Perjalanan hidup Kami ~~~

Daisypath Friendship tickers

One Step Closer

Daisypath Anniversary tickers

Ikatan Cinta Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, 19 April 2015

Dinner **Sabok Awor

  
Selamat datang ke Sabak Awor
Bunyi tempat tu macam jauh sangat kan, macam dah nak dekat2 hulu Selangor gitu.... Sabak Awor ni dekat Muar je... Medan Ikan Bakar yang paling famous kat Muar ni......


Dinner time!!!!
Aktiviti ni lepas je meeting family Sabtu lepas **meeting kenduri tak abes abes selagi tak selesai majlis selag itu la meeting meeting hehe..... Lepas meeting je memasing menunjukkan muka lapar tu tanda nya perut perlu diisi tak kira la jam masa tu menunjukkan kul 10 malam lapar tetap lapar huhu

Lepas dah berbincang capai kata sepakat kitaorang bergerak makan kat Sabak Awor **mak aku nyer idea..... kalau nak tahu Sabak Awor dengan rumah aku cukup main jauh ada la dalam 45 minit ampang jauh mak aku nak gi makan...ikut kan je le huhuhu

Wajah2 sebelum makan, memasing tak bermaya je tu huhuhu

Sampai je kat Sabak Awor tu terus order makan, naseb baik tak ramai sangat orang dan makan cepat je sampai kat meja kitaorang... Naseb baik order yang simple simple je sebab perut memasing dah berkeroncong tuk anna dah huhu

Menu kiteorang order... Ala simple simple jer (^_^)v)

Udang sambal lada merah pedas

Sotong celup tepung crispy

Ketam goreng berlado pedas

Kupang bakar bersambal merah

** Ikan jenak asam pedas (tak de dalam gambar sebab tak sempat nak amik tengah2 aku syok amik gambar menu lain aku toleh je ikan jenak asam pedas tinggal asam pedas je ikan missing huhu)

**ok simple sangattttt kan..... itu semua mak aku nyer kerja, ikut selera dia la sebab dia yang ajak makan kan huhuhu.... Kat meja makan pun tak abis abis buat meeting family cuma beza nya tak bergaduh macam kat rumah lalalalalala

Bila selesai makan masing-masing baru tunjuk muka happy kalau tadiiiiiii pandang camera pun tak nak huhuhu
 
Selesai makan memasing balik ke rumah masing-masing 'bagai sireh pulang ke gagang' huhuhu **bawak perut (^_^)

No comments:

Post a Comment

Iklan Untuk di'Klik'

Copyright© All Rights Reserved zuhafizz-cintahatiku.blogspot.com