Perjalanan hidup Kami ~~~

Daisypath Friendship tickers

One Step Closer

Daisypath Anniversary tickers

Ikatan Cinta Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, 28 February 2013

#28 Februari# tanpa bicara~~~

" Apabila wanita mula berpura-pura ketawa dan bersifat normal tanpa manja dan gedik....
Itu tandanya dia mula tabahkan hati dan cuba untuk berlakon tak ada apa-apa yang berlaku...
Sedangkan setiap saat ada kesempatan dia akan menangis... Kenapa??

Sebab hati wanita tengah sakit dan janganlah kau pelik kalau dia bersifat brutal....
Kerana kau yang membuatkan dia seperti itu...."

**Dalam hati wanita saat itu hanya bertanya "Adakah dia jodoh ku??"

~kopi&pasta~
Psst : 'Kalau la awak rasa apa saya rasa.....'  Hurmmm sehangat asmara sangat~~~ *_*

~Jom masuk U~

JOM MASUK U!!! untuk adik aku~~~ bukanlah untuk diri sendiri, belum sampai seru nak sambung study.... Tak tahu la bila nak sambungnyer, risau lak dah lama2 tinggal pen dan paper akan berkarat la kepala otak aku ni.... Hurmmmm~~~ Rase macam tak sanggup tengok kengkawan yang wat PJJ, penat kotttt....ditambah pulak dapat khidmat nasihat kata-kata semangat sangattttt daripada salah seorang kawan yang wat PJJ tuh rase kena pikir lagi 3 or 4 tahun untuk wat keputusan sambung study secara PJJ.... Aku yang tengok ni pun dah penat, apetah lagi dieorang tu... "Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul..."

Ok stop it cakap pasal tu... Nak cerita pasal adik aku yang akan mendahului kakaknyer untuk sambung degree... ** Akak bagi chan ko dulu sambung dik, sambung apa yang akak tinggalkan..... huhuhuhuhu~~~ Nak jadikan cerita adik aku suh la bawak dia dan kengkawan U dia ke Program Jom Masuk U anjuran KPT tu, katenya nak tanye serba sedikit pasal U dia dan U lain, kos yang perlu diambil dan peluang kerjaya.... Katanyer~~~ Aku pun bawak la dieorang ke MiTC Melaka, kebetulan time KPT buat program tu kat Melaka aku ada kat Melaka....

Pintu utama......
Sampai je kat MiTC aku pun join la dieorang sekali jejalan melawat kawasan... *tengok sekeliling..... Erkkkk, terasa muda remaja lak ikut dieorang ni... Maklum la yang dibawak ni adik2, kat situ lak ramai nau budak sekolah... Ups lupe, ni kan program jom masuk U... Bukan program jom heboh or karnival buku.... Universiti sure la budak lepasan sekolah yang ramai.... Hisy lupa lupa~~~ Aaaaaa, mula rasa pening lalat ni.... Ha,aku ada 1 tabiat teruk bagi aku teruk la.... Aku tak leh tengok budak sekolah pakai uniform sekolah ramai-ramai mula la terasa pening2 lalat dan nak muntah.... Ntah la datang penyakit ni dari mana, tapi yang aku tahu patutla masa sekolah dulu aku selalu je sakit dan pitam.... Mungkin aku ada badi uniform sekolah...hahahaha~~ Allahualam~~~
My adik-adik kusyuk tengok peta masuk... *ikut ke laluan peta tu??? ^_^
Dalam keadaan kepeningan lalat aku tu, aku gagahkan diri menemani adik aku jejalan dalam MiTC tu dengan harapan jangan la adik aku duk situ lama-lama bukan ape takut aku pitam je kat situ, sapa nak angkat.. Nanti tak pasal-pasal jadi tajuk utama/besar akhbar lak... Famous uolls... huhuhuhu~~~Dah lama berjalan aku tengok adik dan kengkawan dia takde pun tanya2 orang booth kat situ... Ko ni dah kenapa?? Dah lama berjalan kot, letih dah ni.... Sekali dieorang pun jawab dengan selambenyer "Alar kak, kiteorang malu la akak tolong la tnyekan menyamar la seolah-olah akak yang nak masuk U...hehe~~"..... Ekkkkk, hampeh punyer adik2 aku lak yang kena tnyer... Barang free nak,tanye tak nak... Ok,jangan contohi perangai dieorang ni yer... Malu tak bertempat..... hisyk hisyk~~


Sempatttt ^_^
Amboi, nak dengar penerangan ke nak berposing???
Tengok kepulan awan tu.... Ape lagi~~~Jom balik rumah~~~

Dah puas berjalan, bertanya dan barang free pun hampir semua dah dapat.... Ape yang ditunggu lagi, balik ler.... Ups, ada pesanan untuk adik-adik yang nak masuk U tahun ni... Buat persediaan awal2, jangan wat last-last minit.... Kalau dapat U dekat dengan rumah, boleh la balik2... Lau jauh,macam mana.... Jangan terlalu beremosi bile kena berjauhan dengan keluarga (bagi yang tak pernah keluar belajar dari rumah) Biase la bile sem pertama tu, rasa macam tak sanggup nak teruskan, nak balik rumah hari2, demam tak baik2, home sick cakap omputihnyer... Tapi percayalah, kalau ada sedikit pengorbanan akan menguatkan lagi semangat untuk belajar dan berjaya.... Bile nak dekat final exam tu mesti buat bersungguh2 sebab nak cepat habis dan boleh bercuti panjang..... Freedom~~~~ Ok, Selamat masuk U bagi adik-adik lepasan SPM & SPTM tahun ni dan Selamat sambung study lagi bagi yang tak penat mengejar ilmu..... See ya~~~

Review.....syok sendiri~~ ^_^

Monday, 25 February 2013

Isnin yang bluesssss......sangatttt~~~

Aduh,aduh..... Takde moodnyer nak wat kerja ni.... Kenapa la pagi Isnin je macam ni, asal Isnin je nak bluesss, asal bluesss je nak Isnin.....

Oleh disebabkan aku takde mood nak wat kerja pepagi ni, aku nak dedicate 1 lagu buat seseorang... Ditambah pulak orang tu dapat berita gembira (terkejuttt kite) dan mood pun ada baikkkkk hari ni, pepagi dah senyum memanjang sampai ke telinge kikikiki~~~ Bluessss sangatttt..... Hihihihihihi cari mood kerja cari mood,
nak cari mood nak cari mood (versi nak cari kayu,nak cari kayu) ~~~ ^_^

Awakkkkk, Jom dengar lagu Setiaku dari ST12 jap..... Best oooo~~~~


Lirik Setiaku... **Khas untuk awakkkkk, Wink winkkkk ^_^

Haruskah aku berlari mengejar kamu
Bilaku cinta padamu
Seribu cara tuk buktikan kepadamu
Agar kau yakin padaku
ku kan berjanji
Setiaku hanyalah dirimu
Takkan terganti di hatiku
Aku padamu

Cintaku dan cintamu harus jadi satu
Karena ku sayang padamu
Oh tak pernah terlintas
Tuk jauh dari kamu
Cintaku jujur padamu
Jujur padamu, ohhh

Kan ku buat dirimu yang paling indah
Memanjakanmu merindukanmu ohh

Ku kan berjanji
Setiaku hanyalah dirimu
Takkan terganti di hatiku
Aku untukmu

Friday, 22 February 2013

Ada orang ~~

Ada orang,
Dia tak pandai bercakap tapi pandai menulis.....
Lalu dia luahkan apa dia rasa dalam blog.....



Ada orang,
Dia tak pandai menulis tapi pandai bercakap.....
Lalu diluahkan melalui video.... You tube~~
Ada orang,
Dia tak pandai bercakap, tak pandai menulis,
tapi pandai sangat bersuara, mengkritik....
Lalu dia akan mengomen segala benda yang dipost oleh orang lain,
kat wall2 blog, FB dan video orang lainnnnn......
Agak2 korang yang mana 1 satu ek???
hihihihihi~~ Saje je nak sembang petang, mengisi masa lapang~~ ^_^

Baucar buku ~~~

Sekarang ni kat mana2 Universiti tengah sibuk mengagihkan baucar buku kepada student-student yang bertuah... Kenapa aku kata bertuah??? Sebab time aku dulu takde semue benda alah ni, kire bertuah + beruntung la student sekarang... korang senang2 dapat RM250 untuk beli buku dan alat tulis aku dulu kena beli sendiri kat Giant tau....Sapa nak bagi free RM250??  Kerajaan cukup main sayang korang bagi itu ni, itu pun nak komplain komplain komplain lagi.... Dah bagi senang nak senang lagi..... Sesuai sangat la dengan peribahasa tu 'Dah beri betis nak peha'... Huh *_*

Adik aku adalah antara student yang bertuah tu, tahun lepas dapat RM200, tahun ni RM250... Aku sebagai kakak dia, mestila nak faedah yang sama... Kata pun adik beradik tak yah nak berkira sangat la... huhuhuhu~~~ Cuti yang lepas adik aku pun ajak la bershopping guna baucar buku BB1M dapat la pau satu dua novel dari dia...kan kan kan (cakap sambil kening terangkat2)

Mulanya, aku ingatkan kaedah membeli guna baucar buku tahun ni sama dengan tahun lepas, tapi lepas je dah membeli baru la tahu rupanya ada perbezaan...... ikut kedai yang kita gi.... Aku gi dua kedai buku yang besar iaitu Popular dan MPH, ada perbezaan antara kedai tu....Kat sini aku nak nasihatkan sebelum korang syok sangat memborong tanye dulu pekerja kat situ, suruh die jelaskan betul2 konsep pembelian kat kedai tu, sebab kesian kat pengguna baucar buku dah sampai kaunter baru la dapat tahu yang ni tak leh beli, yang tu tak leh, yang ni termasuk dalam kategori alat tulis, yang ni tak termasuk.... Menyebabkan kat kaunter kena beratur panjang, mana nak dicampur yang potong barisan lagi... Hurmmm hampeh....

Ada perbezaan antara kedai buku Popular dan MPH.... Antaranya :

Popular - Membeli guna baucar kat situ 80% dari harga baucar adalah terdiri daripada buku dan 20% alat tulis... Kalau korang nak guna RM100, maka RM80 adalah buku dan RM20 alat tulis.... Nampak tak permainan dia kat situ??? hihihihi~~~

MPH - Boleh beli apa saja buku dan alat tulis campur2 ,takde peratus2 bagai... Tapi at least ada 1 buku, tak boleh la kesemuanya alat tulis... Dah namanya baucar buku, bukan baucar alat tulis kan...

Popular - Dah tentu2 tak leh guna kad siswa kan, sebab Popular bukan dalam kategori yang dapat diskaun kad siswa...

MPH - Boleh guna kad siswa walaupun bayar guna baucar.... Setiap barang akan dipotong 10% lau banyak barang korang beli banyak la dapat potongan... Jimat kan.... hihihihi ^_^

Popular - Lain kedai lain kategorinyer, ada Popular yang kategorikan komik sebagai stationery, ada Popular kategorikan sebagai buku.... So,kena tanye betul2 orang kaunter tu jangan tibe nak bayar dah beratur panjang kena tolak lak sebab tak leh beli.... hurrrmmmm~~~

MPH - Setakat aku gi MPH tu semua boleh beli takde kena tinggalkan pun... Siap dapat lucky draw lagi.... hihihihi~~~ Ups lupe nak bagitahu kat MPH, belian melebihi RM100 dapat Lucky Draw... Itu atas nasib baik korang la.... huhuhu~~

Cume aku rase kan kat MPH barangan dia agak mahal sikit berbanding Popular.... Itu atas korang jugak, lau korang rase nak berjimat dengan duit kerajaan bagi, korang gi la shopping kat Popular sebab murah dan kalau korang rase nak membeli tanpa batasan korang gi la MPH... Semua terpulang pada korang yer.... Pilihan kat tangan korang.... Selamat membeli belah guna BB1M baucar buku.....hihihihi~~~~

Hasil menge 'pau' duit baucar buku adik aku..... hihihihi~~~~ Yang ni hasil pembelian kat Popular, kat MPH pun ada jugak tapi tak sempat nak amik gambar... huhuhuhu~~~  Terima kasih adik, time dulu akak tak dapat merase semua ni...Ko ada dapat la merase sikit.... Cian *~*

Thursday, 21 February 2013

Selamat hari lahir MY MAK!!!

Tanggal 21 Februari tahun ehem2 mak aku dilahirkan..... Tarikhnyer yang merupakan HARI INI... Weee~~ Selamat Hari Lahir MAK!!!!! Akak doakan semoga mak sentiasa tersenyum, bahagia, diberi keberkatan berterusan, dipermudahkan segala urusan, tenang dan sihat waalfiat hendaknya.....~Akak tu panggilan kat rumah, huhuhuhu~~ Akak sentiasa doakan kesejahtaraan mak dunia dan akhirat... Ya Allah, Kau berkatilah ibuku berilah dia kebahagiaan dunia dan akhirat... Kau lindungilah dia, Panjangkanlah usia ibuku Ya Allah kerna masih belum puas aku menatap wajahnya, murahkanlah rezeki ibuku... آمِيـنََ ... آمِيـنََ ... يا رَبَّ الْعَالَمِينَ

Sempena hari lahir mak ari ni akak nak ucapkan Terima kasih yang tidak terhingga kepada mak yang telah membawa akak dalam bentuk kandungan selama 9 bulan 10 hari, melahirkan akak ke dunia ni, menahan kesakitan mengeluarkan akak, menyusukan akak sampai ke ehem2 tahun hihihihi, membesarkan akak sehingga akak boleh mengerti erti kehidupan, tak jemu menasihati akak walaupun akak ni kekadang teramat la tak dengar cakap....~kadang-kadang~, menjaga sakit pening akak sehinggakan kalau akak sakit, sikit pun mak tak pernah tinggalkan akak sorang-sorang, memasak, memberi makan, menyuap makanan sehingga la akak dah pandai suap sendiri pakai tangan tapi sekarang rase nak manja2 nak gak mak suapkan siap bergaduh dan berebut-rebut dengan anak buah... hihihi~~

Kalau nak senaraikan apa yang pernah mak lakukan kepada akak dan kami adik beradik tak tersenarai rasenya, terlalu banyak pengorbanan mak kepada kami sejak kami lahir sehinggalah sekarang ni.... Dan akak akan cuba membalasnya selagi termampu walaupun tahu tak terbalas rasenyer, selagi bernyawa akak nak wat mak tersenyum gembira, tersenyum bangga.... InsyaAllah~~

My lovely mak~~~ ^_^
Psst : Mak tak baca pun blog aku ni, saja je nak post jugak sempena birthday MY MAK hari ni.... Nak bagitahu satu dunia yang akak sayang mak sangat-sangat... Cewahhhh~~~ ^_^ 
Mak tak baca tapi adik beradik aku sure baca nyer, huhuhuhu~~~~

Wednesday, 20 February 2013

Hantu Kak Limah 2: Husin, Mon & Jin pakai Toncit

Fuhh, dah lama rasanyer tak menjejakkan kaki kat panggung wayang.... Last tengok cerita Lagenda Budak Setan 2.... Itu pun sudah lebih kurang 3 bulan yang lepas, bukan disebabkan takde cerite yang best tapi disebabkan kesuntukan masa.... Hari yang aku plan nak tengok Juvana the movie tetibe tak jadi pastu dah takde masa nak tengok.... bila dah ada masa nak gi tengok, cerita tu pun dah jadi basi.... Hurrrmmmmm~~ *tunggu astro first je la*

Kali ni aku tak lepaskan peluang memandangkan dah 2 bulan tak tengok wayang... Kali ni cerita Husin,Mon & Jin pakai Toncit jadi sasaran, tengok trailer macam best je.... Oleh disebabkan hari pertama tayangan aku dah tak dapat tengok oleh faktor-faktor tertentu, tahun baru cina kan..... kali ni aku balas dendam gi tengok cerita ni.... Weeee~~~ Husin,Mon & Jin pakai Toncit arahan Mamat Khalid, katenyer cite ni kesinambungan Hantu Kak Limah Balik Rumah... Bila kata kesinambungan dah tentu la pelakon dia pun sama.... Dan tentu ada Justin Bieber Malaysia *bak kata Dato' Ac*.... Awwieeeee~~~ Yey!!! Mesti kena tengok!!!!

Sape lagi yang kena temankan aku lau tidak lain tidak bukan cik abang kita la, En. MZ... hihhihihihi~~~
Tap tap tap..... hantar mesej~~~
Me : Awakkkkkkkkk, ari ni busy tak???
En.MZ : Quite busy la.... Ada keja sikit, tak tahu abis kul berapa... Kenapa tu??
Me : Nak tengok Husinnnn....
En.MZ : Ok...
Eh,senangnyer...... Kire setuju la tu... hihihihi~~~ Puas memikirkan ayat yang power2, berjaya jugak ajak tengok Husinnn.... Yes!!!! Jom ke wayang!!!

Cerita Husin,Mon & Jin pakai Toncit mengisahkan beberapa tahun selepas kejadian "Hantu Kak Limah Balik Rumah" Husin (Awie) telah bangkrap akibat ditipu skim cepat kaya di Singapura telah kembali semula ke Kampung Pisang. Di Kampung Pisang, Husin berjumpa semula dengan geng-geng yang lamanya dan juga Mon(Ezlynn), wanita yang mula-mula mengisi hatinya semasa Zombi Kampung Pisang dan penyebab kepadanya hendak berjaya walaupun tidak mempunyai SPM.
Namun beberapa hari selepas itu Kampung Pisang telah dilanda sesuatu perkara yang aneh. Nampaknya sejarah misteri seratus tahun dulu berulang kembali. Kejadian kehilangan lelaki-lelaki teruna di Kampung Pisang kembali menghantui. Dalam kekecohan itu, Kak Limah yang sudah pulih sepenuhnya sibuk merancang rombongan ke Singapura dan menawarkan Husin menjadi pembantunya. Namun begitu, masalah menjadi semakin rumit apabila Husin sendiri telah didapati hilang dirumah oleh Usop dan kawan-kawannya. Kesan yang tinggal hanyalah bekas bungkusan Maggi dari Singapura.

Dalam cerita ni, ada banyak konflik... Husin dengan Mon hantu, Husin dengan orang kampung, Husin dengan Jin pakai Toncit... dan Husin dengan cinta lamanyer.... Dan macam biasa cerita yang Mamat Khalid buat cerita dia best, kelakar tapi takde jalan cerita... Bagi sesiapa yang tengok cerita tapi pentingkan jalan cerita minta maaf cerita macam ni tak sesuai untuk korang... Tapi bagi sesiapa yang nak tengok movie untuk suka2,nak gelak kelakar then fun2... Ok, korang leh gi tengok cerita ni... Sangat kelakar,merah2 muka ketawe ok... (aku la merah muka tak tahu la korang... huhuhuhu~~~)  Selamat menonton ^_^

Tuesday, 19 February 2013

KUANTAN!!!! Peace yoooo~~~~

Update lagi!!!
Kepada sesiapa yang mungkin dah bosan kepada blog aku yang berhari-hari takde update cerita terbaru... Nah aku update lagi cerita, bagi 2 cerita baru dalam 1 hari.... Ha ko, sekali aku dah ngadap PC sekali 2 cerita.... huhuhuhu ~~
Lagi cerita aku gi bercuti, lau boss aku tahu ni mesti dia akan cakap "Takde la keje lainnnnn" huhuhuhu jangan mara boss ~~ ^_^

Yey!!! Cuti lagi!!! Cuti lagi!!!! Kena gunakan cuti yang ada sebaik yang mungkin memandangkan bulan 3 dan 4 dah takde cuti public *tapi cuti sendiri tetap ada...kuikuikuikui*.... Tapi tak best la wat cuti sendiri, adik-beradik yang lain tak cuti kita je yang cuti... Last2 duduk kat rumah je, tak seronok....

Kali ni mengikut plan abang aku, dia kata nak cuti budget kita bercuti panjang kat Kuantan, kita dah tahu selok belok negeri tu macam mana, senang nak bergerak katenyer..... Yela, 'tempat jatuh lagi dikenang, apatah lagi tempat kelahiran' .... huhuhuhuhu~~~ Kebetulan lak, dua hari sebelum tu aku kat Terengganu, kampung mak.... Entri sebelum ni cerita pasal balik kampung Terengganu.......

~Selamat datang ke bandar Kuantan~

Hari Pertama
Sampai je kat Kuantan kiteorang check-in kat Shahzan Inn itu pun ikut rancangan abang aku, dia yang uruskan semua nyer.... Hotel Tuanku katenyer.... Lau ikut kepala aku & kakak nak duduk Hotel Sentral Kuantan, best... Pemandangan tepi sungai Kuantan.... Tibe masa tut tut tukar tempat.... Hurrmmmm tak kisah la janji ada tempat tidur, dah cukup baik.... Bila sampai je hotel tu, check in... Ha, amik ko dieorang bagi bilik tingkat 9... Pehhh, tinggi siot gayattttt~~~ Hotel ni ada 14 tingkat semuanyer..... Tengah2 hotel ada kolam renang dan restoran.... Ok menarik~~

Pandangan Hotel Shahzan Inn dari luar.....
Sementara kakak tengah check-in, amik gambo dl....
Selamat datang ke tingkat 9... erkkk, gayatttt~~
No bilik kami...hihi~~

Katil yang... Ermmm, quite ok~~~
Pemandangan bandar Kuantan dari bilik hotel....
Pemandangan bandar Kuantan.....Again~~

Sesudah check in, mula merancang tempat makan... Nak makan malam la pulak, lapar kot dari tengah hari tak makan..... Dah sampai Kuantan, tak sah lau tak makan ikan bakar.... Nak makan ikan bakar terbaikkkk datang la kampung kelahiranku, Tanjung Lumpur... Tempat tu dah famous sekarang ni, sebut je mesti ramai orang tahu..... Ikan dia fresh giler, kemanisan ikan tu masih terasa.... mana tak nyer yang peniaga ikan bakar kat situ rata-ratanyer nelayan kat situ... Siang gi tangkap ikan, malam niaga ikan bakar... Tapi yang sedihnyer, malam first kiteorang nak gi makan tu... Pehhh, Tanjung Lumpur langsung tak leh masuk kereta datang dari celah mane tah, berpusu-pusu masuk.... Lau dah jalan pun tak boleh masuk, kedai-kedai kat situ apetah lagi... Dapat bayangkan tak?? Dengan membawa hati yang kecewa kiteorang pun beredar makan kat tepi2 jalan yang tak ramai sangat orang.... Pastu kiteorang pun bergerak ke TC a.k.a Teluk Chempedak.... Taraaaaa~~~ kesilapan kedua yang dah dilakukan.....TC pun tak leh masuk jugak... Mana dieorang ni datang... Penuh giler, datang bercuti macam kiteorang jugak ke?? Ah, bosan la.... Balik hotel tido lagi bagus.... ZzzzzzZZZZ ~~~~

Hari Kedua
Keesokan harinya, awal2 pagi dah keluar jejalan kat Shopping complex... Apa nama tempat tu, East Coast Mall.... Yeke nama dia macam tu, yela kottttt...... Tu namanya jejalan buang masa, dah puas pikir nak pergi ke mana kat Kuantan.... macam mana nak pegi jejalan kat tempat lain, Kuantan mengalami musim hujan tak berhenti dari pagi ke petang sambung ke malam.... Hujan tak la selebat mana, cume rintik-rintik mendung tapi still membataskan aktiviti outdoor kami... Terpaksa la berjalan-jalan bawah kawasan yang berbumbung sahaja, nak pergi tepi pantai or lepak kat taman..... Maaf terpaksa dilupakan niat tu.... *_^

East Coast Mall... Yeke, eja dia macam tu??

Pada malamnyer, carry forward niat malam semalam.... Nak makan ikan bakar!!! Ikan bakar, i want!!! I want ikan bakar!!!! Yeah!!! Kali ni plan gi lebih awal, kul 6 dah bersiap-siap....  *Taknak pisang berbuah 2 kali, walaupun ada bagusnyer kalau 1 pokok berbuah sampai banyak2 kali tapi untuk situasi ni tak sesuai ok......* Sampai je kedai makan, Alhamdulillah masih tak ramai orang.... Ada change la nak makan ikan bakar tu, peluang cerah katenyer.... hehehehehe ~~

Tempat makan yang selalu kiteorang singgah, eh bukan selalu... Memang tiap kali datang Kuantan, mesti datang makan kat sini..... hihi~~
Ehem2... Fasa pertama ~~
Dan fasa kedua ~~~
Kemudian..... Fasa ketiga~~~ dah licin.......huhuhuhu.....
Blurrrrpppp ~~ Alhamdulillah...... Dapat jugak makan ikan bakar Tanjung Lumpur.... Selesai makan, jom balik hotel.... Kita ZzzzzzZZZ, huhuhuhu~~~

Hari Ketiga
Tadaaaa~~~ Badan panas, tekak perit, suara bertukar jadi suara Ella, kaki sejuk, hingus mula meleleh, mata panas pedih, air mata kian merembes bukan sedih tanpa sebab, kepala pening memusing je..... Itu bukannye apa, badan dah mula menunjukkan tanda-tanda nak demam... Amik ko main la hujan rintik-rintik lagi.... Semalam bukan main elok je, hari ni lak rase tanda-tanda tu makin serius.... Hurmmmm ~~~ dah la nak bergerak balik rumah ni, tak bestnyer~~~

Erkkkk.... Macam ni rase kepala... Pening, macam nak jatuh...... Aaaaa~~~
Bye Bye Bandar Kuantan.... ~ Sampai kita bertemu kembali~~

TahuN MelawaT ~~

Tahun ni tahun melawat negeri jatuh kepada..... Teng teng teng...........
Negeri Terengganu... Hohohoho ~~~ Kampung mak terpilih tahun ni....hohohoho balik kampung.....hoho balik kampung!!!! Kami sekeluarga telah menyahut seruan kerajaan dengan pergi bercuti plus balik kampung ke negeri Terengganu cuti raya cina yang lepas..... Suka la mak tu balik kampung dia.... hihihihihi ^_^

Mulanya, ingatkan mak hanya bergurau nak balik kampung dia sebab cuti takde la panjang sangat, sampai nak balik kampung Terengganu jauh tu....hampir 12 jam perjalanan..... Tapi bile mak bercakap dengan nada yang serius, terus rase mak memang tak bergurau... 'Ini betul-betul bukan gurauan' huhuhuhuhu~~~
Nak dijadikan cerita kita pun balik la kampung mak.... Terengganu!!!! We'll come!!!

Rutin biase balik kampung sure singgah Kuantan dulu, makan-makan then baru sambung gerak... Lau nak teruskan tanpa henti mau patah pinggang driver.... huhuhuhuhu~~ Semasa dalam perjalanan Melaka-Kuantan, perjalanan sangat lancar dari 4jam perjalanan boleh jadi 3 jam.... Laju maknenyer tak banyak kereta la tu... Tapi laju pun hati-hati, ada banyak sangat mata yang memerhati.... *Kereta abang aku kat depan dah kena saman sebab laju, padan muka ko abang!!! bawak laju2 lagi.... Tak lari kampung tu dikejar...huhuhuhu~~~ Jangan lupa bayar saman tu....^_^

Balik kampung...hoho balik kampung....
Panjang perjalanan luas pandangan.... bile jem..... Hampeh~~~
Bila sambung balik perjalanan Kuantan-Terengganu, Pehhhh kereta tak bergerak... Hati dah terdetik 'Eh,ada accident ke ni??'  Hampir 2 jam duk dalam kereta tapi tak bergerak-gerak, 1 line dan jadi 3 line... Ada kereta tersadai kat tepi jalan sebab enjine terlalu panas.... Aduh, risau lak rasenyer.... Kepala asyik terjengah-jengah keluar nak tengok apa-apa yang berlaku... Tapi tak nampak apa-apa yang mustahil pun... Nak kata accident, takde... Nak kata traffic wat roadblock pun takde jugak... Tak tahu punca yang berlaku.... Dah duduk dalam kereta hampir 3jam lebih... Baru la tahu yang jem memanjang tadi rupa-rupanyer disebabkan traffic light simpang tak berfungsi.... Hurrrmmmm~~~ Tak logik!!! Dah 3 jam kot.........

Aku sampai kat kampung kira-kira jam 10 malam.... Amik kau, kuar rumah kul 8 sampai kampung kul 10 tak ke lebih 12 jam perjalanan... Isyk2, lau nak cepat kena naik kapal terbang la lepas ni... huhuhuhu~~~ Kalau dah sampai kampung kul 10 malam nak berjalan-jalan apenyer, jalan raye pun dah kosong dah..... Alamatnyer esok je la baru leh berjalan-jalan... huhuhuhu ^_^.... Kata pun nak jejalan pagi, awal-awal pagi aku dah bangun siap tak lena tido malam tadi... huhuhuhu semangat!!! Kat Terengganu ni kalau la pandai selok belok jalan dia, takde la susah sangat senang je... Banyak tempat menarik boleh pergi.... Pusing-pusing celah mana-mana pun akan pergi ke tempat yang sama jugak... Yang susahnyer bile tak biasa or tak tahu jalan langsung... Ha,yang tu tak dapat nak nolong....GPS la, ape lagi....

Pepagi keluar, lain tak lain tempat dituju haruslah Pasar Payang dulu... Segala benda yang dicari ada kat situ, makanan, pakaian, kelengkapan rumah, barang kemas... Semua ada la.... Lau tak nak gi pasar kat situ ada Bazar Warisan... Dekat sangat jalan kaki pun boleh.... Aku dengar rumous Pasar Payang akan diruntuhkan... Yeke??? Dah nama pun rumous kan, mana boleh percaya sangat, dah berpuluh tahun pasar tu wujud takkan senang2 je nak diruntuhkan... Mungkin runtuhkan then buat baru kot, mana kita tahu.......
Tibe pasar payang... erkkk pic blur.... Sejuk, tangan gigil pepagi.... huhuhu~~
Bazaar Warisan berhadapan dengan Pasar Payang....
Pemandangan Pasar Payang dari sudut atas tepi....
Pemandangan Pasar Payang dari sudut atas....
Bermacam-macam jenis makanan ada....
Macam-macam ada..... ~iklan astro~~
Ha, benda alah ni yang mak aku cari2... Kat tempat aku takde,kat kampung dia jugak yang ada... huhuhuhu~~~
Sibuk membeli belah... Amik gambo jap...hihihi~~
My luvly sis~~

Lepas berbeli sakan kat pasar payang *mak aku la yang sakan membeli bukan aku... huhuhuhu*... Kiteorang pun bergerak ke Kedai Desa Murni... Bagi aku ni la kedai favourite aku, gi Terengganu wajib singgah hihhihihi~~ Dekat je dengan kampung mak aku, boleh kata jalan kaki pun sampai la... Tak jauh pun... Kat sini sangat famous sutera batik dia, cantik-cantik... Pokok pangkal sediakan duit je... Takde la yang pegang tu tak cantik, semuanye cantik... Cume duit dalam beg je tak bape nak cantik... Dapat 1 sutera batik pun dah kire beruntung sangat... hihihihi ~~ * Dah tanam azam, setiap kali balik kampung mak, mesti paling kurang pun kena 1 sutera batik.... Bile dikumpul-kumpulkan jadi la banyak... hihihihi~~~ jangan mak nak balik selalu sudahla, tak sempat kumpul duit...kikikiki~~~~

At Kedai Desa Murni~~
Hihihi~~ Buah tangan untuk diri sendiri dari Kuala Terengganu....

Selebihnya masa yang ada kiteorang jejalan je sekitar Kuala Terengganu... Gi Dataran Shahbandar, makan kat Pantai Batu Buruk, dan round the Bandar Kuala Terengganu... Niat hati mak nak ajak gi berpicnic kat Sekayu, tapi kesuntukan masa dan cuaca yang tak mengizinkan... Tak dapat la gi... hukhukhukhuk ~~ Cian kat mak, lain kali yer mak..... *~*

Selamat datang ke Terengganu....
Replika Batu Bersurat.... Ni duduk kat tengah2 bandar....
Allah... Peliharalah Terengganu....

Psst : Bagi yang sesiapa yang dah plan nak gi melawat Terengganu tahun ni, aku ucapkan Selamat Bercuti dan bergembira.... Dan rancang lah perjalanan korang supaya berjalan lebih lancar dan teratur.... Yang paling penting, sediakan budget banyak-banyak lebih-lebih sikit... Mana la tahu akan rambang mata nanti... huhuhuhu ~~~ Happy ^_^

Iklan Untuk di'Klik'

Copyright© All Rights Reserved zuhafizz-cintahatiku.blogspot.com