Perjalanan hidup Kami ~~~

Daisypath Friendship tickers

One Step Closer

Daisypath Anniversary tickers

Ikatan Cinta Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, 15 October 2014

~FamilyDay Jabatan Laut Melaka~

  
Sabtu yang lepas aku join family En.MZ kat Hari Keluarga MARDEP Melaka.... MARDEP ni adalah Jabatan Laut Melaka, Ayah En.MZ yang bekerja kat situ.....Diaorang buat kat Marina, pengkalan Jabatan Laut Melaka.... Kalau 2 tahun lepas aku masuk acara tapi tahun ni aku gi sesaja je... Aku jadi tukang sibuk je join mereka huhu~~~


Pepagi kitaorang dah sampai kat situ... Tapi bila tiba je orang tengah senam aerobik, panaskan badan sebelum mula acara la tu.... Maknanya kitaorang sampai lewat dari mereka ingatkan dah jadi paling awal huhu~~~

Masa senam aerobik
En.MZ tengah bersenam tu, sedang elok aku nak join sama lagu pun habes hukhukhuk (~_~)

Aku & MyFMIL, MyFSIL dan MyFN

Lepas je senam aerobik acara pun dimulakan dengan boling padang pakai buah kelapa bagi staff MARDEP.... Kitaorang duk kat tepi bagi sokongan kat MyFFIL yang masuk acara tu.....

MyFFIL tengah tunggu turn nak baling 'kelapa' boling

Pemandangan di Marina Jabatan Laut Melaka
tenang selepas angin kencang tadi

With MyFFamily

Sedang elok acara boling padang tu tamat, kat situ alami ribut angin yang kuat.... Memasing amik tempat berteduh bawa khemah... Nasib baik time tu angin takde lah kuat mana... Lau tak, boleh tercabut khemah2 kat situ..... Lepas angin kencang bertiup hujan pun turun dengan lebat selebat lebatnya..... Tapi acara tetap diteruskan dengan acara Meraup batang lidi kelapa bagi isteri staff , mewarna bagi anak staff, dan rebut gula-gula bagi anak staff......

Acara Rebut gula-gula
Hebat la abang Akip (^_^)v)

Acara rebut gula-gula tu anak buah En.MZ join walaupun dia dah dalam kategori cucu kepada staff.... Naseb baik boss dia bagi sertai, banyak lak tuh boleh wat balik gula-gula, satu tabung kot huhu~~~ Penyertaan last minit, boleh bawak balik gula-gula satu tabung pastu menang acara lak tuh huhu~~ Tahniah Abang Akip!!!

Acara di padang
Macam-macam acara, macam-macam gaya, macam-macam gelagat.... Keje kitaorang kat tepi gelakkan orang hahahaha Seronok gelakkan orang eh

Lepas acara bawah khemah tamat, hujan pun sedang elok dah berhenti..... Acara di padang pun diteruskan memandangkan cuaca dah kembali cerah..... Alhamdulillah~~~

Bila matahari dah mencanak tinggi, acara pun ditamatkan dengan acara antara suami isteri staff.... Aku suka nama acara tu 'Saling mempercayai'... Di mana si isteri akan baling belon berisi air ke arah suami, dan si suami kena sambut jangan bagi belon jatuh dan pecah kalau pecah kalah lah......  Acara terakhir disertai oleh kakak dan abang ipar En.MZ menggantikan ayah dan mak yang dah tak larat bermain..... Acara-acara di padang kebanyakannya family En.MZ sertai, macam nak bolot semua adiah je huhu~~~

Acara terakhir
Acara "Saling Mempercayai"
Suami Isteri kenalah saling percaya mempercayai kan huhu~~

**Tamat sudah acara di sebelah siang, ada acara di sebelah malam pulak hoho~~
Acara sebelah malam ni lah aku tunggu-tunggu huhuhu~~~

No comments:

Post a Comment

Iklan Untuk di'Klik'

Copyright© All Rights Reserved zuhafizz-cintahatiku.blogspot.com