Perjalanan hidup Kami ~~~

Daisypath Friendship tickers

One Step Closer

Daisypath Anniversary tickers

Ikatan Cinta Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, 11 October 2014

Chemistry Café+Lab


Chemistry Café+Lab

Lepas je berkursus kat Shah Alam kiteorang terus melencong ke Sek 7 Shah Alam... Mulanya takde plan nak gi mana2 pun tapi rasa nothing je bila gi kursus semata lepas kursus terus balik.... So, kiteorang terus melencong cari tempat makan......

Chemistry Café+Lab ni tengah hot kt Fb sekarang, rata-rata kawan2 kiteorang dah post gi makan kat situ...Rata-rata bebudak U kiteorang dah try gi makan kat situ, rase jelesz lak..... Bila usulkan kat Cik Puan Normah terus dia setuju, kiteorang pun terus je drive ke Sek 7 tanpa berfikir panjang.... Senang je nak cari restoran dia ni kalau tahu Sek 7 tu kat mana.....Bersebelahan dengan Aliff bistro tak silap aku lah....

Kitaorang dah sampai Chemistry Café+Lab

Sampai je kat restoran tu, rasa teruja dah dengan decoration kedai dia, macam betul2 kat Lab Chemistry je.... Uopp Uopp maklumlah yang pegi ni pun orang2 Lab, so tahu la suasana Lab tu macam mana ....

Bahagian dalam Chemistry Café+Lab

Masuk je restoran, konsep restoran ni order di kaunter, bayar dan pilih tempat duduk.... Duduk pastu makan pun sampai.... Menu kat situ simple je, ade pastri, kek, dan minuman itu saja.... Cerita pasal harga pulak, erkkk Gulp. Telan air liuq jap tengok harga dia. Alamat nyer, sakali datang je lah......

Menu aku
Mushroom Quiche

Kak Normah pilih Hazelnut choco

Dan aku pilih Strawberry Smoothies
Erkkk minum dalam kelalang kon, ada rase nak minum tak??
Terbayang chemical kat Lab jer hukhukhuk (~_~)

Selesai order, tak beberapa minit makan pun sampai...... Terus la mulakan acara kiteorang iaitu bergambar gambar dengan makan hahahahahaha.... Dah sedang elok selesai amik gambar, terus nak sedut air smoothis strawberry yang aku order tiba-tiba aku tergerak hati nak jenguk ke dalam 'kelalang kon' tu jeng jeng jeng... aku ternampak 'bendasing' dalam air aku..... Bendasing yang aku tak boleh accept ada dalam air aku, aku pun terus gi kat kaunter tuk tukar air baru.... Aku bagi tahu kat kaunter tu "Sory, nak tukar air baru sebab air ni ada perisa tambahan' (~_~)


Naseb baik la tak banyak bicara sangat tuk tukar air tu, kalau banyak sangat hal mau bergaduh kat situ.. bergaduh mulut jer r bergaduh lain aku tak berani hahahahaha =P

Dalam pada takde selera nak minum tu habes jugak aku tale
Mahai kena minum habes kalau tak membazir huhuhu (^_^)v)

Sebelum balik buat experimen dulu hehe

Gambar kenang kenangan kat Chemistry Café+Lab
Kami berdua pun jadi macam2, belum bawak geng lain2 lagi hehe~~

Belanje sikit =P hehe

Itu lah cerita dan pengalaman kami kat Chemistry Café+Lab, lepas je makan kat situ kiteorang terus sambung merayau rayau kat sekitar Sek 7 tu..... Sampai ke malam berjalan baru ingat nak balik rumah huhu~~~

**yang penting gi berjalan wat balik hasil hohohoho~~~

No comments:

Post a Comment

Iklan Untuk di'Klik'

Copyright© All Rights Reserved zuhafizz-cintahatiku.blogspot.com