Perjalanan hidup Kami ~~~

Daisypath Friendship tickers

One Step Closer

Daisypath Anniversary tickers

Ikatan Cinta Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, 28 November 2013

Beg & aku (^_^)v)

Yer, tajuk pun dah menunjukkan yang aku dan beg dah dapat dipisahkan... hihihi~~~ 

Hola korang~~~

Hari tu, hari bergaji kan setelah sebulan 15 hari mengadap makan nasi kosong dengan ikan kering... Hahahaha~~~ Propa je tu... tak de la sampai macam tu sekali gamoknyer, tak tergamok rasenyer hihihi (^^,) 

Memandangkan aku pun dah lama tak ber'shopping' handbag, sampaikan handbag yang sedia ada pun dah cakap 'Tolong lah, hentikan perkhidmatan saya.... saya dah tak larat nak bawak barang2 cik yang berat tu' hikhikhik (^^,) Kecian lak aku rase dah uzur rupenyer.... Mana taknyer last beli hujung tahun lepas, tu pun beli yang bese2 jer.... Tapi tahan setahun tu huhuhu(^_^)v) Uoopppss untuk yang tak tahu tu, aku memang suka beli handbag yang bese2 jer, aku tak suka beli yang mahal2 pastu pakai sampai nak masuk 5,6 tahun.... Aku cepat bosan paling lama pun setahun, aku akan tukar yang baru peace!! (^_^)v)

Maka, aku pun ngajok la Cik Waniee teman aku gi cari handbag baru...... Kat tempat biase kiteorang iaitu Alamanda (^^,) Cari punye cari maka jumpa la handbag dibawah ni.... Aku ni tak de la memilih sangat, janji Ok, senang bawak, bila isi barang cari, boleh bawak macam2, boleh muat En.GT aku, dan yang paling penting MURAH.... hahahahaha~~~ Shopping tu shopping jugak tapi kane berjimat.... Jimat tu penting (^_^)V) Takde la hujung bulan makan nasi kosong dengan ikan kering... lalalalala =P 

My New Handbag

Taaaddddaaaa~~~ Dah dapat grab satu handbag..... Fuhhh, bile dah dapat apa yang dicari barulah perut ni terasa lapar.....Tadi tak rase pun tau, macam tahu2 jer (^^,) Jom kita cari kedai makan dulu Cik Waniee, kang balik rumah takde la kite kebulur... huhuhuhu~~~

Asamm Laksa Alamanda

Jemput makan~~~
Ni la restoran favorite kiteorang.... Medan Selera RASA, ala foodcourt Alamanda yang kat tingkat 1 tu.... Kiteorang kalau gi makan kat situ dah tak jalan merata dah terussssss je menuju kat gerai PENANG, cari Asammm Laksa.... Peerrhhh terbaeeekkk asam laksa kat situ..... Kengkadang datang Alamanda semata nak makan Asamm laksa jer....huhuhuhu (^_^)v)

Sunyi suasana tnnpa bunyi,
Sunyi blog tanpa entri (~_~)

Monday, 25 November 2013

AktiViti hujung minggu + Cuti SEKOLAH

Fuhhhh~~~
Busy sungguh hujung minggu aku ditambah di hari cuti sekolah nih..... Takde masa bersenang lenang kat atas katil langsung... Ada je aktivitinyer..... Aku rase cuti sekolah ni la aku paling bz dengan aktiviti2.....

Aktiviti ape korang nak tahu?? Aktiviti 'memenuhi undangan perkahwinan'!!! Ye, korang akan rase bosan dengan entri blog aku yang tak habis2 cerita pasal kenduri kawen orang, dan korang akan berpindah ke blog yang lebey menarik.... Hukhukhuk (T_T)

Dah tu aku nak buat macam mana, dah tu je aku punye aktiviti seharian, semingguan, dan sebulanan... Kalau aku tak cite pasal kenduri kawen, maka senyap sunyi lah entri aku tanpa kata... hukhukhukhuk (T_T) Korang jangan la bosan2 eh... Pleeeaasseee~~~ Kalau bosan jugak nak baca, Ok tengok gambar jer (^^,)

Di rumah Haziq

Haziq dan pasanganya~~ Curik pic kat FB orang..hehehe

Yang ni aku gi kenduri kawen Haziq, rakan sekerja aku.... Aku kenduri sebelah lelaki, maka takde la sanding2 bagai... Simple je, Pengantin datang dan duduk kat meja makan beradap....Done!! Simple kan, yela orangnyer pun simple dan sempoi jer... Selamat Pengantin Baru Haziq~~~~

Jom kite pergi bertandang....... Tengah hujan renyai2 nih sanggup ku redah (T_T)

Ok, yang ni aku ikut mak aku jadi orang sebelah untuk majlis bertandang..... Sebenarnya majlis ni Majlis bertandang adik kakak ipar aku yang No.4.... Kiteorang jadi orang sebelah perempuan la untuk penuhkan orang, nampak la orang sebelah perempuan ni ramai....huhuhu~~~ Sebenarnya, aku rase bersalah sebab semalam majlis sebelah perempuan aku tak datang, sebab gi kenduri lain... So, aku ganti hari ni... Tapi ok jugak kan tu?? Janji datang (^_^)V)

Sebelum masuk ke khemah makan.... Hujan masih renyai2, jangan lebat sudah lah (T_T)


Ibuku sedang menepung tawar~~

Abg Am & Damia... Anak bapak =P


Selamat Penganti Baru Kak Iema (^^,)

Balik je dari majlis bertandang tu, aku singgah kat rumah juran sebab dia buat majlis bertunang anaknya.... Ala untuk majlis ni takde gambo la sebab aku datang pun dah lewat, yang bertunang pun dah tukar baju dah pun... huhuhu~~~ Ok, tamat sudah aktiviti hujung minggu aku untuk minggu ni... Jumpa lagi untuk minggu hadapan... Erkkk ada lagi??? hihihi See ya~~~ (^_^)v)

Saturday, 23 November 2013

Selamat Pengantin Baru Farah & Din

Balik Kampung....ooohhhoo Balik Kampung~~~~

Amboiiii, excited macam dah lame tak balik kampung nih..... huhuhu~~~ Walaupun tiap2 minggu balik kampung tapi penting sangat balik kampung time cuti2 sekolah nih.... Nak tahu kenapa?? Sebab nak penuhi undangan kenduri kawen la.... Berlambak dah 'surat saman' a.k.a kad kawen kengkawan yang sampai kat rumah aku tuh..... Bertengkek-tengkek =P

Tiap2 minggu ada je kawan yang kawen, kang tak pergi kang nanti mak cakap "Haiiisssyykkk orang dah jemput, kena pergi... Nanti takde orang datang kenduri kamu (~_~)" Yela mak..... baikkkk~~~ Orang dulu suka ramal masa depan kan?? Hurmm~~~

Kali ni kawan sekolah lak yang kawen, Farah & Din..... Boleh dikatakan rapat jugak sebab die tinggal berdekatan dengan Kg En. MZ, sekampung la kirenyer tu... Kampung kedua aku, uuoopsss (^^,)

Haha, kami datang~~ (^_^)

Kiteorang datang pun agak lewat sebab pegi kenduri yang kat Nilai, rakan sekerja aku..... So, time kiteorang datang tu dah tak ramai orang dan lenggang.... Tapi seb baik la kawan2 sekolah masih ade kat situ, tak de la segan sangat.... (^_^)v)

Pelamin nan indah~~


Sampai2 je perantin tengah duk potong kek, kiteorang sempat lambai2 dan terus menuju ke tempat makan..... Ambooiii tak menyabo, maklum la baru sampai jalan jauh la katekan hihihi~~~ Selesai je makan perantin datang hanto kek... huhuhu rezeki~~  Ni yang seronok datang last2 ni dapat layanan yang special (^_^)v)

Bersama pengantin....... (^_^)v)

Kepada Pengantin Baru : Selamat Pengantin Baru aku ucapkan, dan Selamat melayari bahtera rumahtangga.... Semoga hubungan terbina ini berkekalan hingga ke akhrinyer.... Aaammiinn~~~~

Notacutemiut : Kalau nak tahu dieorang & aku gi kursus kawen sesama dulu... Tapi dieorang yang kawen dulu.... Ha,takpe2 jodoh korang dah sampai.... Aku?? Tungggguuuuu~~~~~ =P

Wednesday, 20 November 2013

Selamat BerGRADUASI Adik

Holla......

Korang dah sedia maklum la kan, musim hujung2 tahun ni setiap IPTA dan IPTS berpusu2 booking tarikh untuk konvokesyen institusi dieorang bagi meraikan student2 yang telah tamat belajar.... Masing2 dah ada tarikh sendiri tuk tidak bertembung tarikh dengan institusi yang lain... Yela kan, bayangkan kalau ade keluarga yang anak dieorang sama2 tamat belajar kena pulak tarikh konvo yang sama.. Yang mana satu dieorang nak gi.... Takkan nak gi satu pihak je, nanti pihak lagi satu kecik hati pulak.... (T_T)

Baru2 ni UiTM adakan hari Konvokesyen untuk student2 die, tapi die bukan book untuk 1 hari la tapi 14 hari, peeehh 2 minggu uoooo~~~ U lain paling kuat pun seminggu tapi UiTM 2 minggu, jenuh la petugas konvo.... hiihihihi~~

Sape yang konvo kat UiTM?? Of coz la adik aku, takkan aku lak (^_^)v)... Yela kan, UiTM di hati adikku (^_^)... Adik aku konvo pada 19 Nov Selasa iaitu kena pada sesi kedua hari terakhir konvokesyen UiTM yang ke-79...huhu....

Istiadat Konvokesyen UiTM ke-79

Kalau  diikutkan akal fikiran tak best hari2 last ni, sebab yang menyampaikan scroll bukanlah Tuanku Canselor, tapi sesiapa yang free ketika tu... Tak kesah la Naib Canselor ke, Dekan ke, or Ahli2 Lembaga....  Kebiasaannya Tuanku Canselor akan sampaikan scroll pada hari pertama Konvo saje.... Tapi bagi aku lak best dapat hari last, Yelah kan, hari last ni semua orang dah malas... Malas nak berprotokol, malas nak berucap, malas nak berdiri, malas nak duduk pendek kata semuanya malas lah... hihihi~~~

Tak dapat masuk dalam dewan, mak & kakak je masuk... Yang lain dapat tengok kat screen kecik nih je lah.... (T_T)

Lagi satu, bunge2 konvo kat khemah yang berlambak tu... Sure lelong habisan2 punye lah, esok kan dah takde konvo2 ni lagi dah... Bunge2 segar tu, mane leh simpan2 lagi... Kan?? Tu yang syoooikkk dapat hari last2 tu... hihihi~~~

Sambl menunggu para graduan keluar dewan, kiteorang tinjau2 kat khemah bunga.... Aaaaaa~~~~ Excited jap hihihi (^_^)v)

Banyaknyer bungeeee, bearrrr..... Ade yang beli tuk diri sendiri ni kang (^^,)

Majlis penutupan tepat kul 12 tgh hari..... Berakhirlah hari konvokesyen adikku dengan nyanyi lagu UiTM dihatiku... Erkkk sory, tak tahu lagu ni sebab aku bukan warga UiTM..huhuhu~~~ Ha, kan aku dah cakap tadi... Kalau hari last2 nih mane orang nak lama2 sangat, berucap pun kejap2 je tadi...... Semua orang dah malas nak lama2, ingat nak settle down cepat2 jerk... hahaha =P

Menunggu ketibaan~~~~

Ok, dah tiba dah pun.... Cayang anak mak Muah Muah Muah~~ =P

Adik dan konco-konconyer~~~ Kawan2 ketika susah senang time Dip. dulu....

 Tengah syok2 bergambar tibe2 si adik ni cakap lapar pulak... Terpaksa stop dulu bergambar, keluar jap dari UiTM tuk cari kedai makan.... Yelah, orang diraikan tu lapar kena diikutkan.....huhu~~~ Cari punye cari kedai makan, penuh dan belum buka lagi... So, kiteorang buat keputusan berhenti je kat tasik dan lepak makan kat situ memandangkan mak kau ade bawak nasi dan lauk.. hahahaha mak2 kalau cakap dari tadi kan senang, takde la kiteorang memusing-musing (T_T)

'Lepak'ing di tasik Shah Alam.... Sambil2 tuh boleh photoshot gambo konvo outdoor... Cewahhh~~~

Dah 'dia' pun nak konvo jugak =P

Selesai je makan.... Bruuuppp Alhamdulillah~~~ Ups, hihihi makan lebey orang yang mengadu lapo tadi (^_^v) Kiteorang pun balik semua ke UiTM memandangkan kiteorang belum lagi amik gambo family tanda kenang-kenangan... Hahahaha buat kerja giler, dah la kena panjat tangga dewan UiTM yang terpacak tuh (T_T) Letey habaq hang~~~

Graduat bersama family (^^,) Best Moment~

Setelah selesai semua kiteorang pun berangkat pulang.... Tinggallah Adik kat UiTM dihati sangat tuh.... hahahaha~~ Ups, dapat belon I LOVE U.....Melebihkan orang ber'konvo' upsss lalalalala~~~

I LOVE U TOO~~ hikhikhik =P

En. Cinta Hati... Ups, pic ni takde kena mengena dengan tajuk diatas.... Lalalala (^_^)v)

To my Adik : Selamat berGraduasi adik, Semoga dengan ini akan memberi/membakar  semangat untuk tamatkan Degree dengan Cemerlang, Gemilang dan Terbilang... InsyaAllah (^^,)
Takpe apa yang jadi hari ni, macam bunge tak masuk dalam gambo tu... Takpe2 kite repeat time konvo Degree k.... Choiyok2 habiskan Degree cepat, tak saba nak konvo lagi... Erkkkk (~_~)

Monday, 18 November 2013

Perkahwinan EJAD & EYRA

Lagi dan lagi undangan perkahwinan......
Kali ni kawan ex-opis lak yang kawen..... (sebab aku dah tuko jabatan yang dulu (^^,)
Nak cite mcm mane ek, sebenarnya aku gi kenduri kawen dieorang.... Tapi tak jumpe dieorang.....
Ermmmm~~~~

Sebenarnye, majlis kahwen dieorang nih sama tarikh dengan majlis pertunangan Kak Normah iaitu semalam 17 Nov...... Mulenye memang niat nak gi kedua-dua sekali untuk mengelakkan masing2 kecik hati, aku dah plan baikkkk punyer dah pagi tu gi majlis Kak Normah kat Serting then tengah hari gi majlis kahwen Ejad lak kat UKM Bangi....

Tapi apa yang dirancang Allah yang menentukan, aku terlewat gerak dari Serting dan sampai ke rumah perantin dalam kul 4 petang....Sudah la lambat sesat lak tu susah jugak nak cari rumah dalam UKM tuh..... Sampai2 je, habis semua dah berkemas dah, aku kirim hadiah dan balik sebab perantin takde gi amik gambo outdoor katenyer (-_-).... Ada jugak tunggu perantin balik tapi jam dah menunjukkan kul 5 petang, bayang perantin pun tak nampak, kiteorang pun angkat kaki dan chow la......

Tu la cite sedey aku... sob sob sob (T_T) Lambat gerak, sesat, sampai lewat, pengantin gi Outdoor..... Sekali pakej aku kena.... hukhukhukhuk~~~

Kepada Ejad & Eyra "Selamat Pengantin Baru aku ucapkan, sory la aku terlewat datang dan tak tunggu jumpa korang.... Semoga ikatan yang telah terbina ini bahagia hingga ke Jannah.... Aamiinn~~~~
(aku datang nih korang tak datang kenduri aku siap korang..... ni namanya paksa rela...ok)

Pic Pengantin ni aku curik kat FB pengantin...hehehe...
Maafkan aku Ejad, ampunnn (^^,)

~Selamat Bertunang Sis~

Yey!! My sista dah bertunang.... Ups not me but my sister (kakak la sebab die tua dari aku, aku adik bongsu tau paling muda.... Sila jangan jelezzzz (^_^)v) Dia merupakan kakak yang merangkap Kawan serumah (tapi dah jadi bekas serumah), kawan se'opis', kawan se'makmal', kawan se'pendapat', kawan penasihat, kawan shopping, dan lain2 (banyak sangat penat nak tulis (T_T)

Jangan tak caye eh..... Berkawan dah lama, takde aure2 bercinta pun tup tup nak bertunang.... Pada orang lain mungkin terkejut, tapi pada aku tak.... Sebab aku lah 'doctor cinta' dia hahahaha~~~

Alhamdulillah, dia selamat ditunangkan dengan kawan satu sekolah dia...... Ups macam aku ker?? (^^,)
Tahniah Kak Normah telah selamat menjadi tunangan orang.... (^^,) Tak sabar nak tunggu step seterusnya.... hihhi~~

Rumah Kak Normah dah dibanjiri dengan kehadiran orang sebelah~~

Pelamin tunang yang tersergam indah (^_^)v)

Pic gedikx2 manja sebelum Kak Normah menjadi tunangan orang.... Pic atas katil =P

Pic hantaran... Yang ni Pic wajib (^^,)

2 cincin yang mengikat kasih sayang mereka... Cewahhh ayat~~~

Pic bersama tunangan orang... Selepas majlis (^_^)v)

Notacutemiut : So comey, so sweet, sweet memories, sweet 17 Nov 2013 (^_^)v)

Saturday, 16 November 2013

~Selamat Pengantin Baru Apis~

Sorang lagi kawan En. MZ dan tawennn...... Sob sob sob~~~
Sorang demi sorang dah menamatkan zaman bujangnyer, makin berkurang la kawan outing Encik beliau.... hahahaha~~~ Ups......tergelak lak (^_^)V)

Memang dah musim, hampir tiap2 minggu Sabtu dan Ahad jadual aku dan En.MZ penuh dengan kad undangan perkahwinan.... Kalau tak gi kang, kengkawan rapat yang kawen.... Kang dilabelkan sebagai tak campur orang... Anti-sosial Huurrmmm~~~

16 Nov 2013 (dibetulkan selepas ade yg menegur...huhuhu maafkan saye) berlangsungnye majlis perkahwinan kawan Lab En. MZ, Apis dan pasangannya... Apa yang menariknyer majlis ni, 3 pasangan pengantin naik pelamin sekaligus... 3 pasangan tu pulak adalah adik beradik... Hohohoho family planning plus Jimat kos... hehehe (^_^)

Yang pasangan baju kuning tu la kawan En.MZ

Warga lab... Kengkawan En.MZ.. Ok abaikan yang tengah wat (^_^)v) tu...hehe~~

Bila ade 3 pasangan ni kena la pakai baju terang2 kan... Baru menyerlah dalam gambar~~

Kek Perantin.... Ada 3 pasangan ade 3 kek, dah tak yah gaduh2 nak potong nanti =P

Kengkawan En.MZ dgn Perantin ~

Giliran aku la pulak...bersama Perantin...amik berkat~~hehe

Pengantin Baru~~ Sweet kaler kuning diraja ni... I loiikkee (^^,)

Notacutemiut : Selamat Pengantin Baru buat Apis dan pasangan (lupe nama, maafkan saya (T_T) Semoga ikatan yang terbina ini berkekalan dan bahagia hingga ke Syurga... InsyaAllah... Kesabaran itu membuahkan hasil... Toink toink toink~~~~ Hehehe (^_^)v)

Sunday, 10 November 2013

jEjalan Johor Bahru

Holla.....
Sebenarnye tajuk kat atas tu takde la sampai ke Johor Bahru yang sebetulnyer Johor tu..... Tajuk tu propa je sebenarnyer, hahahaha~~ Aku gi setakat Muar & Batu Pahat jer..... Tu kire dalam Johor jugak kan..... hehe (^_^)v)

Dalam keheningan pagi (apa aku sedang merepek nih (~_~) tetibe mak bersuara "Kak, jom kite gi makan asamm pedas kat Muar..." "Muar mak, mak aiii jauhnyer nak makan tengah hari" "Ala jom la,bukan selalu kite gi makan kat sana" "Okkk,jommm~~~" Aku pun terus setuju la nak gi makan kat Muar, memandangkan mak aku buat ayat bukan selalu... So, bukan selalu aku ikutkan cakap mak... hehe~~

Selamat datang ke Daerah Muar~

Tapak sireh...Besar~~~ Agak2 kalau nak bawak tapak sireh besar nih, bape org kena angkat?? huhu~~

Jom makan~~~
Dalam perjalanan, aku terasa jauh pulak Muar ni dengan rumah aku... Dah puas terlentang tertiarap termenung (memandangkan bukan diri sendiri yang drive so aku buat gaya bebas dalam kete hahaha) tak sampai2 jugak, daripada tak lapar sangat sampai perut aku berbunyik2.... Dah tak tahan dengan situasi tu aku pun tnyer la mak "Mak, kat mane kite nak makan ni sebenarnnyer??" "Parit Jawa, Muar" "Errrrkkk (~_~)" Kalau aku tahu nak makan kat Muar tu Parit Jawa, baik aku suh mak masak je asamm pedas tu kat rumah... Lagi berbaloi~~~ Gi Parit Jawa makan Asamm Pedas, semate~~~ Tapi BUKAN SELALU.....Hurmmm.....

Dah Sampai~~

Medan selera Parit Jawa~~

Sampai2 je mak terus order asamm pedas kepala ikan.... Aku pikir besar mana la kepala ikan tu, cukup ke sebab nak makan 3 orang... Tapi aku biarkan je mak order, sebab die tahu la cukup ke tak kerana dia selalu datang makan kat situ.....

Sekali ikan tu datang, jeng jeng jeng~~~

Tadddaa~~~ 'Saya' dah sampai.... Meh la makan 'saya' (^^,)

Ehem2 tak tergoda ke tengok 'saya' ni~~~

Hambik ko, tak cukup ke kalau macam ni punyer beso.... Bruuupppp~~~ Alhamdulillah kenyang....hehe (^^,)  Tu dalam pada tak cukup tadi, bile memasing dah kenyang.... Ikan itu ditolaknya kat aku dsuruhnya ratah.... Aku memang suka bab2 meratah ni.. hehe~~

Jemput tengok (^_^)v)

Selesai makan tengah ari tetibe mak merencanakan satu rancangan giler... Ups takde la giler sangat pun sebenarnya... Rancangan yang tidak dijangka tuk kepuasan hati bersama (^_^)v) "Kita dah dekat dengan Ayer Hitam ni, jom singgah sana" Singgah???!!! Macam tak kena kan ayat tu, singgah tu kalau satu hala la mak... Ni 2 hala yang berbeza... Haip2 anak, tak boleh membantah... Lagipun bukan ko yang drive... Duduk diam2 sudah~~~

Selamat ke Batu Pahat... Jauh berjalan luas pandangan (^_^)

Dalam diam aku tu, maka sampai la ke destinasi yang mak aku nak tuju tu..... Bile turun dari kete Peeehhh aku lak yang terlebey excited...hehehe~~~

Sudeh sampey~~~

Gerai2 sekitar Ayer Hitam..... Ok,abaikan muka yang kat atas tu... Muke excited (^_^)v)

Balik dari Ayer Hitam tu, mak aku menyinggah kat kedai buah tepi2 jalan tu... Sepanjang perjalanan balik ke Melaka banyak kedai2 buah tepi jalan tu, itu pun kalau korang lalu ikut dalam la, kalau lalu Highway Plus... Tak dapek la nak nolong... hehe~~~

Mak sedang memilih & beli buah kemang tuk anak kesayangannyer..hehe (^_^)v)

Notacutemiut : Seronok jugak jejalan tak dirancang nih... Tapi yang tak syoooikkk nyer kalau tak prepare yang kat dalam dompet tu banyak2.... Tak leh nak bershopping hehe~~~ Ups lupe pegi dengan mak kan..... TQ mak.. Muah!! Muah!! Muah!!

Iklan Untuk di'Klik'

Copyright© All Rights Reserved zuhafizz-cintahatiku.blogspot.com