Perjalanan hidup Kami ~~~

Daisypath Friendship tickers

One Step Closer

Daisypath Anniversary tickers

Ikatan Cinta Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, 22 August 2014

Rindu Awak 200%

  
Sinopis drama

Zill Faezrul terpaksa berkahwin dengan Armel Aisya kerana atas pilihan kedua ibu bapanya. Zill Faezrul pada mulanya enggan untuk berkahwin dengan Armel Aisya kerana masih lagi terkenang akan kekasihnya yang sudah meninggal dunia sejak 5 tahun lalu. 

Manakala, Armel Aisya juga tidak bersetuju pada mulanya untuk berkahwin dengan Zill Faezrul. Namun untuk membuatkan bekas teman lelaki Armel Aisya cemburu dan membuktikan bahawa dia juga boleh bahagia, Armel akhirnya bersetuju untuk berkahwin dengan Zill Faezrul. Selepas berkahwin, masing-masing membuat haluan sendiri. 

Mereka juga tidak bersefahaman dan saling tidak melengkapi antara satu sama yang lain. Armel juga langsung tidak mengenali Zill Faezrul iaitu suaminya sendiri. Zill Faezrul yang sentiasa menghilangkan diri juga menimbulkan tanda tanya kepada Armel. Ada kalanya, Armel juga pernah berfikir siapakah gerangan Zill Faerul seorang jejaka kampung yang mampu memiliki sebuah kereta Range Rover Evoque



Sinopis kulit belakang novel

Zill Faezrul Iqbal – Jiwa Armel Aisya jadi nanar apabila teringat nama ini. Bersifat tenang tapi bermulut celopar sungguh menjengkelkan hati Armel Aisya.

Tapi, dia tak boleh banyak bunyi. Dia sendiri yang memilih lelaki itu untuk menjadi suaminya.
Ibarat minyak dengan air, mereka tak boleh bersatu. Akibatnya rumah tangga mereka tidak pernah aman!
Penyudahnya Armel ke utara, Faezrul ke selatan.

Namun, semakin Faezrul tidak peduli, semakin sakit hati Armel.
Misteri Faezrul yang kejap hilang kejap ada di rumah, menimbulkan tanda tanya di kepala Armel.
Mustahil seorang lelaki kampung yang bekerja sebagai juruteknik mampu memiliki kereta Range Rover Evoque! Siapa lelaki ini? Mungkinkah dia suku sakat Jula Juli Bintang Tujuh?

HERO & HEROIN Rindu Awal 200%
Zul Arifin & Ayda Jebat **Sweet

Bagi aku jalan cita ada persamaan cuma ada ubah cikit caranya

Macam tempat Zill terbang, Giler kot nak ikut sebijik bijik dalam novel sebab Zill tu pilot sure lah banyak tempat luar negeri dia gi, nak masuk semua dalam cita memang tak lah... budget lari =P

Ada scene yang dipotong macam scene Zill dan Azad kat London takde sebab diaorang tak buat shotting kat sane pun maybe tak penting....
Watak yang dikurangkan, seperti Daria sepatutnya bercinta senyap2 dan kawen dengan sepupu Armel bukan dengan Abang Armel seperti dalam drama... Maybe tak penting kot wujudkan watak tambahan seperti tu...Hilangkan pun takde affect pape....
Cara Irene goda Zill, lain sikit dari novel..

Dan banyak lah lagi, bagi aku tak kesah tu semua janji mesej tu sampai....jangan jadi tajuk drama sama dengan novel, nama watak sama tapi jalan cita diubah 100% tu memang lah... Memang lah kena tutup buku dengan aku hahahaha black list (~_~)


Jangan lupe tau tengok rindu awak 200% setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7malam

Dah lama dah ditayangkan sekarang ni episod dah sweet2 dah.... Tak silap aku sekarang dah episod 23, tak salah aku lah..... Kalau dulu asyik geram je dengan Armel tu Annoying betul asyik kena kutuk dek aku jer perangai macam tu (~_~)

Sekarang dia dah ok, dah Comey (^_^)v) hee

No comments:

Post a Comment

Iklan Untuk di'Klik'

Copyright© All Rights Reserved zuhafizz-cintahatiku.blogspot.com