Tanggal 21 Februari tahun ehem2 mak aku dilahirkan..... Tarikhnyer yang merupakan HARI INI... Weee~~ Selamat Hari Lahir MAK!!!!! Akak doakan semoga mak sentiasa tersenyum, bahagia, diberi keberkatan berterusan, dipermudahkan segala urusan, tenang dan sihat waalfiat hendaknya.....
~Akak tu panggilan kat rumah, huhuhuhu~~ Akak sentiasa doakan kesejahtaraan mak dunia dan akhirat...
Ya Allah, Kau berkatilah ibuku berilah dia kebahagiaan dunia dan akhirat... Kau lindungilah dia, Panjangkanlah usia ibuku Ya Allah kerna masih belum puas aku menatap wajahnya, murahkanlah rezeki ibuku... آمِيـنََ ... آمِيـنََ ... يا رَبَّ الْعَالَمِينَ
Sempena hari lahir mak ari ni akak nak ucapkan Terima kasih yang tidak terhingga kepada mak yang telah membawa akak dalam bentuk kandungan selama 9 bulan 10 hari, melahirkan akak ke dunia ni, menahan kesakitan mengeluarkan akak, menyusukan akak sampai ke
ehem2 tahun hihihihi, membesarkan akak sehingga akak boleh mengerti erti kehidupan, tak jemu menasihati akak walaupun akak ni kekadang teramat la tak dengar cakap....
~kadang-kadang~, menjaga sakit pening akak sehinggakan kalau akak sakit, sikit pun mak tak pernah tinggalkan akak sorang-sorang, memasak, memberi makan, menyuap makanan sehingga la akak dah pandai suap sendiri pakai tangan tapi sekarang rase nak manja2 nak gak mak suapkan siap bergaduh dan berebut-rebut dengan anak buah... hihihi~~
Kalau nak senaraikan apa yang pernah mak lakukan kepada akak dan kami adik beradik tak tersenarai rasenya, terlalu banyak pengorbanan mak kepada kami sejak kami lahir sehinggalah sekarang ni.... Dan akak akan cuba membalasnya selagi termampu
walaupun tahu tak terbalas rasenyer, selagi bernyawa akak nak wat mak tersenyum gembira, tersenyum bangga.... InsyaAllah~~
 |
| My lovely mak~~~ ^_^ |
Psst : Mak tak baca pun blog aku ni, saja je nak post jugak sempena birthday MY MAK hari ni.... Nak bagitahu satu dunia yang akak sayang mak sangat-sangat... Cewahhhh~~~ ^_^
Mak tak baca tapi adik beradik aku sure baca nyer, huhuhuhu~~~~
No comments:
Post a Comment