Perjalanan hidup Kami ~~~

Daisypath Friendship tickers

One Step Closer

Daisypath Anniversary tickers

Ikatan Cinta Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, 25 April 2015

Seperti Biasa Menge "Checklist"


Hohohoho... Tinggal beberapa hari je lagi kan aku nak kawin... Tetibe rasa nebess lak. Tetiba lah sangat. Haha! Makin dekat majlis, makin blur aku dibuatnye. Haih apa la nak jadi dengan aku nih. 
Disebabkan aku adalah wedding planning aku sendiri **maklum la poket tak bape tebal tuk upah wedding planner jadi  semua kena buat sendiri.... Lagipun rasa seronok lain macam bila dapat buat sendiri semua..... So aku nak kongsi sikit apa yang sudah aku buat, belum buat dan tak sempat nak buat kat blog kesayanganzzz aku nih...... dan aku rasa bermurah hati nak kongsi dengan korang tentang check list apa yang perlu dibuat sebelum nikah, sebelum resepsi, sebelum perkahwinan sebenar kepak kepak keboomm kebommmm.... Cewwwaaahhh macam lah aku terer sangat. **poyo


Untuk Akad Nikah
1. Kursus Perkahwinan (Done) *mesti amik kursus perkahwinan ye, kalau tak takboleh kawen (~_^) yang hal ni aku dan En.MZ dah amik 2 tahun lepas... Mak ai nampak tak sabau nau nak kawen kan hehehe*
2. Ujian HIV (Done) *Sebelum permohonan nikah kat tok kadi, test ni memang penting ye*
3. Surat Kebenaran Nikah Lelaki & Perempuan (Done) *Kena hantar paling awal 3 bulan sebelum tarikh nikah... kena tempah awal2 nanti tok kadi tak free hehehe*


Kad kawen dah selamat diedar Yeahhhh

Untuk Majlis Resepsi (rumah perempuan)
1. Pelamin (Done) **pakej dengan baju pengantin L&P
2. Photographer  (Done)
3. Baju Nikah (Done) ** mak design dan jahit kan sweet kan mak aku huhu
4. Baju Sanding, Baju Malam Berinai, Baju Persalinan (Done). **in pakej jimat belanje huhu
5. Make Up Artis (Done) **in pakej
6. Kompang (Done)
7. DJ (Done) **sponsor dari abang ipau
8. Silat ??? *tak yah kot, ada kes prang silat naik minyak takut den (~_~)
9. Makanan majlis (Done) **masak sendiri hokey geng rewang akan turun padang huhu
10. Kek Kawin (Done) **sponsor
11. Door Gifts (Done) **sponsor
12. Kad Kawin (Done) **dah siap diedar
13. Inai (Belum siapp) Oh tak tau la kat mana nak cari orang yang pandai lukis2 kat tangan ni..
14. Langsir (Done) **mak jahit kan huhu Muah! Sayang mak!
15. Hiasan bilik (Done) **in paker dengan pelamin dan baju pengantin
16. Guest Book (Done) **pakej dengan kad kawen
17. Bunga Tangan (Done)
18. Bunga Pahar (Done)
19. Bunga Manggar (Done)

Fitting baju malam berinai

Fitting fitting fitting baju **abaikan orang yang tengah outer baju aku tuh huhuhu

Photographer  (Done)

Baju Nikah (Done) **tak sabar nak tengok awak pakai baju nikah nih huhuhu **wink

Bantai tuk photobooth dan bilik pengantin... DIY tau!!!semuanyer nak buat sendiri tu segala benda tak sempat (~_~)

Bunga teloq??? **no komen
Masih dalam pembikinan lalalalala

Rendam badan dalam susu dulu.... Syiiioookkk nyer, lau ada bathtab kat rumah ni leh buat sendiri hari hari aku mandi susu huhuhu~~

Bakal rumah kami, Bakal membina hidup disini InsyaAllah **wink

MAK AIHHHHhhhhhhhhhHH!!!!!!


bila tengok list rasa terus gelisah tak tentu hala... **rasenyer banyak benda dah settle tapi sebenarnya belum kan hukhukhuk

1. baju nikah
nasib baik dah beli siap2 masa bertunang hari tu dan mak aku dah jahit 5 bulan awal..... yang aku risau ni muat ke tak aku dengan baju tuh haaaaaaaa risau hati ni...........

3. bunga telur
kata nk DIY kan. kata nak buat sendiri serbe serbi. barang nak buat dah beli, tinggal nak mengadap buat je tapi mananya???? hampehhhhhh!!!! bila ntah aku nk start. lagi 5 hari tau!!!
hahaha. **ketawa dalam tangisan (T______T)
 

4. hantaran
rasanya banyak benda dah beli.... tapi tak duduk atas dulang lagi aiyoooohhhhhhhh....Apa patern nak buat aku blur nih.
 
5. baju sanding
Done fitting 2 minggu yang lepas, itu pun ada outer sikit sebab ketat...... Aiyooookkkk ketat pulak dah, orang lagi nak kenduri lagi susah hari ko ni makin senang hati yerrrr huhuhu

6. Spa
Done. itu pun aku gi sekali je seminggu yang lepas..... Itu pun selepas kena bebel dengan hakak2 opis dan kakak aku.... So, dalam pada tak sempat tu sempatkan la jugak rendam badan dalam air susu lalalalala syiooookkkk ooooiiii

 7. Rumah sewa
Rumah kami selepas kawen *wink
Alhamdulillah dapat dicari sebelum kami bercuti panjang nanti balik je dari honeymoon dah boleh masuk rumah tu hikhikhikhik

apa lagi ni??????????????????????????????????????????

OK TAKPE

chillexxxx......

 
Tenang

Tenang 

dan Tenang

oi lah sayang, tolonglah sedar lagi 5 hari je lagi ni...janganlah tenang tenang jeee...risau lak aku...  Bila nak start nih lau dari tadi asyik membebel jer ni???


**Sebenarnya list ni tuk aku, bukan tuk orang lain rasenyer hahahahaha

No comments:

Post a Comment

Iklan Untuk di'Klik'

Copyright© All Rights Reserved zuhafizz-cintahatiku.blogspot.com