Kali ni aku tak lepaskan peluang memandangkan dah 2 bulan tak tengok wayang... Kali ni cerita Husin,Mon & Jin pakai Toncit jadi sasaran, tengok trailer macam best je.... Oleh disebabkan hari pertama tayangan aku dah tak dapat tengok oleh faktor-faktor tertentu,
Sape lagi yang kena temankan aku lau tidak lain tidak bukan cik abang kita la, En. MZ... hihhihihihi~~~
Tap tap tap..... hantar mesej~~~
Me : Awakkkkkkkkk, ari ni busy tak???
En.MZ : Quite busy la.... Ada keja sikit, tak tahu abis kul berapa... Kenapa tu??
Me : Nak tengok Husinnnn....
En.MZ : Ok...
Eh,senangnyer...... Kire setuju la tu... hihihihi~~~ Puas memikirkan ayat yang power2, berjaya jugak ajak tengok Husinnn.... Yes!!!! Jom ke wayang!!!
Cerita Husin,Mon & Jin pakai Toncit mengisahkan beberapa tahun selepas kejadian "Hantu Kak Limah Balik Rumah" Husin (Awie) telah bangkrap akibat ditipu skim cepat kaya di Singapura telah kembali semula ke Kampung Pisang. Di Kampung Pisang, Husin berjumpa semula dengan geng-geng yang lamanya dan juga Mon(Ezlynn), wanita yang mula-mula mengisi hatinya semasa Zombi Kampung Pisang dan penyebab kepadanya hendak berjaya walaupun tidak mempunyai SPM.
Namun beberapa hari selepas itu Kampung Pisang telah dilanda sesuatu perkara yang aneh. Nampaknya sejarah misteri seratus tahun dulu berulang kembali. Kejadian kehilangan lelaki-lelaki teruna di Kampung Pisang kembali menghantui. Dalam kekecohan itu, Kak Limah yang sudah pulih sepenuhnya sibuk merancang rombongan ke Singapura dan menawarkan Husin menjadi pembantunya. Namun begitu, masalah menjadi semakin rumit apabila Husin sendiri telah didapati hilang dirumah oleh Usop dan kawan-kawannya. Kesan yang tinggal hanyalah bekas bungkusan Maggi dari Singapura.
Dalam cerita ni, ada banyak konflik... Husin dengan Mon hantu, Husin dengan orang kampung, Husin dengan Jin pakai Toncit... dan Husin dengan cinta lamanyer.... Dan macam biasa cerita yang Mamat Khalid buat cerita dia best, kelakar tapi takde jalan cerita... Bagi sesiapa yang tengok cerita tapi pentingkan jalan cerita minta maaf cerita macam ni tak sesuai untuk korang... Tapi bagi sesiapa yang nak tengok movie untuk suka2,nak gelak kelakar then fun2... Ok, korang leh gi tengok cerita ni... Sangat kelakar,merah2 muka ketawe ok...





No comments:
Post a Comment