Perjalanan hidup Kami ~~~

Daisypath Friendship tickers

One Step Closer

Daisypath Anniversary tickers

Ikatan Cinta Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, 22 February 2013

Baucar buku ~~~

Sekarang ni kat mana2 Universiti tengah sibuk mengagihkan baucar buku kepada student-student yang bertuah... Kenapa aku kata bertuah??? Sebab time aku dulu takde semue benda alah ni, kire bertuah + beruntung la student sekarang... korang senang2 dapat RM250 untuk beli buku dan alat tulis aku dulu kena beli sendiri kat Giant tau....Sapa nak bagi free RM250??  Kerajaan cukup main sayang korang bagi itu ni, itu pun nak komplain komplain komplain lagi.... Dah bagi senang nak senang lagi..... Sesuai sangat la dengan peribahasa tu 'Dah beri betis nak peha'... Huh *_*

Adik aku adalah antara student yang bertuah tu, tahun lepas dapat RM200, tahun ni RM250... Aku sebagai kakak dia, mestila nak faedah yang sama... Kata pun adik beradik tak yah nak berkira sangat la... huhuhuhu~~~ Cuti yang lepas adik aku pun ajak la bershopping guna baucar buku BB1M dapat la pau satu dua novel dari dia...kan kan kan (cakap sambil kening terangkat2)

Mulanya, aku ingatkan kaedah membeli guna baucar buku tahun ni sama dengan tahun lepas, tapi lepas je dah membeli baru la tahu rupanya ada perbezaan...... ikut kedai yang kita gi.... Aku gi dua kedai buku yang besar iaitu Popular dan MPH, ada perbezaan antara kedai tu....Kat sini aku nak nasihatkan sebelum korang syok sangat memborong tanye dulu pekerja kat situ, suruh die jelaskan betul2 konsep pembelian kat kedai tu, sebab kesian kat pengguna baucar buku dah sampai kaunter baru la dapat tahu yang ni tak leh beli, yang tu tak leh, yang ni termasuk dalam kategori alat tulis, yang ni tak termasuk.... Menyebabkan kat kaunter kena beratur panjang, mana nak dicampur yang potong barisan lagi... Hurmmm hampeh....

Ada perbezaan antara kedai buku Popular dan MPH.... Antaranya :

Popular - Membeli guna baucar kat situ 80% dari harga baucar adalah terdiri daripada buku dan 20% alat tulis... Kalau korang nak guna RM100, maka RM80 adalah buku dan RM20 alat tulis.... Nampak tak permainan dia kat situ??? hihihihi~~~

MPH - Boleh beli apa saja buku dan alat tulis campur2 ,takde peratus2 bagai... Tapi at least ada 1 buku, tak boleh la kesemuanya alat tulis... Dah namanya baucar buku, bukan baucar alat tulis kan...

Popular - Dah tentu2 tak leh guna kad siswa kan, sebab Popular bukan dalam kategori yang dapat diskaun kad siswa...

MPH - Boleh guna kad siswa walaupun bayar guna baucar.... Setiap barang akan dipotong 10% lau banyak barang korang beli banyak la dapat potongan... Jimat kan.... hihihihi ^_^

Popular - Lain kedai lain kategorinyer, ada Popular yang kategorikan komik sebagai stationery, ada Popular kategorikan sebagai buku.... So,kena tanye betul2 orang kaunter tu jangan tibe nak bayar dah beratur panjang kena tolak lak sebab tak leh beli.... hurrrmmmm~~~

MPH - Setakat aku gi MPH tu semua boleh beli takde kena tinggalkan pun... Siap dapat lucky draw lagi.... hihihihi~~~ Ups lupe nak bagitahu kat MPH, belian melebihi RM100 dapat Lucky Draw... Itu atas nasib baik korang la.... huhuhu~~

Cume aku rase kan kat MPH barangan dia agak mahal sikit berbanding Popular.... Itu atas korang jugak, lau korang rase nak berjimat dengan duit kerajaan bagi, korang gi la shopping kat Popular sebab murah dan kalau korang rase nak membeli tanpa batasan korang gi la MPH... Semua terpulang pada korang yer.... Pilihan kat tangan korang.... Selamat membeli belah guna BB1M baucar buku.....hihihihi~~~~

Hasil menge 'pau' duit baucar buku adik aku..... hihihihi~~~~ Yang ni hasil pembelian kat Popular, kat MPH pun ada jugak tapi tak sempat nak amik gambar... huhuhuhu~~~  Terima kasih adik, time dulu akak tak dapat merase semua ni...Ko ada dapat la merase sikit.... Cian *~*

No comments:

Post a Comment

Iklan Untuk di'Klik'

Copyright© All Rights Reserved zuhafizz-cintahatiku.blogspot.com