Dalam pada kita nak berpuasa 6 tu, pernah tak korang tertanya tanya kalau ade puasa qadha yang mana kena didahulukan? Ataupun puasa Qadha boleh atau tidak digabungkan dengan Puasa 6?
Aku cuba cari jawapannya nya (^^,)
Soalan : Di antara puada Qadha dan puasa 6 yang mana kena dahulukan?
Jawapannya sudah tentu adalah puasa Qadha.Kerana ia merupakan kewajipan yang boleh disamakan seperti hutang kita kepada Allah SWT. Ini terbukti dari sebuah Hadis Qudsi yang sohih:
.......))وما تقرب إلي عبدي بشيء أحب إلي مما افترضت عليه وما يزال عبدي يتقرب إلي بالنوافل حتى أحبه((........رواه البخاري
Ertinya : "..dan tidaklah hampir kepadaku seorang hambaKu dengan apa
juapun, maka yang lebih ku sukai adalah mereka melaksanakan amalan
fardhu/wajib ke atas mereka, dan sentiasalah mereka ingin menghampirkan
diri mereka kepadaKu dengan mengerjakan amalan sunat sehinggalah aku
kasih kepadanya..." (Riwayat Al-Bukhari, no 6021)
Hadis tadi sebagai asas keutamaan, walau bagaimanapun dari sudut
amalannya mungkin berbeza menurut keadaan diri seseorang atau kemampuan
seseorang.
Jika seseorang itu perlu Qadha puasanya selama 30 hari, 20 hari atau
berbelas hari (kerana nifas atau haid yang lama di bulan Ramadan sebagai
contoh) dan tubuhnya juga sihat dan di yakini masih kuat. Eloklah ia
mengerjakan puasa sunat Syawal terlebih dahulu di ketika itu . Ini
adalah kerana waktu sunat puasa Syawal yang singkat berbanding Qadha
(sepanjang tahun).Ini adalah pendapat sebahagian ulama’.
Namun harus di ingat, walaupun waktu bagi puasa Qadha adalah panjang
yaitu 10 bulan lagi, kita tetap tidak pasti adakah kita sempat
menggantikannya atau ajal menjelang dahulu.
Seseorang yang mati sebelum mengganti puasa Ramadannya yang wajib ke
atasnya sedangkan sudah berpuasa sunat Syawwal akan pasti bermasalah
kerana ia dikira masih berhutang dengan Allah SWT.
Bagaimanapun seseorang yang mati setelah berjaya menggantikan puasanya tetapi tidak sempat berpuasa sunat Syawwal, pastinya tiada sebarang masalah pun, malah mungkin ia juga mungkin boleh mendapat pahala sunat syawal itu sekali. Berdasarkan sabda Nabi SAW
Ertinya " ... barangsiapa yang beringinan melakukan kebaikan tetapi
tidak melakukannya, telah di tuliskan oleh Allah baginya pahala penuh,
maka jika ia beringinan dan kemudian melakukannya, di tuliskan 10 pahala
sehingga 700 kali ganda.." ( Riwayat Al-Bukhari, no 6010)
Kita harus memahami bahawa darjat puasa Qadha adalah lebih tinggi dan
tanggungjawab bagi menunaikannya adalah jauh lebih besar dari sunat
Syawwal, ini kerana puasa qadha adalah puasa wajib dan merupakan
‘hutang' ibadah dengan Allah berbanding puasa syawwal yang hanyalah
sebagai tambahan pahala.
Soalan ke2
Puasa Qadha boleh atau tidak digabungkan dengan Puasa 6?
Hukum Gabung Puasa Sunat & Qadha
Isu menggabungkan puasa Qadha dan Syawal sememangnya amat popular, pandangan ulama’ adalah seperti berikut :-
Tidak elok untuk menggabungkan kedua-duanya bagi mereka yang mampu (dari
sudut kesihatan tubuh dan lain-lain) untuk memisahkannya. Ini kerana
tiada dalil yang khusus membuktikan Nabi SAW pernah melakukannya atau
menganjurkan kepada para sahabat untuk menggabungkannya.
Apabila Nabi, sahabat dan salaf soleh tidak melakukannya maka pastinya
ia bukanlah amalan yang terpilih dan terbaik kerana pilihan Nabi SAW dan
para sahabat selamanya adalah yang terbaik.
Malah terdapat juga hujjah-hujjah yang menyebabkan pandangan yang
mengharuskan penggabungan ‘qadha dan ganti' itu dipersoalkan, iaitu :-
1. Menurut Prof. Dr Syeikh Abd Malik as-Sa'dy (ex-Lajnah Fatwa Iraq) dan
Prof Dr Mohd ‘Uqlah el-Ibrahim (Jordan) mereka berpendapat bahawa
amalan wajib tidak boleh digabungkan dengan apa-apa amalan wajib atau
sunat lain, kerana amalan wajib memerlukan tumpuan khusus yang tidak
berbelah bahagi semasa pelaksanaannya dan ia perlu bagi mengangkat
tuntutan kewajibannya. Justeru, tindakan menggabungkan ini pasti
mengurangkan kesempurnaan hamba dalam menunaikan tuntutan wajib mereka.
2. Tindakan A'isyah r.a yang melewatkan Qadha pula boleh di jadikan
hujjah bahawa beliau mengasingkan kedua-dua puasa Qadha dan Syawal.
Maka inilah yang terpilih sepatutnya yaitu tidak menggabungkan kerana
Aisyah r.a tidak menggabungkannya . Aisyah menyebut :
كأن يكون عليّ الصيام من شهر رمضان فما أقضيه حتى يجئ شعبان
Ertinya : Kewajiban ke atasku untuk puasa (Qadha) dari puasa Ramdhan,
tidaklah aku menggantinya sehingga datang sya'ban" ( Riwayat Muslim, no
101)
3. Amalan wajib (qadha) memerlukan niat yang ‘jazam' (tepat dan pasti)
maka tindakan mengabungkan ia dengan niat puasa sunat mungkin boleh
merosakkannya kepastiannya. Kerana itulah ulama yang mengizinkannya
mencadangkan agar diniat puasa qadha sahaja, adapun syawwal itu dipendam
sahaja dengan harapan Allah menerimanya.
Bagaimanapun, ulama yang mencadangkan ini jelas menyatakan bahawa tindakan menggabungkannya tetap mengurangkan pahala sunat syawwal ini kerana tidak diniat dan tidak dilakukan sepenuhnya (Hasyiah As-Syarqawi ‘ala al-Tahrir, Syeikh Zakaria Al-Ansary, 1/427; naqal dari Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, Atiyyah Saqr, 2/23)
4. Malah ada pula yang berhujjah bahawa amalan sunat tidak boleh
ditunaikan sebelum amalan fardu. Demikian menurut Syeikh Abu Raghib
al-Asfahani, Syeikh Ihsan Muhammad 'Aayish al-'Utaibi dan juga di
sebutkan oleh Dr Yusof Al-Qaradawi di dalam kitabnya Fiqh Awlawiyyat.
Ini ada asasnya kerana berdasarkan hadith Nabi SAW
من صام رمضان ثم أتبعه ستاً من شوال فكأنما صام الدهر
Ertinya: "Barangsiapa telah berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan 6
hari dari Syawwal (puasa) maka ia adalah seperti (pahala) puasa ad-Dahr
(setahun)" (Riwayat Al-Bukhari, no 6502).
5. Kita dapat melihat penggunaan ‘fe'il madhi' iaitu ‘past tense' bagi
puasa Ramadan, mungkin sahaja boleh membawa makna sesiapa yang belum
lengkap puasa Ramadannya perlulah melengkapkan dahulu, kemudian barulah
mereka layak bagi mendapat peruntukan pahala sunat Syawwal.
Hujjah ulama yang mengharuskannya adalah hadith
" Sesungguhnya amalan itu berdasarkan kepada niat, dan bagi seseorang apa yang diniatkan." (Riwayat Bukhari, no 1, 1/12)
Ia dilihat agak umum, memang benar apa yang diniatkan adalah penting, tetapi niat mempunyai kaedah dan cara-caranya bagi diterima, (Rujuk Al-umm, hlm 78). Jadi jika seorang meniatkan puasanya dengan menggabungkan dua puasa tersebut, sudah pasti dia akan mendapat ganjaran dari Allah seperti mana ia niatkan.
Kesimpulan
Elok jika tidak digabungkan dan elok didahulukan yang wajib (qadha)
daripada sunat (syawwal).Tetapi ada juga pendapat ulama’ yang mengatakan
elok didahulukan puasa sunat Syawal.
Sementara di sana ada pandangan yang boleh dianggap sebagai
rukhsah/keringanan bagi mereka yang mempunyai kesukaran kerana uzur dan
tidak mampu untuk mengasingkannya. Antara ulama yang membolehkan untuk
menggabungkannya adalah beberapa ulama dari mazhab Syafie (Mughni
al-Muhtaj, 1/602), Syeikh Atiyyah Saqar, panelis fiqh Islam online.net
dan beberapa ulama’ lain.
Wallahu ‘Aklam.
إن الله كتب الحسنات والسيئات ثم بين ذلك فمن هم بحسنة فلم يعملها كتبها الله له عنده حسنة كاملة فإن هو هم بها فعملها كتبها الله له عنده عشر حسنات إلى سبع مائة ضعف إلى أضعاف كثيرة .......

**Kredit from google
**Dah banyak kali terangkan kat orang lain yang puasa Qadha tak elok digabungkan dengan puasa 6.... Kalau ade kesihatan yang baik apa salahnya buat kedua duanya tanpa menggabungkannya.... Kalau rasa tak sempat, buat puasa 6 dulu sebab sunat puasa 6 ada di bulan Syawal jer, pastu boleh buat puasa Qadha pada bulan2 seterusnya..... Gitu lah (^_^)v) Selamat berpuasa 6 korang ^^,




No comments:
Post a Comment