![]() |
| Ok, kali ni aku tak hilangkan tiket macam sebelum ni... hihi ^_^ |
Ah,sangat tak boleh lupa watak Slash ni.... Walaupun watak ni baru diwujudkan tapi sangat smart ok watak dia, tak banyak dialog pun tapi watak die memberi kesan yang sangat mendalam.... Sampai sekarang aku masih terbayangkan wajah Slash yang takde perasan tu hihihihi ^_^...... Penangan betul la cite ni... Sampaikan sekarang aku masih teringat-ingat..... Eh,bile nak kuar Astro First ni?? Tak sabar nak tengok dengan family pulakkkkk.....
Watak Slash Haji Tapah sangat stailo… Memang tertawan semua wanita melihatnya….. Walaupun tidak menggunakan dialog yang banyak tapi Pekin berlakon memang sangat cool..... Pekin dah membuktikan yang tak semestinya tak banyak dialog tu lakonan akan jadi 'Pak pacak'…... Rasa macam dah takde pelakon lain yang boleh bawak watak Slash tu....Thumb up!! (Ok,wa ok.....ok)
Antara salah satu kekuatan cerita ni adalah lagu TIKA..... Lagu ciptaan Jamil Ahmad dan Mamat Khalid lirik dari arwah Loloq.... Nyanyian asal daripada kumpulan Rimba Bara tu sendiri..... Sampai sekarang aku masih berteka-teki suara siapa yang sebenar digunakan untuk lagu ni..... Macam suara Khir Rahman?? Yeke?? Tapi kumpulan Rimba Bara vokalis dia Zul Kapan lakonan Soffi Jikan, memang sekali dengar macam suara Soffi Jikan... Tapi bile dah berkali-kali dengar memang suara Khir Rahman..... Puas dah duk mancari kat sumber2 yang boleh dipercayai tapi hingga ke hari ni masih tak jumpa.... Ok la, Jom layan video lagu Tika yang aku amik kat You tube nyanyian ori daripada kumpulan Rimba Bara..... Rock oO!
Korang dengar la sendiri yer~~~
Lirik lagu TIKA dari Rimba Bara~~~
Cahaya didalam cermin
Memukau hingga memaksa
Ku cari kedasar diri
Cintaku yang hilang
Rupanya ku salah sangka
Kasihmu tak pernah sepi
Kerana terlalu hampir
Ku leka hadirmu
Chorus:
Sentiasa disisi ku
Merestui ambisi ku
Lantas ku takkan berubah
Berganjak dari jalan ku
Selagi bumi berputar
Tekadku terus berjuang
Wohoo..
[Ulang Chorus] x2
Wohoo..
Wohoo..
Wohoo..
Disisiku
Merestui ambisiku
Hohohohoho.....
Takkan berubah
Berganjak dari jalan ku
Jalan ku
Jalan...... ku......






No comments:
Post a Comment