Perjalanan hidup Kami ~~~

Daisypath Friendship tickers

One Step Closer

Daisypath Anniversary tickers

Ikatan Cinta Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, 28 March 2013

G.I Joe:Retaliation


Da start dah musim cite omputih sepanjang masa...... Pasni, entri blog aku akan dipenuhi dengan cite2 omputih je la..... huhuhuhu~~~ Buat masa sekarang ni cite G.I Joe yang ke2 sebagai pembuka tirai, dan akan ada lagi cite2 omputih yang lain menyusul kemudian.... Tunggu dan lihat je la hihihi.... Memang secara umumnya, time2 musim Summer ni (Summer kat oversea la, kat Malaysia ni hari-hari musim Summer....huhuhuhu) akan berlambak la cerita2 omputih di pawagam... Larat tak tak larat nak tengok semua tu...... (Kalau ikutkan En.MZ semua trailer cite omputih yang diiklankan tu die nak tengok, macam banyak masa sangat die tu..... huh)

Sepatutnya masa tayangan cerita G.I Joe ni di seluruh Malaysia hari ni 28 Mac, tapi biasa la kan kat KeyL akan tayang dulu sehari awal, midnight.... So, bila dah tahu hari ni aku akan busy dan akan balik kerja lewat malam jadi kiteorang (Geng Wayang's) berpakat tengok semalam, sehari awal yang midnight nyer tayangan..... Huh, ada yang 3D je, yang biase2 or 2D pada 28 Mac baru ada..... Nak tak nak tengok je la yang 3D (Tak suka sangat yang 3D sebab confrim keluar wayang nanti akan pening tapi nak wat macam mana hukhukhuk~~).... Dan harus diingatkan kalau nak tengok cerita hot macam ni pada hari pertama lak tu, kena la buat tempahan awal takpun beli tiket tu awal2 takde la kena beratur panjang or tak dapat tiket langsung... Kuciwa~~

Hooo.........Aah!!! Bersama-sama Geng Wayang's (Ups, ada lagi sorang yang tercicir)...... Ni la wajah2 ceria gembira bila dapat tengok cite G.I Joe: Retaliation pada hari pertama ditayangkan.....3D lg ko,hahahaha.... Bergaye sungguh dengan cermin mata 3D pinjam tu...huhuhu....Ups,ade orang ngantuk?? Ko yer pun tunggu la sampai umah baru tido...hihihihi peace....

Cerita G.I Joe : Retaliation ini menceritakan tentang serangan mata-mata Cobra bernama Zartan yang mengakibatkan seluruh anggota G.I Joe tewas dan hanya yang tinggal Duke Hauser yang diperankan oleh Channing Tatum, Roadblock (Dwayne Johnson), dan Lady Jaye (Adrianne Palicki).

Mereka pun merancang untuk melakukan serangan balik kepada Zartan. Namun anehnya setelah kejadian penyerangan oleh Zartan terhadap anggota G.I Joe, team G.I Joe malah dituduh sebagai penjahat perang. Siasat punya siasat akhirnya mereka tahu bahawa pemerintahan Amerika Syarikat telah ditawan oleh musuh dan presiden yang sebenarnya sedang ditawan. Kerana terdesak, akhirnya Roadblock memutuskan untuk meminta pertolongan kepada Joe Colton yang diperankan oleh Bruce Willis.

Ok,setakat tu je aku faham..... Secara jujurnyer, aku tak tengok G.I Joe yang pertama dulu (G.I. Joe: The Rise of Cobra) jadi ada sedikit blur bile tengok yang kedua ni.... Apa yang boleh aku cakapkan, cerita ni memang mantap (kalau tak, tak kan la orang beratur nak gi tengok)... Memang takde masa aku nak toleh kiri dan kanan or bercakap dengan orang sebelah itu menunjukkan aku terlalu fokus dengan cerita ni.... Mana tak nyer, 90% aksi, 10% je berbual blablabla~~~ Tak sempat nak ngantuk ditambah la dengan pakai spek mata 3D yang bergaye tu... huhuhuhu.... Cerita ni memang Thumb Up la, nak2 The Rock yang berlakon... Tapi aku minat watak Snake Eyes, takde dialog langsung tapi smart giler...huhuhuhu~~~ (agaknyer aku memang suka watak tak berdialog kot.....hihihi peace)

Yang ni watak yang aku minat tu... Snake eyes~~~ Ok,memang dia berlakon tak tunjuk muka dan takde diolog...Sekian ^_^
Ni lak watak yang En.MZ minat.....Mula2 dia watak jahat, pastu bertukar jd watak baik lak... Tapi aku suka dia time watak jahat ^_^

No comments:

Post a Comment

Iklan Untuk di'Klik'

Copyright© All Rights Reserved zuhafizz-cintahatiku.blogspot.com