Perjalanan hidup Kami ~~~

Daisypath Friendship tickers

One Step Closer

Daisypath Anniversary tickers

Ikatan Cinta Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, 28 June 2014

Selamat datang Ya Ramadhan


Selamat datang Ya Ramadhan

 
Ramadhan membawa kebaikan kepada kita bukan keburukan (^^,)
 
InsyaAllah (^_^)v)

InsyaAllah (^_^)v)
**Tapi tak leh janji kalau Allah tak izinkan huhuhu

Esok dah puasa Jom niat puasa!!!


SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN & Selamat  berpuasa (^^,) dari Zuhafizz


Ramadhan dinanti
Syawal dirai

Friday, 27 June 2014

Majlis Menyambut Ramadhan 2014

 
Bulan Menyambut Ramadhan (^^,)
Dah nak hujung2 Syaaban ni kan, maka akan ada lah majlis bacaan yassin, majlis menyambut bulan Ramadhan dan makan2 uuppss....

Kalau 2 hari lepas majlis sambut puasa dengan kengkawan lab, kali ni dengan kengkawan opis, lab dan kakitangan pihak tertinggi fakulti..... 

Kami Geng Makan3!!!

Selfie dengan pengantin baru **curik sikit seri pengantin huhu

Pagi 26 Jun yang indah majlis dimulakan dengan tazkirah ramadhan dan bacaan yassin..... Selesai bacaan yassin ada menyampai hadiah bagi sesiapa yang besdaynya pada bulan Januari hingga Jun.... Yes!!! Aku termasuk dalam itu huhuhu~~~ Habes je bagi2 hadiah tu so apa lagi makannnn lah huhuhu.....

Menu kami **Nasi beriani Nyum nyum nyum~~~

Geng makan (^^,)

Menu aku (^^,)
Jemput makan!

Hadiah besday (^^_)
Terima kasih walaupun korang tulis title Puan kat aku, aku terima huhu~~~

Keesokan harinya ada bacaan yassin dan majlis sambut puasa di keda Kak Rin, kiteorang datang juga lah sebab dah berjemput kan, eh makan free sapa taknak kan rugi huhuhu.... Kiteorang datang time orang lelaki gi solat Jumaat so takde lah segan sangat orang lelaki ramai huhuhu~~~ 

2 Hari lepas sambut puasa, semalam sambut puasa, hari ni pun sambut puasa Ahad dah puasa huhuhu~~
Terima kasih daun keladi
Lain kali belanja makan lagi (^_^)v)

Minggu ni memang minggu makan..... Ada je majlis sambut puasa, hampir setiap hari lah.... Jangan pulak pagi Senin ni lupa ada yang gi ngajak orang gi makan tengah hari hahahaha **kena hempuk nanti (~_~)

Thursday, 26 June 2014

Makan Buffet Lunch PICC

  
Lunch kat PICC, hamboiii jauhnyer lunch (~_~)
Sebenarnya aku dah sedia maklum tahu pasal lunch kat PICC ni dari En.MZ sebab dia dah pernah gi dengan kwan kawan opis dia minggu lepas.....

Dan tak sangka pulak kawan opis aku ajak lunch kat situ pulak minggu ni, sempena bulan menyambut Ramadhan katenyer... Bagus jugak dapat lunch beramai ramai sebab kiteorang dah lama tak makan bersama ditambah pulak nak bulan puasa dah nih.... Memasing busy dengan hal masing masing, yang dah kawen wat hal orang dah kawen tinggal la yang bujang ni terkontang kanting hukhukhuk~~~

Jadi semalam kawan opis aku tempahkan meja tuk lunch kat situ, sebelum kul 1 kiteorang dah keluar dari opis tuk gi Putrajaya kena keluar awal sebab Putrajaya dengan tempat keja kiteorang mau 20minit gak huhuhu Alamakkkk kantoi keluar opis awai.......

Tuk ke Buffet Lunch sila tekan C yer huhu~~

Kami dah sampai di Buffet PICC RM15/person
**Ok, abaikan model makan yang tak berbayar tuh huhu~~

Pelbagai menu yang ada kat situ, semuanya masakan kampung kena lah dengan tekak melayu aku ni.... Macam2 lauk dok ada, tapi aku terpikat dengan ikan keli dia, so dah amik ikan aku takkan amik daging dan ayam dah.... So pandang sipi je pada lauk ayam dan lauk daging hukhukhuk selamat tinggal sayangkuuuu~~~~

Menu aku yang pertama diulangi yang pertama hahahaha~~~
menu time aku pergi tu Ikan keli nyum nyum semua jenis masakan ikan keli ade

Dessert
Bubuq pulut itam yang sodaaaappppp Nyum~~~

Group makan2
Selalunya kaum2 hawa je kali ni diserikan dengan hero's2 huhu~~~

Menu ketiga aku (^_^)v)
Bila dah abis makan, baru aku perasaan ade sup nih huhu~~~

Bergambo selepas melantak buffet RM15
**Abaikan keadaan perut masing2, penat tahan napas huhu~~

Alhamdulillah...... Selesai sudah makan buffet lunch di PICC bruuupppp (^^_) Time kasih kepada penganjur Majlis menyambut bulan Ramadhan kakitang makmal... Nanti buat majlis berIftar pulak yer huhuhu~~~

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN (^^,)

Ramadhan dinanti
Syawal dirai

Hari Berbengkel Kimia #3hari

  
Dalam pada tengah duk sesaja ni, aku terlupa lak nak post pasal nih (^_^)v)
Mana lah tahu ada orang teringin nak tengok pic diorang ada kat blog suam suam kuku aku nih..... huhuhu Yelah aku memang terkenal amik gambo orang2 nih,  gambo get ready gambo candid so kena hati2 bila aku sua tab aku tu hahahahaha~~~~

Hari tu 17 hingga 19 Jun 2014 kiteorang ada satu bengkel kimia selama 3 hari no bermalam di fakulti kami bagi mengisi masa masa lapang dan terbuang dengan melakukan perkara perkara yang sedikit berfaedah nih fuh fuh fuh cakap dengan satu napas (~_~)

بسم الله الرحمن الرحيم ‎
Hindarkan aku dari perasaan ngantuk yang melampau (~_~) Aamiiin~~

Jadi, program tersebut berlangsung selama 3 hari dengan pengisiannya dah tentulah berkaitan dengan hal ehwal kimia so orang food tech, orang bio dan orang fizik agak pening kepining sikit tentang hal nih.... Ada lak tu time orang bagi ceramah kat depan orang 'fizik' tuh leh berdengkur kat belakang hahaha..... sapa terasa sila angkat tangan (^_^) / huhuhuhu~~~ 

Sekitar bengkel Kimia selama 3 hari
Aku je yang bergambo sakan....orang lain?? huhuhu

Selain dari mengisi masa terluang dan terbuang kiteorang ia juga bertujuan tuk memenuhkan hari aktiviti dalam sistem kami, setahun kena ada 7 hari kursus so bengkel ni dah 3 hari jadi tinggal lagi 4 hari kena cari kursus lain..... Tak de lah hujung tahun kena paksa masuk kem bina diri dah pernah kena sekali dulu fuh serikkk mak (T_T) SAYA BUKAN TENTERA

Hari ke2 Bengkel Kimia
Gambo kenang kenangan team makmal (^^,)

Hari pertama - dengar ucapan alu aluan dengar ceramah pot pet pot pet pot pet
Hari kedua - belajar teori, uji kepeningan kan kebekuan otak masing2 kasi cair balik huhu
Hari ketiga - MASUK LAB !!!!  comfrim tak ngantuk huhu (^^_)

Tiba masa tuk ke makmal
Student tua yg kena pakai lab kot dan glove wat experiment huhu terasa lawak lak (^O^)

Bermula lah kami tugas sebagai 'student tua', baru tahu rase seteresssss bila orang duk lalu lalu kat belakang bila tengah wat experiment macam tu lah student rase kot (~_~)

Hasil experiment pertama kami
**yang belah kanan tu hasil yang menjadi belah kiri la kurang menjadi Try & Error huhu

Hasil experiment ke2 kami
Ketiga tiga hasil menjadi, dah masuk experiment ke2 dah teror sikit huhu

Hari ketoga - habis je wat lab, ada sikit cenderamata tuk 'guru' kami pastu acara bergambo beramai ramai tanda kenang kenangan..... Selesai sudah bengkel 3 hari kiteorang Yahooo!!! Dah boleh grad nanti amik sijil eh huhuhu
 
Hari Ke3 Bengkel Kimia
Gambo kenang kenangan dengan peserta kursus dan pengajar (^^,)

 **Nanti ada lagi bengkel macam ni masa tuk penuhkan mata CPD huhu (^^,)

Wednesday, 25 June 2014

Jom Bersukan : Majlis Penutup Sukan Staf 2014

 
 20 Jun 2014 Jumaat, di petang yang hening (tak abes2 dengan hening kann) berlangsung lah satu Majlis penutup bagi sukan staf.... Yelah dah wat perasmian pembukaan hari tu kena lah tutup lak kan huhuhu~~~

Majlis Penutup Sukan Staf
Tak sabar nak naik atas pentas tuh erkkk toink toink toink

Acara di mulakan dengan sukaneka yang disertai oleh gugusan A,B,C,D habis je sukaneka acara diteruskan dengan lumba lari berganti ganti antara lelaki dan wanita tuk mengikut gugusan masing2...... Selesai kesemua acara tu majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah..... Ha, acara yang paling dinanti nanti kan oleh aku hahaha nak cakap banyak kali kena naik pentas takut dikatakan riak erkkk (^^_)

Hahahaha..... Nampak tak senyuman riak di situ erkk (~_~)
Tak baik betul bangga terlebey gangsa je kot hee

Ni la pingat aku lalalalala
Tahun hadapan nak bersara tahun ni kumpul pingat berbanyak
Peace (^_^)v)

Yang ni pulak acara aku masuk time berpuase ari tu
Fuh, sebabkan pingat2 nih lah aku duk tengok air 100plus sampai telak ayaq liuq (~_~)
 
Selesai sudah acara penyampaian hadiah, majlis perasmian penutup pun dah berakhir dengan ucapan pihak atasan, so apa yang tinggal lagi??? Acara bergambo dengan pingat la pulakkk JOM!!!

Wajah ceria2 kami
Time dapat pingat ceria lah no huhuhu
**OK abaikan pic yang tengah lari tu buruk nau (T_T), yola takkan tengah lari boleh pose depan camera kot huhuhu

Kami dapat no.2 tuk keseluruhan Yeahhh!!! Kurang 3 mata je dengan Juara hukhukhuk~~~
Takpe, tahun depan korang2 cube lagi yer (^_^)v)

Kami tamak pingat huhuhu~~~

Alhamdulillah selesai sudah acara tahunan pada tahun ini, jumpa lagi tahun depan yer eh eh kata nak bersara dah tahun depan?? Yer tiap2 tahun aku akan ungkapkan yang AKU AKAN BERSARA dari sukan tahun hadapan... tapi tak mentionkan tahun yang mana satu kan so tungggguuuuu hahahahaha..... LOL (^o^)v)

Jom Bersukan!!! Sukan Staf 2014

 
Petang yang hening, 13/6/2014 hari hari Jumaat bermula satu acara yang dinanti nanti kan saban tahun sering juga tertanya kawan2 bila lah program tu nak ade dah nak dekat bulan Ramadhan ni, tiap2 tahun dok ade takkan tahun ni tadok kot, kena skip ker?? ke lepas raye??

Lepas je dapat email dari pihak atasan itu pun 3 hari sebelum acara berlangsung maka segala teka teki terungkap sudah =D smiley face hahahaha

Acara tahunan yang dinanti nanti aku dan kengkawan adalahhhhhh Sukan STAF yeppi (^^_) **alamak terover pulak..... Kenapa aku suka dengan sukan staf??? Sebab dengan cara tu je lah akan membawak diri aku yang semakin lama semakin berat ni ke padang, setahun sekali je dapat cecah ibu jari kaki kat rumput padang tu, tuk makna aku gi sesaja joging lari dalam trek jawab nya memang TAKLAH huhuhu~~~

Tempat wajib datang setahun sekali hahahaha
 
Macam tahun tahun sudah bila ada je Majlis Perasmian Sukan Staf aku dan kengkawan aku confrim nak join, walaupun tahu kena berarak berdiri tengah panas tapi di sebabkan nak bagi rasa bahang sukan tahunan tu kiteorang gagahkan juga.... Tapi tahun ni macam tak cukup corum jerkkkk sebab ramai dah yang bergelar CIK PUAN erkkkk (~_~)

Nama baru tuk gugusan kami
Abu Bakar As Siddiq
SERANG!!!!!

Tahun ni fakulti aku dalam GUGUSAN A tak sama dengan tahun tahun sudah sebab berlaku rombakan gugusan besar besaran oleh pihak atasan, hambek ko satu gugusan dengan pendaftar dan canselori mendapat (~_~) semua orang aku tak kenai, aku kenai orang tapi orang tak kenai aku hahahaha =P Dah la tahun ni tak ramai yang boleh join, sebab kengkawan lain dah jadi wifey.... Perbarisan kami jadi suam2 kuku jerkkk (T_T)

Time perbarisan kontigen atlet2.......
atlet la sangat, berpeluh tak hengat time nih huh!
Tahun depan wat perbarisan belah malam lak sejuk kit huhu~~

Ok, muka ceria kami sebelum dan selepas perbarisan
Time ni tak ramai group kiteorang yang join, sebab semua dah bergelar wifey (~_~)
Perbarisan pun jadi suam-suam kuku jerkk (T_T)

Eh, perbarisan yang dikatakan suam2 kuku tadi tak sangkat jadi Juara tau huhuhu (^_^)
Abu Bakar As Siddiq!! SERANG!!!!!

Habis je berarak, ada perasmian pembukaan pastu ada pengumuman pemenang perarakan terbaik.... Dalam keadaan yang dikatakan suam suam kuku tu Gugusan kami menjadi JUARA perbarisan terbaik..... Betul!!! ni memang kenyataannn kita menang..... Kita menang yooo! Kita Juara yo!

KAMI BOLEH!!!
Lom mula pape acara lagi memang la boleh, bila masa nya nanti 'KAMI TAK BOLEH LA' hahahaha~~~

Tamat sudah perasmian pembukaan (^_^)v)
Rilek lu baru pembukaan huhuhu~~

Keesokan harinya, aku sertai acara olahraga wakil gugusan...... Tahun tahun sudah, olahraga selalu clash dengan Bola jaring... Tahun ni tak, olahraga start dulu dan bola jaring pada minggu terakhir.....

Untuk olahraga aku masuk Lontar peluru, renjam lembing, lari 200m, lari 100m, lompat jauh dan lari berganti ganti 4x100m... Ok nampak macam tamak sebab nak masuk semua.... Tapi nak wat macam mana time olahraga tu aku dan Cik Puan Wanie je ada, 2 orang wanita mewakili acara2 tu tuk gugusan.... What the??? Nak tak nak bagi tidak memalukan pasukan sebab tak hantar wakil aku gagahkan jua masuk semua acara yang aku mampu la (~_~) Napa tak suh Cik Puan Wanie join sama??? Sebab dia Pengantin baru time tu, so faham2 lah huhuhu.....

Tamak!
Semua acara aku nak masuk sebab nya hanya kami berdua je yang ade time tu huhu~~
**Tengok air 100plus telan ayaq liuq jer hukhukhuk~~~

**Tahun ni aku dah rancang nak masuk olahraga je sebab tak banyak sangat komitmen, dan time aku sertai oalahraga hari tu aku berpuasa....... dan aku dapat rasa atlet2 kita bersukan berjuang tuk negara time puasa masa Olimpik 2 tahun lepas.... Penat memang penat tapi Allah akan bantu InsyaAllah (^^,)

Saturday, 21 June 2014

Loading.......................Ramadhan


 
 

Refresh pepagi nih (^^_)

Tak sampai lagi 2 minggu bulan Ramadhan akan tiba
Macam mana persediaan kita tuk menghadapi Bulan Ramadhan nih???
Dah siap sedia lom??
Semoga kita sentiasa bersedia
Semoga takde yang terkena 'kejutan' nanti
Kejutan perut kosong
Kejutan amalan berubah
Kejutan malam berterawih
Kejutan bangun sahur pagi
Kejutan bangun solat malam

Sebab tu kite semue perlu bersedia..... Insya-Allah tak kena apa2 kejutan (^_^)v)

Selamat Menyambut bulan Ramadhan!!!

Friday, 20 June 2014

How to Train your Dragon : 2


Review movie~~~

Naga yang comey Toothless (^^_) **Comey tapi ganazzz, jgn percaya dengan kecomelannyer hahaha~~~ Org2 comel memang takleh caye pun =P

Kang dah cakap hari tu nak gi tengok sang Naga yang comey ini.... Biarlah orang nak kate berbudak tengok cite2 kartun pun..... Kalau sesape tengok How to Train your Dragon dulu tahun 2010 tak silap aku, mesti akan gi tengok yang no 2 nih.... 4 tahun cite nih nak wat yang no 2, mesti lah gi tengok.... Yang dah tengok no 1 mesti terbayang bayang sang Naga yang comeyyyy tapi ganazz nih kan huhuhu~~ **paling aku ingat ketawa die hahaha~~~~
 


Jom tengok wayang!!!!
How to Train your Dragon : 2

Kesinambungan dari cerita How To Train Your Dragon kini kembali ke bahagian ke 2. Selepas lima tahun Hiccup dan naga Toothless bersatu sebagai Viking di pulau Berk. Sementara Astrid, Snotlout dan kawan kawannya tetap mengadakan perlawanan di antara naga naga. Hiccup semakin membesar dan sifat keanak anakannya semakin lama semakin menghilang, dan dia menjadi dewasa. Astrid menjadi wanita yang sangat cantik.

Hiccup dan Toothless melakukan perkara sebenarnya mereka di'culik' dimana mereka memasuki wilayah yang tak di gambarkan dalam peta. Rupanya tanpa mereka sedari mereka telah menemui gua rahsia yang merupakan tempat untuk ratusan naga liar dan Dragon Ride. Mereka sebenarnya tertangkap kemudian di selamatkan oleh seorang wanita yang rupanya ibu Hiccup sendiri yang telah tertahun menghilangkan diri.

**tu je lah aku leh cite, ade lagi sebab musabab dia.....nak tahu lebih kena lah tengok huhu~~ 

Hero & Heroin How to Train your Dragon : 2
Alololo pic nih sooooo cute (^^_)

Masa untuk si 'Naga2' menonton sang Naga (^_^)v)

Ehem2, tujuan lain tengok wayang semalam
Cite lom main tapi barangan cite dah dijual
Yeahhh!!!! Dapat kepala Opitimus Prime **mata garang
19 Jun tuk kepala magnet Optimus Prime

Tak sabar nak tunggu 26 Jun nih
Tiket dah ditempah
Ingat eh temujanji kita En.MZ (^_^)v) 

Thursday, 19 June 2014

Selamat Pengantin Baru Puan WidaAweeda


اَلْحَمْدُلِلّهِ 
Tahniah diucapkan kepada pengantin baghu nih Wida Aweeda dan pilihan hatinya (^^_)
 
Pic pengantin perempuan bersiap sedia tuk majlis Akad Nikah yang dihantar kat Whatapps
Hepi je muka pengantin baru kan berseri seri huhu~~~

Pada 31 Mei 2014 hari Sabtu mereka selamat disatukan dengan sekali lafaz di kampung pihak perempuan di Jitra Kedah.... Tu dia habaq hang kat Jitra nun, memang aku tak dapat datang majlis akad nikah depa tapi aku ganti tuk gi Majlis bertandang rumah lelaki kat Kuala Selangor... Ha, Kuala Selangor dekat sikit boleh la gi hehe~~~

Pic majlis di sebelah pihak pengantin perempuan
** Ni pun kawan2 yang gi sebelah sana yang hantar kat whatapps

Majlis bertandang kat Kuala Selangor pada 7 Jun sama tarikh majlis bersanding Cik Wanie tu yang aku tak dapat datang kenduri Cik Wanie tu sebab aku memilih tuk gi kenduri kawen Wida terpaksa lah korbankan satu kenduri walaupun sorang lagi dah ngajuk2 dengan aku, hantar ayat pun nak sentap2 urat jer hukhukhuk (-_-) nak wat lagu mano (T_T)

Selesai je gi kenduri akikah pagi 7/6 tu terus driver aku upssss En.MZ drive ke Kuala Selangor tuk hadiri kenduri kawen Puan Wida Aweeda.... Rase macam pelik lak panggil puan sebab dah bese panggil Cik kalau kat opis huhu~~~

Jom gi kenduri Puan Wida Aweeda (^_^)v)
Jom ke Kuala Selangor
Jauh perjalanan luas pandangan
kite gi berkonvoi ikut ni kete kat depan Gi ramai2 barulah syyyooouukkk

Sampai2 je pengantin tengah bersanding dan bergambo, kiteorang apa lagi terus serbu makanan dulu lah perjalanan yang jauh tadi menyebabkan makanan pagi tadi sudah habis dihadam, perut jadi lapar meronta ronta untuk diisi... Biarkan pengantin layan tetamu lain dulu, kiteorang nak makan hahahaha~~~

Sampai sudah Stadium tertutup Kuala Selangor
Wat kat stadium tuh, sesuai sgt dengan kad die bertemakan tiket bola huhu~~~ Sampai2 terus serbu makanan dulu **nampak agak tak senonoh perangai tapi kiteorang laparrrr -_-

Kek Perantin **Tak bagi kiteorang rase pun hukhuk (T_T)

Selesai makan barulah kiteorang jumpa pengantin.... dan bergambo tu wajib nanti jadi bukti kedatangan kiteorang hehehe (^_^)v) Mana lah tahu nak wat kunjungan balas huhu~~~

Aktiviti berwajib~~
Bergambo dengan perantin ok abaikan pic atas tuh candid pic dari Kak Normah tapi aku suke hahaha (^^_)

Pic kami yang hadir dengan Pengantin baru....
**nampak seimbang hehe

Ucapan kepada pengantin baru~~~

Selamat menjadi isteri yang solehah ikut kata suami selagi dia berpegang pada hukum syarak, sentiasa mengejar pahala dan syurga.... Lepas nih dah takde balik2 lewat malam lagi sebab tanggungjawab dah bertambah kena jaga perut sendiri dan juga perut suami (^_^)v) dan Sentiasa berbahagia di dunia ini dan Insya-Allah di akhirat... Aaminnnn~~~

“BARAKALLAHU LAKUM WA BARAKA ‘ALAIKUM (SEMOGA ALLAH MELIMPAHKAN KEBERKAHAN PADA KALIAN DAN SEMOGA ALLAH MELIMPAHKAN KEBERKAHAN ATAS KALIAN).”

Iklan Untuk di'Klik'

Copyright© All Rights Reserved zuhafizz-cintahatiku.blogspot.com