Perjalanan hidup Kami ~~~

Daisypath Friendship tickers

One Step Closer

Daisypath Anniversary tickers

Ikatan Cinta Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, 13 July 2014

Persiapan raya #Part2


Persiapan raya Part yang ke 2

Kali ni persiapan lebih rapi dibuat oleh mak dan kakak ku....... Hari tu aku je yang shopping kali nih teman mak dan kakak aku lak...... Bila turn mak aku shopping aku lak jadi seram sejuk nih huhuhu~~~

Jom Shopping!!!!

Kiteorang gi Shah Alam hari tu kebetulan pegi mengambik si bongsu tu bawak balik ke kampung.... Untuk jadi anak bongsu ni kan, pegi U orang hantar nak balik kampung berambik hu untung untung (~_~)

Datang ke sini lagi (^_^)v)
Kali ni bawak banker bersama hohoho~~

Bila dah alang berada di Shah Alam tu, mak pun ngajak gi butik Fareeda *agaknyer mak aku duk geram je aku duk bercerita aku beli tudung fareeda patern baru hahahaha....... Selesai membeli belah di butik Fareeda kiteorang pun bergerak ke GM Klang, ade barang lagi yang mak aku nak beli fuh fuh serammm...... Masuk GM punyer lah ramai orang sampai tak nampak kedai, sesak yang teramat sesak sampai kedai yang aku nak cari pun tak jumpa2 sosat ehhh (~_~)

GM Klang
Fuh, dah lama tak ke sini sampai sosat den (~_~)

Shopping time!!
Korang je lah yang shopping aku tengok jer, duit tak mo keluar dari poket hehe~~~

Bila dah sesak-sesak gitu, takde makne lah aku nak shoppingyer, mood shopping tah melayang ke mana mak aku tengok pun tak mood nak berjalan..... Abang aku jer yang terlebeh2 excited, dapat la dia baju melayu sepasang sorang dengan anak die, cukup lah tu dari balik dengan tangan kosong kannn....

Anip dan Bumblebee
Ni bahagian die, lau gi mana2 tak sah lau tak mintak bahagian ade je benda yang dia nak bawak balik huh!

Yang ni pulak bahagian Mia
Pun sama jugak dengan abang dia, ade je yang die nak beli...... Dia la yang paling hebat bershopping, dalam plastik bag kat tangan Olaf tu dan yang melekat kat mata tu semua dia mintak (~_~) Kopak la mak pak die huhu

Selesai aktiviti kat GM jam pun dah kul 6lbh, kiteorang pun bergerak ke tempat tuk berbuka.... Abang aku dah tempat meja kat restaurant tu...... Restaurant mana lagi yang dia tahu kat Shah Alam ni, restaurant kawan die lah, yang kat Seksyen 15 tu Ikan Bakar Tanjung Lumpur (^^,)

Dah sampai tempat tuk berbuka puasa
Tapi waktu berbuka lambat lagi ade la lagi 1 jam 30 min, lepak kat keta je la

Nama tuk tempahan
Pakai nama je bayarnyer orang lain huhu

Menu berbuka Nyum Nyum Nyum
Naseb baik orang yang tempah ni pandai pilih menu huhu

Menu berbuka kami............dgn lebih terperinci huhu

Alhamdulillah selesai berbuka
Dah kenyang baru la ade mood bergambo (^_^)v) muka2 kenyang

Selesai je berbuka kiteorang pun bergerak balik......... Bruupppp Alhamdulillah, kenyang dapat, seronok dapat, barang beli pun dapat, duit habes dapat, penat pun dapat... in pakej sekali huhuhu~~~

Jom tengok barang yang dibeli + kopak duit (~_~)

#

#

#

#

#

#

#

#

#


Taaadddaaaa~~~
Mak, along dan aku beli Fareeda patern baru Nour Sara ooouuuuu (^^,) Tak saba nak pakai raye nih hikhikhik


Mak aku pun dah terjebak dengan Fareeda (^_^)v) hahahaha..... Siap bagi warning  kataku lagi 'Dah pasni jangan ajak2 mak gi Fareeda lagi dah' Erkkk sapa yang ajak aku ke mak?? Confused jap (~_~)

**tudung dah beli, baju raya sedondon tak dapat lagi ni mak.........toloooonggggg!!!!!

No comments:

Post a Comment

Iklan Untuk di'Klik'

Copyright© All Rights Reserved zuhafizz-cintahatiku.blogspot.com