Perjalanan hidup Kami ~~~

Daisypath Friendship tickers

One Step Closer

Daisypath Anniversary tickers

Ikatan Cinta Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, 28 November 2014

Salam Jumaat #LastNovember2014


Salam Jumaat

Kejap je rasa kan
Pejam Celik Pejam Celik dah penghujung bulan November, sikit hari lagi dah nak masuk bulan Disember
Disember??? (^O^)??) Aaaaaaa cepat nyer masa berlalu
Macam tak sempat nak pikir pape nih
Banyak benda nak kena pikir
Banyak benda nak kena buat
Banyak benda nak kena dahulukan
Akhirnya, otak aku tak dapat bezakan yang mana dulu yang mana sekarang
Ok, Nice!!

Penyudahnya aku yang stresssss Aaaaggrrrhhh (~_~)

Bila stress Apa patut kita buat???


Dan2 tu jugak kawan aku post ni kat FB aku
Alhamdulillah kurang sikit kelam kelibut aku nih
Tapi yang penting memang banyak benda belum di settlekan lagi nak menjelang Disember ni

Disember Pliss be nice to me!! (^^,)

Rileks Sis Rileks بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

~Sampai kita ketemu kembali ByeBye

 
Hari ni ada satu Majlis Perpisahan untuk pelajar2 kursus jangka pendek dari Indonesia...... Erkkkk majlis perpisahan?? bila Majlis sambut kedatangan mereka nih??? huhuhu~~

Aku diberitahu, mereka ni datang ke Fakulti aku tuk belajar alatan yang ada kat Universiti nih.... Dorang ni datang dari awal bulan hari tu lagi, kenapa la baru hari ni aku perasan mereka... dah nak balik dah pun huhuhu~~~ Tau2 di jemput untuk Majlis perpisahan Krik Krik Krik~~~ (-_-)

Ketua Program sedang bagi kata2 perpisahan mewakilkan kami semua

Ni lah di antara pelajar kursus jangka pendek dari Indonesia tu
Dalam banyak2 Universiti dalam Malaysia ni kalian memilih Universiti kami **terima kasih

Gambar kenang kenangan dengan Pelajar2 dari Indonesia
**abaikan aku yang tak berapa nak siap tuh, yelah jemputan yang tiba-tiba kan mana la tahu, yang penting dapat makan pree lalalalala~~

Pemberian cenderamata kepada mereka
**jangan serik2 ke sini lagi yer huhu~~
 
Oh, baru aku teringat kenapa aku tak perasan mereka datang hari tu.... Bukan ke awal bulan hari tu kitaorang sibuk dengan MQA, sebab tu tak ambil peduli 'tetamu' yang satu ni... Maafkan kami yer..... Maafkan atas kekhilafan dan kekurangan kami melayan tetamu..... Semoga kalian semua happy2 berada di Universiti kami dan jangan serik tuk ke sini lagi..... Sampai kita ketemu kembali ByeBye (^_^)//)

Dalam Majlis tu juga ada selit Majlis hariJadi salah sorang pensyarah kami Happy besday Dr. Huda!!!

**Lepas ni lau ada 'tetamu' iras2 pelakon sinetron tu jemput2 la naik ke makmal kami, baru lah kami perasan kamu datang hehehe (^^,)

Wednesday, 26 November 2014

Jam-Packed Pizza


Jam-Packed Pizza **craving

Dah lama kan tak cita pasal ngidam mengidam nih, sebabnya tak terasa lagi nak makan pape dan takde menu baru yang ada.... Tapi bila suatu hari aku duk tengok promosi pizza ada menu baru dalam jiwa Aaaaaaaa!!!!! Gulp. Gulp. Gulp. tertelan air liur terus membawak info tu ke otak dan otak menghantar maklumat ke perut menyatakan aku LAPAR!!!!! Errkkk (x_X)

Pastu aku post la kat FB yang aku nak makan sangat, teringin sangat *craving kat pizza baru tu Jam-Packed Pizza, dan seperti yang di jangkakan ada sorang stalker yang berjaya aku ni telah membaca FB aku dan terus ajak aku makan pizza petang tu.... hahahaha seperti yang berada di kotak fikiranku hoho.....

Balik Kg petang tu kitaorang nak singgah makan pizza baru yang aku idam-idamkan tu hohohoho~~ Tapi apakan daya sampai kat KG dah lewat malam, kedai pizza mana yang bukak.... Mengalir airmata ini hukhukhuk~~

 
Tapi orang tu pandai pujuk aku, dia bawak jugak aku makan pizza baru tu pada keesokkan harinya..... Kebetulan kitaorang nak keluar cari 'something' dah alang kepalang keluar tu singgah lah terus makan pizza YeAhhh!!!! (^_^)//)

Pic rare bagi aku (^^,) Tengah orang amik order tu masih sempat lagi hahahaha~~~

Menu kitaorang **gi makan sekali dengan MyFMIL & MyFSIL
Nampak banyak memang banyak tapi yang paling menarik minat aku hanya satu di situ huhu~~~

Hanya 'dikau' yang menarik minatku, ni kalau makan semua pun tak tersa nih huhuhu~~

اَلْحَمْدُلِلّهِ
Dapat jua makan walaupun berminggu minggu teringin nak makan hehe naseb baik tak meleleh air liuq je huhu~~ TQ En.MZ sebab belanja saya makan, asal nak makan pape je mesti awak akan belanja Cayang awak lebih la *Muahciked (^^,)

Sedap sangat Pizza baru nih, nak makan kali ke2 (^_^)v) boleh tak?? hehe~~

Sudah payah kita tempuhi
Barang dicari telah di temui
Suka gembira senang hati
~CeWaaah~

Monday, 24 November 2014

Selamat Pengantin Baru Yan (^_^)


Selamat pengantin baru Yan
Sorang lagi kawan dari kelas aku menamatkan zaman bujangnya tahun ni... Makin hari makin tahun makin ramai yang menuju ke alam perkahwinan... Sok sok semua akan kawen huhu~~ Yang ni yang ke berapa dah kawen dalam tahun ni, tak sempat nak kira dah.... Yang penting dalam kelas aku tinggal dua tiga kerat je yang masih maintain pegang title 'single' huhuhu~~~

23/11/2014
Majlis bersanding rumah Pengantin Perempuan di KG Pulai Melaka, majlis nikahnya pada hari sebelumnya 22/11/2014 pengantin perempuan selamat di ijabkabulkan dengan jejaka pilihan hatinya..... Aku tak gi majlis nikah dan malam berinai sebab dah plan awal2 nak gi majlis bersanding je..... So hantar la berapa orang wakil kengkawan yang gi, maka berlaku la balas membalas hantar menghantar gambar kat Whataaps group..... huhu teknologi zaman sekarang~~~

Sampai2 je terus menuju pelamin hehe
~Pelamin nan Indah~ Simple but cute (^^,)

Kami Ex-Alfa



with MyBFF
Sahabat. Kawan. Rakan. Teman.

Penjaga tol pelamin, kemain ramai lagi yang jaga tol tu siap bawak sudip lagi hohoho~~~

Raja & Ratu sehari (^^,)
**ehem3, yang si pengapit perempuan tu pun tunggu masa je lagi hehe

Kami Ex-Alfa
Yang ni sebahagian je la


Selesai je majlis acara kami pun bermula hehe
Groupie dengan pengantin baru

Yang ni pic Malam Berinai
Hasil gambar yang dihantar oleh kengkawan Whatapps

Pengantin baru (^_^)v)

اَلْحَمْدُلِلّهِ
~Selamat sudah sorang lagi kawan aku..... Kawan sekolah, kawan sekelas dari form 4 & 5..... Kepada Pengantin Baru : “ Dari setinggi dan seluas kasih sayangMu, Kau limpahkan rahmat jua keampunanMu kepada pengantin suami isteri. Berkatilah majlis yang diadakan dengan keberkatan dari permulaan hingga pengakhirnya. Sesungguhnya pertemuan ini adalah dengan izinMu, kurniakanlah keduanya ketenangan, kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaanMu. Mudah-mudahan perkongsian hidup yang dibina berkekalan hingga ke akhir usia dan kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah. Dengan taufik dan hidayahMu beruntunglah keduanya dalam kehidupan di dunia
lebih-lebih lagi di akhirat "
- Amin Ya Rabbal ‘Alamin - 

~SELAMAT PENGANTIN BARU YAN~
Happy honeymoon wink wink wink (^_^)v)

Thursday, 20 November 2014

Sambutan Maal Hijrah 1436H


Sambutan Maal Hijrah 1436H

Walaupun dah nak penghujung Muharam, kat tempat kerja aku baru ada kesempatan masa tuk buat perarakan bersama sempena Sambutan Maal Hijrah 1436H....

Memang nak mencari waktu bersama berkumpul tu memang susah nak2 melibatkan ramai orang..... Alhamdulillah atas persetujuan pihak atasan tarikh 20November2014 telah dipilih tuk Sambutan Maal Hijrah 1436H peringkat Kebangsaan......

Kami lah FST'ians yang Jelitazz hahaha~~~ (^_^)v)

Seawal 7.45pagi kitaorang dah start berkumpul, tapi berkumpul je bergerak belum tentu lagi hahahaha.... So kitaorang isi masa-masa terluang tu dengan kerja2 berfaedah kami hahahaha~~~~

Sambutan Maal Hijrah 1436H #27Muharam 1436H

Kerja2 berfaedah kami hahaha bukan kami je yang sporting amik2 gambar ni kitaorang nyer Ketua Program dan lecture2 lelaki kami pun sporting siap Groupie dengan kitaorang lagi huhuhu~~~

Dah puas bergambo sakan baru la kitaorang diarahkan tuk beratur dan berarak ke tempat yang telah ditetapkan.... Dari Fakulti Ekonomi ke Dewan Besar dekat 1 km lebih jugak la kami kena berjalan berarak..... Dalam 20minit bermandi peluh tapi tak kesah ini semua disebabkan tanggungjawab dan amanah, kami teruskan jua walaupun mentari menyerap tenaga, peluh membasahi baju...... huhuhu (^_^)v)

Time berarak **masa nih dah nak sampai dah, berjalan dari Fakulti ke Dewan kira jauh la jugak sempat la baju ni basah huhuhu~~

Selepas 20minit berarak membawa panji bila nampak je bumbung Dewan Besar hati mula merasa lega tadi penat sudah tidak terasa, kaki yang sakit terus rasa baik hehehe~~~

Dalam Dewan
**dengar kata2 aluan dari NC

Ada persembahan salingan **penghibur hati

Penyampaian hadiah **walaupun kami tak menang tapi kami happy sekurang-kurangnya kami dapat tudung sponsor hohoho TQ Kak CT sponsor tudung Maal Hijrah kami (^^,)

Aktiviti kami diteruskan sehingga ke dalam Dewan **happy dapat tudung baru hehehe
Dapat makanan pun Pree **sapa kata kitaorang tak happy huhu~~~

Baru je lepas berarak pagi tadi, terus aku post gambar2 Sambutan Maal Hijrah 1436H kami atas pemintaan yang membaca blog ni, dia nak tengok pic dia masuk tak hehe.... Fresh lagi gambar2 nih, baju aku basah pun lom sempat kering lagi hohohoho~~~ 

Ok, dah post gambar baru tenang nak sambung makan Bye!!!! See ya~~~

Wednesday, 19 November 2014

Diuji dugaan kecil (T_T)


Aku diuji lagi
Ujian apa yang Kau berikan ini, tapi siapa aku nak mempersoalkanNya

Aku diuji lagi
Ujian yang Kau berikan ini terlalu kecil jika dibandingkan dengan banyaknya DOSAKU

Aku diuji lagi
Ujian kecil yang Kau berikan, maafkan aku mempertikaikan KekuasaanMU

Aku diuji lagi
Ujian kecil Kau berikan, ku tahu selepas ini ada HIKMAH menantiku InsyaAllah

✔ Innalillahiwainnailairojiu'n •••► Aku diuji lagi YA ALLAH,
✔ Subhanallah •••► UJIAN apa yang KAU berikan ini,
✔ MasyaALLAH •••► mengapa aku mempersoalkan TAKDIRMU lagi,
✔ Astaghfirullahaa'zim •••► Maafkan aku Ya Allah aku pertikaikan KEKUASAANMU,
✔ Allahhuakhbar •••► kuatkan HATI nuraniku hadapi semua ini dalam menggapai REDHAMU,
✔ Alhamdulillah •••► ku tahu selepas ini ada HIKMAH kebahagiaan PEMBERIANMU

 

 

Jam 5petang, selepas habis waktu kerja, nak balik ke rumah
Terima nota 'cinta' depan cermin keta :'( 
Terima kasih kepada si pemberitahu yang tidak bernama, kalau kamu tak bagitahu sure la diri ini balik dengan lalalalalala senang hati....... Entah apa jadi ditengah jalan nanti

Terima kasih kepada penukar tayar saya hari ni En.Zul dilantik secara tak rasmi, diharap pertolongan itu disulami dengan keikhlasan sebab tak tahu macam mana nak balas budi baik En.Zul tolong saya (^^,)
Terima kasih kepada pembantu, peneman tiba-tiba saya kak Normah :-* 
Tanpa bantuan dan semangat kalian entah macam mane aku nak balik ke rumah hukhukhuk :'(   

**tak lupa juga kpd tukang bagi semangat, tukang tengok, tukang tanya dan simpati pada diriku ini hari ni...... Terasa macam famous lak satu hari ni huhu~~ 

Kepada tayar ku,kenapa lah time-time ni kau buat hal?? Kesihani lah diriku ini :'( Tunggu la gaji baru wat perangai yer 
Kepada Bosku esok saya MC yer bukan sebab tuan keta yang tak sehat tapi kete ni buat perangai terlebih drift kaki dia terseliuh terkehel sakit huhu....

Monday, 17 November 2014

HOME Decor Fair #2014


HOME Decor Fair #2014 MiTC Melaka

Disaat ditengah-tengah bulan ni boleh pulak dia buat Home Decor Fair
Mak aku bukan leh tengok bende2 macam tu, sure dia ajak gi tengok2 barang2 rumah.... Mak aku lak bukan leh tengok sesaje je, sure ada yang dia grab nanti...... kita tengok lah huhu~~

Hari Ahad hari tu, aku terbaca satu risalah promosi tentang Home Decor Fair yang diadakan di MiTC pada 13 hingga 16 November 2014.... Aku lak gi gatal mulut beritahu mak "Mak, ada Home Decor Fair kat MiTC hari ni" mak pun terus bagi respon "Oh, Jom gi tengok2 kak" Errkkkk (~_~) gi tengok ker??

Atas pujukan dari ibuku memang cair aku dibuatnyer..... So, pagi tu kitaorang gi la ke Home Decor Fair tu..... Aku lak terlupa nak baca jam berapa dia bukak, aku agak2 kul 10 pagi dia bukak yelah selalunya pameran akan bukak kul 10pagi kan, jadi kul 9 kitaorang dah gi ke situ.....

Home Decor Fair **awal pagi aku dah sampai pintu pun lom bukak lagi hahaha

Bila sampai, HAH amik ko...... Kul 11pagi baru dia bukak, padan la dengan muka berlagak sangat gi pagi2 kononnyer malas bersesak dengan orang sekali terpakse lah menunggu dalam kete hukhukhuk (T_T)

See!! Pintu masuk tak bukak lagi, tu lah berlagak sangat gi pepagi buta huhuhu~~~

Tunggu, tunggu dan terus menunggu
Kerana Terpaksa Aku Relakan hehe~~

Bersesak-sesak jugak time nak masuk huhu~~

Bila dah kul 11pagi baru la pameran tu bukak, masuk pun kena jugak bersesak-sesak dengan orang hukhukhuk..... Kitaorang terus menuju ke barangan yang nak di 'tengok' tadi..... Aku takde la berminat dengan perabot2 nih sebab rumah aku dah penuh dengan perabot, kang beli lagi dah jadi kedai perabot rumah aku kang huhu......

Lepas dapat barang yang dicari mak aku pada lagi senyum sampai ke telinga lah (^________^) Dapat beli 2 barang je mak aku dah suka macam tu kalau dapat beli lebih lagi sampai esok tak habes dia punya senyum tu kang huhu...... Dah dapat barang terus kitaorang balik takleh lama2 lagi kat situ BAHAYA huhu~~~

Barang first yang 'dicari' dan selamat 'dibeli' hehe~~

Barang ke2 yang dibeli **barang ni tak masuk dalam list pun tapi dah jumpa dan murah lak tu jadi belilah takde lah mak aku duk menyebut nyebut nanti huhu~~

Barang ke3 yang 'dibeli',
yang ni je aku nya yang lain tu mak aku punya hehe~~

**memang syooookk gi pameran2 perabot rumah ni, memang offer baikkk punyer, tapi best bila gi tengah bergaji bukan tengah bulan huhuhu~~~ (^_^)v)

Sunday, 16 November 2014

Janji temu mengikat janji (^_^)v)


Kau adalah orang pertama yang aku cinta,
dan ku berjanji tak ada kedua dari cinta ini, 
meskipun kesetiaanmu sirna.

Setiap cinta yang pernah aku ucapkan,
cinta itu selalu ada dan seiring waktu terus berkembang semakin besar,
akan terus begitu meski seribu tahun lagi

Ku akan selalu setia untukmu
Dan aku akan terus menunggu
Walau sampai akhir waktu akan menantimu

Ku akan selalu ada untukmu
Aku akan tetap cinta padamu
Kerana ku akan terus di sisimu setiap waktu

Dalam setiap ayunan langkahku, kan kujaga cinta ini
hingga nafas ini terhenti
Tak ada yang bisa memisahkan cintamu dariku
Janjiku setia padamu selamanya.......

Kau yang selalu ada
Disaat aku butuhkanmu
Kaulah yang membuatku bahagia
Kerana hanya kau yang selalu sayang padaku

Kau yang selalu hadir
Saat aku merindukanmu
Kau selalu sedia
Mengisi hariku dengan tawa dan candamu

Dimana ada cintamu, disitu ada aku yang selalu tersedia untukmu
Aku datang untuk memberikan cinta sejati untukmu,
Aku juga datang untuk menghapus segenap lara dihatimu.

Ku berjanji untuk selalu setia padamu
Walau sampai bila harusku menantimu
Dan aku kan terus menunggu

cintaKu selalu ada untukmu
Aku akan tetap menjadi milikmu
Setiap waktu aku ingin disisimu

Sudah banyak hari kita lewati bersama
Sudah banyak cerita kita ukirkan dalam suka dan duka,
Percayalah,,!! semua itu takkan sia sia.

 
Cinta Yang takkan pernah berakhir adalah cintaku untukmu, itu janjiku,,!!

Saturday, 15 November 2014

Pesta Konvo ke12 2014



Pesta konvo kini bermula!!!

Time Konvokesyen yang paling gembira mestilah Para Graduan, ahli keluarga, kawan-kawan, sedara mara, jiran tertangga eh....... Tapi ada lagi yang gembira time konvo ni hehe.....

Hari pertama di Pesta Konvo
*masih tak ramai orang, kedai pun tak banyak bukak lagi so nafsu terkawal (^_^)v)

Gerai yang aku gi di hari pertama
**hari pertama ada perasmiaan Pesta konvo oleh Tunku Ali, tapi aku tak dapat tengok pun sebab time keja dia datang hukhukhuk (T_T)

Time konvo paling best bila ada Pesta konvo macam-macam ada.... Bunga konvo, Teddy besar, belon dan macam2 la.....   Aku memang suka time Pesta konvo ni, tapi suka bila masa poket tengah tebal la..... Sekarang ni poket tengah menuju ke arah kemarau, aku suka ker?? Huh!!

Pergi tu tetap pergi Pesta konvo tu tuk tengok suasana tapi tahu tak betapa susahnya aku nak kawal nafsu membeli aku ni....hukhukhukhuk (T_T) Tapi dalam pada mengawal nafsu tu 2 kali jugak la aku gi terjah ke pesta konvo tu.... Dan ada jugak la benda yang aku grab dari situ huhuhuhu.... Dapat 2 barang je, itu dah puas kawal nafsu la tu hehehe~~~

Hari kedua di Pesta Konvo

Hari ke2 di Pesta Konvo ada Jemputan Diana Amir tuk bagi Tazkirah Jumaat, Hari ke2 dapat grab Adijuma hohoho~~

Diana Amir sedang bagi Tazkirah Jumaat

Kepada adik-adik graduasi TAHNIAH akak ucapkan sebab dah tamat seksa dunia korang.... No more paper, no more exam, and no more mata panda.... Haih, rindunyer nak konvo or tengok orang konvo..... Bila la aku nak konvo nih (ko tak sambung belajo macam mana nak konvo lalalalalalalala )
Dapat grab Novel Setitis Kasih Darmia **aku tak tahu lak cite tu adalah Adaptasi drama, lau aku tahu dah lama aku terjah rak Popular hohoho~~~

Yang ni grab semasa hari Ke2, 2 helai tudung bawal AJ hehe~~
AJ aku lepas nih huhu~~~

Friday, 14 November 2014

MQA.......MQA.......MQA....... (T_T)


MQA...... MQA....... MQA........ 

Kuat betul penangan MQA ni
Mandi tak basah
Makan tak kenyang
Buat lawak orang tak ketawa
Jumpa kawan2 muka serius
Makan semeja bercerita pasal MQA
Tido malam termimpi mimpi
Mata dah jadi mata panda cume upgrade sikit mata panda yang comel(^_^)v)
Memang gitu la keadaan sebelum MQA datang

Semasa MQA tiba.........

Duduk dimeja mengadap komputer 24jam
Standby diri akan dipanggil untuk di temuduga
Pakaian mesti kemas dan nampak cantik
Lab mesti bersih dan kemas
Kalau boleh lap meja sampai nampak berkilat (kalau boleh la)
Semua fail kena di lengkapkan
Kalau ada 1000 fail, 1000 fail la kena lengkap dalam masa 2hari!!
Sanggup tak keluar makan pagi siapkan kerja
Tak makan tengahari sebab takut kena panggil MQA time tu
Kerja hakiki banyak tertangguh sebab nak settlekan urusan MQA dulu

Dalam proses Pengauditan

Selepas kedatangan MQA.......

Datang melawat lab tengok itu ini tak tanya pape pun
Semua yang disediakan tak di bukak langsung
Fail lengkap pun tak ditengoknyer
Meja berkilat pun tak dipandang langsung
Datang tuk 20minit je, tak tahu apa je yang dorang tengok

Muka ceria selepas Audit
**No more mata panda buat sementara waktu

Ok begitu la keadaan sebelum, semasa dan selepas MQA datang
Yang penting makan sedap & Pree hahahahaha

Yeah!!! Dapat saguhati

Ni la perkara yang ku tungu-tunggu
Makan sedap & Pree hohoho~~

**aku tak baca pun ulasan panjang lebar audit MQA tu bagi, yang pasti nya memuaskan dan perlu di tambah baik lagi atau bahasa kasarnyer Ko Teruk!! hahahahaha.....

Ahli yang terlibat dalam Pengauditan MQA **apa yang penting KERJASAMA

 **Selesai hal kerja baru lah leh pikir tuk diri sendiri pulak hohoho~~~

Iklan Untuk di'Klik'

Copyright© All Rights Reserved zuhafizz-cintahatiku.blogspot.com