Perjalanan hidup Kami ~~~

Daisypath Friendship tickers

One Step Closer

Daisypath Anniversary tickers

Ikatan Cinta Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, 4 June 2014

~ Abang Long Fadil ~


Review movie~~~

Kali aku tengok cite melayu!!! hahaha~~~ Kali ni aku tengok dengan mak dan adik aku...... Kalau dengan En.MZ jangan harap lah nak tengok cite cite Melayu nih huhu~~~


Jom tengok Abang Long Fadil!!!!

Abang Long Fadil arahan Syafiq Yusof (arahan pengarah muda, anak pak Yusof wat cite nih aku tak pernah miss tengok tak kite lah Syamsul Yusof ker Syafiq Yusof ke mesti aku tengok) Cite ni mengisahkan kehidupan Fadil selepas sahabat baiknya, Malik dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun. Fadil tidak mahu lagi masuk campur dalam dunia gangster dan mahu bebas daripada geng Shark, tetapi dia perlu melaksanakan satu tugasan terakhir sebagai hadiah untuk layak membebaskan diri daripada kumpulan gangster itu.

Shark membuli Fadil dengan memberikan tugasan yang dianggap mustahil bagi semua gangster di Kuala Lumpur iaitu untuk menakluk kawasan Kampung Berani.

Kampung Berani adalah penempatan orang Melayu yang sedang menghadapi krisis hak milik tanah peneroka dengan syarikat kapitalis diupah oleh sekumpulan gangster untuk mengugut penduduk kampung. Pada masa sama, kawasan itu dipegang oleh seorang gangster besar yang tidak diketahui identitinya.

Pelbagai peristiwa berlaku dalam percubaan Fadil untuk menakluk Kampung Berani. Secara tidak sengaja, Fadil bertemu dengan Adam, anak seorang pendekar dan mempunyai kekuatan luar biasa. Mereka bergabung untuk melawan samseng di kawasan berkenaan, dan akhirnya berdepan dengan ketua gangster paling berkuasa di situ..

Cite nih ada unsur2 kekartunan sikit, macam cite2 omputih... Bagi aku ok lah sebab datangnyer daripada pengarah muda.... Kalau cite omputih kite leh terima bulat2 cite melayu takkan tak boleh terima.....

##Pengalaman sungguh tengok wayang kat Pantai Timur, start movie hampir 1jam lewat... Dengan alasan 'Tunggu seat penuh dulu" Hah!!!! (0o0)/

No comments:

Post a Comment

Iklan Untuk di'Klik'

Copyright© All Rights Reserved zuhafizz-cintahatiku.blogspot.com