Perjalanan hidup Kami ~~~

Daisypath Friendship tickers

One Step Closer

Daisypath Anniversary tickers

Ikatan Cinta Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, 20 September 2014

The Maze Runner

  
Misi yang ke3
Hampir complete dah misi kiteorang nih Yeah! (^_^)v)

Ni lah misi ketiga (~_~)
En.MZ dan kawannya tengok trailer cite nih masa nak beli tiket Kasyah.... Mula2 dia nak ubah nak tengok cita ni dan tak jadi tengok Kasyah.... Bila dapat jelingan maut dari aku terus tak jadi ubah... Ha,tahu takut (~_~) Dah janji nak tengok Kasyah jangan pepandai nak ubah eh......

Hasil tiket beli online
Tadi beli tuk 3 je ni beli tuk 5 bertambah keahlian
huhu~

Tapi dah nama pun En.MZ dia mana cepat puas hati... Lepas je keluar dari wayang Kasyah, terus dia buat online banking beli tiket wayang The Maze Runner tu..... Siap ajak geng2 wayang yang lain lak tu Haih (~_~) Dah tak leh nak buat pe, 4 lawan 1 kot..... Kalah ler.......

Ber3 sambil menunggu dengan setianya lagi 2 orang tu datang (~_~)

Sebenarnya aku dah tahu cite ni wujud, cume tak mo bagitahu En.MZ sebab aku tahu dia akan ajak..... Aku dah ajak dulu nak tengok Lagenda budak Setan kan... Lau dia tahucite omputih ada kat wayang, memang Kasyah ke mana Lagenda budak Setan ke mana.... Cite omputih yang akan dipilih dulu..... Tapi dah takdir, tak bagitahu pun dia tahu sendiri..... Hurmmm........ Boleh masuk dalam sejarah hidup ni dalam 1 hari tengok 2 cite kat wayang......  

Aku tak tahu cite ni mengisahkan apa, tak tengok sangat trailer dia maklumlah tak rancang nak tengok pun huhuhu.... Jom tengok sikit sinopsisnya~~~

Filem ini mengisahkan sekumpulan yang terperangkap dalam bulatan pagar (Maze) yang penuh perangkap. Muncul hero bernama Thomas yang telah dihantar oleh pihak yang tidak diketahui namun Thomas tidak ingat tentang perkara lepas begitu juga dengan sekumpulan yang lain apabila dihantar di dalam bulatan namun hanya mengingati namanya sahaja.

Thomas mempuyai perasaan curious dan keberanian yang kuat di mana cuba ingin mengetahui di sebalik apa yang berlaku di luar. Untuk itu Thomas harus dipilih menjadi pelari terpantas untuk memasuki perangkap bagi mengetahui jalan keluar  dengan persetujuan ketua kumpulan.

Pada waktu malam Thomas bersama rakan terperangkap dalam pagar dan tidak berjaya ke Glade. Bagi mereka yang tidak berjaya melepaskan diri sebelum pagar ditutup pada waktu malam pasti akan mati namun Thomas bersama rakan selamat dan bertahan sehingga pagi malah telah berjaya membunuh raksasa yang diberi nama Grieve serta mengambil alat dalam raksasa tersebut di mana dapat membantu mereka mencari jalan keluar. Setelah waktu pagi menjelang, pagar akan terbuka dan mereka berjaya keluar dengan selamat.

Review Movie The Maze Runner

Dalam masa 3 hari sahaja Thomas telah menemui jalan keluar berbanding yang lain yang terperangkap hampir 3 tahun namun tidak berjaya menemui jalan keluar. Setelah menemui jalan keluar dari perangkap ada sahaja halangan hasrat Thomas bersama rakan-rakan yang lain untuk keluar dari perangkap.

Ok tu je la aku faham...... Bagi aku tuk permulaan cite menarik sebab mampu menarik minat 'orang tu' tuk tengok lagi siri2 akan datang... Fokus betul 'orang tu' tengok cite ni....Yer, aku sangat yakin akan ada siri-siri akan datang.....

Ber5 (^_^)v)
Bertambah ahli, geng wayang kembali berkumpul

Nak tahu tak?
Bila aku tengok cite The Maze Runner tu aku terbayangkan lambang di atas nih.... Tahu tak lambang ape tu??
Peminat korea mesti tahu huhuhu~~~ (^^____)

**Aduh (~_~) ponatttt, tak pernah dibuat lagi dalam 1 hari tengok 2 cite sekaligus... Parah2 

No comments:

Post a Comment

Iklan Untuk di'Klik'

Copyright© All Rights Reserved zuhafizz-cintahatiku.blogspot.com