Mulanya nak tengok hari first tayangan, tak jadi sebab hujan lebat sampai tak nampak jalan, nak drive takut pastu nak kuar hari Ahad tak jadi sebab kena bawak adik... Pastu postpone hari Isnin, pun tak jadi jugak sebab kelewatan balik dari kerja.... Dah plan hari Selasa pun tak jadi disebabkan hal yang sama pada hari Isnin berulang, Hari Rabu lak dah terlebih dahulu berjanji dengan kengkawan office untuk berbowling
Pastu ditambah pulak aku dapat pengaruh dari kawan aku dah tengok.... Dah tengok siap post kat FB lagi, menguji kesabaran betullll.... hihihihihi~~~ Last aku dapat pengaruh tak lain tak bukan, dari lain sapa lagi kalau tak pelakon wanita tu sendiri.... Hanis Zalikha la...... Dia share kat blog dia menyatakan yang cerita tu 'terlalulalulalulalu kelaka'.... Ha,begitu banyak pengaruh takkan tak nak tengok lagi....
![]() |
| Screencapture dari blog Hanis Zalikha ^_^ |
Tapi aku ada 1 lagi cabaran bila nak ajak En.MZ tengok cerita Melayu.... Mak datuk susah betul nak ajak dia tengok cerita melayu, lau takde hujah2 yang bernas jangan berani berani la, sia-sia je usaha tu.... Nak2 lau cerita tu dah lama ditayangkan lagi susah la... Hurmmm~~~ Tapi entah macam mana semalam aku berjaya jugak tengok cerita ni tanpa mengeluarkan hujah2 bernas... Erkkk..... Tapi dengan sogokan dan muncungan panjang sedepa... Taktik yang dah lama tak digunapakai.... kahkahkah~~~
Gangster Celop mengisahkan dua orang bekas gangster iaitu Aman (Kamal Adli) dan Adam (Syamsul Yusof) yang baru selesai menjalani hukuman penjara selama lima tahun. Mereka bertekad untuk berubah dan menjadi insan yang lebih baik. Bagaimanapun, sebaik bebas mereka pergi ke rumah Ayahdanya Mat Jambu, (Yus Raja Lawak), seorang ketua gangster yang pernah melindungi mereka dahulu untuk mintak restu tiba-tiba mereka diberikan tugas baru, mereka dikehendaki menjaga Suzana (Hanis Zalikha) iaitu anak perempuan kepada Mat Jambu. Suzana baru pulang dari luar negara untuk memulakan perniagaan di Malaysia. Disebabkan tugasan itu, semua menjadi huru-hara dan secara tidak langsung mereka terbabit dalam konflik tercetus antara Mat Jambu dan musuhnya, Man Cirit (Azad Jazmin) yang merupakan musuh tradisi untuk sekian lama.






No comments:
Post a Comment