Perjalanan hidup Kami ~~~

Daisypath Friendship tickers

One Step Closer

Daisypath Anniversary tickers

Ikatan Cinta Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, 2 June 2014

CheeseTart BlueBerry


#MyResipi

Aku amik resepi ni kat Myresipi macam2 resipi ade kat situ, setakat nih Alhamdulillah semua yang try buat semua menjadi Yepppiiii (^^_)

Ni aktivit aku di hujung minggu bersama adik bongsuku (bese lah dia balik je cuti sem mesti request nak wat/ masak macam2) Jom kite tengok bahan bahan dan cara macam mana nak wat CheeseTart BlueBerry (^_^)v)

#Bahan1
Ni bahan2 nak wat pastri CheeseTart BlueBerry
  • 250g Butter (salted)
  • 1/2 cawan gula
  • 4 cawan tepung gandum
  • 2 biji kuning telur
  • 1 esen vanila
  • 2 sudu besar air

#Bahan2
Bahan bahan tuk wat filling CheeseTart BlueBerry
  • 250g creamcheese
  • 25g butter (salted)
  • 1/2 cawan gula
  • 1 biji telur

#BahanTambahan
  • Filling BlueBerry
Bahan ni boleh diubah ubah, kalau tak makan BlueBerry nak rase strawberry leh letak jem strawberry..... Tapi oleh sebab aku nak wat CheeseTart BlueBerry so aku guna jem BlueBerry (^^_)
 
Cara-cara membuatnyer (^^,)

Pertama sekali, kena ayak tepung gandum dengan gula kastor dulu, lepas ayak jemur kejap kat matahari (petua mak aku lau lepas ayak mesti jemur dulu sebab apa aku tak tahu, tanyer lak huhu) Ratio 4 tepung nisbah 1/2 gula... Lau lebih nanti pastri jadi manis huhu~~
 
Tiba masa tuk wat pastri!!!!
 

1. Pukul butter (salted) yang berketul tu, sampai dah tak rupa berketul

2. Lepas tu masukkan tepung + gula yang diayak tadi, pukul rata sehingga menjadi seperti pasir/crumb

3. Kemudian masuk kuning telur, esen vanila dan air gaul sebati sehingga menjadi doh

4. Rehatkan doh tadi selama 15min lebihkurang pastu masukan dalam acuan tart

5. Bakar pada suhu 160'C 20-25min(ikut kepanasan oven masing-masing) guna api bawah jer


Bila tengah tunggu pastri tu masak, boleh lah wat filling dia pulak~~~
 
  • Pukul CreamCheese, butter dan gula sehingga kembang
  •  Masukkan telur pastu pukul sekejap bagi telur dan aduan jadi sebati
  • Masukkan aduan dan jem Blueberry dalam piping beg berasingan
  • .Bila pastri dan masak sejukkan sekejap, pastu pipekan filling dalam pastri. 
  • Bakar lagi tart pada suhu 160'C selama 10min, bakar sekejap jer bagi filling masak.

Pastu..............................Taddaaaaaa!!!!!!

Dah boleh diNgap!!!!

Psst : Lau nak cepat siap, sediakan lah acuan tart banyak2... Kalau setakat ade 10 je macam aku, mau berjam jam baru siap tart korang... Aku wat dari kul 11 pagi hingga kul 8 malam tak sudah2 hukhukhuk (T_T)

No comments:

Post a Comment

Iklan Untuk di'Klik'

Copyright© All Rights Reserved zuhafizz-cintahatiku.blogspot.com