Ok, yang ni aku tak tahu cerita apa ni..... Tak tahu ade no 1,2,3,4,5..... Tertibe tup-tup tahun ni kuar yang no 6.... Mungkin yang sebelum ni aku tak berapa nak tengok wayang (sekarang ni je yang dah makin kerap~~) so, aku tak tahu menahu kewujudan cerita ni.....Tapi lain bagi yang peminat no 1 cerita2 omputih ni... Dia memang follow cerita ni.... Yang jadi mangsa peneman dia, sapa lagi tak lain tak bukan adalah AKU.... Yer, dengan rela hatinyer aku mengofferkan diri jadi peneman dia tuk tengok cerita ni... (sebab ade actor yang di atas tu...tu tu tu sebelah kanan tu....hahahaha ada udang di sebalik cucur udang lalalalala~~)
Ok la, sebelum kita masuk ke panggung wayang tuk cerita yang kita tak tahu wajib kita baca sinopsisnnya dahulu.... Bacala sinopsis yang aku kopi & pasta ni~~~ Kalau nak tunggu aku cerita sinopsis aku sendiri aku takut salah pemahaman je nanti.... Sesat lak korang, dah kena tuduh bawak ajaran sesat... hahahaha~~ Al-maklumla, cerita yang tak tahu kewujudannyer... Uit, kunonyer ko~~~~
Sinopsis~~ Kopi & pasta... (^_^)v)
Sejak rompakan Rio mereka telah menumpaskan empayar seorang ketua kongsi gelap. Dom dan Brian menjadi lebih kaya dengan $100 juta yang dimiliki. Walaupun kaya, mereka tetap berasa kehilangan sesuatu kerana tidak boleh balik ke tanahair dan sentiasa diburu polis. Pada masa yang sama, Hobbs sedang menjejaki satu organisasi pemandu upahan yang mahir dan telah merentasi 12 negara. Ketua organisasi ini (Evans), dibantu seorang penolong kejam yang didedahkan sebagai Letty, iaitu perempuan yang dicintai Dom yang dianggap telah mati. Cara terakhir untuk menghentikan kumpulan penjenayah ini ialah menewaskan mereka pada tahap perlumbaan. Jadi, Hobb meminta Dom untuk mengumpul kumpulannya di London. Bayaran mereka ialah peluang untuk balik ke tanahair dan kembali bersama keluarga tercinta.
![]() |
| Ha, aku lah peneman yang setia... Toink toink~~~ (^_^)v) |
Ok, done! Aku dah tengok cerita ni, apa lagi lepas ni.... What's next? "Awak kena tengok yang no 5 punye best gile.... Baru awak faham yang no.6 ni..Boleh tahu character dan kepakaran dieorang...." Hamboi2 senangnyer die cakap, kalau nak tengok kena download bile dah download kena tengok, bile dah tengok kena fokus, bile dah fokus satu keja pun tak buat nanti.... "Malas la, nanti dah tengok yang no.5 awak suh saya tengok no 1,2,3,4... Banyak tu, takde masa nak tengok semua"
Psst : Hahahahaha~~~ Cakap depan dia je malas tuh, tapi sekarang aku tengah download Fast & Furious collection.... Dah siap download ni aku nak study, 'Mentelaah' cerita ni huhuhu...... Fast & Furious 1 - 5 downloading~~~ (^_^)v)





No comments:
Post a Comment