Perjalanan hidup Kami ~~~

Daisypath Friendship tickers

One Step Closer

Daisypath Anniversary tickers

Ikatan Cinta Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, 31 July 2014

Raya kami ^^, 2014 #1


"Gembiranya bila mendengar berita
Jika terlupa hendak berbuka puasa
Esok hari raya
Esok hari raya
Esok hari raya
Esok hari raya
Esok hari raya"
 

Bila dengar je pengumuman hari raya tu, mula la masing2 sibuk wat persiapan.... Persiapan diri semua dah buat, ni persiapan rumah lak... Kemas rumah, sapu sawang, lap habuk, pasang langsir dan sorok barang2 yang menyemakkan mata huhuhu sorok menyorok tu harus buat nanti bila time nak cari menggelabah tak hingat kat mana dah di sorok huhuhu~~~ (^_^)v)

Nak isi kuih raya
Nak isi kuih raya

Aktiviti masuk2 kuih raya dalam balang pagi2 raya pertama aku masukkan, sebelum orang lain bangun sebelum gi solat sunat raya tu memang dah jadi tugas aku....... Sambil2 teman mak memasak juadah raya tu, aku mulakan la tugas rasmi aku tu huhu

Bila adik beradik dah datang rumah, kebiasaannya kiteorang akan makan juadah hari raya pastu salam2 hari raya & nangis2 (T_T) sebelum gi solat sunat Aidilfitri.... Tu pun tengok keadaan keliatan bangun pagi dan kecepatan masing-masing... Lau masing2 lambat maknanyer kenala gi solat sunat dulu, yang lain tu lepas solat la baru buat.....

Salam salam hari raya
Bila la time ni mesti semua mengalirkan airmata, rasa tak tertanggung dosa yang telah dibuat Walaupun rasa taknak nangis tapi bila dah bersalam tu tertumpah jua airmata tu hukhukhuk (T_T)

Tahun ni masing2 lambat bangun sebab semalamnyer tak tido kemas rumah, lambat bersiap, lambat makan, boleh kata serbe serbi lambat la... So, kiteorang gi solat sunat dulu balik dari tu baru makan dan salam2 raya.... (^_^)v)

Dak Anip dengan duit rayenye
Hensem sungguh anak teruna sedara aku sorang nih
Masih belom ada lagi yang mencantas kedudukannya sebagai cucu lelaki sorang dalam keluarga aku huhu
Senang pulak nak amik gambo dia, selalunye susah yang amat (^^_)


My Family member's
Tahun ni masing2 raya umah mak mertua masing2

Tahun depan aku pulak eh eh eh (^_^)V)

Lepas makan, adik beradik aku yang dah kawen ke rumah mak mertua masing2 sebab giliran sebelah sana tahun ni.... So, kiteorang yang belum kawen ni buat projek sendiri la takkan duk umah jer kan bosan lah (~_~) Kiteorang pun kuar beraya jugak huhuhu........

Happy Feet (^_^)v)

Gi raya umah terdekat jer ada la dalam 2, 3 buah rumah, sebab ramai yang call nak datang rumah...... Jadi, selesai beraya rumah terdekat kiteorang pun duk umah jer lah tunggu orang datang beraya.....

Antara tetamu yang datang raya kat rumah
En MZ dan kengkawannya
En.MZ memang akan datang raya rumah raya pertama nak nak tahun ni raya ke2 dia dah raya kat Singapore tinggallah aku hukhukhuk (T_T)

Sedara mara datang beraya (^^,)

Alhamdulillah, 
Selesai raya pertama, sampai ke malam orang datang rumah... Puas hati mak masak banyak2 sebab ramai yang datang.... Muka mak senyum je manjang sebab ramai duk puji rumah dia cantek huhuhu..... Makin lebar la senyuman mak, tak sia sia persiapan beratus kali kan mak? huhuhu (^^_)

Keesokan harinya~~~~

Jom beraya
Shah Alam!! Peace yooo!!!

Keesokkan harinya dah ada janji dengan makcik sedara kat Shah Alam tuk gi beraya rumah dia.... Jadi, pagi2 lagi kiteorang dah merentasi highway Plus tuk ker Shah Alam..... Ke Shah Alam ke Kita?

Keadaan highway Plus raya ke2
Jem sebelah Seremban-Melaka, sebelah kami ok lagi Alhamdulillah

Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah

Mercu tanda Shah Alam

Oleh sebab awal2 pagi dah gerak ke Shah Alam, dah tentu mak tak masak.... Mak tak masak bermakna kitaorang tak sarapan pape pun lagi..... So alang kepalang dah sampai Shah Alam kiteorang ke Seksyen, situ ada banyak restoran.....


Dalam banyak2 restoran yang ada kat Seksyen 7 tu, sini jugak menjadi pilihan mereka.... Abang aku cakap kakak ipar aku dah lama teringin nak makan Subway.... Oooo Ok lah lagipun Subway ade kat sini jer.... Boleh la Boleh la Subway pun Subway lah (^_^)v)


 
Alhamdulillah selesai sarapan......
Ni aku nak cite kat korang, kat Seksyen 7 tu kan ada Laman seni tau... Cantik2 lukisan kat situ, aku pun apa lagi tak lepaskan peluang lah..... Dah nama pun 'Hantu Camera' kan huhuhu


 


 

Niat hati nak bergambo dengan adik aku jer, pergi berdua je lah mana tahu dieorang pun berminat so lama la jugak kiteorang kat situ... Sebab masing2 tak lepaskan peluang nak bergambo kat laman seni tu.... Selesai je bergambo sakan, kiteorang pun gerak ke rumah makcik....... Dah janji kan, kan orang tunggu lak huhu

Bergambo kenang kenangan rumah makcik aku
Dia sorang je nak bergambo ahli keluarganyer yang lain pemalu huhuhu

Alhamdulillah selesai raya ke2 kami,
Esok esok dan esok raya lagi kan huhuhu jadi nantikan Raya Kami part 2 hehe (^_^)v) Peace!

Raya Kami 2014 ^^,
Kekurangan sorang dalam family aku, angah aku (anak ke2) sebab beraya rumah mak mertua nya
Yang ni pulak keluarga En.MZ
Pun sama jugak kekurangan sorang ahli keluarganya (anak ke2 jugak) sebab beraya umah mak mertua
Pic curik kat Fb huhuhu Jgn mara ha (^_^)v)

Akan bersambung.........................

Sunday, 27 July 2014

Selamat Hari Raya AIDILFITRI #Syawal 1435H


Selamat Hari Raya AIDILFITRI
Syawal 1435H

Ni VERSI Lelaki

Yang ni pulak VERSI Wanita
*Wanita kan haruslah sweet2 gitew hu hu huk




Malam ni teropong anak bulan
Lau nampak esok kite raya lah (^^,)v)

Ok sebelum dengar pengumuman raya malam ni, kalau dah tahu kan esok raye.....
Ikut kalendar Esok, Isnin 28 Julai 2014 bersamaan 1 Syawal 1435H
Esok 1 Syawal, maknanya esok raya lah Yeeppiii!!! (^^,)/

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh keluarga, sanak saudara, sahabat handai, rakan taulan, kawan2, friends, pembaca, stalkers, admirers, haters dan sesiapa yang tidak tergolong di sini ucapan ikhlas dari Zuhafizz......  Selamat Ari Aye (^_^)v) **hati2 dijalan raya tak lari kampung dikejar ok

#28Ramadhan 1435H Iftar bersama-sama


#28Ramadhan 1435H
Pejam celik pejam celik dah masuk puasa yang ke 28 dah kita........ Alhmdulillah diberi kesempatan InsyaAllah esok lusa dah masuk bulan Syawal iaitu raya..... Kejap sangat Ramadhan tahun nih kan (T_T) Bagaikan tak sempat nak buat pape, terkejar kejar dibuatnyer... tak rasa masa berlalu Ramadhan pun dah hampir nak meninggalkan kita.... Entah masih sempat nak rasa Ramadhan tahun depan (T____T)

Dah masuk Ramadhan ke28 baru lah berkesempatan nak berbuka bersama keluarga EN.MZ dan kengkawan sekolah.... Yang mana satu?? Berbuka bersama keluarga En.MZ ke? Dengan kengkawan sekolah? Jawapannya kedua-dua nya sekali... Ni semua rancangan En.MZ la, wat sekali arung senang jimat masa katenyer... Ikut je lah janji dapat berbuka (^_^)v)

Dah si perancangnyer bagi buat plan begitu aku ikutkan jer lah, naseb baik lah family En.MZ ni memang jenis yang sporting.... huhuhu~

Jom berIftar bersama-sama (^_^)v)

Kami dah datang hahahahaha~~

Ok, snap gambo meja kiteorang takde keje
En perancang program yang tempah (^_^)v) huhu

Pape pun snap pic dulu sebelum kedatangan makanan
Nanti dah makan masing2 mesti tak mo bergambo dah sebab kekenyangan huhu
Yang sebelah kiri family En.MZ yang sebelah kanan lak kawan2 sekolah, Pandai tak kiteorang atur??? huhu (^^,)

Pegi time sekarang ni memang la semua kedai penuh, orang dah malas nak masak kat umah... Kebanyakkannya, ajak makan berbuka kat luar jer... Naseb baik la si perancang ni bijak laksana.... Sempat die wat tempahan meja dan menu dahulu, itu pun dapat meja kul 8.30malam... Cube kiteorang datang walk-in jer..... Memang menangis tepi restaurant tu lah hukhukhuk (T____T)

Makanan tak sampai lagi? Snap pic sudu takde keje jugak =P

Ok Makanan dah sampai Pon pon pon

Yang ni menu aku Nyum Nyum Nyum
Menu utama sama iaitu ayam tapi side dish yang berbeza beza huhu

Kami
Aku dgn BFF dan BFFEA
Yang lain sibuk mentelaah makanan huhu

Geng Iftar KG
Yang ni pic selepas makan
Nampak tak muka kegembiraan dan kelayuan mata masing masing huhu

Alhamdulillah...... Selesai berIftar bersama-sama, dapat jugak kiteorang gathering bersama.... Agak2 tahun depan dapat macam ni lagi tak?? (^^,) Jeng jeng jeng 

Ups lupe nak cakap
TQ En.MZ saya :-*

Saturday, 26 July 2014

Meniti Ramadhan terakhir (T_T)


Dalam kegembiraan nak sambut hari raya tetibe rase sayu lak mengenangkan Ramadhan akan pergi meninggalkan kita..... Adakah kita sempat bertemu Ramadhan yang akan datang?? Allahu A`lam


Mari meniti Ramadhan yang terakhir (T_T)



اِ Ù†ْ Ø´َØ¢ Ø¡َ اللّÙ‡ُ

Yeah!!! Berusaha dan terus berusaha InsyaAllah~~

Selamat tinggal Ramadhan
Semoga kita berjumpa lagi
Semoga kita berjodoh lagi
Semoga amalan ku diterima di sisi Nya
Aamminnn~~~
 
Ha, Ni muka2 ceria orang yang nak balik KG cuti raya 10hari
Gambar ni diambil oleh orang2 ceria hari terakhir berkerja sebelum cuti raya yang panjang huhu
Selamat pulang ke KG yer (^_^) hati2 dalam perjalanan

Friday, 25 July 2014

Menu berbuka (^_^)v)


Menu berbuka aku sepanjang 3 minggu berpuasa (^_^)v)

Biar gambar yang berbicara~~~
hahahaha (^O^)

 

 


 


 

 

 


 

 





Tengok pada menu2 tu korang dah tahu kan mana satu berbuka di KG dan mana satu berbuka bujang hahahahaha.... Of coz la yang simple tu yang bujang =P

**Menu korang macam mana??? Menu korang lagi gempak2 yer tak, aku bujang ni je lah menu aku (~_~) Dah kawen nanti kena ubah kot kalau aku kekalkan mau tinggal tulang suami aku hahahahaha~~~

Meniti saki baki Ramadhan sebagai orang bujang eh eh eh (^^_)

Iklan Untuk di'Klik'

Copyright© All Rights Reserved zuhafizz-cintahatiku.blogspot.com