5 1/2 hari dh kite berpuase bermakna dh genap 6 hari kite bersolat terawih.... Setakat ni, Alhamdulillah dengan izin-Nya aku berkesempatan mengerjakan solat terawih 6 hari berturut-turut... Takde tinggal2 lagi.... Alhamdulillah ~~~ Mase akan datang aku tk tahu la lagi, biase la kan orang perempuan ni, ade mase tk diizinkan....
Ok la, nk cerita pasal solat terawih... Mase dikampung aku solat terawih di surau taman rumah aku.... Kt situ wat 8 rakaat je ditambah dengan witir 3 rakaat jadi la 11 rakaat... Kt sini aku bersolat kt masjid dekat dengan rumah aku, masjid akan wat 20 rakaat, ditambah dengan witir 3 rakaat jadi 23 rakaat.... Tapi fenomena biase yang kite akan rase bile solat terawih kt masjid ni, bile selesai rakaat ke 8 je, masing-masing dh angkat punggung keluar sampaikan tk sempat nk tunggu doa... tinggallah beberapa saff jemaah yang meneruskan sehingga rakaat yang ke 20....
Lagi satu fenomena yang kite akan rase dan lihat bile dh hujung-hujung Ramadhan... Surau-surau dan masjid akan kekeringan jemaah, dan shopping2 complex akan kepenuhan umat manusia... Ape lagi jika tidak kerana persiapan raye.... Alangkah ruginyer jike kite tahu betape besarnyer fadhilat Solat Terawih yang kite sengaja tinggalkan....(Alhamdulillah aku dh wat persiapan raye awal2, tk de la nk berebut-rebut parking kt shopping complex... huhuhuhuhu ~~~ Tk nk pikir dh pasal baju raye ke, pasal kasut ke dan lain-lain... fokus2... hihihihihi ~~~~)
Kat sini aku nk kongsi sikit mengenai Fadhilat Solat Terawih... Bukan la untuk tunjuk baik atau alim, cume untuk renungan bersama dan pengingatan untuk diri sendiri.... Mengingat dan mengingati itu kan adalah tanggungjawab bersama....
Kelebihan Solat Terawih
1. Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.
2. Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih,
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih,
serta
dosa-dosa kedua ibubapanya.
3. Malam Ketiga
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat
Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah
akan
mengampunkan dosa-dosa mereka.
4. Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana
pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur,
Injil
dan Al-Quran.
5. Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang
mengerjakan
sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.
6. Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat
malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat
malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk
keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.
7. Malam
Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu
menentang
musuhnya Fir’aun dan Hamman.
8. Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala
yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
9. Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti
Nabi Muhammad s.a.w.
10. Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.
11. Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.
12.
Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.
13.
Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.
14.
Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.
15.
Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
16. Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api
neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
17.
Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
18.
Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).
19. Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
20.
Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.
21. Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat
dari cahaya.
22.
Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.
23. Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada
cahaya.
24.
Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
25.
Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.
26. Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
27.
Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.
28.
Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.
29.
Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.
30.
Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

Psst : Hati tengah risau macam mana nak balik ke kampung raye ni... Kakak dan aku tak dapat cuti sebelum raye.... Kalau balik pun mungkin sehari sebelum raye....ikut perkiraan, aku sekeluarge akan sampai kampung mak pagi2 raye... Ohh tidak, orang bersolat sunat raye kiteorang dalam perjalanan lagi.... Hurrmmm ~~~

No comments:
Post a Comment