Perjalanan hidup Kami ~~~

Daisypath Friendship tickers

One Step Closer

Daisypath Anniversary tickers

Ikatan Cinta Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, 31 December 2014

Review 2014 #ByeBye2014


Tinggal beberapa detik je lagi 2014 akan meninggalkan kita hukhukhuk (T_T) Sebelum ia berlalu pergi begitu sahaja, Jom kita Review dulu apa yang telah berlaku sepanjang tahun Zuhafizz secara ringkas JOM! Apa CITA???

#Biar gambar berbicara

First time wat Bridal Shower sebab tahun 2014 semua kengkawan Jelitaz akan menamatkan zaman anak dara nya huhuhu~~~

Tahun 2014 4 orang dari geng Jelitaz dah selamat jadi wifey orang lagi 2 orang tunggu masa dan waktu eh (~_^)

Bersukan sakan huhu....Tahun 2014 tahun paling banyak aku kumpul pingat sebab tahun depan nak pencen bersukan eh eh (~_^)


Percutian keluarga yang memecah tradisi... Kali pertama bawak mak naik tempat tinggi iaitu Cameron & Genting.... Kalau tak asyik bercuti kat Kuantan jek tahun ni wat perubahan la sikit....Tengok mak macam ok je naik tempat tinggi kalau dulu sebelum naik cakap tak nak lah, gayat lah macam2 huhu~~~



Rezeki di 2014 اَلْحَمْدُلِلّهِ
**semoga rezeki tidak putus hendaknya Aamminnn~~~

Tahun 2014 adalah tahun kawen-kawen bagi kengkawan aku...Hampir kesemua kawan2 aku pilih tahun 2014 sebagai tahun menamatkan zaman bujang diaorang Tahniah korang! Muah!

Geng Jelitaz FST, dah 4 orang selamat jadi wifey Muah Muah Muah!!

Kengkawan sekolah dan sekelas pun sama, abis semua dah kawen dan tahun 2015 datang kenduri bawak anak la pulok huhuhu~~~


Di dalam kita bersuka ria, gelak ketawa adakalanya kita diuji oleh Nya untuk menguji kesabaran kita... Kadang-kadang kita di atas kadang-kadang kita dibawah (T_T) Semua di atas ketentuanNya...
 .اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَجِعُوْنَ


And last but not least (~_^)
Kenangan terindah dalam hidupku Muah!





Kadang-kadang kita suka, kadang-kadang kita berduka.... Di saat kita sedang gembira tidak lupa juga pada waktu kita berduka..... Perkara duka yang telah berlaku di Malaysia sepanjang tahun 2014 #Pray4MH370 #Pray4MH17 #Pray4PantaiTimur #Pray4QZ8501 #PrayrMalaysia (T_T) Semoga doa mengiring kedukaan kamu semua #ByeBye2014 yang penuh kedukaan semoga tahun baru ni membawa sinar pada kami semua InsyaAllah Aaamiin~~~

~Kopi pasta dari FB kawan **sangat kagum dengan lukisan dia

2014 telah meninggalkan kita walau apa cara sekalipun kita lakukan ia tak kan kembali..... Tinggalkan segala kenangan manis, kenangan pahit yang telah berlaku jadikan ia sebagai sejarah dalam kehidupan dan terus pandang ke hadapan tuk menempuh hari-hari baru yang mendatang.....

2015 please be nice to me! and to us!

Saturday, 27 December 2014

Bila hati berbicara (~_~)


Bila hati berbicara
~kata-kata yang keluar akan melebihi tajamnya lidah~

Bila hati berbicara
~banyak hati yang akan terluka~

Bila hati berbicara
~banyak hati yang akan terasa~

Bila hati berbicara
~banyak hati yang akan menangis duka~
 
Bila hati berbicara
~banyak hati yang perlu dijaga~

Bila hati berbicara
~perbuatan mengatasi kotak pemikiran~

Bila hati berbicara
~segala terjadi di luar jangkaan~

Sebab itu hati di jadikan tidak berbicara, senyap sunyi tanpa suara, bicara hati hanya di dengar oleh pemiliknya sahaja~~ (T_T) Hanya pemiliknya saja tahu apa hatinya perlukan **Jagalah hati dengan sebaik-baiknya Jangan sesekali kecewakan nya....


Pengubat HATI Penawar Jiwa

Dalam hidup,terkadang kita lebih banyak mendapatkan apa yang tidak kita inginkan. Dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan, akhirnya kita tahu bahawa yang kita inginkan terkadang tidak dapat membuat hidup kita menjadi lebih bahagia.

 Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita.

Janganlah berputus asa. Tetapi kalau anda sampai berada dalam keadaan putus asa, berjuanglah terus meskipun dalam keadaan putus asa.
Yang memimpin wanita bukan akalnya, melainkan hatinya.


**Yer, begitu lah wanita ni kejap ok kejap tak ok sebabnya Yang memimpin wanita bukan akalnya, melainkan hatinya. hukhukhuk-- hati tengah sensitif lo (~_~)

Peringatan tuk diri sendiri - apa-apa hal jangan lah terlalu rapat dengan media sosial kengkadang apa yang kita post tu kita rasa baik tuk diri kita tapi akan menguriskan hati orang lain tanpa kita sedari (T_T) Kengkadang akan memberi spekulasi negatif pada orang lain hukhukhuk~~manusia manusia (~_~)

**muhasabah diri

Thursday, 25 December 2014

#PublicHoliday #25Dec2014

  
Public holiday!!!!
Hari ni public holiday cuti tuk hari Krismas 25 Disember Yepppiiii (^_^)//)

So aktiviti aku di hari cuti adalah pegi merayau-rayau kat Ikea Damansara, ada orang mengidam nak makan ikea meatball... tak tak tak bukan aku bukan aku tapi orang tu hihihihi~~


Sekali lagi aku ke Ikea selepas menjadi tunangan orang ni..... First keluar sebagai tunangan orang huhuhuhu~~~ Hari tu kan aku dah gi Ikea tuk beli barangan deco deco rumah.... Itu aku gi berdua dengan adik aku je, kali ni gi bertiga lak bawak En.MZ sekali.... Nak balas dendam makan meatball katenyer~~~ huhuhu.... Hari tu makan meatball tak ajak dia hukhukhuk~~

Kami bertiga
En Tunang, Cik Tunang dan si anak bongsu

Ikea Meatball tuk orang yang mengidam huhu~~

Abis makan meatball kiteorang merayau dalam Ikea ada lagi nak beli barangan Ikea ni kata En. MZ rugi la mencari parking dalam Ikea dekat 2 jam siap kena langgar 'tercium' dengan kereta depan semata datang makan jer so kiteorang merayau la dalam Ikea tu dekat dengan 3 jam lebih huhu, memang balas dendam betul 20 bijik sekali order tu habis dimakannyer... Huhuhuh Ok saya caya awak ngidam sakan nak makan huhu~~Sory hari tu tak ajak awak hihi

Shopping time!!!
En Tunang dan Cik Tunang huhu~~

Bersama si anak bongsu pulak

Puas dah merayau dalam Ikea, beli barang pun dah.... Tak leh lama-lama dalam Ikea tu kering poket En.MZ nanti eh eh.... Kiteorang pun teruskan merayau kat The Curve pulak.... dekat je lalu bawah tanah je meretas dari Ikea ke The Curve


The Curve
Dah kenapa cari Habib kat directory tu Jeng Jeng Jeng hikhikhikhik~~

Ini kali ke2 aku gi The Curve, kali pertama aku gi atas urusan En.MZ tak sempat nak meround pun.... Kat The Curve ni ada persembahan sempena hari Krismas, lupa kan keluar time Krismas memang ramai sangat orang kat situ.... Tengah aku duk berdiri kat situ tengok persembahan apa lah dieorang tengah buat tu tiba2 En.MZ datang bisik kat aku "Psst Psst sebelah awak tu pelakon Tanah Kubur" "Hah?? (^O^)??)" Ok terjerit kuat pulak..... Pelakon yang En.MZ maksudkan tu adalah Syafiq Kyle..... Bila aku berpaling nak tengok je dia pun dah blah...Memang takde jodoh nak amik gambar eh eh~~~


Aku bersama lelaki mistery hehe~~

Setelah dah puas merayau di hari cuti, kiteorang pun balik lah ke sarang masing-masing huhuhu~~~ Esok kena keja lah weh hukhukhuk (T_T) lupakan hari esok lupakan hari esok lupakan lupakan yang penting hari ni aku happy sangat..... (^_^)//) Kali pertama keluar sebagai Cik Tunang hikhikhik **wink (~_^)

Ok, belanja sikit gambar Syafiq Kyle...Oleh sebab aku tak leh amik gambo dia, aku amik pic kat google je lah huhu~~~

Hari Krismas #PublicHoliday #25Dec2014



25 Disember 2014

Sebut je 25 Disember semua orang dah tahu perayaan apa kan.... Mestilah perayaan Krismas (^_^)//)

Perayaan tu memang lah satu yang seronok tapi ada satu lagi yang menyeronokkan huhu iaitu hari ni adalah Public holiday!!!! Yey!!! (^_^)//)

**Baru je masuk kerja tuk 1 hari semalam hari ni bercuti public pulak mau tak hepi giler.... Minggu ni macam tak wujud je bagi aku huhuhu~~~

Hari ni Public Holiday!!! Apa nak buat satu hari ni???

Tengok wayang???

Shopping?? (~_^)

Luncheon?? Dinner??

Ataupun
Duk je dalam rumah diam2, tak yah gi mana2 (~_~)

Sunday, 21 December 2014

One Step Closer #MyE-Day (^^,)


اَلْحَمْدُلِلّهِ 
21 Disember 2014 tarikh yang telah dipilih kedua2 keluarga bagi mengikat tali pertunangan aku & En.MZ

Ingat tak peristiwa manis di Sagil bulan 10 dulu?? Ini lah peristiwa manis yang aku maksudkan itu.... Di mana di situ lah keluarga En.MZ telah menetapkan tarikh tuk hantar rombongan meminang ke rumah ku hikhikhik **simpul2 malu (^^___) #blushing

Tepat jam 2 petang pada 21/12/2014 rombongan keluarga En.MZ telah tiba ke rumah ku dengan membawa 7 dulang hantaran dan dengan membawa hajat besar, sebesar padang lapangan kapal terbang KLIA 2 hehe~~~ 

Rombongan sebelah lelaki

Yang ni pun sebelah lelaki jugak termasuk la orang yang pakai baju oren tuh hehe

Orang kat luar tengah berbincang sakan, yang kat dalam bilik nih pun sakan jugak... Jantung nih duk berdegup sakan dup dap dup dap.... hukhukhuk~~

 

 

 
 

Selesai sesi perbincangan, aku diarahkan tuk keluar dari bilik dan berjumpa dengan ahli keluarga En.MZ, fuh lagi kencang jantung aku berkerja tak tentu arah dah rasa nih.... Dalam badan rasa panas tapi tangan kaki semua sejuk seram sejuk jadinyer.... Dah la orang kat luar tu ramai giler duk nak nengok aku hukhukhuk...Rasa nak jerit 'En.MZ tolong lah!!!!!'

 

Sesi salam menyalam ahli keluarga dah... Tiba la masa sesi menyarung cincin hehe.....
 

 
 

 
  
Lepas cincin selamat berada di jari manis ku, rombongan pun dijamu dengan lauk pauk dari Terengganu hehe...Orang Singapore dijamu lauk Terengganu naseb baik lah diorang semua ok Alhamdulillah~~


Hantaran dari si dia tuk aku
Hantaran sebelah lelaki 7 dulang

Hantaran dari aku khas tuk si dia *wink wink (~_^)
Berbalas 9 dulang dari Hantaran sebelah aku

Bersama-sama 'tulang belakang' ku di Majlis pertunangan ku Muah!!! Terima kasih korang semua tiada kata tiada rasa tiada perlakuan yang mampu membalas jasa korang TQ TQ TQ (^_^)

 
TeaserMyE-DAY
Niat hati nak beroutdoor la konon, sekali hujan turun mencurah-curah ke bumi.....Terpaksa la postpone outdoor ke hari lain hehehe~~

 
اَلْحَمْدُلِلّهِ
Selesai sudah Majlis Pertunangan ku
Tanggal 21 Disember 2014 kini sah la dirimu telah mengikat diriku 
InsyaAllah kita bakal disatukan pada tahun hadapan اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
 

 One Step Closer
Waiting 2015 (^_^)V)
**dah lama ku menunggu saat-saat indah begini huhu

Iklan Untuk di'Klik'

Copyright© All Rights Reserved zuhafizz-cintahatiku.blogspot.com