Perjalanan hidup Kami ~~~

Daisypath Friendship tickers

One Step Closer

Daisypath Anniversary tickers

Ikatan Cinta Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, 4 November 2014

Cuti-cuti Cameron Highland #Part2


Sambungan.........

Percutian kami bermula pada hari yang ke2, hari pertama kami di Cameron Highlands memang penuh dengan dugaan... Tapi tak pe, aku percaya ada bahagia yang menanti...... Bersabarlah sayang~~~~

Sarapan pagi!!!!!
Kul 7pg kat Cameron sejuknyer macam kul 5pg
Sejuk meh (~_~)

Hari ke2 kami penuh dengan rancangan yang dijadualkan oleh abang aku dah kawan2 Reunion dia, kami ni sebagai mengikut je lah...... Seawal 7pg abang aku dah ajak kitaorang bersarapan pagi kat gerai makan berdekatan situ..... Lepas sarapan pagi, kami terus ke Cameron Lavender nak gi melawat kebun Lavender katenyer huhuhu~~~~

melawat kebun Lavender (^_^)v)

Aktiviti melawat kebun Lavender (^_^)v)

Kat situ pun ada strawberry park tau

Sejukkkk dan best dapat makan strawberry snow yang fresh (^____^)

Sekitar Lavender Garden

Geng Reunion abg aku

Thanks Come Again
Memang rase nak datang lagi kat situ toink toink (^____^)v)

Lepas puas melawat kebun Lavender kitaorang terus ke destinasi ke2 hari tu iaitu Bee Museum nak tengok 'orang lebah' tapi apakan adaya time tu takde pulak pertunjukan 'orang lebah' so balik dengan perasaan hampa..... Seterusnya kitaorang ke Royal Berry farm, kebun Strawberry kat situ boleh petik sendiri strawberry dan boleh di makan..... Kat satu2 destinasi kitaorang singgah kejap2 je sebab nak penuhi jadual yang telah di buat dengan penuh tekunnya..... Lagipun time tu hari Jumaat so kaum Adam kena gi solat Jumaat.....

Bee farm 'Kebun' lebah

Butterfly Garden "Taman" Rama-Rama

Sekitar Kebun lebah dan Taman Rama-Rama

Kat sini nak petik Strawberry tapi time kitaorang gi dah ramai yang petik tinggal saki baki orang petik je lah hukhukhuk~~

Sekitar kebun Strawberry hee~~

Lepas puas petik strawberry kat Royal Berry buat macam la kebun sendiri tak sedar pastu kena bayar strawberry yang dah di petik di makan (^_^)v) kitaorang gi ke Butterfly Garden, taman rama-rama... Kat situ ada Cactus farm jugak tau, tapi apakan ada aku tak minat pokok2 dan bunga so tengok dengan tidak berperasaan la huhuhu~~~

Hotel ke2 kitaorang menginap kat Cameron Highlands hotel pertama simpan wat kenangan huhuhu~~

Selepas dah puas jelajah Cameron sebelah pagi, kitaorang amik keputusan tuk berehat sementara kaum Adam gi Solat Jumaat.... Sebelah petang pulak kitaorang gi Cameron Valley, Tea Cameron Bharat.... Nak tengok ladang tea dan mak aku nak gi minum tea kat situ.... Jauh no nak gi minum tea semata hahahaha~~~ Tapi time kitaorang sampai kat situ hujan lebat so tak dapat la tengok ladang tea dekat2 dapat tengok dari atas je (T_T) Jadi, dapat minum tea je la kat situ...... Tapi serius aku cakap minum tea 'O' kat Cameron tak sama minum tea 'O' kat kedai mamak haha~~

A Cup of Tea 'O'

Kat sini la aku n lain2 minum tea besttt ooooo

Cameron Valley
Walaupun dalam hujan dapat jugak ke sini Alhamdulillah~~~

Dapat minum tea 'O' dan teh tarik je lah, tengok ladang teh dari jauh je sebab hujan hukhukhuk (T_T)

Lepas mimun tea kita shopping!!! Borong smue tea yang ada lepas tu balik nanti kita minum teh je kopi2 tak yah huhuhu~~~

Aktiviti diteruskan lagi, selepas itu kiteorang gi ke Taman Argoteknologi MARDI Cameron Highlands.... Abang aku cakap kat situ besttttt ada bunga cantik-cantik..... Sampai je kat situ sekali lagi kitaorang frust sebabnya taman tu dah tutup kitaorang sampai dah kul 6 petang, dia tutup kul 5 petang tapi setakat nak bergambo kat tepi2 tu boleh la.... Dapat la tengok bunga cantik-cantik sangat katenyerrrrr~~~ (~_~)

Taman MARDI
Abang aku cakap burger kat sini bestttt oooo sayur fresh, itu dah tentu lah kat mana kita sekarang nih huhu~~

Melawat Taman MARDI
Sambil dapat makan burger yang sayur fresh tu huhuhu~~~~

Matahari dah nak terbenam, hari dah mengajak ke senja..... Teringat nak ke pasar malam Brinchang, again~~~~ Tak puas rasenyer jejalan kat pasar malam situ macam2 nak beli... Lau hari pertama kitaorang hanya beli makan kali ni pergi nak beli macam2, beli barang2 nak bawak balik sekali sebab esok kitaorang dah nak balik hukhukhuk (T______T) So, shopping la puas2!!!!

Pasar malam Brinchang Again
Shopping shopping shopping~~~

Begitu la cerita aku pada hari ke2 di Cameron Highlands (^____^)V) happy, seronok dan gembira walaupun sama maksud tapi ia memberikan reaksi yag berbeza hehe~~

Bersambung ke #Part3

No comments:

Post a Comment

Iklan Untuk di'Klik'

Copyright© All Rights Reserved zuhafizz-cintahatiku.blogspot.com