Perjalanan hidup Kami ~~~

Daisypath Friendship tickers

One Step Closer

Daisypath Anniversary tickers

Ikatan Cinta Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, 31 August 2014

57th Merdeka!!!!


Hari ni #31Ogos

Apa maknanya???
Maknanya bulan ni Malaysia sambut bulan Kemerdekaan!!!! Tahun ni genap tahun yang ke57 kita Merdeka Alhamdulillah syukur atas nikmat yang diberikan~~~



Logo Kemerdekaan pada tahun nih
Disini Lahirnya Sebuah Cinta


Bagi Warganegara Malaysia Selamat menyambut Bulan Kemerdekaan yang ke 57, Di sini lahirnya sebuah Cinta....
Cinta pada Agama,
Cinta pada Tanah Air,
Cinta pada Negara,
Cinta pada Bangsa,
Cinta pada Bahasa,
Alhamdulillah Kita masih aman~~~
#Public holiday

Thursday, 28 August 2014

Palm Mall Seremban


Lepas je melawat 'orang sakit' kiteorang terus menyinggah kat shopping complex yang baru kat Seremban tu, Palm Mall.... Kebetulan kiteorang memang parking kat situ... Kat KPJ Seremban takde parking, semua penuh (~_~) ramai orang sakit ker, ramai orang melawat orang sakit huh.....
 
Palm Mall Seremban
** Ni dari sudut pandang dari KPJ Seremban

Palm Mall ni baru dibuka kat Seremban, dah macam2 dah aku dengar pasal shopping complex ni..... ada yang baik ada yang buruk..... Aku gi dengan niat elok, takde nak bende tak elok pun gi sekadar jejalan cuci mata jer.....

Pintu masuk Palm Mall
##Sunyi sepi

Bila tengok dari luar, macam kecik jer tapi bila masuk ke dalam macam luas giler.... Mungkin sebab banyak kedai yang belum bukak kot.... Banyak jugak kedai2 yang menarik dalam tu, tapi oleh disebabkan lagi 15min kul 2 kiteorang tak sempat nak masuk semua kedai yang ada... Jalan pun laju-laju je, sebab kejar masa...Waktu rehat pun dah nak habes huhuhu~~

Selamat Menyambut Bulan Kemerdekaan ke57

Dalam masa 15min berjalan dapat singgah lama kedai ni jer huhu (^_^)v)

Gi berjalan dalam Palm Mall semata mata beli benda alah nih
**Kek keju Jepun errmm Nyum Sedap (^^,)

**Rasa nak gi lagi ke situ tapi tunggu semua kedai dah bukak barulah meriah huhu

Melawat orang sakit (TT_TT)

  
Pagi tadi dapat berita yang mengejutkan dari sorang kawan opis bagitahu yang Cik Puan Wanie ditahan wad sebab kena operate (^O^)

Sebelum ni memang dah tahu yang Cik Puan Wanie asyik mengadu sakit perut, tapi tak sangka la sampai ke tahap kena operation....Pada mulanya di suspect saja, tapi bila dengar dah di operate tu maknanya dah tahap serius.... Kiteorang pergi la melawat dia, kesian kat dia dah la family jauh (TT_TT) Naseb baik la Cik Puan Wanie dah ada En.Suami kan huhuhu~~

Gi melawat orang sakit kat Hospital KPJ Seremban
**Untung Cik Puan Wanie dapat duk hospital swasta huhuhu~~

Melawat orang sakit (TT_TT)
OTW melawat orang sakit 
**harap2 takde pape yang serius la yer (TT_TT)

Amik pic dgn orang sakit, cian (T_T) tengok muka macam sakit tapi still leh tersenyum hukhukhuk

Dalam pada sakit, orang sakit tu masih mampu tersenyum dan bergurau senda lagi..... Macam takde pape berlaku kat dia.... hukhuhuk~~ Siap cerita macam mana dia di operate dan keadaan dia semasa operate... Boleh pulak cerita time orang tengah operate perut dia, siap boleh termimpi gi Langkawi huhu Boleh gitu?? kelakar sungguh Cik Puan Wanie wat lawak sakit hahahaha (^^_)

No katil orang sakit
Sampai tersesat sesat cari katil dia, sebab salah bagi direction huhuhu~~~

Kami dah nak balik
Atas permintaan orang sakit nak bergambo dengan kiteorang huhuhu~~

Alhamdulillah Cik Puan Wanie dah semakin sihat selepas di operate... Lau tak sebelum ni tak boleh la makan bende pelik sikit mesti mengadu sakit2 perut...... Tapi lepas ni kena jaga makan jugak tau, jangan dah operate buang appendix tu boleh taram makan macam2 still kena berpantang eh (~_~) Dengar cakap sikit

To Cik Puan Wanie : Jaga diri, jaga makan, kesian kat perut (T_T)  InsyaAllah dipermudahkan, dipersihatan seperti sedia kala.... Sentiasa Redha kerana sakit itu penghapus dosa Amin~~~ 

**Cik Puan Wanie dapat cuti MC selama 2 minggu Huwwaaa Rindu la kat dia nanti (TT_TT)

Health-Check (~_^)v)

 
Health-check (~_^)v) tapi bukan untuk tubuh badan tau... Tapi tuk balance (penimbang) dan Ph meter.... hehe Apa korang ingat tubuh badan je kena Health-check, peralatan Lab pun kena Health-check tau.... huhu

Semalam ada seminar tentang health check balance and ph meter.... Dalam pada tak buat2 pape sekarang ni budak belum abis cuti sem aku join sama tuk dengar talk dari Syarikat Mettler-Toledo tambah ilmu pengetahuan (^_^)v)

Tengah dengar Talk dari wakil Mettler
**Kusyuk betol orang kat depan tu lalalalala =P

Menu pagi **matlamat hehe

Bergambo kenang kenangan (^_^)v)

Menu makanan tengahari **matlamat hehehe (^_^)v)

Selesai je dengar penerangan tentang penjagaan dan penyimpanan alat, sesi servis alat dimulakan.... Aku pun ikut sama la tengok dieorang buat servis..... Bagus jugak tahu macam mana nak wat pembersihan, calibration, dan penyimpanan.... Takde lah main taram jer pakai alat sampai rosak... Nak baiki kerosakan mahal oooo (~_~)

Sesi Health-Check micropipet
*dah alang2 dieorang datang mintak buat sekali la hehehe~~

Sesi Health-Check Balance & Ph Meter
**lain kali kalau nak buat lagi sendiri ada masa ker hahahaha

Bagus jugak sekali sekala ada seminar macam ni, boleh tambah ilmu, isi masa lapang, isi masa bosan, tambah hari dalam latihan dan makan pree hehehe (^_^)v) **nanti nak wat seminar macam ni lagi, makan 1 hari ditanggung penuh lalalalala~~~

Saturday, 23 August 2014

Hari Raya USIM yg suram (T_T)


Selamat hari raya USIM (^^_)

Dah masuk 26 Syawal dah, USIM baru nak sambut Hari Raya sedey betol (T_T) Aku dah pikir tahun ni dah takde sambutan2 hari raya ni sebab macam2 perkara yang berlaku kan.... Seluruh rakyat Malaysia tengah bersedey sekarang nih... Tak kan kita nak bersuka ria sambut raya pulak.... Macam tak kena pada tempatnyer jer....

Naseb baik la USIM buat tema yang kena dengan situasi iaitu Lebaran dirai, kesedihan dikongsi... Memang kena sangat dengan kejadian yang berlaku sekarang ni..... Di Saat satu Dunia mengalami kesedihan termasuk juga la kami tapi di sebabkan keputusan pihak atasan telah menetapkan tuk buat majlis sambutan hari raya sama dengan hari berkabung Malaysia kami sebagai orang bawahan ni terpaksa la akur..... (~_~)

Persiapan demi persiapan (^_^)v)
Kita2 je la setia wat persiapan huhu~~

Dalam pada malas nak buat persiapan, nak taknak kena la buat jugak sebab dah arahan kan... Lagipun kalau kiteorang tak buat sapa lagi nak buat.... Kang esok ada meja n tikar jer persiapan ala2 suram seram huhu.....

Persiapan demi persiapan (^_^)v)
Masih setia lagi wat persiapan huhu~~

Sebenarnya memang takde mood langsung nak buat persiapan yang beria ia macam orang lain... So terima je lah seadanya persiapan kami yang bertemakan Suram Seram.... huhu~~ Esok datang makan dan balik...  No persembahan No kegembiraan terlampau.... Yang sedang sedang saja

Kami yang setia wat persiapan hehe~~

Papan menu dah ade (^_^)v)
Menunya tunggu keesokkan harinya la yer huhuhu~~
 
Keesokkan harinya, kami datang awal ke gerai makanan kami sebab nak tengok keadaan gerai yang  ditinggalkan semalaman..... Bila tiba je terus rase terkejut (^O^) dengan keadaan gerai yang seperti di 'sabotaj' hahahaha.... Takde lah tak erti sabotaj sabotaj nih, dah sememangnya kiteorang tak buat persiapan beria gitu la hasilnye hahahaha =P

Naseb baik la ade masa lagi sebelum majlis bermula, still ada masa tuk wat persiapan kali kedua... Kali ni kawan2 aku lebih beria...... Macam2 dieorang bawak tuk hias gerai, agaknya semalam dieorang bermimpi macam mana nak serikan gerai hari ni kot hahahaha..... Ala, tak jadi la tema kita Suram Seram tu.... Dah jadi ceria dah.... Untuk kita kita aje hahahaha (^_^)v)

Sebelum dan Selepas keadaan gerai kami (^^_)

Nak kul 10pg dah, get ready tuk serbu gerai gerai makanan hohoho~~~

Sekitar stadium tertutup
Menu utama pun dah sampai, menu kiteorang tak sampai2 lagi hukhukhuk (T_T)

Sekitar majlis Sambutan Hari Raya USIM (^_^)

Pentas utama
Hadiah2 dah menanti tapi kiteorang tak mengharap pape pun huhu~~ (^_^)v)

Majlis bermula tepat jam 10pg, tapi sebelum tu dah ramai dah yang pegi amik makanan2 kat gerai2 yang ada makanan.... Hati dah mula risau time tu makanan kat gerai kami masih lom sampai2 lagi....  Menu yang kiteorang susah sangat nak sediakan tu yang lambat tu..... Tahun ni kiteorang dapat menu ala2 arab.... So terpaksa la order dari kedai Arab yang ade sekitar Nilai.... Barulah original huhuhu.... Disebabkan nak original sangat la tu yang jadi lambat hukhukhuk (~_~)

Menu kami
Ala2 arab gitu huhuhu~~~

Jam dah menunjukkan kul 10pg, menu kami masih belum sampai2 lagi hukhukhuk..... Orang ramai yang lalu lalang pun asyik perati gerai kami yang kosong tanpa makanan, dah la menu yang ditunggu tunggu tapi lambat la sampai....Hinggakan kami terpaksa bermanis muka, kelentong yang menu kiteorang dah 'habis' hahahaha....

Yang ni menu aku (^_^)v) hehe

Yeah!! Alhamdulillah dapat makan menu sendiri siap dapat 'tapau' lagi kuikuikui (^^,)
Disaat menu kiteorang sampai jer, memasing datang serbu gerai kiteorang... Yela, gerai2 lain dah diserbu awal2 lagi, kiteorang yang belum diserbu... Bila menu kami sampai jer memasing datang serbu gerai kami la pulak...Hambik ko, tak menang tangan melayan orang ramai....... Sampaikan tak sempat nak susun atas tray, duk bagi pakai dalam kotak jer huhuhu... Kejap pan dan abis licin makanan kiteorang, sekelip mata berkotak kotak dah kosong.... hohoho laku sungguh (^^,)

Ni time gerai kami diserbu orang ramai
Tak menang tangan melayan 'customer' huhuhu~~~

Kek dari gerai sebelah
Tak sempat rase pun (T_T) sebab simpan tuk NC potong hukhukhuk~~~~

Bergambo selepas hasil 'jualan' dari gerai kami habes... Laku la katekan hohoho~~~ Hashtag : Baju kami sama (^_^)v)

Lawatan dari mantan NC, bila datang gerai kami je makanan semua dah abis cian NC tak dapat pape dari kami SORY NC (T_T)

Ahamdulillah selesai sudah Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri USIM yang ditunggu tunggu.... Diraikan dengan ala kadar dan sederhana..... Janji dah jalankan tanggungjawab dengan sebaiknya... Itu yang penting...

#Tahun depan pun  kita buat persiapan yang biasa2 jer 
kalau tak menang tak rasa ralat sangat hahahaha peace (V(^_^)V)

Friday, 22 August 2014

Rindu Awak 200%

  
Sinopis drama

Zill Faezrul terpaksa berkahwin dengan Armel Aisya kerana atas pilihan kedua ibu bapanya. Zill Faezrul pada mulanya enggan untuk berkahwin dengan Armel Aisya kerana masih lagi terkenang akan kekasihnya yang sudah meninggal dunia sejak 5 tahun lalu. 

Manakala, Armel Aisya juga tidak bersetuju pada mulanya untuk berkahwin dengan Zill Faezrul. Namun untuk membuatkan bekas teman lelaki Armel Aisya cemburu dan membuktikan bahawa dia juga boleh bahagia, Armel akhirnya bersetuju untuk berkahwin dengan Zill Faezrul. Selepas berkahwin, masing-masing membuat haluan sendiri. 

Mereka juga tidak bersefahaman dan saling tidak melengkapi antara satu sama yang lain. Armel juga langsung tidak mengenali Zill Faezrul iaitu suaminya sendiri. Zill Faezrul yang sentiasa menghilangkan diri juga menimbulkan tanda tanya kepada Armel. Ada kalanya, Armel juga pernah berfikir siapakah gerangan Zill Faerul seorang jejaka kampung yang mampu memiliki sebuah kereta Range Rover Evoque



Sinopis kulit belakang novel

Zill Faezrul Iqbal – Jiwa Armel Aisya jadi nanar apabila teringat nama ini. Bersifat tenang tapi bermulut celopar sungguh menjengkelkan hati Armel Aisya.

Tapi, dia tak boleh banyak bunyi. Dia sendiri yang memilih lelaki itu untuk menjadi suaminya.
Ibarat minyak dengan air, mereka tak boleh bersatu. Akibatnya rumah tangga mereka tidak pernah aman!
Penyudahnya Armel ke utara, Faezrul ke selatan.

Namun, semakin Faezrul tidak peduli, semakin sakit hati Armel.
Misteri Faezrul yang kejap hilang kejap ada di rumah, menimbulkan tanda tanya di kepala Armel.
Mustahil seorang lelaki kampung yang bekerja sebagai juruteknik mampu memiliki kereta Range Rover Evoque! Siapa lelaki ini? Mungkinkah dia suku sakat Jula Juli Bintang Tujuh?

HERO & HEROIN Rindu Awal 200%
Zul Arifin & Ayda Jebat **Sweet

Bagi aku jalan cita ada persamaan cuma ada ubah cikit caranya

Macam tempat Zill terbang, Giler kot nak ikut sebijik bijik dalam novel sebab Zill tu pilot sure lah banyak tempat luar negeri dia gi, nak masuk semua dalam cita memang tak lah... budget lari =P

Ada scene yang dipotong macam scene Zill dan Azad kat London takde sebab diaorang tak buat shotting kat sane pun maybe tak penting....
Watak yang dikurangkan, seperti Daria sepatutnya bercinta senyap2 dan kawen dengan sepupu Armel bukan dengan Abang Armel seperti dalam drama... Maybe tak penting kot wujudkan watak tambahan seperti tu...Hilangkan pun takde affect pape....
Cara Irene goda Zill, lain sikit dari novel..

Dan banyak lah lagi, bagi aku tak kesah tu semua janji mesej tu sampai....jangan jadi tajuk drama sama dengan novel, nama watak sama tapi jalan cita diubah 100% tu memang lah... Memang lah kena tutup buku dengan aku hahahaha black list (~_~)


Jangan lupe tau tengok rindu awak 200% setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7malam

Dah lama dah ditayangkan sekarang ni episod dah sweet2 dah.... Tak silap aku sekarang dah episod 23, tak salah aku lah..... Kalau dulu asyik geram je dengan Armel tu Annoying betul asyik kena kutuk dek aku jer perangai macam tu (~_~)

Sekarang dia dah ok, dah Comey (^_^)v) hee

Kupu-Kupu Tetamu datang (^_^)v)


Dah kupu-kupu besar main berlegar legar kat ruang bangunan ni Apa petanda nyer???
*Petanda nya ada tetamu 'besau' nak datang hahahaha~~

Memang gitu la spekulasi kita bila tengok je ada kupu-kupu ada, maknanya mesti ada tetamu nak datang... Kadang kadang malas nak caye jugak benda2 macam ni, takut tu cume cakap orang-orang tua kita asuhan zaman kanak-kanak... lagisatu bimbang jatuh kepada yang tak baik tapi setiap kali berlaku kebetulan...core accident berlaku bila hari ni ada kupu2 dalam bangunan confrim esok ada orang nak datang melawat makmal... Kebetulan kebetulan huhu.....

Macam baru2 ni la, ada banyak kupu-kupu berlegar legar kat ruang bangunan opis aku siap ada yang mati lagi.... Keesokknya aku terima tetamu dari Niosh, bukan sikit anak dieorang datang eh ramai lak tu team yang dihantar... Sebanyak kupu-kupu yang berterbangan tuh la.... Sungguh kebetulan (~_~) Datang dengan bawak tujuan untuk buat audit kat bangunan baru aku nih... Fuh masak (T_T)

Selamat datang team Audit!

Selamat datang ke bangunan kami yang tak seberapa ni hee (^_^)v)

Tengah mengAudit dan berbincang masalah
Banyok masalahnyer hahahaha (^_^)v)

Ok, selesai mengAudit bangunan aku
Fuh! Mintak2 dapat report yang baik-baik saja
Lau tak masak kiteorang nak menjawab nih (~_~)
 
Pic kenang kenangan dengan team Audit Niosh

Bye Bye team Audit Niosh
Sila datang lagi wee
Tulis report yang baik baik yer tentang kiteorang, yang tak elok pejamkan mata jer hee

Ok sapa lagi nak datang melawat nih
Sebab aku ade ternampak kupu-kupu lagi hehe

Thursday, 21 August 2014

Into The Storm (@_@)

  
Jom tengok wayang!!!!

Dah lama 'puasa' dari wayang nih sebab puasa dan sibuk beraya sakan kan, sampai lupa sekejap pasal wayang nih..... huhu....

Tapi hujung minggu lepas dah macam takleh tahan dah.... Banyak dah cite terlepas, so hujung minggu lepas kiteorang gi la menjejakkan kaki kat panggung wayang Setia City Mall setelah sebulan lebih menahan diri... Gigil kaki jap huhuhu~

Dah beli tiket cite yang dipilih, tunggu masa tuk masuk jer... Sebenarnya nak beli tiket cite lain tapi terbeli tiket cite lain atas faktor kesilapan teknikal dan kesalahan diri sendiri (~____~) Cian 'orang tu' muncung je sebab tak dapat tengok cite yang dia dah lama ngidam nak tengok..... Hurm Mianhae (T_T)

Into the storm
Cita pasal bencana alam ni, serius aku tak minat sangat cite berkisarkan bencana2 alam nih

Peneman saya ke mana jua
Ada dimana mana, dah macam iklan digi lak kan huhu

Sshhhh nak tengok wayang
Lepas amik gambo ni,terus lampu padam Gulp.

(@_@) Ok selesai tengok cite  Into The Storm....
Tak leh nak cite details sangat cite ni sebab aku tak tahu jalan citanye....
Yang aku tahu, cite pasal bencana alam puting beliung, lari sana lari sini shot pakai camera tangan camera goyang goyang aku pening (@____@) mabok..... Jap aku nak gi muntah jap....

Nak tengok cita lain jadi tengok cita lain, (~_~)
Yer salah saya sebab tak bagi awak beli online sehingga kan cita Guardian of the Galaxy penuh.. Full house!!!
Mana la saya tahu, cite tu dah lama kot... Dah 2 minggu lebih pun still penuh? Dasyat cite tuh (~_~)
Kecian kat awak, dah la lame nak tengok wayang gi tengok lak cite macam tu..... Naseb baik la awak tak muntah dalam panggung huhuhu

**so sapa yang tahu sinopsis cite nih boleh la cite kat aku dan kawan2... Sebab, serius aku tak tengok sangat... start cite aku dah pening2 lalat kalau aku fokus lagi bertambah teruk jadi aku tak leh la nak bagi sinopsis cite tu kat sini... Dan review aku korang dah tahu kan?? (^_^)v) tak leh cakap yang teruk2 sangat, nanti kena 'lahar' dgn peminat cite2 macam gini Ok Bye!

Seminar Food Tech

  
Setelah bercuti raya, kini kena la kembali bekerja..... (~______~)
Sepatutnyer minggu ni dah abes mood berhari raya, sebab dah puas beraya kan kena la pikir pasal kerja pulak.... Lau asyik mood beraye je bila keja nak siap huhu (^^_)

Balik2 je mood bercuti terus ada seminar alat kat Shah Alam... Nak taknak kena gi jugak la sebab dah daftar nama, lagipun rugi tak gi sebab bukan kena bayar pape pun, FOC kat Golf Club lagi.... Tak mo ker? Muahahaha....rezeki tuh (^_^)v)

Agilent's Seminar
Food and Environmental Seminar

Aku gi berdua jer, dengan kawan opis..... Takleh bawak ramai2 nanti kena change lain, tak pasal2 kena bayar lak kang hahaha.... So, aku gi berdua je lah, Berdua Lebih Baik (^_^)v)

Sampai2 je orang dah bagi talk dah... Apa maknanya tu? Maknanya kami dah lambat huhuhu peace (^_^)v)

Penceramah
Dari oversea ni jauh dia datang semata mata bagi talk huhu

Selesai talk ade sesi demo... Demo peralatan lah ape lagi, selain dari bagi talk pasal teori alat kena la promote barangan dieorang... Sambil menyelam minum air lah macam tak bese huhu~~

Sesi demo

Selesai sesi pendemoan, ade makan tengah hari..... Masa yang ditunggu tunggu, tujuan asal perlu dilaksanakan.... huhuhu~~

Lepas makan, sambung dengan sesi petang..... Sama jugak ade talk pasal alat dan sesi pendemoan... Pastu seminar tamat (^^,) Yeah! Cepat je seminar habes, dalam kul 4 dah settle,dah boleh balik... Tapi bagus jugak habes awal2 ni kiteorang nak balik pun jauh huhu.....

Ok, makan makan makan (^_^)v)

Pemandangan sekitar KOTA PERMAI GOLF & COUNTRY CLUB

Hasil tangkapan.... Yang aku paling suka dapat tools box kecik tu.... iLoike!

Selesai seminar Food Tech
Bila balik jer rumah, rase teringin nak gi seminar lain lagi
Rase seronok lak gi seminar2 nih (^_^)v)
Tapi nak cari yang free2 jer, yang berbayar boo layan hahahaha (^________^)

Iklan Untuk di'Klik'

Copyright© All Rights Reserved zuhafizz-cintahatiku.blogspot.com