Masih segar lagi diingatan bertapa lawaknyer kumpulan Rimba Bara yang diketuai oleh Zack lakonan Hasnul Rahmat, bertapa tak boleh blah dengan watak Amy (Que Haidar) yang gile-gile menggelikan hati, ade je ayat yang mengeletek pangkal rusuk.... membuatkan semua orang akan ketawa bile tengok muka dia....
Sekarang ni dieorang dah wat comeback tau menerusi filem Rock oO!!, lama giler dieorang amik masa untuk wat comeback mana tak nyer filem Rock tahun 2005 filem Rock oO!! tahun ni tahun 2013, 7 tahun kot kesinambungan ceritanya, mungkin yang dah tengok pun akan lupe dengan watak sediada.....
Filem pertama Rock (2005) mengisahkan tentang kumpulan Rock, Rimba Bara yang cuba mencipta nama sebagai rockers di era muzik 80 dan 90an. Dalam filem ini, kumpulan Rimba Bara telah dianggotai oleh Hasnul Rahmat sebagai Zack, Que Haidar sebagai Amy Mat Piah, Khir Rahman sebagai Jijo, dan Norazmi Bahron sebagai Black.
Di dalam Rock oO, filem ini membawa para penonton kedalam perjalanan kumpulan Rimba Bara selepas memenangi Battle of the Bands dan menjadi popular. Filem pertama mengisahkan tentang perjuangan mencipta nama, filem kedua pula mengisahkan tentang usaha mereka membawa Rimba Bara ke arah yang lebih besar. Penggembaraan membawa nama Rimba Bara ke persada seni..... Filem Rock oO telah mewujudkan seorang lagi watak iaitu Slash Haji Tapah lakonan Pekin Ibrahim dalam kumpulan Rimba Bara sebagai seorang gitaris utama bagi menggantikan Zack.......
Amy Mat Piah memainkan peranan dalam filem ni sebagai bekas vokalis yang telah dibuang dari kumpulan. Jika sebelum ini dia telah disingkirkan, namun dia kembali semula untuk menagih simpati selepas Zul Kapan telah berpaling tadah dan kembali kepada kumpulan lamanya, Malaikat Maut. Berbekalkan kesungguhan dan semangat seorang rockers, Amy cuba memujuk bekas ahli kumpulannya. Dia hampir berjaya memujuk mereka kembali. Tetapi kehadiran Zul Kapan semula untuk menjadi vokalis Rimba Bara telah meragut usahanya.Selain daripada itu, Slash Haji Tapah seorang gitaris yang berbakat sanggup mengenepikan kekasihnya demi impian untuk menjadi seorang pemuzik rock berjaya bersama Rimba Bara. Begitu la serba sedikit tentang cerita ni....Nak tahu lebih2 kena la tengokkkk~~~~

Memang tak dinafikan Mamat Khalid memang bijak mengalihkan tumpuan penonton dari dunia moden ni ke suasana zaman 80an dengan mengubah fesyen2,cara pemakaian,kenderaan dan tempat..... Aku pun rase kagum tetibe dan cube mencari kat mane lokasi pengambaran tu yang dibuat..... Samada kita sedar atau tidak, filem Rock oO tidak sedikit pun menunjukkan bahawa filem itu dilakonkan pada zaman moden. Apa yang dapat dilihat hanyalah suasana Malaysia pada zaman 80an dengan fesyen dan kenderaan-kenderaan lama.......
Aku dah pergi tengok la cite ni Khamis lepas, kali ni dengan Cik Wanie kita...... Syoookkk ouuu masih terase lagi lawak kelakarnyer, masih teringat gelak gamat kat panggung...... Mesti la dah gi tengok lau tak macam mana boleh cite bertapa kelakarnyer cerita ni..... Eh,kenapa takde gambar tiket seperti selalu??? Ha,buat pertama kalinyer aku terhilangkan tiket lepas tengok wayang..... Ntah mana aku letak pueh dah mencari, tah mana hilangnyer tak sempat nak amik gambau.... kuang~~~kuang~~kuang~~~ Takpe lah yang penting aku dah gi tengok...... kikikikiki ^_^ Kadang-kadang kenala support cerita melayu sikit.... Lau kita tak support sape lagi??? Ok, Selamat Menonton Rock oO!
Bile ek kuar Astro First?? Tak sabo nak langgan ni.......





No comments:
Post a Comment