Perjalanan hidup Kami ~~~

Daisypath Friendship tickers

One Step Closer

Daisypath Anniversary tickers

Ikatan Cinta Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, 31 July 2012

iFTAR Ramadhan ~~~

Mase belajar dulu aku tak pernah tahu makna iftar tu ape....Yang aku tahu tiap2 hari dalam bulan ramadhan aku akan berbuke puase bersama kawan-kawan....  Dh bekerja ni baru la aku didedahkan dengan perkataan iftar tu... Sekarang ni barula aku tahu, maksud iftar adalah makan petang untuk berbuka puasa apabila terbenamnya matahari di bulan Ramadhan atau lebih ringkas dikenali sebagai berbuka puasa je la...

Setiap kali tiba bulan Ramadhan perkataan iftar ni agak famous dan sentiasa meniti di bibir2 orang di sekeliling kite.... Tapi kebiasaannyer orang gunekan perkataan tu bila nk wat majlis-majlis berbuka puasa... Mungkin lebih sedap didengar dan lebih glamour... huhuhuhuhu ~~~

Semalam, buat pertama kali dalam bulan Ramadhan tahun ni aku dan kengkawan wat majlis Iftar Ramadhan di Red Wok Steamboat, Bangi...  Walaupun semalam baru je 10 Ramadhan, kiteorang terpaksa jugak buat atas faktor2 yang tertentu... Pada kebiasaannya, kiteorang akan wat majlis iftar Ramadhan ni bile nk last2 puasa... Memandangkan tahun ni bile nk dekat2 raye nanti ramai yang dah takde kat office, dah balik ke kampung masing-masing... Almaklumla, dieorang dapat cuti awal la katekan.... Kesian orang yang tak dapat cuti awal macam aku ni... hukhukhukhuk~~~

Sebenarnya tempat Red Wok tu aku yang cadangkan pada asalnya... Sebabnya, tempat makan yang aku tahu tempat tu je... Kalau2 buffet-buffet Ramadhan yang lain, aku tak bape nak tahu sangat... Maklumla tk pernah makan buffet Ramadhan kt sini ... Kat kampung tu pernah la, tu pun selalu kt Hotel Seri Malaysia je.... huhuhuhuhu ~~~ Bile aku cadangkan je tempat makan kt situ, ramai lak yang bersetuju... hihiihihihi *aku memain je, lau tk sedap jangan marah ha... citerase kita semua kan lain-lain.....

Bile sampai je tempat berbuke tu, alamak penuh giler tempat parking terpaksa la aku parking kt luar-luar, kt tepi-tepi rumah orang... Tk kisah la janji dapat makan... huhuhuhuhu ~~~ Dah sedia maklum la, kalau tempat parking dah penuh, orangnyer dah tentu la ramai... Nasib baik kiteorang dah booking table awal-awal... Dalam hati dah mula berkata-kata ' Ala tk best la macam ni... kene berebut-rebut, mood aku dh mule down nih '

Sebaik sahaja azan berkumandang seorang daripada kiteorang lead bacaan doa... TIbe2..... tik tik tik ~~~ Dapur tempat steamboat aku tk nak nyala api la pulak.... Panggil la pelayan restoran tu... Rupe-rupenyer gas dah habis, kene la tukar gas yang baru ... * ala...time-time macam ni la dia dah nak habis... tempat aku lak tuh... huhuhuhu ~~~

Aku jamah ala kadar je dulu sebab takut nk solat tk larat nak bawak perut... Kang tk pasal-pasal kene wat solat duduk lak... huhuhuhuhu ~~~ Selesai je solat maghrib aku sambung lagi masak steamboat lagi... dan sambung makan....Aku tengok sekeliling aku, dieorang dah menyandar dah... Aik aku sorang je yg tak berhenti-henti lagi, tak kan dah surrender awal kot.... hihihihihi ~~~ Dieorang pun pelik macam mane aku leh sumbat lagi makanan sedangkan dieorang dah tak boleh masuk dah... Mana taknyer sebelum solat tadi mane aku makan sangat, sibuk duk tengah masak je... *sekarang time aku la pulak makan, korang tengok je tau... huhuhuhuhu ~~~~

Overall, bagi aku la boleh je nak wat iftar Ramadhan kt Red Wok ni tapi kena amik pakej sekali dengan grill sebab kalau amik steamboat je, nanti korang muak nak makan... Kalau ada grill tu sedap sikit...

Pakej Steamboat
Dewasa-   RM28
Kanak-kanak – RM17
Korean Sizzling Steamboat
Dewasa  -    RM33
Kanak-kanak– RM21
Kanak-kanak ketinggian 99cm ke bawah adalah  PERCUMA

* semalam kan kuah steamboat tomyam agak masin la... msti orang yang buat kuah tomyam tu puasa tu yang dia tk dapat nak rase....

Kalau nak tahu Red Wok Steamboat ni kat mana... Dia terletak kat sek 7 Bangi.... Selepas keluar tol Bangi, bulatan pertama, kedua dan ketiga amik pukul 12, lampu isyarat seterusnya, straight.... Restoran  tu terletak di sebelah kanan korang... So, dipersimpangan korang kene la wat U-turn... Warna kedai tu macam warna McD, merah hitam... Ok.... Selamat Beriftar ~~~


Psst : Terase sangat seronok beriftar Ramadhan semalam dengan korang... Kalau lagi ramai join lagi fun + meriah.... Tahun depan, InsyaAllah kite wat lagi yer tapi cukup2 la tu wat kt Steamboat... Dah 2 tahun berturut-turut Iftar kt Steamboat... Kite wat kt lain lak yer... So, dari sekarang mule search kedai makan yang best2... huhuhuhu ~~~

Thursday, 26 July 2012

~ Solat Terawih ~

Alhamdulillah, hari ni genap 5 1/2 hari kite berpuasa...Kenapa 5 1/2 hari, sebab hari ni nyer br je setengah hari berpuase... Lm berbuke lagi.... hihiihihihi ~~~ Mcm sekejap je mase berlalu kn, pejam celik pejam celik dh tinggal lagi 23 hari Ramadhan bakal meninggalkan kite....

5 1/2 hari dh kite berpuase bermakna dh genap 6 hari kite bersolat terawih.... Setakat ni, Alhamdulillah dengan izin-Nya aku berkesempatan mengerjakan solat terawih 6 hari berturut-turut... Takde tinggal2 lagi.... Alhamdulillah ~~~ Mase akan datang aku tk tahu la lagi, biase la kan orang perempuan ni, ade mase tk diizinkan....

Ok la, nk cerita pasal solat terawih... Mase dikampung aku solat terawih di surau taman rumah aku.... Kt situ wat 8 rakaat je ditambah dengan witir 3 rakaat jadi la 11 rakaat... Kt sini aku bersolat kt masjid dekat dengan rumah aku, masjid akan wat 20 rakaat, ditambah dengan witir 3 rakaat jadi 23 rakaat.... Tapi fenomena biase yang kite akan rase bile solat terawih kt masjid ni, bile selesai rakaat ke 8 je, masing-masing dh angkat punggung keluar sampaikan tk sempat nk tunggu doa... tinggallah beberapa saff jemaah yang meneruskan sehingga rakaat yang ke 20....

Lagi satu fenomena yang kite akan rase dan lihat bile dh hujung-hujung Ramadhan... Surau-surau dan masjid akan kekeringan jemaah, dan shopping2 complex akan kepenuhan umat manusia... Ape lagi jika tidak kerana persiapan raye.... Alangkah ruginyer jike kite tahu betape besarnyer fadhilat Solat Terawih yang kite sengaja tinggalkan....(Alhamdulillah aku dh wat persiapan raye awal2, tk de la nk berebut-rebut parking kt shopping complex... huhuhuhuhu ~~~ Tk nk pikir dh pasal baju raye ke, pasal kasut ke dan lain-lain... fokus2... hihihihihi ~~~~)

Kat sini aku nk kongsi sikit mengenai Fadhilat Solat Terawih... Bukan la untuk tunjuk baik atau alim, cume untuk renungan bersama dan pengingatan untuk diri sendiri.... Mengingat dan mengingati itu kan adalah tanggungjawab bersama....


      Kelebihan Solat Terawih
              1. Malam Pertama
            Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.
      
             2. Malam Kedua
           Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, 
                 serta dosa-dosa kedua ibubapanya. 
    
             3. Malam Ketiga
          Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat
                Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan
                mengampunkan dosa-dosa mereka.

             4. Malam Keempat
           Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana
                 pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil
                 dan Al-Quran.
  
             5. Malam Kelima
           Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang
                 mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.
  
             6. Malam Keenam 
            Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat
            malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk
                 keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.
  
             7. Malam Ketujuh
           Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu
                 menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.
  
             8. Malam Kelapan
           Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala
                 yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
  
             9.  Malam Kesembilan
            Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti 
                  Nabi Muhammad s.a.w.
  
              10.  Malam Kesepuluh
              Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

              11.  Malam Kesebelas 
        Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan. 

12.   Malam Keduabelas 
        Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13.  Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14.  Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15.  Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16.  Malam Keenambelas 
        Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17.  Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18.  Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19.  Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20.  Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.
        
            21.  Malam Keduapuluh satu
             Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat
                   dari cahaya.

22.  Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23.  Malam Keduapuluh tiga 
       Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24.  Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25.  Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26.  Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27.  Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28.  Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29.  Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30.  Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.
  
Oleh itu, sama-sama la kite meningkatkan mutu diri ke arah yang lebih baik... InsyaAllah.... Akhir kata untuk entri kali ni Renung-renungkan dan Selamat beramal... Selamat berterawih malam ni....

Psst : Hati tengah risau macam mana nak balik ke kampung raye ni... Kakak dan aku tak dapat cuti sebelum raye.... Kalau balik pun mungkin sehari sebelum raye....ikut perkiraan, aku sekeluarge akan sampai kampung mak pagi2 raye... Ohh tidak, orang bersolat sunat raye kiteorang dalam perjalanan lagi.... Hurrmmm ~~~

Monday, 23 July 2012

Ramadhan Datang Lagiiiii ~~~~

 Yeah.... Ramadhan menjelma lagi.... Seronoknyer ~~~ Syukur dapat sambut Ramadhan tahun ni....  Tahun ni first Ramadhan jatuh hari Sabtu... Maknanye jatuh pada hari cuti bekerja... Kirenye dapat la aku first berbuka puasa dengan family... Sepanjang aku belajar dan bekerja, ni la tahun pertama dapat pertama puasa dengan family... Tahun-tahun sebelumnyer tk dapat sebab first puasa jatuh pada hari bekerja....

Oleh disebabkan cuti, so tahun ni aku putuskan untuk balik ke kampung sambut pertama Ramadhan bersama-sama keluarga tercinta... hihihihihi ~~~ Aku ni dikirakan beruntung jugak sebab kampung aku dengan tempat kerja dekat je, dalam 1 jam setengah dah sampai... Tetibe rase kesian kt kawan2 aku yang kampungnyer jauh.... Cuti sekejap2 mesti tk dapat balik.... Jadi aku gunakan kesempatan yang aku ada ni untuk balik ke kampung tiap2 minggu.... Supaya dapat la aku berbuka dengan family walaupun hanya pada hujung minggu....

Ok, nk cerita pasal first Ramadhan hari tu.... Macam tahun2 sudah first Ramadhan mak aku akan masak yang sedap2, menu yang jarang dimasak pada hari2 biasa.... Contoh menu yang biase mak aku akan masak macam bubur lambuk Terengganu, laksa Terengganu, mee lidi, ikan bakar, ikan percik dan macam2 lagi la lau nk ceritakan penuh la entri ni dengan menu berbuke je... huhuhuhuhu ~~~

Oleh disebabkan, aku teruja sangat nak berbuka, satu keping gambar pun aku tak de snap... So, tak de la picture untuk entri ni... hihihihihi ~~~

Akhir kata untuk entri Ramadhan Datang Lagiiiiii.... Aku nak ucapkan Selamat Menyambut bulan Ramadhan dan Selamat Menjalani Ibadah Puasa... Semoga Ramadhan tahun ni dapat dilaksanakan dengan penuh berkat... Aminnn ~~~

Wednesday, 18 July 2012

Sambut Birthday, itu WAJIB ke??

Baru-baru ni, kirenyer tu tk de la lame sgt..... Baru je semalam aku & member2 opis adakan satu majlis makan2 sempena sambut birthday 2 orang rakan sekerja kiteorang... Tk de la sambut besar-besaran, sekadar makan sarapan pagi beramai-ramai....

Cerita mengenai sambutan birthday ni, ada orang tanye aku.... Wajib ke sambut birthday ni?? Sebabnyer, setiap kali birthday kawan-kawan aku akan cube sambut... Itu pun kalau kena pada masa dan tariknyer... Nk cakap wajib sambut tu tk de la, tapi apa salahnyer hanya sedikit ingatan tulus ikhlas kite kepada seseorang... Mengembirakan orang tu kan perbuatan yang baik.... Kte akan rase bahagia bila tengok orang sekeliling kite gembire.....

Ada yang cakap, sambut birthday ni macam mengikut budaya luar..... Bagi pendapat aku la kan, simple je.... Sambut birthday ni bergantung kepada niat seseorang.... Kalau  niatnye tk kena, tk kena la perbuatan tu.... Kalau niatnyer baik + suci maka perbuatan tu pun baik + suci la jugak.... Kalau perbuatan tidak disertakan niat, perbuatan tk kn jadi kn.... So, itu la teori yang aku pegang....

Birthday girls ~~~
Ok, berbalik kepada cerita sambutan birthday kt tempat kerja aku.... Kiteorang sambut birthday dieorang yang lahir bulan Julai... sorang birthday 5 Julai, orang lagi birthday 12 Julai.... Oleh disebabkan tarikh dieorang dekat2 jadi kiteorang sekali sambut je, senang.... Lagipun bukan ape, niat nk balas balik sebab birthday aku hari tu dieorang2 ni sambut.... Ape salahnyer, secebis ingatan tulus ikhlas dari aku untuk dieorang... hihihihihi ~~~

Jadi di sini, aku hanya boleh cakap yang sambutan birthday tu tk la diwajibkan... Tapi ikutla keperluan dan kemampuan.... Janganla sambut berlebih-lebihan, bile dh membazir tu yang jadi tk elok.... Membazir tu kan amalan syaitan.... Jangan nk jadi sahabat syaitan, mintak dijauhkan benda2 macam ni.... ok...
Kepada yang sambut birthday bulai Julai dan bulan2 sebelumnyer, tidak terlambat kirenyer aku nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Lahir....

Hadiah tk seberapa dari aku untuk birthday giris.... *siapkan sampai kul 2pg....hihihihihi~~

Tuesday, 17 July 2012

~The Amazing SPIDERMAN ~

Fuh, tengok poster pun dh smart... cite for sure r lagi smart....Sebenarnyer cite ni dh lame dh kt panggung, aku je yang baru berkesempatan tengok semalam.... huhuhuhuhu ~~~ Mane tk nyer, nk tengok awal2 memang tk dapat la.... Asyik full je, dengan waktu kerja yang tk menentu lagi..... Tk pe la, janji dah dapat tengok dh....

Permulaan cite ni, aku ingatkan kesinambungan dari spiderman yang lepas-lepas... Rupe-rupenyer tk pun, sebab menurut kate En. MZ, spiderman ni dari komik marvel yang kedua tk de kena mengena pun dengan spiderman yang sebelum ni.... (Oooo, patutla mule cite dari die kecik lagi....baru faham ~~~)
Spiderman yang sebelum ni, die kena gigit dengan spider betul then jadi spiderman siap ade web semulajadi.... Yang ni, die kena gigit dengan spider jugak, tapi spider yang telah di'mutan'kan... Tk de web sendiri, die cipta web then pakai macam gadget sebagai senjata, web ciptaan namenyer....

Pertengahan cite aku dh mule rase mcm tengok cite komedi lak, bukan cite action..... Banyak sense of humor dlm cite ni, memang kelakar habis la... Nak2 part mase die nk tangkap penjenayah yang bunuh pakcik die... Part yang die tangkap pencuri kereta yang die sangka pembunuh pakcik die (sape yang tengok mesti dh tau part yang mane... kelakar kn??? hihihihihihi ~~~ ) Walaupun lawak, tapi still smart....*Thumb up*

Mase tibe kemuncak cerita, baru rase macam tengok cite action.... Time die lawan dengan cicak gergasi.... (Eeee.... Cicak.... Dah la aku ni tk leh tengok cicak, sebabkan cite ni aku terpakse tahan nk muntah... Nasib baik tk termuntah kt orang sebelah.... hihihihihihi ~~~ )

Overall, aku bagi cerita ni 9.9/10.... Memang mantap r tapi tk leh la bagi markah penuh, kalau markah penuh tu dh terlalu perfect tk de kelemahan langsung.... Cerite ni still ade kelemahan walaupun sikit, tipu la kalau cakap tk de langsung kn... Tapi memang tk rugi kalau pegi tengok, tengok 2, 3 kali pun tk pe... hihihihihi~~~
Selamat menonton The Amazing Spiderman *nama pun dh amazing, memang amazing r....

Saya dah, Anda dah??? hihihihhihi ~~~

Monday, 16 July 2012

Selamat Bertunang ~~~

Ucapan diatas sebenarnyer untuk sahabat karib aku, yang telah selamat ditunangkan semalam 15 Julai 2012, tepat kul 2ptg.... bkn untuk aku tau.... hihihihihihi ~~~~

Majlis dimulakan dengan wakil sebelah pihak lelaki, memberitahu hajat kedatangan.... Kalau diikutkan adat kite mase bertunang setiap wakil akan berbalas-balas pantun... Tapi, oleh disebabkan kawan aku bertunang dgn orang dr kepulauan borneo... Adat pantun menantun ni tidak diteruskan, takut2 sebelah pihak lagi berpeluh-peluh nk menjawab.... huhuhuhuhu ~~~

Hasil perbincangan kedua2 belah pihak, kawan aku akan mengikat tali pertunangan selama setahun hidup... Maksud setahun hidup tu mcam kalau dh ada duit dlm mase terdekat, majlis terus boleh langsung, tk yah tunggu setahun genap.... Hai. nmpak gayenyer tahun depan kawan baik aku akan jadi isteri orang... huhuhuhuhu ~~~

Selesai je perbincangan, acara menyarung cincin diteruskan oleh mak pihak lelaki... Kelas ko jah, cincin kau... huhuhuhuhu~~~

Semalam dr pagi sampai ke malam aku dan En. MZ kt umah kawan aku tu, penatnyer tk yah kire r... Balik je terus pengsan... Tu baru majlis bertunang, tk tau la lau majlis kahwin mau 3 hari 2 malam aku kt umah die... hahahahaha ~~~


Psst : Buat kawanku, ape2 pun majlis kau memang kelas la... nk wat kecik2, tapi jd besar-besaran...hahahahaha... Tk rase terlambat, aku nk ucapkan Selamat Bertunang... Semoga jodoh korang akan sampai ke jinjang pelamin... Amin~~~ Tahniah aku ucapkan.... Majlis korang nnti aku cop nk jadi flower girl... hihihihihi~~~~

Thursday, 12 July 2012

Bile aku di 'Interview'

Semalam aku gi interview kt PPUKM, Cheras KL... Rase takut plus cuak tu Allah je yg tahu... Nk gambarkan perasan aku time tu pun aku tak tahu mcm mne.... Sepanjang perjalanan aku ke sane aku diam je... Bkn ape, dlm diam2 aku tu aku tgh ingat ape yg dh dibace.. Lau tk bace kang, satu ape pun tk leh jawab... huhuhuhu~~~

Sebelum sampai PPUKM tu, aku singgah la rumah sewa aku dulu...
Saje nk rehat2 kn badan... Lagipun mase interview tu kul 2petang, sempat lagi nk lurus-luruskan kaki... Tibe2 tengah aku syok2 tgk tv, henset aku berbunyi....

Guy : Hello, cik dtg tk interview hari ni??
Me: Datang... interview tu kul 2 kn??
Guy : Memang la dlm surat kul 2 cik, tapi kiteorang awalkan..
mcm mne cik,smpat sampai sini dlm kul 1??
Me : Errr (smbil tgk jam.....jam menunjukkan kul 12.30)
Saye cube sampai awal....
Guy :Ok, cik jgn bwk laju2...
Me : Errrrr.....

Sampai je kt PPUKM tu tepat kul 1.30 ptg, tapi fhm2 je la dtg time waktu melawat... Parking sampai ke luar penuh... Disebabkan aku dh lewat aku drive kete trus ke pejabat pentadbiran... Tibe2 kena tahan dgn Pak Guard.....

Pak Guard : Nk gi mane yer?? kete tk leh parking kt dlm....
Me: Ada interview Encik.... Kt mne pejabat nyer??
Pak Guard : Pejabatnyer kt sini... tapi kete kne parking kt luar...
Tk pe turunkn yg nk interview dl...
Me : Errrr..... ( Masalah nyer aku yg nk diinterview.... kete aku kne bergerak sndiri gi parking ke??)

Selesai je dapat parking... Aku pun daftar untuk diinterview...Jantung ni mula la die nk wat hal, dup dap dup dap.... Mcm nk terkeluar rasenyer.... Selesai tandatangan kedatangan, aku pun bertnyer kt staf kaunter pendaftaran tu....

Me : Encik, no giliran saye no bpe??
Staf : No 12, nnti saye pggil no awak yer....
Me : Sekarang orang yang ke bape Encik??
Staf : 11...
Me : Errrrr....

Maknenyer aku tk smpat nk hilang penat r, jap lagi dh turn aku.... Fuh,tercunggap2 tk hilang lg.... Sebaik saje nombor aku dipanggil, aku msuk bilik interview.... Mule la dh start sejuk kaki tangan, muke pucat, suare pun tk nk kluar.... Tu simptom2 biase la yang aku alami.... huhuhuhu ~~~

Panel : Kenalkan secara ringkas tentang latar belakang diri kamu??
Me : Bla bla bla (simbol singkatan, sebab panjang sgt introduction diri aku.... huhuhuhu~~)
Panel : Ok, Apa jawatan tertinggi dlm UKM dan namenyer atau Raja dr negeri mane??
Me : Canselor... Raja dr Selangor...
Panel : Errrr... next question...
Me : Errrrr... ( slh ke? Sorry la Encik saye tk bace tntg tu.....huhuhuhu~~~)

Selesai diinterview, rase lega tu mcm dh buang seketul batu besar atas kepala, lepas tu jgk blh keluar suare kuat2.... Mase interview td tk nk lak kluar suare.... Interview tu makan mase 20 minit je, tapi aku nk menanggung kerisauan tu punyer la lame.... Sanggup tk mkn dr pagi, sebab tk de selere langsung nk mkn...
Sebenarnyer panjang lagi sesi interview tu tapi tu je antara soalan yang aku ingat, yg ln nth ape2 aku mengarut.... Aku rase panel pun pening dgr jawapan aku.....huhuhuhu~~~

Selesai je interview tu,perut dh lapar mintak diisi.... Ye r,tk mkn dr pagi kn... Oleh disebabkan terlalu lega... Aku drive sampai ke Shah Alam, semate- mate nk mkn udang penyet tasik Shah Alam.... Sanggup tuh... hahahahaha~~~

Nama Kedai Nasi penyet Tasik Shah Alam.... AL-SHOFWA ~~~

Nasi udang penyet Tasik Shah Alam, My favorite ~~~

Hari Penuhi Dengan Bunga-Bunga

Balik dr beli hadiah anak buah En. MZ ahad yang lepas, kami dh tk tahu nk gi mane.... Tibe2 En. MZ teringat kt Putrajaya ade wat Pesta bunga tk salah aku kt Persint 2... Sebenarnyer, kami pun tk tahu Persint 2 tu kt mne... Nasib baik ade GPS, tu pun nth mane hala GPS tu bwk kami.... Hihihihi~~~

Dengan hati yang tk percayekn GPS, kiteorang ikut je kete depan mane dieorang gi... Nasib baik kete yang kiteorang follow tu nk gi Pesta Bunga gak.... Lau tk wat malu jer.... huhuhuhuhuhu ~~~

Sampai je kt Pesta Bunga tu, parking for sure la susah... Untuk tidak berebut-rebut dengan orang ramai yang nk parking, kiteorang amik inisiatif parking jauh.... Ala, jalan jauh sikit ape ade hal....

Pintu masuk Pesta Bunga Putrajaya 2012


 
Sampai je kt situ,punye lak rmai manusia.... Sampaikan aku dapat tengok manusia je, bungenyer aku tk bpe nk nmpak.... Huhuhuhuhu~~~ Aku ni tk de la gemar sgt dgn bunga-bungaan ni (bukan minah bunge la katekan), tapi bile dapat tengok bunge2 kt situ rase teruja la pulak.... Hihihihi ~~~ Cantik bunge2 yg ade kt situ....





Tibe2 aku terpikir, mcm mne la dieorang bt semua ni?? Lepas pesta ni, mesti kne cabut balik..... Tk kn selame-lamenyer kekal kt situ kn.... Banyak station yang kena lawati bile sampai kt situ, naik lenguh kaki bile berjalan.... Dah la station ke station jauh2 lak tu... Agak besar jugak la tempat ni....





Setelah penat brjalan, kaki pun dah naik kejang... Kiteorang pun beransur pulang, lau ikutkan hati memang tk puas lagi berjalan kt situ... Sebab setiap station yang kiteorang singgah sekejap-kejap je, nk lame2 tk boleh la... Sebab time tu dh hampir nk maghrib, burung time2 mcm tu pun dh blk sangkar.... Tk kn manusia tk nk blk rumah lak kn.... huhuhuhuhu ~~~~

Psst : Walaupun sekejap je kt situ, tapi seronok... Best jgk plan yang tibe2 dan  tk dirancang ni....Tk de la formal sgt.... Lain kali kite wat mcm tu lagi yer En. MZ... hihihihihihihihi ~~~~

Monday, 9 July 2012

Hamper Baby Gugirl ~~

Semalam aku keluar dengan tujuan nk beli hadiah baby.... En. MZ baru je dapat anak buah, baby gugirl, comey sgt.... Tu yg buat aku teruja nk beli barang baby, sebab barang baby gugirl ni comey2....  Gerammmm...

Puas aku survey semua kedai yang jual peralatan baby, tapi tk de satu pun menarik minat aku tuk beli.... Aku ni cerewet sikit bab2 nk bg orang hadiah ni... Bukan ape, lau beli ikut dan je.... Tkut orang tu tk suke, nnti die rase kite tk ikhlas lak.... Lau ikut En. MZ, die bantai je beli pape pun....

Dah puas pusing2,akhirnyer amik keputusan nk survey kedai kt Bangi lak, orang kate kedai baby kt Bangi banyak pilihan cantik2 dan murah....Satu je kedai baby kt Bangi tu yang aku tahu.... Kedai Manjaku, yang terletak kt Bandar Baru Bangi, Seksyen 9 di Jalan Pusat Medan barisan paling hujung....
Sampai je kt Kedai Manjaku tu, agak susah nk cari parking.... Sebab byk deretan kedai kt situ, parking lak sikit... Tapi aku bernasib baik, ade sebuah kete nk kluar, boleh aku la masuk parking kt situ.... Selepas je dapat parking, aku pun masuk ke dalam kedai Manjaku tu...

Jadi gile kejap kt situ, byk sgt pilihan hamper yang cantik2, comey plus dgn murah yang ade kt situ..... Dh mula la rambang mate aku,tk tahu nk pilih yang mne satu... Lme jugak la nk wat keputusan... Tnyer En. MZ, die ckp tk ksh mane2 sbb smuenyer cantik2....

Akhirnyer aku pilih la hamper baju, aku tk pilih hamper yang ade sekali dengan shower bath, shampoo tu... Sebab aku tkt anak buah die tk leh pakai toiletries yang sebarangan... Yela, kulit baby kn sensitif...tkt2 tk sesuai, membazir kalau bagi pun....

Ni la hampernyer, comey kn siap ade bear lagi.... huhuhuhuhu~~~ Murah je hargenyer, tk silap aku RM 73.90...Byk lg pilihan yg cantik2 kt situ....Try la dtg usha... 
Selamat Membeli~~~

Cerita Di sebalik Hadiah Kahwin....

Minggu ni sepupu aku kahwin kt Shah Alam, family aku smue gi Shah Alam... Ni bermakna aku tk dpat blk Kg lg minggu ni, msuk minggu ni dh 3 minggu aku tk blk Kg.... Hah, rindunyer kt rumah.... Aku mane pernah tk blk Kg 3 minggu berturut2, mau demam dibuatnyer... hahahahaha.... Nasib baik la tk dpt blk Kg je, tp dapat jmper family... huhuhuhuhu ~~~

Sepupu aku kahwin hari Sabtu yang lepas, tarikh yang same dengan kawan rapat En. MZ kt Perak kahwin.... Sepatutnyer dalam perancangan aku ikut En. MZ ke Perak umah kwn die tu, disebabkan sepupu aku kahwin pada tarikh yang same terpakse la cancel ikut En. MZ ke Perak.... huhuhuhuhu ~~~ Sedey ; (

Sebenarnyer bkn nk cite psl kenduri kahwin sepupu aku tu, ade cite lg menarik dr tu.... jeng...jeng...jeng.... hahahahaha ~~~ Mcm ni citenyer, mase kt umah kenduri sepupu aku.... Aku diminta membeli barang2 untuk buat lauk pengantin.... Cari punyer cr kedai, aku pun singgah la kt Carrefour (tempat kt mne tu aku rahsiekn...huhuhuhu~~~ Lagipun yg tu je aku nmpak dr jauh.....hihihihihi)

Tapi kesian la aku rase kt sini, bangunan je besar.... Barang2 tk lengkap, aku cr lidi tk jumper, cr plastic wrap pun tk jmper.... Cr glucose pun tk de,abis tu mcm mna.... Dgn membawe perasaan yang hampa lagi duka, aku pun kluar la dr situ... Tibe2 teringat nk beli something untuk pengantin, memandangkan aku tk de bwk ape2 hadiah pun kt dieorang.... Aku masuk balik ke dalam Carrefour tu, untuk cari hadiah.... Bile dh dapat ape yang dicari, aku pun bwk ke kaunter pembayaran.... Dengan membeli sekeping pembalut hadiah, aku pun bertanye kt cashier tu....

Me : Kak, kt sini boleh balut hadiah tk???
Cashier (Girl) : Boleh, adik gi kt Customer Servis, kt situ dieorang boleh balutkan...
Me : Ok, terima kasih....

Selesai buat pembayaran aku pun gi la kt customer servis yang ckp boleh balutkan hadiah tu.... Aku pun mintak kt akak customer servis tu....

Me : Kak, boleh tolong balut hadiah ni...
Akak Unknown : Ala, tk boleh la... Saya BUSY Sgtttttt sekarang.....
Me : Habis tu mcm mne??? tk kn saya nk balut dlm kete....
Akak Unknown : Saya tinggal sorang2 kt sini, lau saya tgh balut nnti....
Nnti dtg orang rmai, mcm mne??
Me : Dalam hati (Habis tu masalah aku ke??? Bukan tu mmg keje ko ke???)

Aku still tk berganjak dr situ.....Saje nk wat akak tu rase serbe salah.....

Akak Unknown : Ok, mcm ni la.... Saye bg salotape, awak balut sendiri... Boleh??
Me : Pulak ~~~ Ok2 la,boleh la... Dr saye kene balut dlm kete.....

Dengan perasaan yang sebal, aku balut hadiah tu sendiri.... Dalam tengah kusyuk aku balut hadiah tu... Tibe2 datang sorang auntie ni tanyer aku....

Auntie : Haiya...U balut sendiri ka??
Me : A'ha, die busy sgtttt.....(jwb aku smbil balut hadiah)
Auntie :Mana die?? Ape keje die busy sgt?? Bukan ni keje dia ka???
Me : Entah la, saya pun tk tahu la auntie.....

Dari mane pulak auntie tu datang pun aku tk tahu, aku jwab pun tk pandang muke auntie tu... Mcm mne rupe die pun aku tk tahu.... Kate adik aku,aku jwb dgn nada yang marah... Ntah aku pun tk perasan, sebab hati tgh benggang... Auntie tu pulak datang tanyer2 aku, aku jwb ikut dan je la.....

Tu la cerita disebalik hadiah kahwin sepupu aku, ape2 pun majlis berlangsung dengan meriah dan jayanya.... Tahniah buat pengantin baru Kak Nor dan Suami kerana telah selamat melangkah ke Alam kehidupan yang baru.... Kepada Pengubah pelamin, abang sepupuku... Pelamin yang ko buat sgt cantik, ln dr yang ln... Lau aku nk jimat kos nnti aku nk suruh ko je la gubah.... Gempak punyer tau.... hihihihihihihi~~~

Ni la hasil gubahan pelamin Abg sepupuku.... Temanyer hitam silver.... Pelamin buatan buah fikiran sendiri, tk de cilok2 mne2 idea.... Promote ni.... hihihihihihi~~~

Psst : Buat auntie yang tidak ku tahu namenyer.... Saya mintak maaf tk sengaja terkasar bahasa, tidak ku tahu kesilapan diriku itu.... sorry.... huhuhuhuhu ~~~






Ni nk tunjuk la hasil hadiah yang dibalut sendiri oleh aku.... hahahahaha... Balut dgn keadaan marah, habis salotape kedai tu aku kerjekan.... huhuhuhuhu ~~~

Friday, 6 July 2012

MoOd RoMantiK ~~~

Tetibe je datang mood romantik aku, aku pun hantar mesej yang berbunyi macam ni kt En. MZ.....

' Aku tahu dimana nak cari cintamu,
Disini tk mungkin mengalah dengan apa yang mendatang,
Yang ku tahu ku cuba terbaik untukmu,
Yang indah jadikan kenangan yang duka diperbetulkan '

Aku hantar mesej macam tu dengan harapan En. MZ tk tahu la dr mane aku celok kate-kate tu.... hahahahaha ~~~
Lepas je mesej tu sampai kat die...
Dia terus call aku... Jeng... Jeng... Jeng.....

MZ : Dr mane dapat kate2 tu??? Puitisnyer....
Me : Hihihihihi ~~~ Buat sendiri r.... Ape lak celok2....
MZ : Oh ,Yeke... Tapi macam lirik lagu Shaheizy Sam je....
Me : Errrrr..... (kantoi sudah)

Hahahahaha ~~~ Betul la tu En. MZ cakap, sebenarnyer kate2 di atas adalah lirik lagu
Shaheizy Sam dan Yana Samsudin dalam cite AKU ADA,KAU ADA.... Aku pun baru je dapat tengok hari tu.... Dan lagu tu sangat la best plus dengan lirik yang mantap.....
En. MZ cakap lagu tu tengah hot sekarang... Yeke?? Tk tahu lak, aku jarang dengar radio.... huhuhuhu~~~

Jadi, jom layan video lagu Beginilah Caranya......




Psst : Awk ni tau je kn, br nk tipu2 sikit... tk leh langsung, kne cr idea ln lau mcm ni.... hihihihihi ~~~

Thursday, 5 July 2012

~ Mohd Chan ~

Semalam balik dr lawatan kt UKM, masing2 dh kelaparan thap giler.... Padahal br je kul 11pg time tu....
Biase la, masing2 tk pernah miss makan pagi... First cadangan nk mkn nasi beriani kt Restoran Anje Beriani Gam Johor, yang bertempat di Bangi... Oleh disebabkan dh selalu sgt aku mkn kt situ, tibe2 tukar plan nk mkn Nasi Arab....

Sampai kt Restoran Nasi Arab, restoran tu belum beroperasi lagi sebab dieorang start berniaga kul 12 tgh hari... Time tu br kul 11pg, tk kn nk tggu lagi 1 jam.... Perut dh lapar giler dh, tkt masing2 pengsan je tk mkn... huhuhuhu ~~~

Disebabkan tk boleh tggu dlm 1 jam,sekali lagi plan bertukar..... Kiteorang pun bergerak ke Restoran yang ada berdekatan PKNS Bangi, aku tk bape nk hafal jalan, sebab dh trlalu lapar.... Yang aku tahu kt situ byk sgt kedai makan.....huhuhuhuhu ~~~

Akhirnye kiteorang masuk 1 restoran cina muslim, nama restoran tu Mohd Chan.... Itu pun atas cadangan sorang supplier ni....Katenye,restoran kt sini sedap dan famous.... Aku pun tk tau la, yang aku tau bile makan boleh kenyang.... huhuhuhuhu~~~ Bile masuk je restoran tu, dh tk tau nk mkn ape lak... Sebab bile tgk menu die, alamak...... blh thn mahalnyer.... Lau nk mkn sekali sekala boleh la kot, lau nk mkn hari2 kt sini mau kopak dibuatnyer.... Tapi lau ade orang nk belanje, ok... Boleh la syorkan restoran Mohd Chan ni.... hihihihihi~~~

Keadaan di dalam kedai Mohd Chan




Ni la list order yang bakal kiteorang makan.... Ni semue supplier tu yang orderkan, nk harapkan aku... Memang tk la aku nk order... Tk tau dh nk mkn ape, walaupun perut meronta-ronta minta diisi....

Ha, dh sampai pun makanan kiteorang order.... Kiteorang amik lauk je,makan ramai2, tu namanyer muafakat... hihihihihi ~~~
Ok, bg yang tau Restoran Mohd Chan kt Bangi ni, mesti la tau kt mana kedai die kn... Bagi yang tk tau tu, korang google la... Sebab restoran ni famous kt Bangi....

Alamatnyer
Restoran Mohd Chan Abdullah Bangi
30 Jalan Medan Pusat 2c
Bandar Baru Bangi, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, Selangor

Bagi yang nk gi makan kt situ, aku ucapkan Selamat Menjamu Selera... Aku paling suka Siakap Tiga Rase kt sini, rasenyer memang menangkap... Kt situ pun ade Pau dan Dim Sum, Due2 makanan favorite aku tuh... hihihihihi ~~~ 
Selamat MenCube~~~

KuRSus + FamilY DaY = ReTreaT

Baru - baru ni tempat kerja aku wat kursus sambil bercuti bersama keluarga kt Bukit Gambang Resort City, Kuantan, Pahang.....Maknanya boleh bawak family bersama.... Sebabnya, seorang staf dapat 1 bilik.. .Aku usha2 kt internet boleh tahan besar gak bilik die, tk de masalah bwk ramai2....

Ruang tamu apartment Bukit Gambang resort city

Huhuhuhu..... Namanya pergi berkursus tapi hakikatnya bagi aku adalah family day.... Sebabnya aku bwk mak, akak, adik, abang, dan kakak ipar aku.... Nasib baik la sorang staf dapat 1 bilik sorang.... Tapi aku amik apartment, lau amik studio suite susah jugak.... Mana aku nk sumbat ramai2 tuh..... huhuhuhuhuhu ~~~

Katil dlm bilik Bukit Gambang resort city


Sampai ke kt Bukit Gambang aku check-in kt kaunter pendaftaran.... Lepas tu, terus menuju ke bilik... Tk sabar nk selam katil, penat sgt dah ni... Jauh gak perjalanan tadi, gerak kul 1 sampai dlm kul 4lbh... 3 jam lebih makan masa tu...



Bile sampai je bilik, belum sempat letak beg... member opis dah call, ajak turun kt tepi kolam.... Huh, tk sempat nk selam katil..... Siap2 tukar baju je aku terus turun.... Operasi kemas-mengemas baju aku serahkan kepada family aku... Untung kan???? hahahahaha ~~~

Balik dr terjun kolam, aku terus tukar baju sebab malamnya aku ada taklimat retreat.... dan lagi sekali aku tk sempat nk selam katil... Sambil pandang katil sepintas lalu, aku terus turun ke dewan taklimat....

Lepas selesai dengar taklimat, group dipecahkan kepada 2... Akademik dan Pentadbiran, aku dah tentu2 dalam group pentadbiran... Takkan akademik lak kan.... huhuhuhuhu ~~~ Selesai slot pertama, aku balik bilik dalam kul 12 malam.... Mate dh bengkak dan mengantuk....

Keesokkan harinya, 1 hari jadual aku penuh dengan kursus... Tak sempat nk jalan2....  Family aku je sempat gi jalan2 bandar Kuantan.... Aku?? Kena berkursus..... Waaaaaa.... Sedey ;(


Sabtu malam, ada majlis BBQ dan penutupan... Time tu la aku memainkan peranan sebagai AJK Cenderamata.... Jadi tukang angkat hadiah.... Tapi malam tu aku cukup bertuah sebab dapat hadiah cabutan bertuah, tk pernah2 aku dapat kali ni aku dapat hamper yang pihak hotel sponsor.... Yahooo~~~~ (Tapi dh habis dh pun.... hihihihihi.....)

Bergambar kenang kenangan bersama Prof, Mantan Dekan FST

Malam tu jugak, setiap group staf kna wat persembahan... Group kiteorang wat persembahan yang paling last... Persembahan ni khas ditujukan kepada Dekan kami yang dh bersara..... 

Hari ketiga hari beriadah bersama keluarga.... Hari yang paling ditunggu-tunggu oleh aku.... Lepas je sarapan aku dan family terus bergerak ke Gambang Waterpark naik train..... Tk de la jauh mane, tk panas pun tempat duduk tp saje gatal nk rase naik train.... huhuhuhuhu ~~~


Tapi kan aku kurang faham la waterpark kt Gambang ni.... Dia guna sistem top up, tk leh gune duit kt dalam waterpark.... Urusan beli2 smue guna sistem.... Kena beratur nk top up, kena beratur nk sewa cabana(khemah kecil), kena beratur nk sewa pelampung, kena beratur nk sewa loker....Semuanya kena beratur, dah habiskan masa berjam-jam dengan beratur je... Lau tk ramai tk per... Ni ramai giler... Huh!!! Menyusahkan.... Pakai sistem canggih ada baiknyer, tapi lau terlalu canggih akan menyusahkan semua pihak..... (mood : tension + geram)

Tak bape lama dan tk puas mandi kt waterpark dah kena gerak balik sebab nak kejar masa.... Huh, bosan sungguh kena kejar masa ni.... Dalam pada kejar masa tu, sebelum balik sempat gak aku singgah kedai cenderamata....


Beli Cenderamata tande kenang kenangan, blh thn harge cenderamata kt situ, aku beli sikit je... Dapat beli sikit pun jadi la drpd tk de langsung kn....huhuhuhu~~

Ok la, dh takde mood nk tulis pasal retreat ni.... Jumpe lagi di entri akan datang.... Daaaa~~~

Wednesday, 4 July 2012

Bola, Bola dan Dot Dot Dot

Semalam aku gi Stadium Shah Alam tengok Liga Super Selangor vs Kedah... Aku gi ramai2 dengan budak-budak opis yang kaki bola dan tidak ketinggalan En. MZ.... hihihihihi ~~~~


Aku sokong mana??? Dah tentu la Selangor tak kan Kedah lak.... Dari sekolah lg sokong Selangor, tk pernah berubah.... Budak2 opis aku orang Kedah, so dieorang sokong negeri dieorang la... Sampai kt pintu masuk stadium kiteorang berpecah.... Dieorang gi kt fan Kedah.. aku & En. MZ kt fan Selangor.... Nasib baik aku bwk En. MZ, die pun sokong Selangor... Lau tk,trkontang kanting aku sorang2 kt fan Selangor....

Start perlawanan, aku nmpak Kedah yang pegang game.... Dalam hati dh ckp 'lau dieorang kekalkn cr main mcm ni kne sebijik ni jap lagi'..... Rase sakit hati lak tgk Selangor main, dieorang tido lagi ni... Byk peluang depan mate lepas mcm tu je.... Setting dh baik, finishing lak tk de... Mcm no tu???


Sampai la separuh mase pertama, masih 0-0.... Mate aku mcm dh tk leh bukak dh, mengantuk giler.... Dalam stadium asyik menguap je, nasib la tgk kt stadium... Lau tgk kt depan tv ni mau aku dh terlelap.... huhuhuhuhu ~~~~


Habis mase rehat separuh masa pertama, minit ke-60 Selangor dapat gol sebijik hasil free kick dr Bosko.... Ha, bile dh gol br aku leh bukak mate, riuh stadium.... Tapi kegembiraan tu tk lame, minit ke-85 Kedah dapat gol sebijik.... Yang ni aku tk bape sedar gol die, tk tahu pun yang dh gol... Aku terlelap sekejap kot.... Ha,tu la memain lagi.... kn dh kene....


Akhir keputusan Selangor draw dgn Kedah 1-1.... Bawak la balik dgn 1 gol tu, ok la drpd wat balik 0 (telur)... Sekarang ni Selangor pada tangga ke4 Liga Super, tak tau la kekal smpai bile.... Hurrrmmm ~~~
Mcm tk de harapan je, tinggal 1 je lagi perlawanan.... Korang tolongla jgn main mcm semalam, teruk korang main.... Kesian la penyokong2 dr jauh ni dtg semate2 nk tgk korang perform.... Mcm bkn perlawanan je smlm, mcm latihan.... Ape2 pun tetap sokong Selangor... Selangor dihati...Selamanya~~~

Psst: Rase kesian lak tgk Amri Yahya kena tackle keras semalam... Rase mcm nk trun padang sapukan ubat.... huhuhuhuhu ~~~

Tuesday, 3 July 2012

~SteamBoat Maeps~

Khamis yang lepas, aku gi berbuka kt Maeps... Kt situ ada restoran steamboat..... Menurut kate En. MZ steamboat kt situ tk de la sedap mana... Tapi boleh la dimakan.... Disebabkan aku dah 'mengidam' sangat nk makan steamboat.... So, tk kisah la sedap ke tak....

Sampai ke kt Maeps tu, aku dh cuak semacam.... Mana taknya, tk de kereta langsung... Mcm tk de apa2 kt dalam Maeps tu.... Lau ada restoran mesti kereta dah penuh dan keluar masuk.... Ni tk de pun, lagi seram bila En. MZ ckp tk tau restoran tu bukak lagi or tk sebab dh 2 tahun dia tk makan kt situ.... Jeng....Jeng...Jeng.... Lagi bertambah keresahan hati aku ni.....

Untuk tidak terus trtanye2 aku drive jugak sampai ke dalam Maeps tu... Bila tibe kt restoran steamboat tu... Punyer la penuh kereta kt situ... Nasib baik ada parking... Pelik jugak aku rase, punye la byk kereta kt situ tapi dalam perjalanan tadi tk de satu pun kereta bertembung dengan aku.... huhuhuhuhu ~~~ Serammm....

Selesai je dapat parking, aku terus di kaunter buat pembayaran... Kt sini kne bayar dulu br makan, dia kire berapa orang nk makan, seorang RM 22.60... dan makan la apa saja yang ada kt situ... Sampai kembung... hahahahahaha ~~~ Dah dapat tempat duduk kiteorang terus menuju ke booth2 makanan mentah... Ape lagi sebab dh lapar sangat amik pun ikut nafsu la.... hihihihi ~~~


Sambil menunggu makanan tu masak, aku amik gambar dulu bkn pe tkt dh makan nnti luper dh nk amik gambar.... huhuhuhu ~~~ Disebabkan menunggu terlalu lama, perut aku dh start berkeroncong mntk diisi.... Aku pun bertanye la kt En. MZ....

Me : Awak, lama lagi ke nk masak nih???
MZ : Baru je letak, sabar la....
Me : Lapar ~~~~ Api ni slow sangat kot, cube kuatkan sikit.... mcm tk mendidih pun.....
MZ : Kang hangus pulak .....
Me : Errrrr .............

Bile steamboat tu masak je aku terus 'ngap' tk ingat dah panas ke, melecur lidah ke.... Tk kire, janji perut dapat makanan.... hahahahahaha ~~~ Teruknyer.....
Tapi nk komen sikit la, steamboat kt sini die nye seafood kurang segar la.... Potong selera aku nak makan banyak2... Aku tk makan byk mana pun walaupun aku lapar giler.... Dh berapa kali round aku dh surrender... huhuhuhuhu ~~~


Sebelum aku balik ke rumah, aku singgah dulu tempat kerja/belajar En. MZ... Saje je nk kacau dia wat kerja..... huhuhuhu ~~~ Aku tengok, boleh tahan la tersusun lab dia kalah lab aku.... hahahahaha ~~~

Psst : Dah2, malam dh.... Jom balik.....merayau je kerjanyer.... hihihihihi ~~~

Monday, 2 July 2012

Hari Bergaji ~~

Selasa yang lepas, aku gi bershopping dengan akak2 tpt kerja aku kt Jalan TAR KL.... Aku bercuti semate2 nk gi shopping... huhuhuhuhu ~~~ Aku berkomplot dgn akak2 opis aku, bukan pe lau nk gi time2 cuti Sabtu & Ahad.... Al-maklum la KL, mesti penuhnyer....Nk2 lau nak naik kenderaan awam, jangan harap dapat duduk....

Kiteorang gerak dalam kul 10 ke sana... Tapi kiteorang tunggu komuternye awal dalam kul 9lbh tapi alamak.....bapak lambat komuter sampai, komuter sebelah sana dah dekat 5 buah yang lalu baru la komuter sebelah aku sampai.... Nk ke Jalan TAR tu aku amik komuter dan berhenti kt stesen Bank Negara ada 12 stesen nk sampai ke situ.....

Tapi aku nk ckp sikit la kan, kiteorang pegi semuanye perempuan so, tk de masalah tuk naik kt coach wanita tapi yang tk syok nyer.... Ade jugak spesies lelaki dlm coach tu.... tk tau la tk reti membaca ke or buta simbol.... dh terang2 warne pink dan simbol pun simbol perempuan..... Lau tk reti Bahasa Melayu, ade jugak tulis Bahasa Inggeris.... Smpai sekarang aku masih tk fhm.... Errmmmm ~~~


Makan masa jugak nk sampai, lebih kurang dalam sejam baru sampai stesen Bank Negara... Tapi aku nasihatkan lau nk gi Jalan TAR dr Seremban, naik LRT r dan turun kt stesen Bandaraya, sebab dekat sikit nk jalan.... Tapi kne la tukar train kt KL Sentral.... Lau naik komuter, memang la senang tk yah tukar2 train tapi jauh giler tu kne menapak, bg yg gagah dan kuat boleh la... Lau yang semput tu, aku nasihatkan jangan cube2.... Ok... huhuhuhuhu ~~~

Sampai je Jalan TAR, aku dh rambang mata dh... Tak tahu nk start kedai yang mana dulu..... Niat memang nk beli kain pasang untuk raye je... Sebab mase shopping dengan family baru2 ni tk bape puas, sekejap sgt... tk semua kedai kiteorang masuk.... huhuhuhhu~~~

Dh puas berjalan, terase lapar la pulak... Sebelum perut ni meragam kiteorang singgah dulu mkn kt food court SOGO... Blh thn la makanan kt situ, nsib baik pegi time orang keje dh abis waktu rehat... tk de la penuh sgt.... Dh selesai mkn, kiteorang pun bergerak balik.... Sampai rumah dalam kul 6, mcm waktu blk kerje.... Sebelum aku rehat terlentang meniarap, aku snap dulu brg2 yang dh diborong td.... tk de la byk sgt.....hihihihihi ~~~

Psst : Lepas ni kne puase je la, duit pun dh perabis kt Jalan TAR... Akaun tuk raye pun dh tutup, dh jangan beli2 lagi..Sudah cukup Sudah.... hihihihihi~~~~

Iklan Untuk di'Klik'

Copyright© All Rights Reserved zuhafizz-cintahatiku.blogspot.com