Perjalanan hidup Kami ~~~

Daisypath Friendship tickers

One Step Closer

Daisypath Anniversary tickers

Ikatan Cinta Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, 20 March 2013

Lawak ke DER 2??

Masih teringat pada Lawak ke Der yang pertama??
Masih tergelak sakan dengan jenaka yang dieorang sampaikan???
Masih terasa fenomena JOZAN,BOBOI dan HARITH ISKANDAR???

Kini mereka kembali dengan Lawak ke DER 2 pulak....... Selepas je selesai tayangan mereka kat Istana Budaya, kini Lawak ke DER ke pawagam pulak..... Patut la aku tunggu punyer tunggu Astro tayangkan takde pun.... Rupanyer nak wat masuk wayang.... Sabo je le~~~ Eh, macam mana yer dari Teater ke pawagam?? Nanti dengar la gelak ketawa orang.....


Masa dieorang wat Istana budaya hari tu, punyer la penuh orang tiket asyik sold out je.... Penangan Lawak ke Der pertama la tu... Tapi bukan disebabkan penangan jugak, dieorang wat lawak memang bagus sampaikan aku dengar dieorang yang gi tengok tu gelak macam nak putus..... Putus urat ke putus nyawa, tu aku tak tahu la...... Yang penting gelak sakan, sampai dah balik rumah pun gelak lagi..... Pehhhh~~~ Memang berbaloi la tiket harga beratus.... Ada sorang kawan aku ni tak dapat nak gi tengok kat IB sebab tiket asyik habis je, 'Kecian kat ko kan, tapi takpe ada berita baik buat ko nanti gi tengok wayang k...Tiket tak sampai seratus pun, boleh gi tengok 10,20 kali...Gelak la sampai muntah... huhuhuhu~~'

Dah ditayangkan kat pawagam takkan la aku nak lepaskan peluang untuk gi tengok, nak tunggu kat astro tah bila tahun dieorang akan siarkan.... Aku pun ajak la En.MZ dan kawan dia untuk ke pawagam tengok Lawak ke Der2.... Sekarang ni bile tengok je wayang kat kampung mesti nak tengok beramai-ramai baru la syok, gelak biar sampai pecah panggung..... Aku gelarkan mereka sebagai Geng Wayang's, lepas ni kalau nak tengok cerita apa-apa bawak geng la.... huhuhuhuhu syok kan~~~

Geng Wayang's.......Ade lagi sorang kot,tercicir~~~

Starting lawak mula dengan tarian 'seksi' dari Nabil, Lawak ke Der Style (tiru ala2 Oppa Gangnam Style) seksi ker seksa??? huhuhuhu~~~ Pastu diikuti dengan sketsa BOBOI, macam biase Boboi masih mengekalkan karakter Datin Sardin & Datin Maimon.... Not bad~~~ Pastu, kena sediakan la mental dan fizikal untuk lawak dari JOZAN.... Aku tak tahu nak cakap ape dah, idea aku dah makin hilang tak tahu nak tulis ape atau dengan kata lebih tepat aku dah lupe terus sketsa Jozan buat.....(Mana tak nyer, dari awal Jozan keluar sampai la Harith Iskandar muncul untuk lawak seterusnya asyik gelak tak henti-henti..... (Penat kottt) Keluar berterbangan semua idea aku....... Selepas Jozan sama seperti susunan Lawak ker Der yang pertama, tiba la masa untuk Stand Up Comedy Harith Iskandar....

Permulaan Harith Iskandar berinteraksi dengan penonton.......

Sapa tengok Lawak ke DER yang pertama dulu??? HOOOOOOOOOO~~~ (ramai tengok)

Sapa yang tengok Lawak ke Der yang pertama dulu kat Istana Budaya??? Hooooo~~~ (tak ramai)

Ok, last.... Sapa yang tengok Lawak ke Der yang pertama tu FREE kat You tube??? HOOOOOOOHHHOOOOO~~~~ (ramai sesangat yang tengok free)

Ok,aku terasa kat situ..... Aku tengok yang download Lawak ke DER pertama dulu, yela nak gi IB tak mampu... Tiket die je dah beratus kottt...... Hurmmmm~~~~ Tapi yang Lawak ke Der2 kali ni aku gi tengok kat wayang k.... Sikit mampu la sebab tiket die baru RM11 je..... Pastu Harith Iskandar teruskan lagi lawak dia dengan mengaitkan cerita dia dengan ex girlfriend die dulu.....

Memori perempuan ni padat dengan information, kalau virus masuk dalam otak orang perempuan... Stuck!! (Erkkkk.......)
Tapi bila virus masuk otak lelaki .... "Hellooooo....hellloooo...anybody there???" (kikikiki)
Bila perempuan cakap 'nothing', dia sebenarnya bukan nothing tapi everything is wrong.... (Gulp)
Perempuan bila bertanya satu soalan tapi datang dengan pakej,52 soalan sebenarnya (hahahaha)

Masih teringat lagi......
Bila sesi pertempuran berlaku antara lelaki dan perempuan (pasangan), round one perempuan akan tanya pelbagai soalan... 'Pumpang.....Pumpang...Pum Pum...Pang Pang.....' Settle!!! Tapi jangan ingat akan settle kat situ saja, roung two.... Soalan yang sama akan dikeluarkan, maka kat situ la kepandaian lelaki akan teruji.... Taddddaaaa~~~~ Memang perempuan tahu pun dia tanya soalan yang sama tapi sama tak jawapan yang diberi.... (hehehehehe)..... 'Pumpang.....Pumpang...Pum Pum...Pang Pang.....' Settle!!! Then, round three......bukan lagi 52 soalan tapi unlimited soalan, maka muncul la soalan2 yang baru dan tak diduga..... (Amboi orang sebelah ni, bukan main gelak sakan lagi yer....suke sangat kite ni......)

Tapi aku ade sikit pelik la, Lawak ke der kali ni banyak cerita pasal perempuan..... Baik Jozan dengan lawak Nazmidah nyer, Boboi dengan karakter datin2, dan Harith Iskandar stand up comety cakap pasal perempuan.... Semuanya nak ada kaitan dengan perempuan, hari Wanita Sedunia ke time tu??? Tak tahu la aku sorang je yang perasan atau korang pun perasan macam tu jugak.... Hurmmmm curious betul la..... Tapi pape pun terbaekkkkk la Lawak ke Der2 ni.... Membuatkan kiteorang keluar panggung dengan muka yang penat, bukan penat apa penat GELAK.... Sampai orang depan dan sebelah menyebelah toleh2 tengok kiteorang kotttt..... Ape??? Tak pernah tengok orang gelak?? atau tak pernah tengok orang gelak sampai nak terkeluar anak tekak??? Kelakar kotttt, gelak je la..... Dah kelakar tak kan nak nangis,sedey ataupun wat muka takde perasaan.... Nasihat aku, tak yah la cover2 nau depan pakwe tuh.... Nanti dah 5,6 tahun bercinta akan keluar jugak true calour korang tu...... Ha ok, dah mula sesi merepek aku... Baik aku stop sampai sini....huhuhuhuhu~~ Ok, daaaaaa See ya......

No comments:

Post a Comment

Iklan Untuk di'Klik'

Copyright© All Rights Reserved zuhafizz-cintahatiku.blogspot.com