlewat lah kiteorang keluar...... Agak ke arah ke petang jugak la kiteorang keluar, so decide tuk temujanji makan je lah (^_^)v)

Time to Order!!!

En.MZ dah lama ngidam nak makan Manhattan Fish Market, dah lama dah dia duk ajak aku makan cume aku je yang takdok masa nak teman dia Alololo cianyer (T_T) Naseb baik la ada cuti public Deepavali ni boleh la teman dia makan..... Jom kita gi makan Manhattan Fish Market!!!!

Tengah menunggu makanan
Muka kelaparan memasing Sabo je la~~

Sebelum makanan sampai
Tunggu, tunggu dan terus menunggu
Takde kerja!! (^_^)v)

Menu En.MZ (^^,)

 

Menu Aku (^_^)v) 
menu yang mengalahkan orang yang mengidam sangat nak makan hahaha~~~
 

 
Selepas makanan sampai
Muka gembira dapat makanan huhu~~

Selepas makanan selesai di 'baham' hakhakhakhak~~
Ni betul2 mengidam nak makan ni, habis licin semuanya (^_^)v)

Ok, Alhamdulillah dah selesai bertemujanji makan, dah nama pun temujanji makan cerita pasal makan je lah yer hehe (^_^)v) Alhamdulillah dapat penuhi hajat orang mengidam nak makan walaupun orang tu bayar sendiri huhuhuhu~~~ Aku penuhi tuk jadi peneman makan je hehe~~


**Lepas je makan, kiteorang gi jalan-jalan dan cari something special tuk aku hihihi~~~ Nampaknya En.MZ lebeh cerewet memilih dari aku hakhakhakhak~~~ (^^,)

Saturday, 25 October 2014

Salam Awal Muharam #1436H


Salam Awal Muharam #1436H


Pejam celik pejam celik kita dah masuk ke tahun baru.... Kejap je rasa kan? Tahun ni dah 1436H tau, 1435H telah melabuhkan tirainya semalam..... Harap di tahun baru Islam ni kita akan turut sama ke hadapan dan berubah ke arah yang lebih baik InsyaAllah~~~


Bagi yang berkesempatan berpuasa sunat tu aku ucapkan Selamat Berpuasa sunat...... InsyaAllah ada ganjaran di sebalik berpuasa sunat tu nanti~~~


Selamat menyambut tahun baru Hijrah.... 
Tahun ni dah masuk tahun 1436 Hijrah 
Alhamdulillah Syukur kita berkesempatan sampai ke tahun baru ini..... 
Semoga kita berhijrah kepada sesuatu yang lebih baik InsyaAllah (^^,)

Wednesday, 22 October 2014

Deepavali #2014


Hepi Deepavali!!!!


Dalam kalendar ditulis Deepavali tahun ni jatuh pada hari Khamis 23haribulan tapi hari tu masuk berita yang sebenarnya Deepavali hari Rabu iaitu 22haribulan 10, pulak dah.... Boleh gitu??


Tak kesah lah hari apa pun yang penting aku paling suka hari ni sebabbbbbbbb hari ni PUBLIC HOLIDAY!!! Yehaaaaa!!!

Nak gi mana cuti cuti macam nih erkkk???
Ermmmm Shopping???
Makan??
Luncheon dengan En.Cinta Hati??
Tengok wayang??
Dinner dengan En.Cinta Hati??
Balik kampung??

Aduh, banyak nau rancangan dalam kepala pening pening pening yehhhaaa (v(^_^)v)


**Bagi yang meraikannya, Hepi Deepavali aku ucapkan Ikhlas dari Zuhafizz (^_^)v) Dulu time praktikal aku ada ramai kawan berbangsa India.... Hope dorang tak lupa kat aku nih hehe~~

Tuesday, 21 October 2014

~Hari Kantin SK Gangsa~




Sabtu baru-baru ni, ada satu program kat SK Gangsa..... Pada mula anak buah aku bagitahu pasal hari kantin sekolah kat sekolah mereka aku wat donno je lah... Yelah, selalunya hari kantin ni tuk guru2, anak murid dan ibu bapa je.....

Hari Kantin SK Gangsa

Hari ke hari anak buah aku duk ingatkan aku pasal hari kantin sekolah mereka...... Siap suh datang tengok mereka berniaga lagi......  Memang aku fikir hari kantin tu tuk murid-murid sekolah dan cikgu je..... Tapi bila Angah aku siap buat jemputan kat FB rupanya mereka buat secara besar-besaran tu..... Bukan macam time aku sekolah dulu, wat kecik-kecik jer... Yang beli pun kawan2 je.... Tapi ni lain, siap jemput datang beramai-ramai lagi...... Semua orang dijemput hadir..... Aku pun apa lagi ajak la mak aku gi tengok aktiviti anak buah aku tu......

Bebudak seronok membeli mak budak sedih kena keluar duit banyak huhu~~~
 
Bila aku tiba je kat sekolah tu memang ramai orang pun, macam-macam aktiviti ada..... Aku cari la gerai anak buah aku katenyer mereka berniaga Aiskrim goyang..... Bila aku jumpa dah gerai Aiskrim goyang tu bukan anak buah aku tengah berniaga rupanye mama papa dia tengah sibuk 'menggoyang' Aiskrim huhuhu~~~

Angah & Abg Ngah aku sibuk layan customer (^^,)
aku tak sempat pun nak rasa Aiskrim goyang tuh (T_T)
 
Anak buah aku tah hilang kemana dah time aku datang tu, ye ye je ingatkan aku pasal hari kantin sekolah dorang tapi dorang tah lesap ke mana...... Aku ni betul2 ingat mereka yang berniaga Aiskrim goyang tu bertuah betul punye budak..... Dalam pada Angah & Abg Ngah aku sibuk aku pun merayau la sekitar sekolah tu.... Macam2 aktiviti ada, tapi khas tuk bebudak la, mak budak tukang hulurkan duit jer huhu~~

Macam-macam acara duk ada, mak budak kena sediakan duit je lah huhu~~

Mat Anip memang pantang ada benda alah nih (~_~)

Kereta lembu pun ada
Sekali naik RM2, kalau kat luar ni sekali naik RM10 rugi sapa tak try kat sini

Pameran juai keta pun ada
Sapa nak beli keta?? Tak kan bebudak sekolah lak, ni mesti khas tuk cikgu-cikgu lah tuh huhu~~~
 
Penat melayan kerenah anak2 buah aku ni, macam2 hal (~_~)

 **Happening sungguh hari kantin sekolah sekarang ni, mana nak sama dengan hari kantin pada zaman aku dulu...... Peredaran zaman la katekan, makin lama makin ke depan makin maju...... Agaknya akan datang masa zaman anak2 aku, hari kantin dah sama taraf macam Jom Heboh kot huhu~~

Hari kantin sekolah mengimbau kenangan (^^,)

Thursday, 16 October 2014

~AnnualDinner #Jabatan Laut Melaka~


 #Family day Jabatan Laut Melaka diteruskan dan disambung pada sebelah malam.... Acara disebelah malam pulak acara Dinner berBBQ.... Ini lah saat yang ditunggu-tunggu.... Setelah bermandi peluh di siang hari kita bermakan makan pulak di malam hari Yahooo!!!!

Time makan makan BBQ
Dapat makanan, tak pandang kiri kanan dah pandang depan ke arah makanan je huhu~~

Menu meja kitaorang

Kitaorang sampai dalam kul 8mlm, time tu dah siap tersedia dah ayam BBQ, ikan bakar, kambing panggang dan macam2 lagi menu yang sungguh menyelerakan..... Ditambah pulak tengahari dan petang kitaorang tak makan pape, so malam memang jadi lapar sesangat lah.... Sebelum majls bermula kitaorang dah balun sepinggan sorang ayam BBQ hohoho~~~

En.MZ & Udin
Kebetulan dia ada, ajak sekali berBBQ (^^,)

Kami (^_^)v)
Time ni masing2 dah kenyang dah hahahaha~~~

MyFMIL & I (^^,)

Sebenarnya majlis ni bukan majlis makan malam sesaje tapi Majlis Penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang acara sukaneka sebelah siang tadi...... Banyak sangat acara yang dipertandingkan sampai ke tengah malam tak habes lagi penyampaian hadiah...... Dekat kul 1pagi baru lah kitaorang balik ke rumah.... Bila balik rumah tu tak yah cakap la penat tu..... Rasa nak tercabut kaki ni, rabak dah mata ni mengantuk tak hengat.... (~_~)

Dak Mia
Umi dia dapat adiah tu Tahniah!!! Tak sia sia jadi pengganti mak last minit (^_^)V)

**tahun depan lau ada lagi Family Day MARDEP mesti aku join eh eh eh (^_^)v)

Wednesday, 15 October 2014

~FamilyDay Jabatan Laut Melaka~

  
Sabtu yang lepas aku join family En.MZ kat Hari Keluarga MARDEP Melaka.... MARDEP ni adalah Jabatan Laut Melaka, Ayah En.MZ yang bekerja kat situ.....Diaorang buat kat Marina, pengkalan Jabatan Laut Melaka.... Kalau 2 tahun lepas aku masuk acara tapi tahun ni aku gi sesaja je... Aku jadi tukang sibuk je join mereka huhu~~~


Pepagi kitaorang dah sampai kat situ... Tapi bila tiba je orang tengah senam aerobik, panaskan badan sebelum mula acara la tu.... Maknanya kitaorang sampai lewat dari mereka ingatkan dah jadi paling awal huhu~~~

Masa senam aerobik
En.MZ tengah bersenam tu, sedang elok aku nak join sama lagu pun habes hukhukhuk (~_~)

Aku & MyFMIL, MyFSIL dan MyFN

Lepas je senam aerobik acara pun dimulakan dengan boling padang pakai buah kelapa bagi staff MARDEP.... Kitaorang duk kat tepi bagi sokongan kat MyFFIL yang masuk acara tu.....

MyFFIL tengah tunggu turn nak baling 'kelapa' boling

Pemandangan di Marina Jabatan Laut Melaka
tenang selepas angin kencang tadi

With MyFFamily

Sedang elok acara boling padang tu tamat, kat situ alami ribut angin yang kuat.... Memasing amik tempat berteduh bawa khemah... Nasib baik time tu angin takde lah kuat mana... Lau tak, boleh tercabut khemah2 kat situ..... Lepas angin kencang bertiup hujan pun turun dengan lebat selebat lebatnya..... Tapi acara tetap diteruskan dengan acara Meraup batang lidi kelapa bagi isteri staff , mewarna bagi anak staff, dan rebut gula-gula bagi anak staff......

Acara Rebut gula-gula
Hebat la abang Akip (^_^)v)

Acara rebut gula-gula tu anak buah En.MZ join walaupun dia dah dalam kategori cucu kepada staff.... Naseb baik boss dia bagi sertai, banyak lak tuh boleh wat balik gula-gula, satu tabung kot huhu~~~ Penyertaan last minit, boleh bawak balik gula-gula satu tabung pastu menang acara lak tuh huhu~~ Tahniah Abang Akip!!!

Acara di padang
Macam-macam acara, macam-macam gaya, macam-macam gelagat.... Keje kitaorang kat tepi gelakkan orang hahahaha Seronok gelakkan orang eh

Lepas acara bawah khemah tamat, hujan pun sedang elok dah berhenti..... Acara di padang pun diteruskan memandangkan cuaca dah kembali cerah..... Alhamdulillah~~~

Bila matahari dah mencanak tinggi, acara pun ditamatkan dengan acara antara suami isteri staff.... Aku suka nama acara tu 'Saling mempercayai'... Di mana si isteri akan baling belon berisi air ke arah suami, dan si suami kena sambut jangan bagi belon jatuh dan pecah kalau pecah kalah lah......  Acara terakhir disertai oleh kakak dan abang ipar En.MZ menggantikan ayah dan mak yang dah tak larat bermain..... Acara-acara di padang kebanyakannya family En.MZ sertai, macam nak bolot semua adiah je huhu~~~

Acara terakhir
Acara "Saling Mempercayai"
Suami Isteri kenalah saling percaya mempercayai kan huhu~~

**Tamat sudah acara di sebelah siang, ada acara di sebelah malam pulak hoho~~
Acara sebelah malam ni lah aku tunggu-tunggu huhuhu~~~

Monday, 13 October 2014

#Sayoonara Fredy (T_T)


Sayonara Fredy
Bye Bye Fredy
Selamat tinggal Fredy



Jumaat minggu lepas ada Majlis makan-makan sikit..... Salah sorang dari team makmal kitaorang akan meninggalkan kami kerana amik keputusan untuk berhenti kerja.... Maka makin berkurang lah lelaki dalam team kami... Dah la lelaki tinggal berapa kerat jer (~_~)

Menu Majlis Farewell Fredy
Menu ni semua hasil pemberian semua orang
Alhamdulillah murah rezeki korang hendaknya Aamiiin~~~

Disebabkan dia dah nak 'blah' hehe kiteorang adakan la sikit Farewell party tuk dia... Tapi bukan tuk meraikan dia pergi tapi tuk menghargai dia yang dah lama dalam team kiteorang...... Farewell party ini pun dianjurkan oleh kawan seopis dengan dia..... Aku datang bawak perut jer..... hahahaha~~~ (^_^)v)

Pilih jangan tak pilih, makan jangan tak makan huhu~~

Makan makan makan....Nyum Nyum Nyum~~
Memang sedap2 belake menu,
rasenyer semua nak makan  huhu (^^,)

Geng Farewell party tuk Fredy

Ni lah Fredy kawan kitaorang yang akan meninggalkan kitaorang tu.... Ni gambo belakang dia hahaha yang di belakang tu pulak penganjur a.k.a kawan seopis Fredy huhu~~

Kami lah FST'ians (^_^)V)

 
Ok, selesai sudah Farewell party tuk Fredy
Sayonara Fredy
Bye Bye Fredy
Selamat tinggal Fredy

Kepada penganjur TQ very much much muchy... Lau bukan sebab dia yang beria ia anjurkan tak dapat la kiteorang makan free..... Gendang Gendut Tali Kecapi, Kenyang Perut Senang Hati (^^,) Pengajur tengah gundah gelana sebab akan kehilangan partner tapi kiteorang lak bersuka ria tak baik betul kan hukhukhukhuk~~

Saturday, 11 October 2014

Chemistry Café+Lab


Chemistry Café+Lab

Lepas je berkursus kat Shah Alam kiteorang terus melencong ke Sek 7 Shah Alam... Mulanya takde plan nak gi mana2 pun tapi rasa nothing je bila gi kursus semata lepas kursus terus balik.... So, kiteorang terus melencong cari tempat makan......

Chemistry Café+Lab ni tengah hot kt Fb sekarang, rata-rata kawan2 kiteorang dah post gi makan kat situ...Rata-rata bebudak U kiteorang dah try gi makan kat situ, rase jelesz lak..... Bila usulkan kat Cik Puan Normah terus dia setuju, kiteorang pun terus je drive ke Sek 7 tanpa berfikir panjang.... Senang je nak cari restoran dia ni kalau tahu Sek 7 tu kat mana.....Bersebelahan dengan Aliff bistro tak silap aku lah....

Kitaorang dah sampai Chemistry Café+Lab

Sampai je kat restoran tu, rasa teruja dah dengan decoration kedai dia, macam betul2 kat Lab Chemistry je.... Uopp Uopp maklumlah yang pegi ni pun orang2 Lab, so tahu la suasana Lab tu macam mana ....

Bahagian dalam Chemistry Café+Lab

Masuk je restoran, konsep restoran ni order di kaunter, bayar dan pilih tempat duduk.... Duduk pastu makan pun sampai.... Menu kat situ simple je, ade pastri, kek, dan minuman itu saja.... Cerita pasal harga pulak, erkkk Gulp. Telan air liuq jap tengok harga dia. Alamat nyer, sakali datang je lah......

Menu aku
Mushroom Quiche

Kak Normah pilih Hazelnut choco

Dan aku pilih Strawberry Smoothies
Erkkk minum dalam kelalang kon, ada rase nak minum tak??
Terbayang chemical kat Lab jer hukhukhuk (~_~)

Selesai order, tak beberapa minit makan pun sampai...... Terus la mulakan acara kiteorang iaitu bergambar gambar dengan makan hahahahahaha.... Dah sedang elok selesai amik gambar, terus nak sedut air smoothis strawberry yang aku order tiba-tiba aku tergerak hati nak jenguk ke dalam 'kelalang kon' tu jeng jeng jeng... aku ternampak 'bendasing' dalam air aku..... Bendasing yang aku tak boleh accept ada dalam air aku, aku pun terus gi kat kaunter tuk tukar air baru.... Aku bagi tahu kat kaunter tu "Sory, nak tukar air baru sebab air ni ada perisa tambahan' (~_~)


Naseb baik la tak banyak bicara sangat tuk tukar air tu, kalau banyak sangat hal mau bergaduh kat situ.. bergaduh mulut jer r bergaduh lain aku tak berani hahahahaha =P

Dalam pada takde selera nak minum tu habes jugak aku tale
Mahai kena minum habes kalau tak membazir huhuhu (^_^)v)

Sebelum balik buat experimen dulu hehe

Gambar kenang kenangan kat Chemistry Café+Lab
Kami berdua pun jadi macam2, belum bawak geng lain2 lagi hehe~~

Belanje sikit =P hehe

Itu lah cerita dan pengalaman kami kat Chemistry Café+Lab, lepas je makan kat situ kiteorang terus sambung merayau rayau kat sekitar Sek 7 tu..... Sampai ke malam berjalan baru ingat nak balik rumah huhu~~~

**yang penting gi berjalan wat balik hasil hohohoho~~~

Iklan Untuk di'Klik'

Copyright© All Rights Reserved zuhafizz-cintahatiku.blogspot.com