Perjalanan hidup Kami ~~~

Daisypath Friendship tickers

One Step Closer

Daisypath Anniversary tickers

Ikatan Cinta Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, 30 May 2013

Fast & Furious 6

Next movie~~~~

Ok, yang ni aku tak tahu cerita apa ni..... Tak tahu ade no 1,2,3,4,5..... Tertibe tup-tup tahun ni kuar yang no 6.... Mungkin yang sebelum ni aku tak berapa nak tengok wayang (sekarang ni je yang dah makin kerap~~) so, aku tak tahu menahu kewujudan cerita ni.....Tapi lain bagi yang peminat no 1 cerita2 omputih ni... Dia memang follow cerita ni.... Yang jadi mangsa peneman dia, sapa lagi tak lain tak bukan adalah AKU.... Yer, dengan rela hatinyer aku mengofferkan diri jadi peneman dia tuk tengok cerita ni... (sebab ade actor yang di atas tu...tu tu tu sebelah kanan tu....hahahaha ada udang di sebalik cucur udang lalalalala~~)

Ok la, sebelum kita masuk ke panggung wayang tuk cerita yang kita tak tahu wajib kita baca sinopsisnnya dahulu.... Bacala sinopsis yang aku kopi & pasta ni~~~ Kalau nak tunggu aku cerita sinopsis aku sendiri aku takut salah pemahaman je nanti.... Sesat lak korang, dah kena tuduh bawak ajaran sesat... hahahaha~~ Al-maklumla, cerita yang tak tahu kewujudannyer... Uit, kunonyer ko~~~~

Sinopsis~~ Kopi & pasta... (^_^)v)
Sejak rompakan Rio mereka telah menumpaskan empayar seorang ketua kongsi gelap. Dom dan Brian menjadi lebih kaya dengan $100 juta yang dimiliki. Walaupun kaya, mereka tetap berasa kehilangan sesuatu kerana tidak boleh balik ke tanahair dan sentiasa diburu polis. Pada masa yang sama, Hobbs sedang menjejaki satu organisasi pemandu upahan yang mahir dan telah merentasi 12 negara. Ketua organisasi ini (Evans), dibantu seorang penolong kejam yang didedahkan sebagai Letty, iaitu perempuan yang dicintai Dom yang dianggap telah mati. Cara terakhir untuk menghentikan kumpulan penjenayah ini ialah menewaskan mereka pada tahap perlumbaan. Jadi, Hobb meminta Dom untuk mengumpul kumpulannya di London. Bayaran mereka ialah peluang untuk balik ke tanahair dan kembali bersama keluarga tercinta.

Ha, aku lah peneman yang setia... Toink toink~~~ (^_^)v)

Ok, done! Aku dah tengok cerita ni, apa lagi lepas ni.... What's next? "Awak kena tengok yang no 5 punye best gile.... Baru awak faham yang no.6 ni..Boleh tahu character dan kepakaran dieorang...." Hamboi2 senangnyer die cakap, kalau nak tengok kena download bile dah download kena tengok, bile dah tengok kena fokus, bile dah fokus satu keja pun tak buat nanti.... "Malas la, nanti dah tengok yang no.5 awak suh saya tengok no 1,2,3,4... Banyak tu, takde masa nak tengok semua"

Psst : Hahahahaha~~~ Cakap depan dia je malas tuh, tapi sekarang aku tengah download Fast & Furious collection.... Dah siap download ni aku nak study, 'Mentelaah' cerita ni huhuhu...... Fast & Furious 1 - 5 downloading~~~ (^_^)v) 

Wednesday, 29 May 2013

Happy BIRTHDAY to US!!!

Aduh terase lame pulak tak menghapdate blog ni, malas & takde idea nak menaip... hurmmm~~ Nak cerita pasal sambut besday Jumaat lepas.... Cerita pasal besday lagi?? Dah lama tak update blog bila datang mood nak update bukak2 cerita pasal besday..... Hahahaha~~~ Ini la dinamakan ter"lebey-lebey", selagi belum habis bulan May selagi tu la akan ada cerita pasal besday ni.....kikikiki (^^,) Ups, kali ni bukan cerita pasal besday aku sorang tapi kengkawan aku yang jugak lahir bulan 5... So, keep reading~~hihihihi~~

Setiap tahun kiteorang akan buat sambutan besday sesama kiteorang.... Tujuan sebenarnyer bukanlah semata-mata nak sambut besday tapi lebih kepada upacara makan beramai-ramai, masing-masing akan sponsor serba sikit makanan dan ramai-ramai boleh merasa..... Kan syokkk macam tu.... Tak kesah la bulan berapa tp mesti kena raikan antara salah satu bulan ataupun tiap2 bulan buat sambutan (ha,yg tiap2 bulan tu kalau semua tengah kaya raya bonus 5,6 bulan masyuk meniago...hahahahaha)..... So, perkiraannya ikut hari yang masing2 tak busy dan poket tengah penuh lagi.... Jadi, kena pada bulan besday sapa yang bertuah la kan.... huhuhuhuhu~~~~

Tahun ni makan2 potluck jatuh pada bulan 5.... Yahoooo!! Bulan May bertuah tahun ni, orang yang lahir bulan May pun bertuah jugak.....hahahahaha~~~ Kirenyer boleh dikatakan aku ni bertuah la tu kan..... (^_^)v)... Ok, stop berbangga diri tu..... Start cerita ye,  jangan jalan nak menjengkit sangat la.....

Ok, upacara makan-makan mula kul 10pagi... seperti janji Melayu, janji kul 10pagi kul 12 tengahari baru mula sebab ade kelompok kecil baru sampai, pakai jam Uruguay ke hape dieorang nih.... 2jam?? Lapar kot, ha time ni la aku makan tak hengat punyer..... Ok, dah sampai part nak makan kan.... Takde ape dah nak cite, so enjoy tengok gmbar kiteorang je la.... enjoy je la walaupun aku tahu korang terpakse tengok....hahahahaha~~~~~ (^^,)

Geng makan-makan~~ Jgn risau muka ni je akan muncul tiap2 tahun, yang berubah mungkin ada pertambahan & pengurangan....

Besday boy & girl... May babies.... Baby la sangat kan~~~~

Adiah dari aku untuk besday girl.... Kepada besday boy tak tahu nak bg apa, tkut bini marahhh hahahaha~~~

Ups nak menyelit sikit... Walaupun dah nak habis bulan 5, tapi adiah tetap ade orang kirim... Tq kepada yang berkenaan (^^,)
Ups, terlupe lak....aku dah beli adiah untuk diri sendiri buat tahun ni..... Yg ni je la aku dapat pikir dan belikan, wallet dan cover En. GT pun dah terkoyak2...Dah elok sangat kena beli baru....huhuhuhu (^^,)

Thursday, 23 May 2013

Mary Kay........la pulok~~~

Sekarang ni dah bermacam jenis produk yang ada kat pasaran, dan dah bermacam jenis jugak la aku dah torai....Tapi jerawat aku still bercambah dengan pesat, entah vitamin apa yang 'dia' makan nampak semakin giat menambahkan bilangannya, konco-konconya sehinggakan aku makin malas nak berjumpa dengan orang dan bermekap tebal2 (macam hantu tepung gomak je).....

Sehingga la pada satu hari aku, kakak opis dan Cik Waniee (a.k.a duta produk...hihihi) pergi ke satu SPA kat Nilai untuk wat treatment muka.... Kat situ dia guna produk Mary Kay... Mary Kay?? Korang pernah dengar tak??? Aku memang cetek sikit tentang produk2 kecantikan ni, kecuali produk tu ada keluar kat TV... Tapi sebelum dia buat facial dia ada buat class dulu tentang produk Mary Kay (bagi aku yang tak pernah dengar tentang produk ni sesuai sangat la masuk kelas dulu...jangan main taram nak produk itu ini, pandang dengar orang cakap ok, cantik terus nak beli......asal boleh je....hihihihi)

Kelas tu menerangkan tentang cara pencucian muka dengan betul dan step2 seterusnya.....Ups, kali takde pic2 bagai...sebab kelas kecantikan ni kena bukak tudung, so no picture2 & snap2 then publish..... No, no, no~~~ baca je la yer.... hihihihihi~~~

First
Kita cuci dulu muka kite dengan pencuci muka Mary Kay ataupun nama komersial die Cleanse.... Amik sikit jer letak kat jari dan buat 5 dot kat muka, dagu, pipi kanan dan kiri, hidung dan dahi... Lepas tu, dengan menggunakan 3 jari hujung buat bulat-bulat pada keseluruhan muka.... Buat macam tu lame2 sikit dengan bilas dengan air... siap!!!


Second
Amik sikit masker, buat sama jugak macam cuci muka tadi.. 5 dot kat muka then ratakan keseluruhan muka.... Biarkan dalam 15 hingga 20 minit then cuci dengan kapas basah.... Time wat masker tu jangan la bercakap-cakap sebab masker tu akan mengeras.... Masker ni tak boleh dibawa tido, cukup dalam 15 ke 20 minit sahaja.... Lagisatu jangan dipakai tiap2 hari, seminggu sekali sudah memadai... Ok?? (^_^)v)

Third
Dengan menggunakan kapas muka, press sikit toner or Freshen dan ratakan seluruh muka.....Sapu arah ke atas.... Rase segar sangat!!!

And last
Amik sikit pelembab or Hydrate sapu dan ratakan seluruh muka..... Best jer pakai, rase ringan & lembab jer (^^,)


Tu je la cara-cara yang telah diajar kepada kami.... Nampak tak produk ni semua kena amik dengan kuantiti yang sikit jer, maknanya botol besar tu boleh tahan 2 ke 3 bulan... So jimat la.... (Lagipun produk ni takde dijual dalam bentuk botol2 yang kecik atau pek percubaan) Senang je cara2 pemakaiannyer cume kita perlu disiplin sikit.... Bagi yang tak reti nak disiplinkan diri macam aku..... Buat la reminder kat phone, nak2 time kena pakai masker tu.....baru la ade hengat sikit..... huhuhuhu~~~

Testimoni penggunaan?? Masih belum boleh beritahu lagi sebab aku baru je pakai produk ni, tapi korang boleh search kat blog2 lain yang dah pakai produk Mary kay ni, rata2 aku baca semua berpuas hati.... Mula2 memang susah @ masih belum nampak perubahannya sebab kalau produk yang terus menampakkan hasil tu ternyata produk tu mengandungi bahan kimia yang tinggi (yang diorang2 bagitahu la)...

Notacutemiut : Harap aku ni disiplin la dengan produk baruku ini.... Mahal kot beli, rasenyer takmo tukar2 lagi dah.... Nak tahu bape regenyer?? Check kat sini... hihihihi~~~ Cekidaautt!! ~~~

Dibawah ni produk sampingan yang aku beli dari Mary Kay..... tambah lagi?? huhuhuhu~~~~

Scrub body...huhuhu~~~ Best tau rase kulit jadi lembut jer.....
Tisu muka....Yang ni pun nak beli?? Yela,sangat berguna time nak cuci muka & masker....

Tuesday, 21 May 2013

Star Trek : Into Darkness

Next movie~~~~

Korang pernah tengok Star Trek yang pertama?? Kalau korang pernah tengok Star Trek yang first dulu mesti korang teruja nak tengok Star Trek kali ni.... Kenapa aku cakap macam tu?? Sebabnya, aku pun berada dalam situasi itu.... Mulanya, semasa tengok trailler cerita ni kat wayang... Aku wat dek je, sebab dalam kepala hotak aku tengah pikir "Cerita apa ni??" Bile toleh kat orang sebelah tengok excited bukan main siap pandang aku wat muka kucing shrek (merayu tuk ajak tengok cerita tu).... 'Eh awak ni,semua cerita omputih awak nak tengok.....'

En.MZ : Jom tengok Star Trek tu, macam gempak jer trailler die.....
Me : Saya tak tengok Star Trek yang first dulu, nanti saya tak faham... blur macam mana....
En.MZ : Saya pun tak tengok
Me : So??
En. MZ : Balik ni download yang first pastu kite tengok la....Ok??
Me : Okkkkkkkk~~~~ (=_+)

Al kisahnyer~~~ Memang aku tak tengok pun yang first tu (Dulu, mana aktif wayang2 ni...study, komitmen memanjang) ..... Itu pada permulaannyer la, tapi oleh disebabkan ada orang tu teruja sangat nak tengok aku terpakse la mencari dan mendownload Star Trek yang first tu (susah la kalau aku tibe2 blur nanti)... Punyer la susah nak cari, yela cerita ni cerita lama tahun 2009 tak salah aku..... Banyak dah link download yang expired.... Tapi dengan menggunakan semangat juang yang tinggi, aku dapat jugak download dan terus tengok cite tu....(Ha,nampak tak keterujaan aku kat situ?? hahahaha~~~)

Dah selamat tengok Star Trek yang pertama tu.....Siap ulang2 banyak kali untuk faham jalan ceritanya, memang AA++ la ceritanyer....Best dan gempak giler.... Bile tanya orang yang nak tengok tu, "Awak dah tengok Star trek first?? Best kan??" Nak tahu apa jawapannyer, senang je dia jawab "Belom tengok pun lagi, tak sempat" Mau tak menyirap dengar, bukan die yang beria-ia suruh kite tengok sekali die tak tengok... Hisyk3.... Ok, abaikan~~ (+_+)

Orang tu tengok atau tak yang first tu aku tak kire aku ajak jugak tengok yang no 2 ni.... (Sebab aku dah teruja tengok yang first tu, yang first best yang no 2 ni lagi besttttt....kan??? ) Kali ni aku yang mengajok tengok cite omputih... Amik ko, biar dia lak yang keblur-an, selalu aku kan.... hahahaha~~~ Taknak panjangkan cerita, kiteorang gi la tengok Star Trek : Into Darkness Sabtu lepas.... Seperti yang dijangkakan cerita dia memang BOOOMM!! Gred AAA+++ la..... Kalau ikut rating aku lak aku bagi 9.5/10.... mantap ah, rase macam nak tengok lagi sekali jer hihihihi~~~  Apa yang boleh aku katekan yang No 2 ni lagi best dari yang first... So,kena tengok....kena,ken,ken,kena tengok!!!


Psst : Ups lupe.... Kali ni tak dapat gi dengan Geng Wayang's, sebab masing2 keje pada hari aku gi tengok tu... Aku nak tengok lagi sekali dengan korang tapi korang skrg dah ade geng baru kan??? Huh, mode : Kecik hati (T_T)

Saturday, 18 May 2013

Happy BIRTHDAY to me!!! Part 3

Ingat tak minggu lepas aku ade bagitahu yang aku tengah pikirkan hadiah apa nak beli untuk diri sendiri sempena besday aku tahun ni.... Tengah duduk pikir, pikir dan pikir....tertibe ade opismate send email.... Ha,ingat?? Hari ni aku nak bagitahu la email tu adalah dibawah ni.......


Aku memang tersangat la suka bunga sekarang.... Girlish la sangat~~ Pantang tengok bunga & pasu bunga kecik2 kat kedai mesti nak beli rasa macam nak borong je semua.... Kalau dah ada rumah sendiri ni nanti, mau aku akan sediakan satu sudut almari dalam rumah aku penuh dengan bunga bungaan jer... huhuhuhu~~~~

Di saat aku tengah pening memikirkan nak beli apa, tertibe dapat email macam tu..... mau nyer tak suka...... Aku dah tak pikir panjang lagi dah (sebab dah penat pikir berhari-hari), aku pun terus meng'order'.....Yeppi~~~

Attachment yang dihantar
Ni la dia katalog bunga bungaan tu...... Cantek2 smuenyer.... macam nak beli sume jer~~~
Little flower ni diberi nama Secret garden.... Memang secret garden pun, sebab dia tak perlukan air yg byk dan matahari untuk hidup....


Tadda~~~ dah dapat........ Aku order minggu lepas, so minggu ni dapat la....... santek tak bungeee sayeeee??

Ok cantek tu memang cantek... Tapi nak dipanjangkan cerita bunge ni sebenarnya pemberian orang kepada aku.... Katanyer sabagai hadiah besday... Erkkkk~~~~ So, mana hadiah untuk diri sendiri?? Nak tak nak kena pikir lain la (kena pikir lagiiiii) sebabnyer ni hadiah orang bagi....... Terima kasih kepada yang berkenaan....... I loike!! I loike!!! Surprise sangatttt~~~~ Blushing tau~~~


Pic sebelum dan selepas disembur air.... Sebelum die mengembang selepas kena sembur die menguncup...comey kan?? (^_^)

Gambar sampingan.... Adiah pemberian kawan-kawaku.... Terima kasih kepada yang berkenaan, wat susah2 jer...... Malu kiteee tau... hihihihihi (^^,)


Psst : Nak kena pikir lagi apa benda nak dibeli ni...Pikir, pikir dan pikir lagi..... Hurrrmmmm~~~~

Friday, 17 May 2013

~ fOOd Product Development 2013 ~

Tahun ni program Food Product Development kembali lagiiiii!!!!
Ingat tak tahun lepas, program wajib fakulti aku perlu adakan untuk student2 tahun 3?? Yang mana setiap kumpulan dari Food Biotech perlu siapkan projek ciptaan makanan dieorang dan persembahkan kepada juri...

Tahun ni pun projek yang sama dikekalkan cume berlainan konsep.... Tahun ni konsep dieorang 'open air' kot sebab buat ditengah-tengah tempat parking yang panas tak hengat.... Tak tahu la nak jimat kos ke hape dieorang ni... Kecian lak aku nengoknyer......Pastu, kalau ikut tahun lepas setiap juri akan ke meja peserta untuk beri markah tapi berlainan untuk tahun ni setiap peserta akan ke pentas utama dan present hadapan juri... Erkkkk, baik konsep tahun lepas........ (*_*)

Tahun ni aku tak berkesempatan nak tengok dieorang present product dieorang disebabkan kelewatan yang tidak disengajakan....  Kecian kat korang takde penyokong tegar, moral support daripada kiteorang ni.. Ok takper time penutup dan masa umumkan siapa pemenang aku akan duduk kat sini sampai selesai... Ok tak?? Huhuhuhuhu~~~ (^_^)v)

Antara produk yang dihasilkan dan selamat dipersembahkan~~
  
Tahun ni jugak, aku tak berminat nak menerangkan setiap satu produk yang dah dihasilkan akibat cerita-cerita yang aku dengar tahun-tahun lepas..... Ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah menciplak hasil titik peluh student kami.... (tak rase bersalah ke orang yang amik idea orang lain tu?? Dieorang ni tak tido malam nak siapkan projek dieorang korang senang2 je nak curi... Choyyyy!!) Dan aku tak nak blog ni menjadi salah satu punca tempat ciplak idea tersebut... Cukup la korang tahu produk yang ada dan siapa pemenangnya... Ok....lalalalalala~~~

Pemenang tempat Pertama... MasterPie~~

Pemenang tempat ke2...Bumbusia~~
Pemenang tempat ke3...Dynamelt~~
Pemenang saguhati~~~~
Kami la penyokong tegar!!! hahahaha~~~
Psst : Kepada semua pemenang, akak (akak la yang bertanding tu sume adik2) ucapkan tahniah atas usaha penat lelah korang... Dan yang tak menang tu jangan la sedey2, korang pun akak ucapkan tahniah jugak sebab selamat mempersembahkan produk korang pada hari kejadian setelah pelbagai rintangan halangan korang hadapi......Yang penting korang takde ciplak mana2 idea orang lain tu sudah membanggakan.... Nanti cube improve lagi korang nyer produk tu k.... Dan jangan lupa kita ade program SIC pulak lepas ni... Hahahaha~~~ saja nak takut2 kan korang (^_^)v)

  



Wednesday, 15 May 2013

~Selamat Hari IBU~


Selamat hari Ibu.......
Kepada semua Ibu, Mak, Mama, Mummy, Mom, Umi, Mek, Bonda dan panggilan lain yang merujuk kepada ibu (insan yang telah melahirkan kita ke dunia), aku ucapkan 'Selamat Menyambut hari Ibu'.... Upsss...... dan tidak lupa juga kepada bakal-bakal ibu.... hihihihi~~~

Ada pelbagai fakta atau auta mengenai perihal hari Ibu ni, tapi aku amik pendekatan yang lebih mendalam yang semua hari adalah hari Ibu.... Semua hari untuk ibu kita, semua hari kita perlu menggembirakan hati ibu kita bukan untuk satu hari saja, setiap hari kita perlu dengar cakap ibu kita bukan untuk satu hari jer.... Tapi dalam banyak2 hari tu ada 1 hari paling special berbanding hari-hari lain untuk meraikan ibu kita yang dah melahirkan kita ke dunia ni, yang telah lama membesarkan kita, memberi susu sampai kenyang tak hengat, memberi makan sehingga kita dah besar 'bagak' macam ni..... Tak salah kita meraikan ibu kita sekali setahun kan kan an an...

Dan, bagi aku (ikut kepala otak aku la) Oleh kerana besday aku jatuh pada bulan Mei (kebetulan), so aku putuskan bile nak sambut hari ibu untuk mak aku sambut sekali dengan besday aku.... Ha, fair kan??? Takyah gaduh2, nanti bakal anak2 aku nak bagi adiah pun senang sekali bagi jer.... Huhuhuhu, tengok tu bakal anak2 tau... berangan lebey aku ni (=_=)

Restoran Upin & Ipin yang terletak di Bandar Hilir, Melaka.... Errmm~~~ Betul betul betul~~~

Tahun ni aku dan adik beradik sambut hari Ibu kat kedai makan jer, terlalu la save budget sambut hari Ibu plus besday kat Restoran Upin Ipin jer...... Save budget untuk puase & raye yang dah hampir tiba.... Tapi tak kesah la makan mewah @ mahal-mahal or tak yang penting mak dan aku hepi yeppi....Yer tak??

Psst : Kepada mak ku, Thanks for EVERYTHING~~~ Terima kasih mak kerana telah melahirkan menyusukan, mendukungkan, membesarkan, mendidikan, mengajarkan, menasihatkan, menjagakan dan kan2 yang lain.... Haihh, tak terbalas rasanyer (T_T) Terima kasih mak yang tak terhingga, Selamat hari Ibu akak ucapkan dan sayang mak ketat~~~ Mmmmmuah!!!!

Monday, 13 May 2013

Happy BIRTHDAY to me!!! Part 2

Happy birthday to You~~
Happy birthday to You~~
Happy birthday to You~~
Happy birthday to You~~
Happy birthday to You~~

Setiap tahun bile sampai je bulan 5 mesti akan dengar lagu ni......Ahhhh Trauma~~~ Bile lagu ni berkumandang, main set aku akan nyatakan yang 'You are getting old'  Oh NO!!!!! Tak mungkin!!!! Percaya or tak semua orang akan menghadapi situasi macam ni, kan kan an an~~~ Tipu la takde rase pape bile umo dah semakin meningkat, takde perasan ker korang???

Tahun ni, makin takut nak menghadapi hari tersebut makin ramai lak yang ucapkan & raikan..... Percaya or tak la aku dah private kan semua ucapan2 kat FB, biar si pengirim dengan aku je tahu..... Korang jangan kecik hati tau, pape pun aku hargai ucapan korang bukan aku remove cume private kan jer...hihihihihi~~~ (^_^)v)

Tahun ni, first sambut dengan En. Cinta hati... On the way balik kampung dia ajak singgah makan dulu sempena besday aku... Siap menyatakan dirinya rase serba salah tak dapat belikan aku pape kecuali sekotak cupcake.... Again?? Cupcake again?? Tahun lepas cupcake tahun ni pun dapat cupcake..... Apa ada hal, aku tak kesah pun..... Lagipun cupcake salah satu favorite aku, jadi aku tak kesah la..... Serius, tak kesah pun (=_=)

Terima kasih En. Cinta hati~~

Second, aku sambut dengan family aku pulak..... Mak cakap susah nak makan kat luar, kita sambut dalam rumah jer tapi mak masak sedap-sedap special gitu pastu makan ramai-ramai..... Aku tak kesah pun tak sambut beria-ia sangat.... Serius, tak kesah pun (=_=)

Third, lepas je makan with family tertibe En.MZ call cakap my future mother in law nak belanja makan sempena besday aku... Erkkk~~~ Baru lepas makan (+_+) Tadi kan aku dah cakap 'Aku tak kesah pun tak sambut beria-ia sangat.... Serius, tak kesah pun (=_=)' Demi taknak panjangkan cerita aku pun terima la pelawaan orang dah nak belanja tu...... Orang cakap rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari.... Lagipun taknak kecikkan hati my future mother in law la, ermmmmm~~~~

With my future family... Terasa macam kanak2 rabena lak sambut kat restoran Upin & Ipin...hihihi~~~

Kali keempat, nak sambut hari Ibu.... Kakak aku cadang sambut kat kedai makan jer.... Again?? Yela, tu je yang paling ringkas dan mudah.... Akak rancang nak sambut hari Ibu plus besday aku sekali.... Dia kata tak tahu nak beli hadiah apa, sebab pada aku semua dah ada... No idea nak beli hadiah punya pasal dia belanja makan jer.... Ok fine...... Takkan nak suruh aku ulang lagi 'Aku tak kesah pun tak sambut beria-ia sangat.... Serius, tak kesah pun (=_=)'

Restoran yang sama tapi bersama my lovely family~~

Psst : Kepada semua yang dah meraikan aku sempena besday aku, terima kasih yang tak terhingga diucapkan lain kali tak yah la susah2 pening2 pikir nak bagi apa & nak sambut macam mana besday aku... Sebab 'Serius, tak kesah pun (=_=)' cukup dengan korang ingat dan ucapan tulus ikhlas.... Itu sudah memadai~~ Pape pun, Thanks for everything~~

Saturday, 11 May 2013

Selamat datang bulan REJAB (^^,)


Sabda Nabi Muhammad S.A.W
“Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat” Dan sabda Nabi Muhammad S.A.W lagi “Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & Bulan Ramadhan bulan umatku”

Mulianya Rejab dengan malam ISRAK’MIKRAJnya..
Mulianya Sya’ban dengan malam NISFUnya...
Mulianya Ramadhan dengan LAILATUL QADARnya....


 Psst: Tak salah jika kita saling ingat-mengingati, nasihat-menasihati sesama kita.... (^_^)v)

Friday, 10 May 2013

Happy BIRTHDAY to me!!!!

Eerrmmmm~~~
Takde apa nak cakap...... (=_=)
Dah bertambah umur, meningkat usia, bilangan nombor belakang umur dah kena tambah lagi 1 (2_+ 1).... Hope, diri ini semakin matang seiring dengan usia.... tak pun lebih sikit~~~ (kematangan bertambah bukan ketuaan yer~~~)

Kepada yang ucapkan Happy Birthday, Selamat hari jadi, Selamat hari lahir, Selamat menyambut hari/tahun kelahiran di media2 sosial seperti di FB, blog, twitter ataupun SMS, whatsapp,Wechat, LINE dan sebagainya.... Aku ucapkan berbanyak terima kasih atas ingatan tulus ikhlas korang.... Yang celebrate aku hari ni pun aku ucapkan Terima kasih, thank you, شكرا, Naṉṟi, Śukriyā, 'Gracias', Xièxiè, 'Gamsahabnida' kepada korang.... Aku sangat-sangat la terharu (nampak ni dah menitis airmata kat keypad, basah kuyup dah.... 'lokos' bak kate orang melake huhuhu~~~)

Dan kepada yang ucapkan Selamat hari tua, selamat menyambut hari tua, come to the 'old' club dan seangkatan dengannya.... Masa cakap tu cube tengok muka aku betul-betul, ade nampak macam suke ke, happy ke, senyum ke?? Apa-apa je la korang.... Hurmmmmm~~~ (Still dalam mood tak dapat terima kenyataan... hukhukhuk)

Budak yang tak dapat trime kenyataan yang umo dia dh......... Haih~~~ (=_=)

Psst : Masih memikirkan adiah apa nak dibeli untuk diri sendiri ni.... Tertibe dapat se'keping' email dari kawan office.... (eh,macam tau2 jer la) First time view terus 'I Loike!!!!!!' 'Dari mata terus turun ke hati...hihihihi~~ Apa lagi terus order la, tak yah penat-penat nak pikir lagi... ehem-ehem, nak tahu apa yang di order.... Kena la tunggu minggu hadapan.... Daaa~~~~

Tadda~~ ni aku bagi hint2 dulu... Yg lebey aku bagitau next week ya (^^,)

Thursday, 9 May 2013

Menghitung hari (T_T)



Menghitung hari.....
Detik demi detik.....

Masa dah makin hampir......
Umur dah makin bertambah..... ( lirik buat sendiri, tak sedap pun!!! )

Notacutemiut : Jiwa kacau~~ Macam tak dapat nak terima kenyataan lak umur dah nak masuk suku abad....(dah nak??? esok la!!!!) Eerrmmmmm ~~~~~~
Kepada En.MZ tolong jangan muka macam tu eh, senyum-senyum sipi macam tu.... Tak suke tau (=_=) Apa-apa pun, ' Awak lagi tua dari saya tau.....' Ha,yang tu kenyataan, tak leh nak ubah...... hahahaha~~~ (^_^)v)

Psst : Tengah pikir nak beli apa hadiah besday untuk diri sendiri kali ni.... Tak kesah la orang nak bagi adiah or tak tapi diri sendiri kena beli jugak tanda penghargaan diri.... huhuhuhu~~~ Nak beli ape ek?? Tahun lepas beli jersi, tahun ni??? Beg?? Kasut?? Baju?? Gadget??Makan mewah2??or Percutian 6 hari 5 malam.... ammboiiiiii~~~~

Tuesday, 7 May 2013

~Mulakan pagi dengan SENYUMAN~ (^^,)

Di kala pagi yang suram untuk mulakan pekerjaan....
Disaat baru balik dari bercuti panjang.....
Dah tentula keadaan masih dalam mood bluessss (dimana keadaan diri sekarang ni tak tahu nak mulakan mana satu ataupun erti kata yang lebih mudah difahami "malehhhh")

Tertibe terima whatsaap dari kawan baikku~~~

Sejurus selepas terima pesanan itu, aku terus ketawa, ketawa dan terus ketawa....
+ tersenyum manis terus aku forward kat kawan-kawan yang lain (takkan la aku nak terkena sorang2 kan ) dan mana tahu kawan aku yang lain mengalami nasib yang sama dengan aku sekarang..... mungkin dengan send text tu aku tak mampu mengembalikan mood kerja dieorang tapi sedikit sebanyak aku dah buat dieorang tersenyum....Yer dak??? Kepada korang yang juga merupakan member aku di alam maya, aku send jugak text yang sama..... Korang macam mana?? Tersenyum or takde perasaan?? (^^,)

10 perkara yang saya tahu pasal awk
1.awk baca text ni.
2.awk manusia.
3.awk tak dapat sebut huruf 'p' kalau bibir awk tak bersentuh..
4.awk baru saja try buat.
6.awk ketawa sendiri..
7.awk senyum dan awk tak perasan no.5 takda.
8.awk cek kalau ada  no.5..
9.awk ketawa sendiri sambil tersenyum.
10.awk mahu share text ni supaya kawan2 awk kena sekali
awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak
1.awak mmg malas untuk membaca semua perkataan di atas.
2.awak tak perasan saya ada tulis awek.
3.awak terus cari perkataan awek,sebenarnya takde pon.
4.awak sudah terkena! :D
5.awak share la biar kawan2 pulak terkena. takkan nak terkena seorang je...
.* *,   ,* *.
*      *      *
*.          .*
    "* , *"
sent hati ni kat semua member
termasuk saya!
lihat berapa banyak hati awak dapat balik. kalau awak dapat
6 . masih ada yang cintakan awak .
5 . semua orang sayang awak .
4 . awak sahabat sejati .
3 . awak ada peminat misteri .
2 . awak perlukan perubahan diri .
1 . awak kesunyian .
" Happy Friendship Day (^^,) "
Harap2 ad yg kena.. Amin..


Psst to kawan baikku : Pepagi kau dah buat aku tersenyum manis..... TQ kawan, miss u so much!!!

Monday, 6 May 2013

Iron Man 3....Again??

Hah??
 Iron man lagi?? 
Tak jemu ke tengok dua kali??
Tengok sekali pun dah cukup la.....
Nak tengok banyak2 kali tunggu download jer....
Membazir je duit, dah la tiket mahal.......

Huhuhuhu banyak persoalan~~~ Jawapan aku adalah......, nak wat macam mana?? Dah ada Geng Wayang's sekarang ni kan..... Kalau aku dah tengok tapi geng aku belum tengok, kena la temankan dieorang... Nanti kecik hati lak dieorang, terus mogok nak keluar dari kelab... Parah tu huhuhuhu~~ Tapi memang betul pun, member aku cakap tengok sekali pun dah cukup takyah untuk kedua kalinya.... Sebab cerita dia, hurmmm so-so la~~ Ataupun mungkin aku yang terlebey excited dengan action die... Ermmm~~~

Tapi macammana pun aku nak tengok jugak buat kali kedua dan korang pun digalakkan tengok dua kali gak.... (tengok ayat aku tu betul-betul, "digalakkan" tiada langsung unsur2 paksaan disitu....) huhuhuhu..... Sebabnya, aku ade pandangan aku sendiri kenapa korang mesti tengok dua kali..... Kalau mengikut aku nyer pendapat, tengok yang pertama kali tu untuk tahu kat mana the boom action die.... Dan yang kedua kali tu, untuk faham jalan cerita..... Yer tepat sekali, jalan cerita dia sangat memeningkan dan complexs..... Ok, sebab aku dah tengok kali pertama hari tu kan..... So, baru la boleh bagi review ikut pandangan aku... hehehehe (^_^)v)

Psst : Ok la, dah time untuk menonton Iron Man 3 kali kedua ni... Mision aku sekarang adalah untuk mendapatkan iron man clip, geram betol tak dapat masa kali pertama tu... Habis stock katenyer~~ Lain kali order la banyak-banyak, dah tahu benda tu akan Hot..... Hurmmmm (T_T)



Tadda~~ Dapat jugak akhirnyer...... (Itu pun nasib baik ada orang belikan.... 'adiah' in advance katenyer~~~) Tq my lovely En. MZ...toink~~toink~~ (^_^)v)

Sunday, 5 May 2013

Saya sudah.....Anda bagaimana??

5 Mei 2013 hari ini.....
Hari ni hari mengundi......
Marilah kita keluar mengundi.....
Mak dah kejut aku bangun pagi-pagi....
Takut nanti kena beratur sampai tengahari....

Hahahaha....semangat lak dapat mengundi hari ni.... Al maklum la first time la katekan.... Tahun ni aku tak sempat tukar ic alamat baru, natijahnyer aku mengundi ditempat yang lain dari family aku.... Tercampak aku kat 'ceruk' lain..... Oleh sebab aku tercampak kat tempat lain, aku buat keputusan untuk pergi mengundi agak lewat..... Kul 4.30 petang aku baru mengatur langkah ke tempat mengundi tu... Fuh, nasib baik sempat chekk~~
Nerbes punyer pasal aku bawak mak,akak dan adik ikut sama aku gi mengundi....
Takutttt first time first time......Hihihihihi ~~~~

Tapi apa-apa pun saya sudah menunaikan tanggungjawab saya sebagai rakyat Malaysia tahun ini, anda bagaimana??
Saya sudah.... Anda bagaimana??


Balik dari mengundi tadi terus ajak dieorang makan pizza hut yang baru tu.... Eh, tu bukan rasuah tau.... Tu 'adiah' sebab dieorang sanggup teman aku gi ngundi.... Yang mengundi sorang je tapi yang escort sampai 3 orang..... Kalah YB DUN tau...kikikiki.....


Psst: Tengah menunggu keputusan PRU13, lamenyer....... Cepat la sikit umum sapa yang akan mentadbir negara nanti, tak sabar dah ni..... Yang paling penting nak dengar esok cuti ke tak?? Huhuhuhuhu..... (^_^)v) 

Notacutemiut: Siapa pun pemimpin kita nanti akan ku terima dengan hati yang rela + terbuka~~ Kita jangan tanya apa kerajaan akan bagi kepada kita selepas ini tapi persoalankan apa sumbangan kita pada Negara... Peace~~~ (^_^)v)

Iklan Untuk di'Klik'

Copyright© All Rights Reserved zuhafizz-cintahatiku.blogspot.com