Perjalanan hidup Kami ~~~

Daisypath Friendship tickers

One Step Closer

Daisypath Anniversary tickers

Ikatan Cinta Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, 28 March 2013

G.I Joe:Retaliation


Da start dah musim cite omputih sepanjang masa...... Pasni, entri blog aku akan dipenuhi dengan cite2 omputih je la..... huhuhuhu~~~ Buat masa sekarang ni cite G.I Joe yang ke2 sebagai pembuka tirai, dan akan ada lagi cite2 omputih yang lain menyusul kemudian.... Tunggu dan lihat je la hihihi.... Memang secara umumnya, time2 musim Summer ni (Summer kat oversea la, kat Malaysia ni hari-hari musim Summer....huhuhuhu) akan berlambak la cerita2 omputih di pawagam... Larat tak tak larat nak tengok semua tu...... (Kalau ikutkan En.MZ semua trailer cite omputih yang diiklankan tu die nak tengok, macam banyak masa sangat die tu..... huh)

Sepatutnya masa tayangan cerita G.I Joe ni di seluruh Malaysia hari ni 28 Mac, tapi biasa la kan kat KeyL akan tayang dulu sehari awal, midnight.... So, bila dah tahu hari ni aku akan busy dan akan balik kerja lewat malam jadi kiteorang (Geng Wayang's) berpakat tengok semalam, sehari awal yang midnight nyer tayangan..... Huh, ada yang 3D je, yang biase2 or 2D pada 28 Mac baru ada..... Nak tak nak tengok je la yang 3D (Tak suka sangat yang 3D sebab confrim keluar wayang nanti akan pening tapi nak wat macam mana hukhukhuk~~).... Dan harus diingatkan kalau nak tengok cerita hot macam ni pada hari pertama lak tu, kena la buat tempahan awal takpun beli tiket tu awal2 takde la kena beratur panjang or tak dapat tiket langsung... Kuciwa~~

Hooo.........Aah!!! Bersama-sama Geng Wayang's (Ups, ada lagi sorang yang tercicir)...... Ni la wajah2 ceria gembira bila dapat tengok cite G.I Joe: Retaliation pada hari pertama ditayangkan.....3D lg ko,hahahaha.... Bergaye sungguh dengan cermin mata 3D pinjam tu...huhuhu....Ups,ade orang ngantuk?? Ko yer pun tunggu la sampai umah baru tido...hihihihi peace....

Cerita G.I Joe : Retaliation ini menceritakan tentang serangan mata-mata Cobra bernama Zartan yang mengakibatkan seluruh anggota G.I Joe tewas dan hanya yang tinggal Duke Hauser yang diperankan oleh Channing Tatum, Roadblock (Dwayne Johnson), dan Lady Jaye (Adrianne Palicki).

Mereka pun merancang untuk melakukan serangan balik kepada Zartan. Namun anehnya setelah kejadian penyerangan oleh Zartan terhadap anggota G.I Joe, team G.I Joe malah dituduh sebagai penjahat perang. Siasat punya siasat akhirnya mereka tahu bahawa pemerintahan Amerika Syarikat telah ditawan oleh musuh dan presiden yang sebenarnya sedang ditawan. Kerana terdesak, akhirnya Roadblock memutuskan untuk meminta pertolongan kepada Joe Colton yang diperankan oleh Bruce Willis.

Ok,setakat tu je aku faham..... Secara jujurnyer, aku tak tengok G.I Joe yang pertama dulu (G.I. Joe: The Rise of Cobra) jadi ada sedikit blur bile tengok yang kedua ni.... Apa yang boleh aku cakapkan, cerita ni memang mantap (kalau tak, tak kan la orang beratur nak gi tengok)... Memang takde masa aku nak toleh kiri dan kanan or bercakap dengan orang sebelah itu menunjukkan aku terlalu fokus dengan cerita ni.... Mana tak nyer, 90% aksi, 10% je berbual blablabla~~~ Tak sempat nak ngantuk ditambah la dengan pakai spek mata 3D yang bergaye tu... huhuhuhu.... Cerita ni memang Thumb Up la, nak2 The Rock yang berlakon... Tapi aku minat watak Snake Eyes, takde dialog langsung tapi smart giler...huhuhuhu~~~ (agaknyer aku memang suka watak tak berdialog kot.....hihihi peace)

Yang ni watak yang aku minat tu... Snake eyes~~~ Ok,memang dia berlakon tak tunjuk muka dan takde diolog...Sekian ^_^
Ni lak watak yang En.MZ minat.....Mula2 dia watak jahat, pastu bertukar jd watak baik lak... Tapi aku suka dia time watak jahat ^_^

Wednesday, 27 March 2013

~Nak cari Remis.....Nak cari Remis~~

Tahu tak ape itu Remis??
Pada mulanyer aku pun tak tahu jugak, bile tahu lak tak reti nak terangkan macam mana... Yang aku tahu, dia sejenis makanan laut bercengkerang yang terdapat ditepi-tepi pantai, tapi tak semua pantai ada remis ni.... (aku tak pasti lak pantai mana lagi yang ada remis ni).... Boleh dimakan dengan masakan yang pelbagai cara (tapi mak aku tumis pedas je,ringkas dan sedap)... Rupa bentuk dia macam Lala tapi saiz dia kecik sikit....Kalau dah saiz dia kecik dah tentu la isi dia pun sikit je.... Bila makan tu takde la boleh kenyang sangat tapi akan jadi leka....... Itu la serba sedikit pengenalan tentang diri Remis..... hihihihi~~~

Pada hari Ahad yang lepas, dalam keadaan yang sangat boring tetibe mak aku bersuara "Jom,lepak2 tepi pantai makan-makan.... Best jugak, kalau pergi Kuala Sungai Baru boleh cari Remis...." Aku yang dalam keadaan kebosanan tahap gaban tetibe terus setuju dengan cadangan mak aku tu.... Tak bagi keputusan yer atau tidak, aku terus masuk bilik bersiap.....(Bab berjalan amik angin ni memang aku pantas.....hihihihihi)

Dipendekkan cerita aku pun tiba la kat Kuala Sungai Baru, Melaka..... Time tu lak tengah air pasang, so tak dapat la nak terus turun ke pantai... Rilek2 dulu dan makan2, tunggu air surut baru turun... Untuk pengetahuan, remis ni takkan ada time air pasang... Sebab dia kecik, sekali ombak pukul terus hanyut... Sebab tu dia takde time air pasang.... huhuhuhu~~~

Pantai Kuala Sungai Baru~~
Ditepi pantai yang indah~~~Lalalalala ^_^
Main2 air, pastu naik gatal2...Terbaekkkk~~~

Ok, air dah surut.... Jom kite mencari remis....... Yahoooo!!! Dengan berbekalkan pengorek pasir dan bakul aku dan mak pun turun ke pantai......
Ha,yang beranak panah tu la Remis...Kecik jer......
My luvly mum.....Tengah mencari remis, cian mak~~~~
Ini la hasilnyer..... Cari sikit je, panas kottt berjemur cukup la untuk wat makan....huhuhu~~~

Lama jugak la kiteorang berbongkok mencari remis tu, dengan cuaca yang panas terik bahang aku tetibe rasa pening lak... Bila dah tibe air dah pasang balik, baru la kiteorang naik.... Apa lagi, remis dah dapat jom la balik.... Marila pulang marila pulang, bersama-sama.... ooooooOOO remis..... Lalalalala ^_^

Taddaaaa~~~ Dah masak pun remisnyer, sedia untuk dimakan...Nyum~~Nyum~~Nyum~~

Monday, 25 March 2013

Sambut Besday si dia...... Terkejut ke???

Hahahahaha...... Padan muka dia, itu la time besday orang suka sangat kenakan birthday boy/girl yer....(masih teringat cara dia surprisekan aku time besday aku tahun lepas, kul 11malam duk terpacak depan rumah bagi cupcake......huhuhuhu) Kali ni dia pulak mangsanyer.... Amacam terkejut ke??? hihihihihi~~~

Atas sedia maklum hari tu besday En.MZ, mulanya aku takde la buat pakatan dengan kengkawan dia untuk wat surprise2 ni kat dia... Tapi bile dapat whatapps dari kawan dia ni.... Tetibe aku jadi teruja lak....hihihihi~~~ #Sorry awak......bukan niat saya bersetongkol dengan mereka tau, saya tersepit.....Ampun#



Macam tu la serba sedikit chit chat planning antara aku dan kawan baik En.MZ..... Pada malam tu memang aku jadi pelakon terhebat depan dia, siap buat muka terkejut plus takde perasaan lagi..... #hebatkan lakonan saya, tak yah tercenggang sangat la huhuhuhuhu#


Muka orang yang terkejut + excited bukak hadiah....hihihihihi~~~~
First, dia dah mengalami kejutan awal dari aku time sambut besday dia kat Secret Recipe dan bagi dia hadiah tu..... (siap buat ayat 'tetibe mengidam nak minum air kat secret recipe', terpaksa bohong tau......) Muka terkejut dia tu memang tak boleh sorok dah, nampak sangat....hihihihi~~~ Pastu sampai je kat rumah, dia mengalami kejutan kali kedua time kengkawan dan ahli keluarga keluarkan kek sejurus je dia jejak kaki ke dalam rumah.... So,malam tu dia mengalami kejutan berganda..... double surprise la~~~ #Jangan dia kena kejutan budaya apa2 sudah la lepas ni.... hihihihihi# 

Kengkawan yang berjaya mengenakan En.MZ....huhuhuhu ^_^
Kek untuk Besday boy.....
Jamuan kecil-kecilan hasil air tangan mak En.MZ (sama2 bersepakat kenakan anaknyer....huhuhuhu)

Psst : Macam mana perasaan awak?? Tak sempat nak tanye malam tu, sebab saya kan dah jadi pelakon terhebat mana leh tanya2 nanti awak syak... Nanti tak pasal2 kena lari satu kampung lak.... huhuhuhu~~~ Saya harap besday awak tahun ni dapat awak kenang sampai bila-bila........ InsyaAllah~~~
Besday boy~~~

Sunday, 24 March 2013

Teaser #2

Tak nak cakap banyak.....
Tunggu je la sampai koleksi ni lengkap sepenuhnyer.....
Huhuhuhuhu~~~

Friday, 22 March 2013

~Hadiah yg 'Ter'tangguh~

Salam uolls,
Aduh baiknyer hari ni, siap bagi salam kalau tak sebelum ni main terjah je...... huhuhuhu~~~
Hari ni nak mulakan bicara dengan lebih sopan dan manis.... Sweet sangattttt.....
Saje je nak bukak cerita pasal hadiah untuk En.MZ yang terpaksa ditangguhkan untuk bagi dia disebabkan hari tu aku tak dapat nak sambut birthday dia pada tarikh hari lahir dia..... #Hurmmm, apa aku cakap ni?? Korang faham tak?? Aku dah tak de ayat yang lebih faham untuk buat korang faham.... Ape2 je la janji mesej tu sampai..... huhuhuhuhu#

Kalau dah nama pun 'Ter', samada 'ter'paksa tangguh ataupun 'ter'tangguh maknenyer bukanlah perkara yang disengajakan...... Walaupun 'ter'lewat bagi tapi hadiah tu akan tetap sampai ke tangan beliau selewat mana sekali pun.... #Hurmmmm,aku rase BM aku dah semakin teruk....Lalalalala#

Mulanya, penat jugak la aku memerah otak... Apa la nak dibeli untuk En.MZ sebagai hadiah..... Puas jugak la senaraikan barang2 yang biase orang buat hadiah besday untuk lelaki... Secara jujurnyer aku rasa, nak beli hadiah lelaki tersangat la susah.... Tak tahu samaada barang ni die dah ade ke belum (yela, lelaki ni bukan macam orang perempuan asyik2 tukar asyik2 tukar dia akan pakai barang tu sampai tak leh pakai lagi baru la dia akan tukar), tak tahu jugak samaada berguna tak untuk dia, nak beli kasut takut tak padan, nak beli baju takut2 tak kena saiz, nak beli seluar pun risau jugak..... Dan yang paling susah apabila kat shopping2 complex memang tak banyak jual barangan lelaki.... Hampir 80% barangan perempuan dan tinggal 20% barangan lelaki, sure la tak banyak pilihan..... Lagipun barangan lelaki ni patern die sama je.... Hisyk, pokok pangkalnyer memang susah la..... 
#Tips, kalau nak beli barang lelaki baik pikir dulu apa yang nak dibeli, senang nanti pergi kedai tu terus beli je.... Kalau nak jalan2 baru pikir alamatnyer 12jam kat situ pun belum tentu jumpa apa yang nak dibeli# (pengalaman diri sendiri)

Dah pikir apa yang nak dibeli aku pun ajak la Cik wanie temankan hihihihi~~~ Satuuuu eh bukan satu, tigaaaa kali pusing shopping complex aku pusing baru la jumpa apa yang nak dibeli #pertama dan kedua kali pusing aku tak masuk pun kedai tu, kedai lain aku masuk# Terlepas pandang barangkali...... Cian kat Cik wanie, penat dia teman aku pusing2 cari barang plus cari idea..... Terima kasih Cik wanie huhuhuhu~~~

Penat berjalan ditengah kota, mencari hadiah bukannya mudah~~~ Lalalalala.......

Dah dapat apa yang dicari barula aku rasa lapar, then gi la makan kat foodcourt yang ada kat situ... Boleh tahan gak makanan kat situ, tak tahu la aku makanan kat situ memang sedap or aku yang dah tersangat la lapar.... Jom,makan dulu!!!!

Jom makan!!!! Mee kari Penang mari.... Siap!!!
Hadiahnyer dah selamat sampai rumah.... Ups, beg putih tu sendiri punyer.... Bak kata pepatah "sambil menyelam minum air" (minum la air tu sampai kembung.....huhuhuhuhu)
Dah siap dibungkus..... (Tak bungkus mana pun bagi je macam tu dah siap dalam beg kan) hihihihi~~ Jap lagi nak bagi kat Tuan empunya diri.... Nerves2 ^_^

Thursday, 21 March 2013

~HappY BirthdaY En.MZ~

Tersebut la kisah..........
Hari ini hari kelahiran Cinta Hatiku...... hihihihi~~~
Selamat hari lahir awak!!!!
Yang ke..........ehem2,nak sebut tak?? Yang ke........hihihihihi~~~~
Tak yah malu la awak,dah suku abad dah pun........ (same la kite)
Makin bertambah tahun, makin meningkat la umur kita satu angka lagi.....
Tapi pape pun awak tetap lagi tua dari saya (2 bulan), itu tak dapat dinafikan...hihihihi~~~~

Psst : Happy Birthday awak!! Semoga awak happy hari ini dan hari2 mendatang.... Sorry tak dapat nak sambut birthday awak hari ni.... o_O 
Kita postpone hari lain k.... InsyaAllah~~~

Wednesday, 20 March 2013

Lawak ke DER 2??

Masih teringat pada Lawak ke Der yang pertama??
Masih tergelak sakan dengan jenaka yang dieorang sampaikan???
Masih terasa fenomena JOZAN,BOBOI dan HARITH ISKANDAR???

Kini mereka kembali dengan Lawak ke DER 2 pulak....... Selepas je selesai tayangan mereka kat Istana Budaya, kini Lawak ke DER ke pawagam pulak..... Patut la aku tunggu punyer tunggu Astro tayangkan takde pun.... Rupanyer nak wat masuk wayang.... Sabo je le~~~ Eh, macam mana yer dari Teater ke pawagam?? Nanti dengar la gelak ketawa orang.....


Masa dieorang wat Istana budaya hari tu, punyer la penuh orang tiket asyik sold out je.... Penangan Lawak ke Der pertama la tu... Tapi bukan disebabkan penangan jugak, dieorang wat lawak memang bagus sampaikan aku dengar dieorang yang gi tengok tu gelak macam nak putus..... Putus urat ke putus nyawa, tu aku tak tahu la...... Yang penting gelak sakan, sampai dah balik rumah pun gelak lagi..... Pehhhh~~~ Memang berbaloi la tiket harga beratus.... Ada sorang kawan aku ni tak dapat nak gi tengok kat IB sebab tiket asyik habis je, 'Kecian kat ko kan, tapi takpe ada berita baik buat ko nanti gi tengok wayang k...Tiket tak sampai seratus pun, boleh gi tengok 10,20 kali...Gelak la sampai muntah... huhuhuhu~~'

Dah ditayangkan kat pawagam takkan la aku nak lepaskan peluang untuk gi tengok, nak tunggu kat astro tah bila tahun dieorang akan siarkan.... Aku pun ajak la En.MZ dan kawan dia untuk ke pawagam tengok Lawak ke Der2.... Sekarang ni bile tengok je wayang kat kampung mesti nak tengok beramai-ramai baru la syok, gelak biar sampai pecah panggung..... Aku gelarkan mereka sebagai Geng Wayang's, lepas ni kalau nak tengok cerita apa-apa bawak geng la.... huhuhuhuhu syok kan~~~

Geng Wayang's.......Ade lagi sorang kot,tercicir~~~

Starting lawak mula dengan tarian 'seksi' dari Nabil, Lawak ke Der Style (tiru ala2 Oppa Gangnam Style) seksi ker seksa??? huhuhuhu~~~ Pastu diikuti dengan sketsa BOBOI, macam biase Boboi masih mengekalkan karakter Datin Sardin & Datin Maimon.... Not bad~~~ Pastu, kena sediakan la mental dan fizikal untuk lawak dari JOZAN.... Aku tak tahu nak cakap ape dah, idea aku dah makin hilang tak tahu nak tulis ape atau dengan kata lebih tepat aku dah lupe terus sketsa Jozan buat.....(Mana tak nyer, dari awal Jozan keluar sampai la Harith Iskandar muncul untuk lawak seterusnya asyik gelak tak henti-henti..... (Penat kottt) Keluar berterbangan semua idea aku....... Selepas Jozan sama seperti susunan Lawak ker Der yang pertama, tiba la masa untuk Stand Up Comedy Harith Iskandar....

Permulaan Harith Iskandar berinteraksi dengan penonton.......

Sapa tengok Lawak ke DER yang pertama dulu??? HOOOOOOOOOO~~~ (ramai tengok)

Sapa yang tengok Lawak ke Der yang pertama dulu kat Istana Budaya??? Hooooo~~~ (tak ramai)

Ok, last.... Sapa yang tengok Lawak ke Der yang pertama tu FREE kat You tube??? HOOOOOOOHHHOOOOO~~~~ (ramai sesangat yang tengok free)

Ok,aku terasa kat situ..... Aku tengok yang download Lawak ke DER pertama dulu, yela nak gi IB tak mampu... Tiket die je dah beratus kottt...... Hurmmmm~~~~ Tapi yang Lawak ke Der2 kali ni aku gi tengok kat wayang k.... Sikit mampu la sebab tiket die baru RM11 je..... Pastu Harith Iskandar teruskan lagi lawak dia dengan mengaitkan cerita dia dengan ex girlfriend die dulu.....

Memori perempuan ni padat dengan information, kalau virus masuk dalam otak orang perempuan... Stuck!! (Erkkkk.......)
Tapi bila virus masuk otak lelaki .... "Hellooooo....hellloooo...anybody there???" (kikikiki)
Bila perempuan cakap 'nothing', dia sebenarnya bukan nothing tapi everything is wrong.... (Gulp)
Perempuan bila bertanya satu soalan tapi datang dengan pakej,52 soalan sebenarnya (hahahaha)

Masih teringat lagi......
Bila sesi pertempuran berlaku antara lelaki dan perempuan (pasangan), round one perempuan akan tanya pelbagai soalan... 'Pumpang.....Pumpang...Pum Pum...Pang Pang.....' Settle!!! Tapi jangan ingat akan settle kat situ saja, roung two.... Soalan yang sama akan dikeluarkan, maka kat situ la kepandaian lelaki akan teruji.... Taddddaaaa~~~~ Memang perempuan tahu pun dia tanya soalan yang sama tapi sama tak jawapan yang diberi.... (hehehehehe)..... 'Pumpang.....Pumpang...Pum Pum...Pang Pang.....' Settle!!! Then, round three......bukan lagi 52 soalan tapi unlimited soalan, maka muncul la soalan2 yang baru dan tak diduga..... (Amboi orang sebelah ni, bukan main gelak sakan lagi yer....suke sangat kite ni......)

Tapi aku ade sikit pelik la, Lawak ke der kali ni banyak cerita pasal perempuan..... Baik Jozan dengan lawak Nazmidah nyer, Boboi dengan karakter datin2, dan Harith Iskandar stand up comety cakap pasal perempuan.... Semuanya nak ada kaitan dengan perempuan, hari Wanita Sedunia ke time tu??? Tak tahu la aku sorang je yang perasan atau korang pun perasan macam tu jugak.... Hurmmmm curious betul la..... Tapi pape pun terbaekkkkk la Lawak ke Der2 ni.... Membuatkan kiteorang keluar panggung dengan muka yang penat, bukan penat apa penat GELAK.... Sampai orang depan dan sebelah menyebelah toleh2 tengok kiteorang kotttt..... Ape??? Tak pernah tengok orang gelak?? atau tak pernah tengok orang gelak sampai nak terkeluar anak tekak??? Kelakar kotttt, gelak je la..... Dah kelakar tak kan nak nangis,sedey ataupun wat muka takde perasaan.... Nasihat aku, tak yah la cover2 nau depan pakwe tuh.... Nanti dah 5,6 tahun bercinta akan keluar jugak true calour korang tu...... Ha ok, dah mula sesi merepek aku... Baik aku stop sampai sini....huhuhuhuhu~~ Ok, daaaaaa See ya......

Cucuk lagi..... Kali ni Lengkap!!!

Aku dicucuk lagi....
Hoho~~~~ Aku dicucuk lagi......


Ha,ni dia dose yang aku amik tu... GARDASIL (amik ko,siap mintak dengan Doktor nak wat balik kotak lagi.... Bukan ape, nak tunjuk kat akak aku yang nurse tu.... Sebab dia tak caya aku amik vaksin brand Gardasil) Mana la aku tahu brand ape yang ada, yang aku tahu aku kena cucuk...Done~~~

Aku kena cucuk vaksin HPV la, korang pikir ape???
Kali ni lengkap la sudah ketiga2 dose vaksin HPV yang aku amik by month kat klinik member aku.... (Dia kerja kat situ bukan die punyer klinik la....)
Maka, lepas ni tak yah la gi cucuk lagi....
Vaksin ni akan bertahan dalam badan kita selama 5 tahun,
Agak2 lagi 5 tahun nak rase kena cucuk lagi aku gi la amik lagi vaksin ni......
Kalau taknak, tak yah la...... Sakittt kottt~~~~

Bayangkan lah~~~
Bile jarum dicucuk menembusi kulit, Peeehhhh pedih~~~ 
Disaat 'vaksin' ditekan masuk ke dalam isi, Ahhhhhh ngilunyer rase~~~
Bile jarum dikeluarkan, sakitnyer~~~
Pabila doktor menekan tempat cucuk tadi dengan swap alkohol, Isyk doktor tak leh wat lemah lembut sikit ke???
(Aku just nak bagitahu dose ketiga ni lagi sakit dari dose pertama dan kedua) Sakitnyer tangkap ke pinggang kottt...... Hukhukhukhuk o_O
Tapi time sakit-sakit tu pun aku buleh lagi gi tengok wayang lepas je kena cucuk tu..... hahahahaha~~~
Cerita apa aku tengok??? Nanti aku bagitahu k......See ya~~~

Monday, 18 March 2013

Indahnya pagi ini~~~~


Pagi yang indah......
Mood pun baik.......
Haruslah mulakan pagi dengan senyuman yang menawan.... Hihihihi~~~ 
Selamat pagi Isnin~~~ Good morning Monday~~~

Friday, 15 March 2013

Realitinyer~~~~

Memang secara realitinyer kita akan rasa macam ni setiap hari.......
Kan?? An...an....an....
Hihihihi..... Salam Jumaat kengkawan ^_^ ~~~

Thursday, 14 March 2013

My new collection ^_^

Taddaaaaa my new collection~~~~
Oh,my hero Jacob.....hihihihihi~~~

Lengkap lah sudah koleksi Twilight aku.... Dari DVD sekarang beralih ke novel la pulak, aku ni songsang sikit orang start dari novel dulu baru la ke movie aku ni sebaliknyer lak......  Bertapa lamenyer aku tunggu saat-saat untuk membeli novel Twilight versi Bahasa Melayu ni, tak dapat digambarkan dengan kata-kata.... Terharu lak rasenyer bile ada orang yang tolong belikan.......=P
Awak.............Hadiah ke ni??? Hihihihi TQ ^_^

Banyak peristiwa yang berlaku sebelum novel ni jadi milik aku...... Dugaan~~~
Pada mulanya, ternampak novel ni kat Popular niat nak membeli dah ada tapi gajinyer belum ada, so postpone time gaji baru la beli......

Bila gaji dah ada, pergi balik kedai yang sama novel tu pun dah habis... Orang kedai tu cakap koleksi tu terhad, sikit je ada... Lau ada,ada la....Lau habis,tak dapat nak nolong..... Hurmmm~~~ Silap tak suh orang kedai tu simpankan.... Siap suruh orang kedai tu order buku lagi, dah bagi nama siap2 dan nombor telepon lagi tau....... Kalau dah ada buku tu suruh call......

Tunggu punye tunggu, berminggu-minggu takde pun call... Pergi kedai lain bersepah-sepah koleksi buku tu tapi jual secara berasingan, ikut nafsu nak beli je asing-asing walaupun dah suruh kedai tadi tu simpankan... Tu kalau ikut nafsu la, tapi ikut hati yang baik ni aku tunggu la jugak kedai tu call...... Dah berbulan takde jugak call dari kedai tu, aku pun main serang hendap je kedai buku tu.... Dan tadaaaaaa~~~~ sekali bersepah buku tu kat rak..... Aik,aku punye la tunggu dieorang call......takde pun, nak je aku tanye dieorang ' Cik adik kaunter, dah kenapa tak call saye?? Nombor phone saye hilang ke??' Hisyk, tension betul la aku nak beli la bukan nak amik gitu je.... Bayar tau tak!!! Oleh disebabkan aku malas nak gaduh2 ni, Don't like.... Akhirnye, buku koleksi terhad twilight ni jadi milik aku jugak..... Alhamdulillah~~~

Dah selamat wat balik rumah dah~~~ hihi
Psst : Terima kasih kepada En.MZ sayeeee kerana belikan saye koleksi ni.... Sayang awak lebihhh la macam ni... hihihihi~~~~Ok la,nak fokus baca sampai habis ni......(walaupun tak tahu bile boleh habis keempat-empat buku tu..... Tapi oleh disebabkan orang tu belikan kenala tunjuk semangat lebih sikit..... Nanti dia taknak beli pape lagi... hurmmmm~~~) ~~~Ini yang semangat ni, bagi aku Eeeeee~~~

Nak baca buku~~~nak baca buku~~~

Ade lagi koleksi terbaru aku, tapi masih belum lengkap lagi......(dalam proses pengumpulan) Nanti dah lengkap aku post cite tentang koleksi terbaru aku tu ok.... First, aku wat teaser dulu.... (baru belajar2 buat)  Hihihihihi^_^
Teaser #1

Tuesday, 12 March 2013

Untuk kali ke2.....Rock oO!

Ok, kali ni aku tak hilangkan tiket macam sebelum ni... hihi ^_^
Ha, bile dah gi tengok cite ni buat kali keduanyer.... Ape maknenyer tu?? Maknenyer cite ni memang best la, best gilerrrr.... Kali ni gi dengan En. MZ dan kawan En. MZ..... Ok, orang yang tak bape nak tengok cerite melayu tu, bile tengok cite Rock oO...... gelak tak hengat punyer ok, gelak barai kata orang.....kelakar kan?? an....an.....an..... Tu la orang dah cakap taknak caye... Saye yang dah tengok yang kedua kali pun gelak lagi... gelak macam pertama kali tengok jugak.... Masih mengekalkan momentum yang same tau..... Huhuhuhuhu si Wanie yang dah tengok dengan saye hari tu pun gi tengok lagi cite ni dengan 'cinto hati' dia lak.....

Ah,sangat tak boleh lupa watak Slash ni.... Walaupun watak ni baru diwujudkan tapi sangat smart ok watak dia, tak banyak dialog pun tapi watak die memberi kesan yang sangat mendalam.... Sampai sekarang aku masih terbayangkan wajah Slash yang takde perasan tu hihihihi ^_^...... Penangan betul la cite ni... Sampaikan sekarang aku masih teringat-ingat..... Eh,bile nak kuar Astro First ni?? Tak sabar nak tengok dengan family pulakkkkk.....

Watak Slash Haji Tapah sangat stailo… Memang tertawan semua wanita melihatnya….. Walaupun tidak menggunakan dialog yang banyak tapi Pekin berlakon memang sangat cool..... Pekin dah membuktikan yang tak semestinya tak banyak dialog tu lakonan akan jadi 'Pak pacak'…... Rasa macam dah takde pelakon lain yang boleh bawak watak Slash tu....Thumb up!! (Ok,wa ok.....ok)

Antara salah satu kekuatan cerita ni adalah lagu TIKA..... Lagu ciptaan Jamil Ahmad dan Mamat Khalid lirik dari arwah Loloq.... Nyanyian asal daripada kumpulan Rimba Bara tu sendiri..... Sampai sekarang aku masih berteka-teki suara siapa yang sebenar digunakan untuk lagu ni..... Macam suara Khir Rahman?? Yeke?? Tapi kumpulan Rimba Bara vokalis dia Zul Kapan lakonan Soffi Jikan, memang sekali dengar macam suara Soffi Jikan... Tapi bile dah berkali-kali dengar memang suara Khir Rahman..... Puas dah duk mancari kat sumber2 yang boleh dipercayai tapi hingga ke hari ni masih tak jumpa.... Ok la, Jom layan video lagu Tika yang aku amik kat You tube nyanyian ori daripada kumpulan Rimba Bara..... Rock oO!
Korang dengar la sendiri yer~~~


Lirik lagu TIKA dari Rimba Bara~~~

Cahaya didalam cermin
Memukau hingga memaksa
Ku cari kedasar diri
Cintaku yang hilang

Rupanya ku salah sangka
Kasihmu tak pernah sepi
Kerana terlalu hampir
Ku leka hadirmu

Chorus:
Sentiasa disisi ku
Merestui ambisi ku
Lantas ku takkan berubah
Berganjak dari jalan ku

Selagi bumi berputar
Tekadku terus berjuang
Wohoo..

[Ulang Chorus] x2

Wohoo..
Wohoo..
Wohoo..

Disisiku
Merestui ambisiku
Hohohohoho.....

Takkan berubah
Berganjak dari jalan ku
Jalan ku
Jalan...... ku......

Monday, 11 March 2013

Persoalan demi persoalan ~~~

Dalam perjalanan balik ke kampung....

En.MZ : Awak... Saye tengah musykil la, ape pompan pndg pada lelaki eh?? Mksud saye, rupe mcm mne?? Hensem or comel or yang matang.....
Me : Ntah tak tahu........
En.MZ : Ala takkan tak tahu...awak kan pompan......
Me : Betul la....tak tahu.... (mls nk layan, kang lyn byk lak persoalannye)
En.MZ : Ade pompan kt tempat keje saye cakap.... Die suke tgk muka org matang mcm saye.....
Me : erkkkkk....matang ke?? Wekkkk =P
En.MZ : takde la...org ckp muka saye nmpk matang.... Die ckp pompan tak suke lelaki muke comey2 ni, mcm budak2...yeke awak, pompan mcm tu eh??
Me : Ntah..........
En.MZ : hurm~~~ *_* terus diam.....

Hahahaha mesti En.MZ tengah benggang kn time tu, semua die tnyer smuenyer aku jawab entah.... Bukan pe, malas nk layan persoalan demi persoalan yg die tnyer tu kang lambat lak smpai kg... Nanti duk memikirkan ayat nak awb soalan2 awak tu, kite ke lain lak.... Saye tengah fokus memandu ni.... Entah ape die mimpi malam tadi, duk tnyer soalan gitu bertalu-talu.....

Ok la, bagi tak menghampakan perasaan awak... Meh saye jelaskn (aku ni tk reti nak susun ayat untuk bercakap, tapi aku boleh bgtahu melalui penulisan, jd bacalah walaupun tahu En. MZ cukup main malas nak baca pnjg2 ni) ^_^

Awak, untuk pengetahuan am nyer... Perempuan ni memang tak suka lelaki muke comey2 atau istilah lebih tepat JAMBU... Kalau yang ada yang suka tu mungkin suka2 tengok je.....Bukan apa, dari pandangan awal nampak macam tak gagah, tak dapat pertahankn kaum wanita bila kesusahan, tak pernah serius dalam semua hal, fikiran dan perangai macam budak2... Saye cakap 'macam' ok....macam je bukan smuenyer hakikat mcm gitu... Cume cara perempuan ni mula menilai dari pandangan awal@pertama..... first sight ckp omputihnyer...

Saye bagitahu ni dari sudut pandangan saye la, saye tak tahu dari sudut pandangan wanita lain yang mungkin akan berbeza pendapat dengan saye... Setiap orang kan ade pendapatnyer masing-masing....Awak pun tnyer dari pandangan saye kan, so saye jelaskan ikut kepala otak saye la....Ok?? Tapi kalau tanyer kengkawan perempuan saye pun, dieorang akan sependapat dengan saye.....

Kalau awak nak tahu lagi la, saye mule berkenal kenalan dengan awak bukan sebab muka comey ke, muka matang ke or apa2 berkaitan dengan fizikal awak.... Agak2 la awak, saye mula kenal awak dari umo saye 15tahun kot, mane la saye tahu muka awak akan jadi macam sekarang ni ha..... Saye tak de mesin mase kat umh untuk tengok masa depan saye tau.... Ape yang saye tengok adalah perangai awak, hubungan awak dengan kengkawan, hubungan awak dengan family.... Saye tengok hubungan awak dengan kengkawan ok dan baik maknenyer awak ok la..... Lau perangai awak kaki pukul, kaki buli dan sewaktu denganyer, awak ingat saye akan berkawan dengan awak ke?? Ok, say hai n bye2.... Muka comey or matang or hensem sekali pun kalau tak dapat jaga hati perempuan, tak pandai hormati hak perempuan kire tak guna jugak la..... Sekiranya seseorang perempuan tu dalam 'kegelapan' mana mungkin dia nampak wajah lelaki yang hensem tu pimpin dia ke jalan yang terang.... Itu kiasan tu, awak kena faham sendiri la..... ^_^

Awak pun tahu saye macam mane kan, saye memang suka perhatikan orang... Yang saye perhatikan bukan rupa paras dia tapi perangai dan tingkah laku dia.... Ok, jelas dengan penerangan panjang lebar saye ni?? Saye ni memang tak pandai berkata-kata tapi saye boleh jelaskn melalui tulisan... Jadi awak kene la membacanyer....... Dah, jangan tnyer soalan demi soalan lg nnti penuh entri blog saye sebab nak jawab pertanyaan awak je... Huhuhu~~~~

Psst : Pucuk pangkalnyer HATI kita, kalau dah suka tu muka hensem ke,comey ke,comot ke,matang ke,jambu ke,suara macam kartun ke dah tak amik kisah dah..... Janji dia dapat jaga kaum Hawa dengan sebaiknyer..... Jaga hubungannya dengan Pencipta tu yang lebih penting dari segala-galanya.....

Saye ade kesimpulan jawapan yang lebih tepat untuk soalan awak tu En.MZ.. ^_^

Sunday, 10 March 2013

Esok dah ISNIN??

Aduh,aduh,aduh kenapa la aku macam ni setiap kali nak menghadapi Hari Isnin......
Syohhhh,syooohhhh,syohhhhh, pegi dari sini.....
Jauhkan lah blueeesss ni dari aku, banyak keje hari Isnin ni.....
Lau asyik ber'blues' je bile keje boleh siap.... Hurmmmm~~~

Friday, 8 March 2013

~Rock oO!!

Masih ingat tak dengan filem ni???
Masih segar lagi diingatan bertapa lawaknyer kumpulan Rimba Bara yang diketuai oleh Zack lakonan Hasnul Rahmat, bertapa tak boleh blah dengan watak Amy (Que Haidar) yang gile-gile menggelikan hati, ade je ayat yang mengeletek pangkal rusuk.... membuatkan semua orang akan ketawa bile tengok muka dia....
Sekarang ni dieorang dah wat comeback tau menerusi filem Rock oO!!, lama giler dieorang amik masa untuk wat comeback mana tak nyer filem Rock tahun 2005 filem Rock oO!! tahun ni tahun 2013, 7 tahun kot kesinambungan ceritanya, mungkin yang dah tengok pun akan lupe dengan watak sediada.....takpe tengok semula cite Rock tu, mungkin sebelum ni pengarah tengah kumpul idea kottt tu amik masa yang lama.....


Filem pertama Rock (2005) mengisahkan tentang kumpulan Rock, Rimba Bara yang cuba mencipta nama sebagai rockers di era muzik 80 dan 90an. Dalam filem ini, kumpulan Rimba Bara telah dianggotai oleh Hasnul Rahmat sebagai Zack, Que Haidar sebagai Amy Mat Piah, Khir Rahman sebagai Jijo, dan Norazmi Bahron sebagai Black.

Di dalam Rock oO, filem ini membawa para penonton kedalam perjalanan kumpulan Rimba Bara selepas memenangi Battle of the Bands dan menjadi popular. Filem pertama mengisahkan tentang perjuangan mencipta nama, filem kedua pula mengisahkan tentang usaha mereka membawa Rimba Bara ke arah yang lebih besar. Penggembaraan membawa nama Rimba Bara ke persada seni..... Filem Rock oO telah mewujudkan seorang lagi watak iaitu Slash Haji Tapah lakonan Pekin Ibrahim dalam kumpulan Rimba Bara sebagai seorang gitaris utama bagi menggantikan Zack.......

Amy Mat Piah memainkan peranan dalam filem ni sebagai bekas vokalis yang telah dibuang dari kumpulan. Jika sebelum ini dia telah disingkirkan, namun dia kembali semula untuk menagih simpati selepas Zul Kapan telah berpaling tadah dan kembali kepada kumpulan lamanya, Malaikat Maut. Berbekalkan kesungguhan dan semangat seorang rockers, Amy cuba memujuk bekas ahli kumpulannya. Dia hampir berjaya memujuk mereka kembali. Tetapi kehadiran Zul Kapan semula untuk menjadi vokalis Rimba Bara telah meragut usahanya.Selain daripada itu, Slash Haji Tapah seorang gitaris yang berbakat sanggup mengenepikan kekasihnya demi impian untuk menjadi seorang pemuzik rock berjaya bersama Rimba Bara. Begitu la serba sedikit tentang cerita ni....Nak tahu lebih2 kena la tengokkkk~~~~

files.php

Memang tak dinafikan Mamat Khalid memang bijak mengalihkan tumpuan penonton dari dunia moden ni ke suasana zaman 80an dengan mengubah fesyen2,cara pemakaian,kenderaan dan tempat..... Aku pun rase kagum tetibe dan cube mencari kat mane lokasi pengambaran tu yang dibuat..... Samada kita sedar atau tidak, filem Rock oO tidak sedikit pun menunjukkan bahawa filem itu dilakonkan pada zaman moden. Apa yang dapat dilihat hanyalah suasana Malaysia pada zaman 80an dengan fesyen dan kenderaan-kenderaan lama.......

Aku dah pergi tengok la cite ni Khamis lepas, kali ni dengan Cik Wanie kita...... Syoookkk ouuu masih terase lagi lawak kelakarnyer, masih teringat gelak gamat kat panggung...... Mesti la dah gi tengok lau tak macam mana boleh cite bertapa kelakarnyer cerita ni..... Eh,kenapa takde gambar tiket seperti selalu??? Ha,buat pertama kalinyer aku terhilangkan tiket lepas tengok wayang..... Ntah mana aku letak pueh dah mencari, tah mana hilangnyer tak sempat nak amik gambau.... kuang~~~kuang~~kuang~~~ Takpe lah yang penting aku dah gi tengok...... kikikikiki ^_^ Kadang-kadang kenala support cerita melayu sikit.... Lau kita tak support sape lagi??? Ok, Selamat Menonton Rock oO!  
Bile ek kuar Astro First?? Tak sabo nak langgan ni.......

Thursday, 7 March 2013

-Sang Penuntun Hati-

Tak reti untuk berkata-kata........
dan tak pandai juga untuk meluahkan.......
Tapi...........dengarkanlah 'isi hati' ku ini.....


Psst : First time dengar lagu ni dalam drama Hanya PadaMu, terus jatuh cinta.... Hanya PadaMu, OooOOhh so addicted dengan drama tu......

Oupss......bagi yang tak tahu maksud Penuntun tu ape, tengok kat bawah k~~~~~
 

Monday, 4 March 2013

Hari ISNIN??

Mood & keadaan bila hari Isnin........
Maka, akan timbul la persoalan & situasi di bawah.....
Kesian hari Isnin....Kalau semua orang tak suka dia, sapa yang suka dia??

Tapi yg pastinya kita mana boleh hilangkan hari Isnin dalam kalendar.....
Kita hanya boleh berfikir seperti ini......
Renung-renungkan dan selamat menjalani hari Isnin~~~ ^_^

Iklan Untuk di'Klik'

Copyright© All Rights Reserved zuhafizz-cintahatiku.blogspot.com