Perjalanan hidup Kami ~~~

Daisypath Friendship tickers

One Step Closer

Daisypath Anniversary tickers

Ikatan Cinta Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, 30 April 2015

Buat bakal Imamku (~_^)


Bakal imamku, 
bakal memdampingi seorang puteri hatimu ini seorang yg degil, manja, mengada, tapi comey~...hehe
harap kamu wahai bakal imamku sentiasa bersabarlah, bertabahlah..

 Jika sudah tertulis di luh mahfuz, aku adalah tulang rusukmu yg telah hilang,
Aku berharap...
Jika nanti Allah mempertemukan kita,
Kau akan selalu membimbingku,
Agar aku menjadi seorang wanita solehah...

Andai kau ditakdirkan untuk mnjadi ayah buat anak-anak ku,
Jadilah seorang ayah yang boleh mndidik anak kita..
Agar mereka nanti mnjadi anak kebanggaan buat kita
iaitu anak2 yg soleh dan solehah...

Bakal imamku,
Jika engkau ditakdirkan untukku,
Ku harap kau boleh menjadi imam buat aku dan anak-anakku,
Kau boleh mnjadi pemimpin yang baik buat rumah tangga kita,,
Kau boleh mnerima  dan mencintai aku apa adanya..
Dan boleh menutup kekuranganku dengan penuh kebijaksanaan..

Dan Andai aku salah,
Tegurlah aku dengan kata-kata bijakmu, 
Yang penuh dengan kelembutan dan keikhlasan..
Andai aku marah,
Redakanlah amarahku dengan penuh kasih sayangmu,,
Agar marahku boleh berubah menjadi kelembutan..

Andai aku lupa,,
Ingatkanlah aku dengan kebijaksanaanmu,
Agar nanti kau tetap menjadi mujahid tauladan bagi aku dan anak-anak kita

KERANA
Aku hanya mengharapkan imam yang baik dalam rumah tanggaku,
Yang selalu membawa aku ke jalan yang diRedhainya..
Jalan yang menuju Syurganya bersama dirimu..

InsyaALLAH.. Amin ya Rabb~ 
Hanya ini yang ku pinta...


Bakal imamku, 
Tahu lah akan dirimu tinggal beberapa jam lagi kita akan diijab kabulkan
tahu lah akan dirimu bahawa diriku sangat berdebar menanti mu 
datang mengucup dahiku 

Wednesday, 29 April 2015

Manjakan dirimu (^^___)


Manjakan dirimu (^^___)

Syoookkkkk mandi susu 

Bising dah akak2 kat opis nih
"Dah nak dekat tarikh kawin ni, dah gi spa??"
"dah gi facial muka??"
"dah nak kawen tak pi spa lagi???"
"Pegi la urut2 badan kasi segau sikit badan tu, ini akak tengok penat jer|"
"Gi mandi bunga kasi seri muka nanti nak bersanding"
"Gi mandi susu kat spa kasi halus sikit kulit tu"
**macam soalan dan cadangan aku dengar, naik letih telinga ni ha......... (~_~)

 
Persoalan aku pulak
"Penting ke semua tu???"
"Wajib ker??"
"Semua bakal raja sehari buat ker???"
"Kalau tak buat, apa kesan dia???"

Tapi persoalan tu akan terjawab lepas aku gi je Spa semalam **ikut jugak la cakap2 orang kan, risau jugak tak berseri muka nanti.... Raja sehari la katekan, kena berseri nanti lau orang tengok kusam je malu la pulak.... Dah la kawen seumur hidup je InsyaAllah~~~

 
Memang betul la, lepas je aku gi Spa semalam baru la aku tahu... Ada beze yang aku rasa sebelum aku gi Spa dan selepas kuar dari Spa tu.... Terasa segau lain macam, hilang stresss keja dan otak melayang nak cuti kawen je ni hikhikhik **gatalllll


Aku amik pakej bridal kat Nourish Artistry Spa kat Nilai
Amik pakej biasa2 je untuk bakal pengantin, maklum la bakal pengantin memang banyak nak pakai duit, tak leh nak membazir sangat..... Amik pakej biase pun dah kire ok sangat2 janji sebelum kawen dah gi Spa dulu **baru badan segau dan berseri seri huhuhu..... Aku amik Pakej biasa pun dekat 4 jam diaorang kerjakan badan aku ni memang syoookkkk giler lah.... 
Apa lagi yang ditunggu bakal2 pengantin, jom Manjakan dirimu!!!

Sunday, 26 April 2015

Ber 'Avengers' sebelum dikuarantin (^_^)v)

 
Ber 'Avengers' sebelum dikuarantin **woot woot

Tengok kt IOI City Mall Putrajaya, wayang baru 1st tengok wayang kat sini woot woot

Tinggal bape hari je lagi nak diijab kabul masih sempat kuar tengok wayang, lau mak aku tahu ni mau membebel sakan beliau huhuhu...... Sebenarnyer rancang nak tengok lepas kawen, tapi hati ni melonjak lonjak tuk tengok sekarang.... So, aku ajak En.MZ tengok sebelum balik ke kampung huhu..

Tiket dah dibeli, kita makan dulu!!!

Makan ayam penyettttttt

Bakal imam ku hikhikhikhik 
 
Akhirnyer dapat jugak benda alah ni punye la berkira-kira nak beli online hari tu ada juai asing rupa-rupanya... Tapi dapat 2 je, yang lagi 3 akan datang la jawabnyer

Ber 'Avengers' sebelum dikuarantin    
Review cite Avengers 2: Age of Ultron

Citanya menarik **tapi aku lagi suka yang no.1 la (~_~)

Ini sekuel daripada cite The Avengers yang no.1 dimana pasukan superhero menangani ancaman musuh mereka sendiri... Robot yang dipanggil Ultron, yang pada asalnya direka sebagai sebahagian daripada program pengaman. Sejak peristiwa filem terakhir, Kapten America, Iron Man, Hulk, Thor , Hawkeye, dan Black Widow  mempunyai pekerjaan untuk mengambil pelbagai maklumat masyarakat mengenai rahsia penjahat dikenali sebagai HYDRA. Semangat mereka untuk menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik yang lebih selamat inspirasi Tony Stark, jutawan genius dan mengubah ego Iron Man, untuk mewujudkan Ultron untuk bertindak balas kepada ancaman tambahan bahawa Avengers tidak dapat mengendalikan. Ultron, malangnya, cara ini arahan terlalu serius - dia percaya bahawa keamanan dunia hanya boleh dicapai dengan menghapuskan manusia, dan dia akan berhenti untuk mencapai matlamat ini. Pertempuran antara Avengers dan Ultron dibuat lebih rumit kemunculan adik-beradik superpowered Quicksilver dan Witch Scarlet, yang sekutu diri dengan pembunuhan kejam. Samuel L. Jackson dan Cobie Smulders.

Saturday, 25 April 2015

Seperti Biasa Menge "Checklist"


Hohohoho... Tinggal beberapa hari je lagi kan aku nak kawin... Tetibe rasa nebess lak. Tetiba lah sangat. Haha! Makin dekat majlis, makin blur aku dibuatnye. Haih apa la nak jadi dengan aku nih. 
Disebabkan aku adalah wedding planning aku sendiri **maklum la poket tak bape tebal tuk upah wedding planner jadi  semua kena buat sendiri.... Lagipun rasa seronok lain macam bila dapat buat sendiri semua..... So aku nak kongsi sikit apa yang sudah aku buat, belum buat dan tak sempat nak buat kat blog kesayanganzzz aku nih...... dan aku rasa bermurah hati nak kongsi dengan korang tentang check list apa yang perlu dibuat sebelum nikah, sebelum resepsi, sebelum perkahwinan sebenar kepak kepak keboomm kebommmm.... Cewwwaaahhh macam lah aku terer sangat. **poyo


Untuk Akad Nikah
1. Kursus Perkahwinan (Done) *mesti amik kursus perkahwinan ye, kalau tak takboleh kawen (~_^) yang hal ni aku dan En.MZ dah amik 2 tahun lepas... Mak ai nampak tak sabau nau nak kawen kan hehehe*
2. Ujian HIV (Done) *Sebelum permohonan nikah kat tok kadi, test ni memang penting ye*
3. Surat Kebenaran Nikah Lelaki & Perempuan (Done) *Kena hantar paling awal 3 bulan sebelum tarikh nikah... kena tempah awal2 nanti tok kadi tak free hehehe*


Kad kawen dah selamat diedar Yeahhhh

Untuk Majlis Resepsi (rumah perempuan)
1. Pelamin (Done) **pakej dengan baju pengantin L&P
2. Photographer  (Done)
3. Baju Nikah (Done) ** mak design dan jahit kan sweet kan mak aku huhu
4. Baju Sanding, Baju Malam Berinai, Baju Persalinan (Done). **in pakej jimat belanje huhu
5. Make Up Artis (Done) **in pakej
6. Kompang (Done)
7. DJ (Done) **sponsor dari abang ipau
8. Silat ??? *tak yah kot, ada kes prang silat naik minyak takut den (~_~)
9. Makanan majlis (Done) **masak sendiri hokey geng rewang akan turun padang huhu
10. Kek Kawin (Done) **sponsor
11. Door Gifts (Done) **sponsor
12. Kad Kawin (Done) **dah siap diedar
13. Inai (Belum siapp) Oh tak tau la kat mana nak cari orang yang pandai lukis2 kat tangan ni..
14. Langsir (Done) **mak jahit kan huhu Muah! Sayang mak!
15. Hiasan bilik (Done) **in paker dengan pelamin dan baju pengantin
16. Guest Book (Done) **pakej dengan kad kawen
17. Bunga Tangan (Done)
18. Bunga Pahar (Done)
19. Bunga Manggar (Done)

Fitting baju malam berinai

Fitting fitting fitting baju **abaikan orang yang tengah outer baju aku tuh huhuhu

Photographer  (Done)

Baju Nikah (Done) **tak sabar nak tengok awak pakai baju nikah nih huhuhu **wink

Bantai tuk photobooth dan bilik pengantin... DIY tau!!!semuanyer nak buat sendiri tu segala benda tak sempat (~_~)

Bunga teloq??? **no komen
Masih dalam pembikinan lalalalala

Rendam badan dalam susu dulu.... Syiiioookkk nyer, lau ada bathtab kat rumah ni leh buat sendiri hari hari aku mandi susu huhuhu~~

Bakal rumah kami, Bakal membina hidup disini InsyaAllah **wink

MAK AIHHHHhhhhhhhhhHH!!!!!!


bila tengok list rasa terus gelisah tak tentu hala... **rasenyer banyak benda dah settle tapi sebenarnya belum kan hukhukhuk

1. baju nikah
nasib baik dah beli siap2 masa bertunang hari tu dan mak aku dah jahit 5 bulan awal..... yang aku risau ni muat ke tak aku dengan baju tuh haaaaaaaa risau hati ni...........

3. bunga telur
kata nk DIY kan. kata nak buat sendiri serbe serbi. barang nak buat dah beli, tinggal nak mengadap buat je tapi mananya???? hampehhhhhh!!!! bila ntah aku nk start. lagi 5 hari tau!!!
hahaha. **ketawa dalam tangisan (T______T)
 

4. hantaran
rasanya banyak benda dah beli.... tapi tak duduk atas dulang lagi aiyoooohhhhhhhh....Apa patern nak buat aku blur nih.
 
5. baju sanding
Done fitting 2 minggu yang lepas, itu pun ada outer sikit sebab ketat...... Aiyooookkkk ketat pulak dah, orang lagi nak kenduri lagi susah hari ko ni makin senang hati yerrrr huhuhu

6. Spa
Done. itu pun aku gi sekali je seminggu yang lepas..... Itu pun selepas kena bebel dengan hakak2 opis dan kakak aku.... So, dalam pada tak sempat tu sempatkan la jugak rendam badan dalam air susu lalalalala syiooookkkk ooooiiii

 7. Rumah sewa
Rumah kami selepas kawen *wink
Alhamdulillah dapat dicari sebelum kami bercuti panjang nanti balik je dari honeymoon dah boleh masuk rumah tu hikhikhikhik

apa lagi ni??????????????????????????????????????????

OK TAKPE

chillexxxx......

 
Tenang

Tenang 

dan Tenang

oi lah sayang, tolonglah sedar lagi 5 hari je lagi ni...janganlah tenang tenang jeee...risau lak aku...  Bila nak start nih lau dari tadi asyik membebel jer ni???


**Sebenarnya list ni tuk aku, bukan tuk orang lain rasenyer hahahahaha

Sunday, 19 April 2015

Dinner **Sabok Awor

  
Selamat datang ke Sabak Awor
Bunyi tempat tu macam jauh sangat kan, macam dah nak dekat2 hulu Selangor gitu.... Sabak Awor ni dekat Muar je... Medan Ikan Bakar yang paling famous kat Muar ni......


Dinner time!!!!
Aktiviti ni lepas je meeting family Sabtu lepas **meeting kenduri tak abes abes selagi tak selesai majlis selag itu la meeting meeting hehe..... Lepas meeting je memasing menunjukkan muka lapar tu tanda nya perut perlu diisi tak kira la jam masa tu menunjukkan kul 10 malam lapar tetap lapar huhu

Lepas dah berbincang capai kata sepakat kitaorang bergerak makan kat Sabak Awor **mak aku nyer idea..... kalau nak tahu Sabak Awor dengan rumah aku cukup main jauh ada la dalam 45 minit ampang jauh mak aku nak gi makan...ikut kan je le huhuhu

Wajah2 sebelum makan, memasing tak bermaya je tu huhuhu

Sampai je kat Sabak Awor tu terus order makan, naseb baik tak ramai sangat orang dan makan cepat je sampai kat meja kitaorang... Naseb baik order yang simple simple je sebab perut memasing dah berkeroncong tuk anna dah huhu

Menu kiteorang order... Ala simple simple jer (^_^)v)

Udang sambal lada merah pedas

Sotong celup tepung crispy

Ketam goreng berlado pedas

Kupang bakar bersambal merah

** Ikan jenak asam pedas (tak de dalam gambar sebab tak sempat nak amik tengah2 aku syok amik gambar menu lain aku toleh je ikan jenak asam pedas tinggal asam pedas je ikan missing huhu)

**ok simple sangattttt kan..... itu semua mak aku nyer kerja, ikut selera dia la sebab dia yang ajak makan kan huhuhu.... Kat meja makan pun tak abis abis buat meeting family cuma beza nya tak bergaduh macam kat rumah lalalalalala

Bila selesai makan masing-masing baru tunjuk muka happy kalau tadiiiiiii pandang camera pun tak nak huhuhu
 
Selesai makan memasing balik ke rumah masing-masing 'bagai sireh pulang ke gagang' huhuhu **bawak perut (^_^)

Thursday, 16 April 2015

Kursus Keselamatan Pekerja Makmal 2015


Kursus
Kursus
Kursus

Berkursus sebelum mula bercuti panjang Yepppiiiiiii **sebenarnya hati ni dah takde nak berkursus kursus bagai ni... Hati ni dah sampai kampung halaman dah tinggal jasad je kat tempat kerja huhu


Kursus anjuran fakulti aku ni julung kali dibuat atas arahan orang atasan so nak tak nak kena buat jugak.... Pabila orang atasan dah bagi arahan la kate kan huhuhu.... Tapi tak di nafikan kursus ni memang penting tuk kitaorang yang staff makmal ni.... Lau makmal tak selamat macam mana pekerja nak selamat Ye dak?? (~_^) so stop complaint!!!

Kita mulakan majlis dengan kata kata dari pengerusi majlis...... Pengerusi majlis bagi punch line pepagi hahahahaha **lawaknyer (~_^)

Sekitar Kursus keselamatan pekerja pada hari pertama

Crew dibelakang tabir dan peserta Kursus Keselamatan pekerja pada hari pertama

 Kursus ni diadakan selama 2 hari, so 2 hari la aku rasa hati dan jiwa kat kampung jasad kat dalam kursus keselamatan huhu..... Hari pertama kami didedahkan dengan akta2 keselamatan pekerja, undang-undang, peraturan, peraturan, prosedur-prosedur bla bla bla Zzzzzzzz..... Bila masuk hari kedua baru la best sikit sebab ada aktiviti di makmal dan hand on..... Baru la tak ZZzzzzz huhuhuhu (^_^)

Aktiviti di makmal Hand on pada hari kedua

Sekitar aktiviti makmal

Crew dibelakang tabir dan peserta Kursus Keselamatan pekerja pada hari kedua

Alhamdulillah selesai Kursus Keselamatan Pekerja selama 2 hari tu...... Balik rumah ni nak kemas baju masuk beg bawak kete Vrooommmmm balik kampung ***balik kampung ooooo balik kampung (~_^)

Sunday, 12 April 2015

Shopping time!!! **hilangkan stress (^_^)v)

  Shopping time!!!!
Selagi tak selesai majlis selagi tu la tak selesai membeli belah barang hantaran.....

Tengah duk bersenang lenang kat rumah En.MZ mesej tanya pasal hantaran

Tweet tweeettt (ringtone mesej samsung )
En.MZ : Awakkkk, hantaran semua dah settle lom?? ada barang yang masih belom beli
Aku : Ada lagi kena beli, kenapa?
En.MZ : Jom gi beli hari ni
Aku : (^0^)

**mau tak tenganga mulut aku tiba tiba je ajak shopping barang hantaran sedangkan semalam jumpa tak cakap pape pun.... 

Rupa-rupanya ada sebab ajak keluar secara drastik macam tu bila dah nak keluar baru aku tahu huhuhu...... Sebenarnya geng wayang nak join jadi geng shopping lak dah..... Dia stress katenyer, nak try cara aku hilangkan stress dengan bershopping.... Ok, boleh jadi role model orang mcam ni dah ada yang mengikut nampaknya hahahahaha.... aku layankan je orang yang tengah stress ni dari dia buat perkara yang memudaratkan kesihatan baik ikut rasa sehat aku.... tapi aku tak keluar duit sendiri, cuba shopping keluarkan duit orang lain lagi bertambah hilang stress tu senyum meleret sampat ke telinga hahahaha (^_______^)
**hilang stress setahun lalalalala

Geng wayang dah bertukar geng shopping.... layankan je orang yang tengah stress tu..... aku lak jadi stress tengok dorang sakan bershopping tapi aku tak (~_~) pabila lelaki bershopping


 

**ikut dalam list aku semua hantaran dah dibeli tinggal benda yang tak boleh beli awal je... Ok done! Tak sabar lak rasa nak selesai majlis, persiapan nya makan bertahun huhuhuhu

Saturday, 11 April 2015

Happy Besday little princess Yasmin

  
4/4/2015
Yang baru-baru ni adalah besday anak buah aku yang ke 6, anak kepada kak Ngah aku..... Si budak tecit Yasmin besday yang ke2 tahun..... Yasmin dah 2 tahun kejap je masa berlalu rasa baru semalam dukung dia dalam pantang huhuhu...... Happy besday si tecit Raihana Yasmin :-* Muuuah!!

4.4.2013 yang lepas..... Masa ni Yasmin baru 1 hari **kejap je masa berlalu kan huhuhu

Majlis besday Yasmin buat kecil kecilan je, sambut kat rumah beli makanan serbe sikit, mak masak mee gorang dan kek 2 biji... Cukup sekadar semua ahli keluarga dapat berkumpul dan makan bersama itu dah cukup meriah buat kami sekeluarga (^_^)v) Bukan main happy lagi anak-anak buah aku huhu~~

Kek tuk besday Yasmin... Sebenarnya kek ni lebih kepada mak menakan Yasmin hahahaha

Ha, ni baru lah betul kek tuk little princess Yasmin huhuhu~~~

Tak banyak.... sikit2 je, cukup semua ahli keluarga dapat makan huhuhu

Sekitar majlis besday little princess Yasmin **sangat pandai anak buah mak teh ni tak banyak ragam pun dan kaki bergambo huhuhu ikut sapa la agaknya kan lalalalala

Little princess Yasmin dan mamanya.... Besday anak yer bukan besday mamanya hohohoho

Yang ni Besday girl bersama kakak sulong nya.... Yang tepi tu umur dah masuk 13 tahun tapi masih feeling little princess lagi huhuhu **jeles sebenarnya kami semua sambut besday Yasmin sorang je tak sambut besday dia sebab besday dia bulan 4 jugak.... Hello kamu bukan little princess lagi yer huhuhu

Yasmin di umur 2 tahun... Happy besday sayang mak teh, jadi anak kebanggaan mama dan papa yer Muah!!!

Friday, 10 April 2015

Fast Furious 7 (^_^)// **clap clap

  
Jeng jeng jeng
Cerita yang ditunggu tunggu sudah keluar panggung (^______^)
 Fast Furious 7 **scream (^O^)//

Dating sebelum dikuarantin **tuk sekian kalinya (^^,)

Tak tunggu lama dah, rase resah gelisah menerpa diri ni terus call geng wayang kut2 la mereka masih ada hati nak kuar tengok wayang dengan kami ni walaupun depa dah ade geng yang baru kan.... Tapi Alhamdulillah tuk cita Fast Furious 7 ni geng wayang sudi tengok sama2 dengan kitaorang..... Tapi lau dorang tak mo tengok pun kitaorang tetap gi tengok berdua..... Kami berdua pun still geng wayang sampai bila2 kan En.MZ kn (^_^)

Ok, tengok leklok pada tiket ni ada 4 kan tapi realitinyer....................

hanya 3 orang je yang tengok **geng wayang tak lengkap namanya ###ada cerita disebalik cerita ni huhuhu

Ok, jom tengok Fast Furious 7 *tak sabar dah aih

 

Cerita ringkas tentang Fast Furious 7 
Fast and Furious 7 bercerita tentang agenda terbaru Dominic Toretto (Vin Diesel) dan gengnya setelah berhasil mengalahkan Owen Shaw (Luke Evans), di filem keenam, kini abang kepada Owen, Ian Shaw (Jason Statham) yang tak rela dengan kematian adiknya, memutuskan untuk balas dendam kepada Toretto dan seluruh gengnya. Berlaku la pelbagai insiden yang kena tengok huhu (^_^)v)


Pendapat aku tentang cita ni memang menyayat hati, nak nak part ending dia.... sedih giler sebab melibatkan kisah benar, sapa sangka ending dia sebegitu rupa hukhukhuk (T_T) action power part kete kete terjun dari kapal terbang tu..... keseluruhan nya 'Nora bagi 4 bintangggggggg' **clap clap huhu (^_^)//

Iklan Untuk di'Klik'

Copyright© All Rights Reserved zuhafizz-cintahatiku.blogspot.com